Tuesday, 19 January 2010

:-> Cik Mek Molek


Cik Mek Molek (16 biji)
Bahan-bahannya:
  • 400g ubi keledek
  • 100g tepung gandum (kurangkan 10g jika mahu kuih yang lebih lembut)
  • 1/3 sudu kecil garam
  • Gula secukupnya
Cara Membuatnya:
  1. Ubi keledek di kupas kulitnya dan di cuci bersih.
  2. Potong sebesar 2 inci dan rebus sehingga empuk.
  3. Bila sudah empuk buangkan air rebusan tadi.
  4. Tumbuk ubi dengan lesung batu sehingga hancur (tiada biji2 halus lagi).
  5. Untuk mendapatkan ubi yang betul-betul lumat ubi hendaklah di tumbuk ketika masih panas. (Boleh juga di lecek dengan garfu tapi pastikan betul-betul hancur)
  6. Di dalam bekas, gaulkan ubi tadi bersama garam dan tepung gandum sehingga menjadi doh.
  7. Doh akan melekat sedikit di tangan, jangan tambah tepung nanti kuih lebih keras dan kurang sedap.
  8. Bahagikan doh kepada 16 bahagian.
  9. Kemudian leperkan dan masukkan 1/2 sudu kecil gula pasir ditengah dan cantumkan menjadi bentuk bulat atau bujur seperti gambar.
  10. Pastikan doh betul2 rapat dan menutupi semua gula.
  11. Ulang langkah di atas sehingga selesai.
  12. Panaskan kuali dengan menggunakan minyak yang banyak. (Tenggelam kuih)
  13. Dengan menggunakan api sederhana, masukkan kuih dan balik-balikkan supaya sekata masaknya.
  14. Angkat bila kuih berwarna kuning keemasan.
TIPS
  1. Ubi hendaklah di tumbuk betul-betul hancur untuk mengelakkan air gula keluar semasa menggoreng.
  2. Ubi yang tidak hancur dan kurang tepung juga boleh menyebabkan doh terburai semasa menggoreng.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

22 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

saya suka kuih ni...
tapi malas nak buat

E-na Zarina said...

Waalaikumussalam...

xpe beli jer kt kedai lg senang kan! E-na kt sini klu malas x merasa lah jawabnya!he he

zalieda said...

salam E-na,
Tu dia cek mek molek yang comel.. jgn makan time panas nanti melecur lidah.. Memang sedap kuih tu E-na, lebih sedap daripada kuih keria.. Betul X?..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

pernah sekali buat kuih ni tapi tak tahu pun adanya kuih ni. lama dah.

nak buat keria tapi tetiba malas. Lepas lenyek keledek terus uli bulat2 dgn tepung pastu letak gula kat dalam..goreng...

habis citer.

mantan said...

E Z @ L K,

Molek sungguh nampaknye tu...

maiyah said...

wow.. mmg molek

fzi said...

Salam E-na..
best cek mek molek...amboi e-na siap timbang pakai gram2... elok tu, resepinya accurate...akak main agak2 je masuk tepung masuk ubi...hehe

ain said...

ala2 ubi getuk goreng la ni!! sukaa!!

E-na Zarina said...

zalieda :Wsalam...betul! betul! betul! tunggu suam sket baru makan yek...nanti x pasal2 hilang deria rasa!kih kih

E-na Zarina said...

a.z.r.i.n.a.03.07 : so ari ni dah tau la yang kuih macam tu memang wujud kan! hehe..

E-na Zarina said...

mantan : kena wat molek2 baru kena dgn namanya kan!

E-na Zarina said...

maiyah : Tq kak!

E-na Zarina said...

fzi : Wsalam kak...
Untuk rujukan E-na bebila nak buat senang x teragak-agak...cukup ke tepung ni..keras ke tak ni.. oooE-na x pernah plak guna tepung ubi..bole try tu!

E-na Zarina said...

ain : suka ye kak...tu resepi dah ada boleh lah try!kkiki

JC said...

Salam....wah cik mek molek..akak tk pernah buat or rasa....mesti sedapkan..akak suka apa2 jer yg buat guna sweet potato

E-na Zarina said...

JC : kalau akak suke sweet potato mnungkin bole try kuih ni...nice!

Chik Na said...

dah lama tak buat and makan kueh nih... teringin pulak nak makan

Azmiezas said...

Sedak..nampak kueh ni..rasanya penah makan kot..bila bulan puasa..

Sue @ Nenie said...

Salam..

Dah lama sgt tak wat kuih ni..tumpang mkn kat sini jelah...

zarin said...

cek mek molek doh sapa jjepun doh...uhuh..jauh sunggoh dio jjale..hihi
sedap kan kuih ni..zarin tk pernah wat..beli je..:)

Anonymous said...

sedapnyaaa cik mek molek! kalau nak makan, kena tunggu puasa baru mak nak buat. hehehe.

sedap sedap teacher masak. nyum nyum!

btw, ni Athirah Khalid hihihihihi

My Tupperware Online said...

Pernah buat cek mek molek ni tp tak menjadi.. Mcm mana klu tak nak bg melekat.. Nampak senang tp bila buat sendiri mmg susah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...