Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

PULUT KUNING SAMBAL TUMIS IKAN BILIS



Pulut Kuning Kukus di makan bersama Sambal Tumis Ikan Bilis, Telur Rebus dan hirisan timun untuk lunch anak-anak 11 September 2013. Ini sahaja menu yang sempat E-na sediakan. Itupun Baby Qischa dah berbunyi-bunyi memanggil nak mama. haissh tak boleh berenggang lama sikit anak mama ni...mulalah bising jerit-jerit.

Pulut kuning yang sedang di kukus. Cara kukus boleh tgk disini. Atau cara kukus traditional disini. Atau masak guna rice cooker di sini


Kalau ada rendang ayam lagi ummmph! Tapi kalau tak de orang tolong jaga baby memang tak boleh nak masak kat dapur lama-lama. 

Di bawah ini gambar2 semasa bulan puasa 2013. Yang mana sempat di snap.

Rendang Pedas Ayam Chef Wan.


Lemang biasa dan lemang pulut kuning bersama rendang untuk jiran.


Buah Melaka aka ondeh ondeh atau buah kekoh cha di klate.


Sekadar kenangan...

Friday, 25 November 2011

Nasi Ayam Ipoh





Nasi Ayam Ipoh menggunakan sos tiram sebagai salah satu ramuan utamanya. Sos Tiram yang di gunakan untuk memasak nasi memberi kelainan pada rasa Nasi Ayam Ipoh ini. Cubalah dan rasai sendiri keenakan nasi ayam ini. Anda pasti menggemarinya.



RESEPI NASI AYAM IPOH

A) Bahan Untuk  Air rebusan Ayam dan Sup:

  • air secukupnya (E-na buat 2.5 liter)
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang (xde stok)
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu (E-na guna batang celery)
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah (E-na guna 1/2 sudu kecil shj)
Cara-cara buat sup:
  1. Mula2 buat air rebusan ayam.
  2. Masukkan semua bahan kecuali batang celery dan serbuk lada sulah. 
  3. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  4. Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. Ambil air rebusan ini secukupnya untuk masak nasi.
  5. Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama batang celery dan serbuk lada sulah. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. Masukkan garam dan perasakan sup. 




B) Bahan-bahan untuk Nasi:
  • 4 mug beras (E-na masak 550gram)
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam (E-na guna  2 3/4 mug)
  • 2 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali) (E-na x letak,xde stok)
  • 1 sudu besar minyak bijan (xde minyak bijan ganti dgn minyak sayur)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan (5 inci)
  • 4 sudu mentega/ marjerin (3sb)
Cara-cara Masak Nasi:
  1. Panaskan rice cooker di atas dapur. Masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. 
  2. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. 
  3. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. 
  4. Pindahkan periuk ke tapak rice cooker dan masak nasi seperti biasa. Kacau sekali dua semasa nasi hampir kering dan sebelum nasi masak. Biarkan hingga nasik masak.


C) Bahan Untuk Perap Ayam:
  • 1 ekor ayam (1kg)
  • 3 ulas bawang putih (blend)
  • 1 inci halia (blend)
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( E-na tak letak sebab kicap dah ada rasa manis2)
Cara-cara Perap Ayam:
  1. Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkok besar. 
  2. Masukkan bahan yg telah di blend dan semua bahan2 lain, kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. 
  3. Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. Kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. (Ayam tadi dah masak dgn rebus) E-na goreng je sekejap.




D) Bahan Untuk Sambal lada:
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara untuk sambal lada:
  1. Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  2. Tuang ke dalam mangkuk dan tambah garam gula jika tidak cukup rasa. Kacau rata.
*E-na buat separuh dari bahan-bahan sambal lada sebab anak-anak tak makan pedas.




E) Bahan Untuk Kicap:
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)


Cara-cara buat Kicap:
  1. Blend semua bahan kecuali tepung jagung. 
  2. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah
*Kali ini E-na buat Sambal Kicap Sempoi yang biasa E-na buat seperti di bawah dan  tidak menggunakan cara di atas.


