Friday, 1 January 2010

:-> Chocolate Roll Cake (Cream Cheese Filling)


Kek gulung yang simple tapi lembut dan sedap. Untuk filling E-na kurangkan sukatan lemon juice...tu pun dah masam...lain kali kena kurangkan lagi... Hasil pertama membuat roll cake.

CHOCOLATE ROLL CAKE WITH CREAM CHEESE FILLING
Bahan-bahan untuk kek ( 30x30 cm )
  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
Cara Membuatnya:
  1. Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang, bila terbalikkan bowl, telur tidak jatuh/tumpah.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.

Bahan-bahan untuk Cream Cheese
  • 125g cream cheese
  • 150g fresh cream/ whipping cream
  • 30g gula halus
  • 1 tsp lemon jus
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
  2. Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Yani 

UPDATE
Klik Link  di bawah untuk melihat hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini...



15 comments:

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak E-na!...Uish cantiknya rolls tuh! Ish ish kalah bakeries tau! Love want some pls! ;)

Happy New Year 2010 kak!! ;)

Chik Na said...

wah ...cedapnya nampak kek tuh

c_da said...

sodapnyer.....nak skit blei...

Watierman said...

Salam Tahun Baru E-Na...Akak pun nak jugak!!!Ada lagi tak???

nurmisnan said...

look so wonderful. posto posto...

E-na Zarina said...

LOVE2COOK : Hi Love! tq Love ha ha my 1st try buat roll cake...xler sampai kalah bakeries weiii!

Chik Na : Sedaappp!

c_da : jangan malu2 ambik je..kih kih kih

Watierman : Salam tahun baru utk k.watie juga...kongsi2 la yg kat atas tu yer jgn berebut mkn sorang sket!

Nur : tq...jap ag E-na anta ye!

kiah said...

amboi E-na,lawanya kek tu,nampak menyelerakan ditambah pulak cream cheese filling,adoi........

HaSue said...

ader maser n kerajinan nak try gak lah..test kat umah e-na dulu..amik segulung eh..yah potong2.ehee

hazeleyed lady said...

Salam sejahtera sis E-na
Your blog is so pinky sweet.

Anonymous said...

Salam kak e-na,

cantik nye kek gulung akak nie... geram tengok. nk bust sendiri malas.hehe

E-na Zarina said...

Kiah: tq kiah, mmg sedap!

hazeleyed lady: Wsalam, tq singgah loveltkitchen...

blogresepi : wsalam ijan..tq...tunggu masa rajin nnt buat la..ki ki ki

MamaFaMi said...

Alahai, tirgudaaa....

Selamat tahun baru 2010 buat E-na sekeluarga...

E-na Zarina said...

MamaFaMi: E-na lagi tergudaaa bila masuk blog mama he he...slamat thn baru juga utk mama...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

adoilar..kena skip datang sini lar E-Na..


sumernya menyelerakannnn.. huhuhu..

Kaylee Soulek said...

wah ...cedapnya nampak kek tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...