Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Thursday, 8 July 2010

:-> Laksam MIL



Laksam Kelantan memang antara makanan kegemaran di Lovely Kitchen. Buat laksam menggunakan tepung beras yang MIL kirim dari Malaysia masa hubby balik sekejap ke kg end of may baru ni. Ulam-ulam dalam gambar kat atas tu my husband yang hiriskan dan katanya timun tu hiris cara dia, cepat sikit siap, ;-p...dapat makan bunga kantan fresh kiriman mak...complete segala ulam, ada daun kesum, bunga kantan, taugeh...cuma kacang panjang tak ada....nanti kalau pokok kacang panjang berbuah boleh makan dengan laksam...he he berangan!

Laksam ni sensitif sikit kalau tak kena tepungnya lamalah nak adjust supaya menjadi cantik dan rasa sedap tidak 'berselut'.

Masa buat laksam yang sebelum ini guna tepung yang ada di jepun so terpaksa tambah dengan sedikit tepung gandum untuk jadi cantik...boleh tengok disini...tapi kalau guna tepung beras yang biasa MIL e-na guna ni tak perlu tambah tepung gandum dan insyaallah memang akan jadi laksam tu nanti.

Tapi kan bila nak taip resepi kat sini E-na dah confuse sukatan air yang e-na guna ari tu. Selalunya kalau bancuh adunan laksam dgn MIL, dia kata agak2 je sukatan airnya...so nanti bila E-na buat lagi E-na bagi resepi yang tepat dan gambar tepung beras yang biasa MIL E-na guna ....kepada yang ingin mencuba tak perlu risau laksamnya tak jadi. Sabar ye...;-)

Monday, 7 June 2010

:-> Laksa Penang


Laksa Penang

Bahan-bahan untuk Kuah :
  • 500 gram ikan aji/ selayang
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 10 gram belacan
  • 1 batang bunga kantan
  • 3 keping asam gelugor/ asam keping
  • daun kesum
  • garam dan perasa
Cara membuatnya :
  1. Ikan di cuci dan di rebus dengan air, garam dan 3 keping asam gelugor.
  2. Asingkan isi ikan dan tulang.
  3. Blender isi ikan dengan air dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Tulang ikan juga di blend dan di tapis ke dalam periuk.
  5. Bawang merah, bawang besar, bawang putih, belacan dan serbuk cili di blender sehingga hancur. Masukkan ke dalam periuk.
  6. Masukkan air secukupnya. Boleh campurkan dengan air rebusan ikan tadi jika suka.
  7. Kemudian masukkan bunga kantan yang di belah 4, daun kesum, asam keping.
  8. Didihkan sehingga semua rasanya bersatu. Kacau sekali sekala.
  9. Perasakan garam dan apabila sudah cukup semua rasa bolehlah di tutup api.
Bahan untuk Laksa
  • 1 bungkus laksa kering
Cara membuatnya :
  1. Laksa di rendam semalaman.
  2. Didihkan air dan rebus laksa sehingga lembut.
  3. Angkat dan siram dengan air paip dan toskan.
Bahan-bahan sampingan :
  • Limau kasturi / limau nipis/ lemon
  • Timun - di potong sebesar batang mancis
  • cili api - dihiris halus
  • bawang besar - di hiris nipis
  • nenas - di potong kiub kecil
  • salad - di hiris nipis
  • telur rebus - di belah dua
Cara Menghidang :
  1. Masukkan laksa ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan semua jenis bahan-bahan sampingan yang di sukai.
  3. Siramkan kuah ke atasnya. Sedia untuk di hidangkan. Selamat mencuba!

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Friday, 14 May 2010

:-> Makaroni Goreng Shitake



Makaroni Goreng Shitake

Bahan-bahan:
  • 150 gram makaroni
  • 4 kuntum fresh shitake - di hiris nipis
  • 20 ekor udang
  • 1 keping daging burger - didadu kecil / daging cincang
  • 1/4 labu bawang besar - dicincang halus
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil olive oil
  • garam dan perasa
Cara-cara:
  1. Didihkan air, masukkan makaroni dan olive oil.
  2. Masak sehingga makaroni lembut. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar sehingga wangi/ layu.
  4. Masukkan daging cincang/ daging burger. Kacau rata.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram kacau sebati.
  6. Masukkan udang dan shitake. Kacau sekejap.
  7. Kemudian masukkan makaroni.
  8. Perasakan garam dan kacau rata.
  9. Bila sudah sebati angkat dan hidangkan dengan hirisan daun sup dan sedikit oregano jika suka. Selamat mencuba!
TIPS :
Mengelakkan Makaroni Melekat
  1. Masukkan olive oil ke dalam periuk semasa merebus makaroni. Jika tiada boleh juga gantikan dengan minyak masak.
  2. Bila dah angkat JANGAN siram dengan air. Toskan sahaja.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Tuesday, 11 May 2010