Sambal Kicap Sempoi
  • cili api ikut kepedasan dihiris halus
  • kicap lemak manis
  • sedikit sup ayam
  • sedikit gula/ perasa
  1. Satukan semua bahan ikut kepekatan yang di inginkan. Gaul rata.

F) Bahan Sampingan
  • tomato
  • salad / kobis
  • daun sup 
  • daun bawang 
  • timun


Selepas semua dah masak, Boleh la di makan...
cara penyediaan:
  • Timun, tomato dan kobis dipotong nipis2. 
  • Daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
  • Hidangkan semasa panas2.

Resepi asal boleh tengok di  Quinnie  My Resepi dan E-na ambil dari blog Kak Nor. Sukatan Nasi Ayam ini untuk dua kali makan kami sekeluarga (2 dewasa 3 kanak-kanak).

Monday, 21 November 2011

Chahan Soba Setto dan Gambar Soba Segera


Menu  lunch di kala ada leftover gohan yang tidak dijadikan nasi goreng untuk breakfast. Biasanya Breakfast dah ada menu lain, bila nak masak untuk lunch ada baki nasi semalam tapi tidak cukup untuk kami ber empat (Damia kat skul) E-na akan goreng nasi dan makan bersama set soba atau apa-apa jenis maggie sebagai tambahan. Kali ni E-na masak Nasi Goreng Daging. 


Hubby dan kids memang peminat soba.... mula-mula sampai nihon bau soba pun E-na tak tahan...tapi sekarang dah boleh makan, syarat mesti masa panas-panas, buh negi byk2 dan red pepper atau serbuk cili kasi pedas...Soba + ebi tenpura yang fresh kat kedai lagi heaven!

Ni satu-satunya soba instant yang boleh di makan. Kalau nak berjalan jauh biasanya kami akan bawa stok soba instant. Bila bekal yang di masak habis atau rasa nak panaskan badan di waktu kedinginan berhenti je mana-mana combini (convenient store such as 7E kt mesia) untuk ambil air panas masak soba segera ini.  Ada masa susah nak dapat roti atau makanan yang boleh di makan walaupun banyak combini. Jalan paling senang dan selaamat bawa stok soba instant dalam kereta. Bila-bila bole makan...


 Lagi gambar soba instant...kepada yang berminat boleh cari kat Aeon atau Jusco atau mana-mana pasar raya.

Tuesday, 15 November 2011

Nasi Kerabu by Request


E-na masak nasi kerabu last sunday. Menggunakan bunga telang biru, cili besar, cili api, piman dan daun kesum yang di tanam di balkoni kecil rumah E-na. Alhamdulillah dapat juga hasil walaupun tidak sebanyak mana. Bunga Telang Biru E-na guna untuk memasak nasi kerabu. 10 kuntum bunga telang untuk 600g beras. Hasilnya warna nasi kebiruan seperti gambar kiri di bawah. Selebihnya E-na masak nasi putih. Boleh Tengok nasi kerabu biru menggunakan pewarna biru di sini(klik). Dan Nasi Kerabu putih beserta telur masin klik di sini.


Solok Lada guna Lada Besar dan Piman dari kebun mini juga. Puas belek-belek kat pokok cili  mencari yang dah cukup saiz untuk 'disolokkan' dapatlah 10 biji lada besar dan sebiji piman.

  
Dan setelah siap dikukus jadilah solok lada di bawah...syarat sebagai pelengkap je, maklumlah di perantauan.


Di bawah ini Ulam Nasi Kerabu terdiri dari daun kesum fresh dari kebun, timun, taugeh dan bunga kantan Malaysia. Memang semerbak bau bunga kantan dan daun kesum membangkitkan lagi rasa nasi kerabu. Sambal ikan kelapa, Tumis Budu Fukiage Fukuoka (campuran budu yang diimport dari Fukiage dan Fukuoka) , Ayam Bakar, Daging Goreng , dan sambal belacan kedah. Nak kasi kaw kaw masa makan E-na buat sambal belacan instead of sambal lada kelantan. Menggunakan cili besar merah frozen, cili api merah frozen bersama cili besar hijau fresh dan cili api hijau  fresh dari pokok. Memang mantap...(perasaan happy org dok merantau dpt mkn cili fresh). 


