Tuesday, 5 January 2010

:-> Ketam Masak Lemak Cili Api


Sedapnya bila dapat meratah Ketam! Bila makan ketam mesti ada gunting sekali untuk melapah kaki tangan ketam tu...dan yang pastinya E-na tak pernah cuci ketam! he he semua hubby yang bereskan, dia lebih expert dan teliti, siap guna tootbrush utk gosok ketam tu!

Ketam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahannya:
  • 4 ekor ketam sederhana besar dibersihkan
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 300 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • Garam dan perasa
Bahan di tumbuk/ blend :
  • 1cm kunyit
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 2 biji cili api (ni cili thai yg merah tu, besar n pedas... kalau cili api kg boleh lebihkan lagi)
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan santan, air, serai, asam gelugor dan bahan yang di blend ke dalam periuk. Didihkan sambil di kacau.
  2. Masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan ketam dan biarkan mendidih.
  4. Perasakan garam dan asam, pedas. Boleh keluarkan asam keping jika sudah cukup rasa masamnya.
  5. Angkat bila kuah agak pekat dan ketam telah masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

12 comments:

Sue @ Nenie said...

Kih kih kih..

Ena...Gosok jgn tak gosok..jgn jadi keluarga Si Comat sudahlah yaaa...?

Jgn Mareee..gurau jeee...
Lama betul tak makan ketam...

Treat and Trick said...

Salam E-na...sedapnya lauk ketam tu..
dah lama betul kak tak makan....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Adeh... ni yang meleleh erliur ni !...shedapp..


tak sabar2 nak pergi Bagan kat Tg Karang utk beli ketam idup!

Azmiezas said...

Alamak..sedapnya..kita bukannya boleh nampak ketam..suka sangat..masak apa pun suka..lagi2 lah masak lemak...ermm..yummy3x..

zarin said...

sedapkan makan ketam..hmm..bagusnya suami ena tlg cuci ketam..suami i tolong makan hahaha

Chik Na said...

masak lemak ketam ni feberet adik chik na no 3

HaSue said...

Nak ketammm..nak seperiuk jek,sekadar nak merasa!erghhh!lama x mkn ketam nih..hukhuk..

ain said...

sedapnya lemak ketam tu!!! lama gak akak tak mkn ketam. mcm kepingin pulak!!!

E-na said...

Sue @ Nenie : Senang guna tootbrush kalau nk cuci ketam tau...he he tapi hubby yg cucikan!

Treat and Trick : Sedaaap! kalau time mkn ketam mmg mulut x benti ckp sedap! sedap!

a.z.r.i.n.03.07 : wow ketam idup lagi fresh!!!! lagi manis tu!!!

Azmiezas : he he tu petanda kena masak ketam lak pas ni...hi hi hi

zarin : E-na mmg tak pernah cuci ketam! mmg hubby yang buat dari awal kawin lagi...he he dah tau talent dia kat situ so x perlu la nk susahkan diri pulak...serahkan pada yang pakar betul tak?

Chik Na : E-na pun suke!!!

Hasue : amboiii makkk! merasa dah sampai seperiuk abih ape yg tingggal???? huwaaaaaa

ain: cepat kak p cari ketammmmmm!

Watierman said...

Tak pandai makan ketam sampai dah tua cam ni pun! E-na tolong suapkan!

LiNda said...

owhhh.... berserta warna kuning dan kuahnya yang pekat . mengamit-gamit tekak saya ...

hehehe

LOVE2COOK said...

Wow sedapnya nampak ketam tuh kak! Love kurang minat ketam pun leh terliur.

Selalu my hubby yang kopekkan for Love. Uh, I miss him! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...