Wednesday, 13 January 2010

:-> Sambal Telur Gulung


SAMBAL TELUR GULUNG
Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur - dicuci bersih
  • 1 1/2 sudu besar chilli powder - digaul sekali dengan bawang @ cili kering blend
  • 6 ulas bawang merah - di tumbuk @blend
  • 1 ulas bawang putih -ditumbuk @ blend
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit kurosato @ gula melaka
  • sedikit gula pasir
  • Bawang besar - dipotong bulat
  • Sedikit air
  • Garam dan perasa
Cara Menyediakanya :
  1. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk dan kacau sekadar bercampur antara telur putih dan kuning.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan semua telur ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Balikkan, bila sudah masak gulung telur dan letakkan ke dalam pinggan yang akan dihidangkan nanti. Potong 2 telur tadi.
  3. Buat cara yang sama pada telur yang berikutnya. Ketepikan.
  4. Dengan menggunakan kuali yang sama panaskan minyak dan tumis bawang dan chilli yang telah di blend tadi. Jika menggunakan serbuk cili giling tambahkan sedikit air sebelum di tumis.
  5. Perlahan kan api, kacau sehingga garing atau pecah minyak.
  6. Jika agak pekat masukkan sedikit air.
  7. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
  8. Masukkan garam dan perasa.
  9. Biarkan kuah naik minyak dan tutup api.
  10. Siramkan sambal ke atas telur yang telah di potong tadi.
  11. Siap untuk dihidangkan. Selamat Menjamu selera.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

19 comments:

geraugebang said...

Wah, sedap tu. Bergulung-gulung lidah menjilat bibir.

Watierman said...

Kalau gulung .....dapat kat si Reena...dah tak leh letak sambal....hurm....kalau nak buat kena senyap2 time dia tak ada!

Azmiezas said...

Amboi Ina..bergulung2 telur tu ye..mesti sedap..

Sue @ Nenie said...

Salam E-na...

Wah...Sedapnya...Kalau wat makan ngan nasi lemak ni agaknya sesuai juga yaaaa...

AdryDaud said...

Telur gulung tu biasa tp bila ada sambal tu, hmm..myelerakan. Menggoda perut..huhu.. Msti sdp ni. Sy suka yg pds2.

ima said...

wahhh..memang sedap nengoknya...kalaulah dapat merasa sekali lagi lah sedapnya...

ain said...

sedapnyaaa. simple tp gtee menaikkan selera!!

mrS May said...

kalau telur mmg feberet si kecit tue!!
boleh ar try tanpa sambal nie...
nak cuba!!

maiyah said...

fulamak.. dah le den boghantu dongan sambal

zarin said...

menarik nih:)

Sueozana said...

Salam E-na...K sue dtg nk makan nsi lomak sambal telur, 1 pggan makan umah Ena, 1 pggan tapau ek..? Hehe..

E-na Zarina said...

geraugebang : hihi, dah siap basuh mulut tu dan tgk lidah tu dah kembali ke tempat asal ke tak ye!

watierman : Gulung banyak2 kak baru cukup!

Azmiezas : he he hubby yg selalu buat telur gulung ni...dpt idea dari dia lah ni...

Rokiah Abdul Aziz said...

kat umah akak memang semuanyer suka makan telur tmbh my son.klu buat mcm ni mesti nampak lain sikit and sure licin awal.

blogresipi.com said...

Kreatifnye... telur dadar di merah merah kan.. santek menarik tue :)

indahhouse said...

Salam kak E-Na,
Apa khabar? baru dapat online. :)
cantiknya gambar telur gulung tu berposing. Ayam panggang madu kat bawah tu mngancam la. rasa lapar plak

E-na Zarina said...

Sue @ Nenie : Wsalam...
Memang sesuai makan dgn nasi lemak juga...dapat tarik minat anak2 nak makan kan...

AdryDaud : Makanan pedas ni bole tamabah selera utk mkn..yg x bestnya effect lepas mkn tu hihi badan E-na ni dah mcm di pam-pam!

ima : kak Ima nak rasa kena terbang mai sini!kikiki

E-na Zarina said...

ain : Oishiii! ambik idea hubby kak...

MrS May : Memang E-na biasa buat telur dadar gulung tanpa sambal kalau utk anak2..nak kan kelainan..


maiyah : boghantu dgn sambal xpe, baru sedap mkn kan!

E-na Zarina said...

zarin : bole try!

Suozana : Wsalam kak sue...Nasi Lemak telur gulung siaappp!! Ni E-na bungkus 2 utk k.sue, bagi free 1 sebab dtg mkn sini!he he

E-na Zarina said...

Rokiah : bila ada kelainan tu boleh menarik anak2 utk mkn kan...try laaa!

blogresepi : Tq ijan...ni my hubby punya stail goreng telur..E-na ambik idea dia lah...telur tu ori tau x letak pewarna pun..mmg kuning telur dia lebih pekat kuningnya..

indahhouse : Wsalam..tq..tu posing sambil hubby tgh makan!!! kikiki dah kena rembat pun telur sebelah tu...
resepi ayam madu tu simple tapi sedap..try la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...