Untuk menambah rasa dihidangkan juga budu dalam mangkuk di bawah. Letak cili api dan perah lemon (limau nipis mahal kat jepun, lemon lebih murah 3 biji 100yen). Budu diimport dari Ida Fukuoka. Thanks Ida n family atas kiriman tersebut ye. Terpaksa import sebab E-na dah kehabisan stok budu. Sebalang keropok dalam gambar atas sekali di bawa oleh bakal ibu yang mengidam nak makan nasi kerabu...;)


Selain menu utama Nasi Kerabu Biru , E-na buat biskut Red Pearl, Kek Karemel Alunan Kasih, Bun Manis, Spicy Tuna Pizza dan Pizza Sosej Onion. Chocolate Cupcake, limau dan air di bawa oleh tetamu. Thanks all...


Sebenarnya Nasi Kerabu ini permintaan kawan E-na yang sedang mengandungkan anak pertama. Dok di perantauan mana nak cari nasi kerabu. Jadinya E-na buat mana yang mampu. Kalau saja2 nak masak untuk jamu orang rasanya tak terbuat E-na. Kebetulan pula ada 1 family yang baru sampai dari UTEM dan belum menjejak kan kaki ke rumah E-na. So jemput sekali 'bernasi kerabu'. Meriah makan nasi kerabu ramai-ramai...Malamnya semua kekenyangan, Alhamdulillah.


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry BUNGA POKOK KESUM. Thanks...



Monday, 31 October 2011

Nasi Dagang Special


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Nasi Dagang selalunya di makan bersama Gulai Ikan Aya / Tongkol, Acar Timun Mentah (klik) dan Sambal Lada. Ada juga yang diiringi dengan Sambal Ikan Kelapa (klik). Nasi Dagang Terengganu menggunakan beras pulut campur beras biasa / beras thai dan bewarna putih. Manakala Nasi Dagang Kelantan menggunakan Beras Nasi Dagang khas bewarna perang (klik). Jika tidak suka Gulai Ikan Tongkol boleh makan nasi dagang bersama Kari Ayam(klik).

Nasi Dagang biasanya di kukus 2 kali untuk mendapatkan rasa lemak manis masin yang sebati di dalam nasi. Bagi yang kesuntukan masa boleh memasak nasi dagang di dalam rice cooker seperti memasak nasi lemak (klik). Tapi kena pandai-pandailah adjust sukatan air dan santan untuk dapat nasi yang cantik dan lembut.

E-na suka masak nasi dagang guna Beras Jasmine Thai tanpa dicampur beras pulut (klik). Kurang sikit rasa muak dan boleh makan banyak..;)   Nasi Dagang kali ini special sebab di makan bersama Gulai Ikan Maguro / Tuna. Sedap sangat tau sampai bertambah tak hengat (sape lagi nak puji kalau bukan kita sendiri kan). Isi maguro seakan ikan tenggiri.


RESEPI NASI DAGANG KUKUS

Bahan-bahan:
  • 550 gram beras jasmin thai
  • 150 ml santan tin (santan pekat) 
  • 250 ml air
  • 2/3 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil halba (klik)
  • 1 inci halia (dihiris panjang spt batang mancis)
  • 2 ulas bawang putih (di hiris panjang spt batang mancis)
  • 2 ulas bawang merah (dimayang nipis)

Cara-cara:
  1. Cuci beras dan rendam beras selama 4 jam.
  2. Didihkan air dalam periuk kukus. 
  3. Kukus beras selama 10 minit.
  4. Sementara menunggu beras dikukus, didalam mangkuk besar masukkan 50ml santan,150ml air dan 1/3 sudu kecil garam. Kacau rata.
  5. Kemudian masukka beras tadi ke dalam mangkuk santan dan gaul rata. 
  6. Kukus semula selama 15 minit.
  7. Di dalam mangkuk besar tadi campurkan 100ml santan, 100ml air dan 1/3 sudu kecil garam.
  8. Masukkan nasi ke dalam mangkuk santan dan gaul rata.
  9. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk kukus.
  10. Letakkan hirisan halia, bawang putih, bawang merah dan halba di atas nasi. Letakkan semua bahan-bahan tersebut di bahagian tengah tidak perlu di gaul.
  11. Kukus semula selama 10-15 minit atau sehingga nasi masak/ lembut.
  12. Setelah nasi masak, baru di gaul supaya halba dan bawang rata.
  13. Masukkan  ke dalam rice cooker untuk mengekalkan kepanasan nasi.
  14. Sedia untuk di hidangkan bersama Gulai Ikan Tongkol, Acar timun dan sambal lada. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

Note : 
  • Lebihkan sukatan santan dan kurangkan sukatan air jika inginkan nasi dagang yang lebih rasa lemak.
  • Masukkan sedikit gula di dalam santan jika suka rasa sedikit manis di dalam nasi dagang.

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry SWEET SOFT BUN AND TIPS. Thanks...
Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. TQVM!!

Wednesday, 19 October 2011

Nasi Kerabu Biru Dan Pengikutnya


Nasi Kerabu antara hidangan favorite E-na dan Hubby... Sekadar gambar kenangan yang di ambil pada Jun 2011, nasinya dah lama habis...E-na guna pewarna biru untuk nasi. Masa ni Pokok Bunga Nasi Kerabu / bunga telang yang E-na tanam belum berbunga lagi. Nasi Kerabu 'ganu (warna putih kan) ada klik disini.

Jom tengok set nasi kerabu E-na yang tidak lengkap...keropok ikan ada tapi ada lagi satu pengikutnya E-na tak buat...



 Sambal Ikan + kelapa membangkitkan aroma nasi kerabu...


Ikan Celup Tepung sebagai lauk untuk Nasi Kerabu Biru kali ini.


Macam tak lengkap Nasi Kerabu tanpa Solok Lada...Lada Hijau untuk solok memang tak jumpa kat Nagoya ni. Piman pun boleh jadi solok lada sebagai ganti..

Penyedap Nasi Kerabu tentunya TUMIS BUDU!!! Yummy...yummyy...


Dan satu lagi Sambal Lada....E-na tak buat masa ni sebab dah ada cili api fresh kat pokok...petik, penyek je dalam nasi...(malas sbnarnya kan kan)

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry PIMAN . Thanks... 

Monday, 19 September 2011

:-> Cara Mudah Kukus Pulut Kuning STEP BY STEP


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Ada pelbagai cara memasak Pulut Kuning dan Pulut Pagi. Antaranya pulut direndam dengan kunyit dan asam keping, dikukus dan digaul dengan santan kemudian dikukus semula. Mengukus pulut cara tradisional seperti ini akan menghasilkan pulut kuning yang cantik berkilat dan masak lembut sekata dan tidak lembik. Boleh tengok disini cara memasaknya.

Selain itu Pulut Kuning juga boleh di masak menggunakan rice cooker. Kaedah ini agak senang cuma memerlukan banyak kali percubaan  untuk mendapatkan sukatan air yang sesuai dengan beras pulut. Jika tidak kemungkinan pulut akan menjadi lembik dan tekstur beras pulut akan hancur. Tengok disini cara memasak pulut kuning menggunakan rice cooker.

Lagi satu cara menggunakan periuk dan di masak di atas dapur. Biasanya cara ini digunakan mak E-na untuk memasak pulut pagi untuk di makan bersama kelapa(agak muda) parut diagaul dengan sedikit garam dan di makan dengan ikan masin/kering. Sedap ni!. 

Kali ini E-na nak kongsikan cara paling mudah mengukus pulut kuning juga pulut pagi atau apa2 jenis pulut. Cara ini juga yang E-na guna untuk mengukus pulut untuk di buat Lemang Tanpa BuluhLemang Pulut Kuning Special dan Pulut Kuning Sambal Ikan Bilis



RESEPI PULUT KUNING KUKUS MUDAH
(6-8 orang)


Bahan-bahan:
  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1-2 sudu besar gula (2 sb gula pulut terasa manis2 sesuai untuk pulut semangat)
  • 5 inci daun pandan / sehelai
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (tidak perlu pewarna jika mahu pulut putih, boleh letak warna lain yang di sukai/ mengikut kesesuaian kuih)
  • Loyang 20cm / 8 inci

Cara-cara:
  1. Panaskan peiuk kukus yang telah diisi air.
  2. Cuci beras pulut seperti biasa.
  3. Masukkan ke dalam loyang. Rujuk gambar 1.
  4. Kemudian masukkan santan, air, pewarna kuning, garam, daun pandan dan minyak masak ke dalam loyang yang berisi pulut tadi. Kacau rata. Rujuk gambar 2 dan 3.
  5. Bila air di dalam periuk kukus telah mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukus lapisan atas. Tutup kukusan. Rujuk gambar 4.
  6. Set timer selama 30 minit.
  7. Kacau pulut setiap 10 minit. Rujuk gambar 5.
  8. Selepas 30 minit, juka pulut masih tidak masak masukkan 1-2 sudu besar air panas, kacau dan kukus semula 10 minit.
  9. Bila pulut sudah masak, masukkan ke dalam rice cooker dan warm kan sahaja. 
  10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama rendang, serunding, sambal tumis, dan apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Sukatan diatas untuk beras pulut jepun yang E-na guna. Klik di sini untuk gambar beras pulut Jepun.. Adjust sukatan cecair dengan beras pulut anda.


TIPS KUKUS PULUT MUDAH DARI LOVELY KITCHEN

  • Kacau pulut setiap 10 minit untuk mendapatkan pulut yang masak sekata.
  • Lebihkan santan, kurangkan air (tetapi jumlah cecair masih sama) jika mahu pulut lebih rasa lemak. 
  • Tambah sedikit air panas jika pulut masih belum masak sekata selepas 30 minit , kacau dan kukus lagi.
  • Masukkan pulut yang telah masak ke dalam rice cooker dengan function'warm' untuk kekalkan kepanasan pulut.
  • Boleh gunakan pewarna lain jika mahukan pulut bewarna merah / biru/ hijau dan sebagainya.
  • Cara ini juga sesuai untuk buat pulut panggang, lopes, pulut pagi, atau apa sahaja kuih yang mernggunakan pulut yang dikukus.

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Thursday, 11 August 2011

:-> Nasi Lemak Kukus dan Ayam Goreng Berempah


Menu kegemaran seisi keluarga untuk berbuka semalam, Ramadhan 10. Nasi Lemak Kukus, Ayam Goreng Berempah, Burger Malaysia dan Mango Juice. Anak-anak E-na kalau dapat makan nasi lemak memang laju je. Sedap memanjang... E-na dan hubby pula suka nasi yang dikukus lembut...Bila masak nasi lemak biasanya akan adalah Burger Malaysia...senang kan boleh kongsi je sambal tumis tu...

Masak nasi dengan cara mengukus ni senang sebab tidak perlu risau nasi mentah atau lembik sangat. Kita boleh tengok nak sedang mana lembutnya. Bagi yang tak berani hendak mengukus nasi mari cuba, Insyaallah pasti jadi...

RESEPI NASI LEMAK KUKUS
(4 - 5 orang)

Bahan-bahan :

  • 450 gram beras (E-na guna beras wangi....fuhhh bau diaaa)
  • 150 ml santan tin(pekat)
  • 100ml air
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 hiris halia
  • 1 ulas bawang putih- di hiris nipis
  • 1 helai daun pandan
Bahan-bahan lain:
  • 100ml air panas / suam (jika perlu)
Cara-cara :
  1. Beras di cuci bersih sambil berselawat ke atas nabi.
  2. Kemudian rendam selama 1 jam.
  3. Didihkan air di dalam pengukus.
  4. Masukkan beras ke dalam kukusan bersama sehelai daun pandan. Ratakan kemudian lubangkan dengan jari di beberapa tempat.
  5. Tutup periuk dan kukus selama 15 minit.
  6. Di dalam bekas masukkan santan, air, garam, halba dan bawang putih. Kacau sikit.
  7. Kemudian masukkan nasi ke dalam bekas santan dan kacau rata.
  8. Tuang semula nasi ke dalam pengukus, ratakan dan buat lubang seperti tadi. Kukus lagi 15 minit.
  9. Jika nasi masih keras, angkat dan masukkan ke dalam bekas dan masukkan 100ml air panas / suam (sejuk pun boleh) dan kacau rata.
  10. Kemudian kukus semula selama 10 minit.
  11. Setelah masak angkat dan masukkan ke dalam rice cooker, tekan button warm untuk kekal panas.
  12. Boleh dihidangkan bersama sambal tumis, ayam goreng rempah atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

    NOTE : Sukatan bahan-bahan di atas boleh di gunakan untuk beras sehingga 500gram.

    Resepi Ayam Goreng Rempah dan Sambal Tumis pelengkap Nasi Lemak Kukus ni E-na update kemudian ye... Insyaallah. 

Friday, 17 June 2011

:-> Nasi Lemak Hujan Panas



Biasanya selepas hujan panas akan keluar pelangi yang bewarna-warni. Sangat cantik! Nak-nak pula kalau ada pelangi kembar...sweet.

Mari kita warnakan nasi lemak yang biasa di buat tu jadi seindah pelangi selepas hujan panas. Pasti anak-anak menggemarinya.

Dalam gambar tu ada kerabu udang. Biasanya di LK kalau masak nasi lemak untuk 2 kali makan, breakfast dan lunch. Untuk lunch biasanya E-na akan tambah lagi satu menu lauk. Untuk kali ini buat kerabu udang. Anak-anak E-na memang suka sangat nasi lemak dan mamanya boleh lah jadi cikgu dirumah lama sikit, tak terkejar-kejar nak masak untuk lunch (ayat cover je tu, sebenarnya pemalas...;p)

Resepi dan post kat sini dulu atau boleh juga refer di myresepi. Layan gambar nasi lemak hujan panas dengan kamera hp kat sini. Nak berkenalan dengan cik halba dating kat sini ye.

Di bawah E-na taip kan resepi yang menggunakan sukatan metrik.

Resepi Nasi Lemak Hujan Panas

Bahan-bahan :
  • 500g beras (e-na campur 1:1 beras jepun dan beras thai)
  • 200ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1/2 inci halia (di hiris 4)
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
  • 1 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau, merah dan kuning
Cara Memasaknya :
  1. Beras di bersihkan. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa.
  3. Kacau beras sebelum kering supaya santan sebati dengan nasi.
  4. Apabila nasi telah kering, 5 minit yang terakhir sebelum nasi masak buatkan 3 lubang.
  5. Titikkan 3 warna yang berbeza pada setiap lubang. Dalam 2-3 titik untuk setiap warna.
  6. Gaul warna di sekeling lubang sahaja. Jangan bercampur dengan warna lain nanti hasilnya tidak cantik. Tutup rice cooker dan biarkan nasi masak.
  7. Selepas 2 minit nasi masak baru gaul keseluruhan nasi. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENDAPATKAN WARNA NASI YANG SEKATA CANTIK.
  • Jangan gaul semua warna semasa nasi belum masak. Air yang belum betul2 kering akan menyebabkan warna bercampur.

Monday, 28 June 2010

:-> Pulut Kuning Kukus @ Pulut Semangat


Pulut Kuning atau di kenali juga dengan Pulut Semangat adalah antara makanan kegemaran anak-anak E-na untuk breakfast. My kids boleh makan pulut kuning macam tu tanpa sebarang lauk. Biasanya E-na gorengkan telur dadar untuk anak-anak dan buat rendang atau sambal tumis / masak sambal untuk kami berdua.

Kali ni masak pulut baru sempat posing. Selalunya habis kena serang sejurus diangkat dari pengukus. Makan dengan Ikan Rebus Goreng Sambal dan timun.

Bagi yang tiada pengukus boleh juga masak pulut kuning guna rice cooker.


RESEPI PULUT KUNING KUKUS

  • 3 mug beras pulut (+-500 gram)
  • 250 ml santan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun pandan - di potong 2
  • Air untuk merendam pulut - sukatan air 1 - 1 1/2 inci melebihi paras pulut

Cara-cara
  1. Beras Pulut di cuci bersih.
  2. Masukkan air, serbuk kunyit dan asam gelugor ke dalam bekas dan kacau supaya serbuk kunyit larut.
  3. Kemudian masukkan beras pulut dan rendam semalaman.
  4. Keluarkan asam gelugor, cuci dan bilas beras dengan air paip untuk membuang sisa-sisa kunyit.
  5. Didihkan air dan masukkan beras dan separuh daun pandan ke dalam pengukus, ratakan.
  6. Kukus selama 15 minit atau sehingga 3 suku masak.
  7. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama baki daun pandan tadi.
  8. Tuangkan santan yang telah dicampur dengan garam gaul rata.
  9. Kemudian ratakan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus semula selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
  10. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama rendang, sambal tumis, masak berlada/ sambal. Selamat mencuba!

TIPS
UUNTUK MENDAPATKAN WARNA PULUT KUNING YANG CANTIK SEKATA
  • Rendam beras pulut bersama asam gelugor atau asam keping supaya warna melekat pada beras.
  • Kacau beras 2 atau 3 kali selama proses merendam supaya sekata.
  • Tumbuk sedikit kunyit hidup dan masukkan ke dalam beras yang di rendam. ( warna lebih terang)

Thursday, 20 May 2010

:-> Nasi Lemak Harum Halba




Nasi Lemak Harum Halba

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • * 2 mug beras (dicuci bersih)
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air(ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
  • * 1/2 inci halia (di ketuk / dihiris )
  • * 1 sudu kecil halba
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.
  2. Masak nasi seperti biasa. Kacau sedikit semasa nasi mendidih dan ketika nasi hampir kering supaya santan bergaul rata.
  3. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, bilis goreng, sambal sardin, kangkung rebus atau apa sahaja lauk kegemaran anda.
  4. Nasi Lemak ini akan mengeluarkan bau yang sangat harum ketika mendidih. Pasti perut terasa tak sabar untuk menikmatinya. Selamat mencuba!

Source : My Mum Recipes

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Monday, 3 May 2010

:-> Nasi Ayam Penyek




NASI AYAM PENYEK

AYAM GORENG PENYEK

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam
  • 10 cawan air
  • 1 inci halia–di ketuk
  1. Ayam di bersihkan dan di potong 4 bahagian.
  2. Masukkan air, halia dan ayam ke dalam periuk. Rebus selama 15 - 20 minit.
  3. Angkat ayam dan toskan.
  4. Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi, kremes dan di buat sup.
  • ½ sudu besar Jintan Manis* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • 2 keping tauhu
  • 1 keping tempe (yg dlm plastik. kalau yg dlm daun.. guna 2 ~ 3 keping)
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Tepung jagung
Cara menyediakannya :
  1. Dengan menggunakan pengisar kering, kisar hingga halus bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Tumbuk bawang putih dan halia hingga hancur.
  3. Satukan bahan kisar, bahan tumbuk, serbuk kari,serbuk lada putih, serbuk kunyit, garam dan sedikit air. Kacau sebati.
  4. Ambik 2 sudu teh bahan perapan ayam ini dan simpan untuk di buat kremes nanti.
  5. Perapkan ayam, tauhu dan tempe. Ketepikan.
  6. Kemudian masak nasi pula.

NASI AYAM
Bahan-bahan (Sukatan air dan beras bergantung kepada isirumah masing-masing)
  • 2 mug beras
  • 2 1/2 mug air rebusan ayam
  • Sehelai daun pandan
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar marjerin

Cara memasak Nasi Ayam:
  1. Beras di cuci dan toskan.
  2. Masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam rice cooker.
  3. Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis semua bahan-bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga hindi, bunga lawang, bunga cengkih) sehingga wangi.
  4. Masukkan 1 senduk air rebusan ayam (dlm rice cooker tadi) ke dalam kuali dan kacau. Tutup api.
  5. Kemudian masukkan beras dan bahan tumis ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
  6. Bila nasi hampir kering, kacau sekali. Biar sehingga masak.
  7. Sediakan pula sambal.

SAMBAL

Bahan-bahan
  • 3 biji cili merah (lebihkan jika mahu pedas)
  • 3 biji cili padi (lebihkan jika mahu pedas)
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - di mayang
  • 2 biji tomato besar - di belah 4
  • 1cm belacan
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • 1 1/2 sudu teh gula merah / gula pasir ( secukup rasa)
  • garam
  • minyak masak

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga ranggup. Jangan sampai hangit nanti pahit. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili besar dan cili padi. Setelah layu masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.
  4. Biarkan semua bahan sejuk pada suhu bilik.
  5. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Kemudian masukkan ke dalam kuali / periuk dan didihkan.
  7. Masukkan gula merah dan garam. Sesuaikan rasa pedas, masin dan manis.
  8. Tutup api.
  9. Sediakan pula sup kosong
Note : Sambal boleh di sediakan sehari sebelum dan simpan di dalam peti sejuk. Panaskan sebelum dihidang.




SUP KOSONG
Bahan-bahan :
  • Air rebusan ayam tadi (simpan 1 1/4 cawan untuk buat kremes)
  • 1 bungkus sup tulang adabi
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 2 ulas bawang putih - di ketuk
  • Daun sup dan daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • garam dan perasa
Cara Membuatnya:
  1. Didihkan air rebusan ayam tadi bersama bunjut sup tulang.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih halia dan 4 rempah sekawan (sedia ada dalam bungkusan sup tulang adabi)
  3. Bila sudah wangi masukkan ke dalam kuah sup.
  4. Perasakan garam dan perasa.
  5. Semasa menghidang taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  6. Sediakan pula kremes.
Note : Boleh juga guna sup bunjut adabi atau serbuk rempah sup.




KREMES
  • 60 gram tepung beras
  • 1 1/4 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 cawan air (anggaran)
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 2 sudu teh bahan perapan ayam tadi
Cara membuatnya :
  1. Gaulkan air rebusan ayam, tepung beras, telur, dan bahan perapan ayam sehingga rata.
  2. Masukkan air dan kacau menjadi adunan yang agak cair.
  3. Tambah sedikit garam jika tidak masin.
  4. Ambil sesudu dan tuang ke dalam minyak yang betul betul panas.
  5. Sentiasa di kacau sehingga kekuningan.
  6. Goreng hingga garing.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Ulang sehingga habis.
  9. Akhir sekali goreng ayam, tauhu dan tempe.
Cara Menggoreng Ayam, Tauhu dan Tempe :
  1. Panaskan minyak.
  2. Golek-golekkan ayam di atas tepung jagung dan goreng sehingga garing. (Tidak perlu goreng lama sebab ayam telah pun masak)
  3. Angkat dan toskan.
  4. Goreng tempe dan tauhu mengikut langkah yang sama seperti menggoreng ayam tadi.
  5. Semasa menghidang ayam hendaklah di PENYEK (di ketuk) terlebih dahulu sebelum di potong ke bahagian kecil. Tauhu dan tempe juga di potong kecil.

Bahan-bahan sampingan:
  • Salad
  • Timun
  • Tomato
  • Kacang panjang
  • kacang botol
  • Kobis
Sekarang boleh lah di hidangkan mengikut kreativiti masing-masing. Langkah ini nampak panjang tapi sebenarnya senang saja untuk membuatnya dan yang paling penting SEDAP!

Note : Resepi ini telah di edit dengan cara E-na ketika menyediakannya. Resepi asal boleh tengok di blog K.Madiha.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^



Source : Kak Madihaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...