:-> Maggie Goreng Bungkus



Maggie Goreng Bungkus
Bahan-bahan :
  • 1 bungkus maggie perencah kari (bukan maggie goreng tu tau, guna maggie kari yang untuk masak berkuah tu baru sedap!)
  • sedikit kobis - dihiris halus
  • sedikit carrot - dihiris nipis panjang2
  • sedikit udang/ ayam/ daging
  • 1 ulas bawang putih -mayang halus
  • 1 ulas bawang merah- mayang halus
  • sedikit air
  • Air untuk rebus maggie
  • Minyak untuk menumis
  • 2 biji telur
  • sedikit pewarna merah
Cara-cara:
  1. Didihkan air, masukkan beberapa titik minyak masak dan rebus maggie sehingga lembut.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  4. Masukkan perencah maggie( x perlu habiskan nanti masin sgt), udang dan sedikit air diikuti dengan kobis dan carrot.
  5. Kemudian masukkan maggie dan kacau rata.
  6. Angkat dan ketepikan.
  7. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk.
  8. Masukkan sedikit garam dan pewarna merah, kacau sebati.
  9. Panaskan sedikit minyak di dalam pan.
  10. Masukkan telur dan dadarkan. Lihat di sini untuk cara2 membuat telur bungkus.
  11. Letakkan maggie goreng diatas telur dan lipat telur.
  12. Terbalikkan terus ke dalam pinggan.
  13. Boleh di letak sos diatas telur jika suka dan hias mengikut creativiti anda. Selamat mencuba!
TIPS
  1. Titiskan sedikit minyak masak ke dalam air rebusan maggie supaya tidak melekat.
  2. Untuk mendaptakan telur bungkus yang cantik boleh lihat disini - Nasi Lemak Goreng Pataya


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Saturday, 8 May 2010

:-> Mee Hoon Goreng Seafood



Mee Hoon Goreng Seafood

Bahan-bahan :
  • 1/2 bungkus mee hoon
  • 20 ekor udang sederhana besar - dibuang kulit
  • sotong - dihiris halus
  • Sawi - dipotong kecil
  • kobis - dihiris halus
  • taugeh - dibuang ekor
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/4 bawang besar
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam
Cara membuatnya :
  1. Rendam mee hoon di dalam air sehingga lembut.
  2. Sementara itu sediakan bahan-bahan lain.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga layu.
  4. Masukkan sos tiram dan sedikit air, kacau.
  5. Kemudian masukkan sotong dan udang, kobis.
  6. Masuk sedikit air untuk melembutkan mee hoon.
  7. Masukkan mee hoon dan sawi, kacau sebati.
  8. Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
  9. Jika meehoon masih keras tambah sedikit air lagi.
  10. Bila hampir masak masukkan taugeh, balik-balikkan dan angkat.
Cara menghidang:
  1. Sediakan sambal kicap (kicap + cili api + perahan limau kasturi/ lemon/ limau nipis).
  2. Goreng telur mata atau telur dadar.
  3. Masukkan mee hoon goreng di dalam pinggan.
  4. Letakkan telur, sambal kicap dan keropok di atas meehoon.
  5. Sedia untuk di hidangkan. Selamat menjamu selera!

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday, 5 May 2010

:-> Mee Goreng Mamak



Mee Goreng Mamak

Sediakan cucur udang dahulu... ikut cara masing-masing. Boleh guna cara di bawah untuk hasil yang cepat...:-)

Cucur Udang Segera

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil baking powder / soda bikarbonat
  • Sedikit udang - dipotong kecil
  • Sedikit taugeh - di buang ekor
  • Sedikit daun kucai - di potong 1 inci
  • Serbuk kunyit
  • garam
  • Air secukupnya
Cara Cucur Udang Segera :
  1. Bancuh semua bahan di atas dengan air secukupnya macam nak buat cucur.
  2. Panaskan minyak. Sudukan bancuhan ke dalam minyak panas.
  3. Jadikan 4 atau 5 biji cucur udang.
  4. Balikkan. Bila masak, angkat dan letakkan dalam pinggan yang di alas dengan kitchen tissue.

Bahan-bahan untuk mee:
  • 300 gram mee kuning
  • 60 gram daging - hiris nipis
  • cucur udang - di belah 4
  • 1 pokok sawi - di potong kecil
  • taugeh
  • fish cake - dihirs nipis
  • fish ball - dibelah 2
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili giling (ikut selera masing2)
  • 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 biji telur
  • 1/2 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • sedikit air
  • garam secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, serbuk kari dan cili giling sehingga garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sehingga daging lembut.
  3. Masukkan fish cake, fish ball, cucur udang dan kacau.
  4. Kemudian masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  5. Masukkan sawi.
  6. Buat lubang di tengah-tengah kuali dan pecahkan telur.
  7. Apabila telur telah masak sedikit barulah di kacau dan di gaul rata.
  8. Masukkan taugeh. Kacau dan biarkan mee kering sedikit barulah di angkat.
  9. Taburkan bawang goreng, cili merah dan hijau, hirisan timun, tomato dan limau kasturi/ lemon. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Sunday, 2 May 2010

:-> Mee Kari Ayam Tomato



MEE KARI AYAM TOMATO
Bahan-bahan :

Bahan-bahan sampingan:
  • Taugeh - buang ekor dan celur sekejap
  • Sawi - celur hingga empuk
  • Tauhu goreng - dihiris nipis
  • Telur rebus - belah dua
  • Isi ayam yang di siat-siat
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Hirisan cili merah dan hijau
  • Limau kasturi/ limau nipis/ lemon
Cara Menghidang :
  1. Masukkan mee ke dalam mangkuk.
  2. Susun bahan-bahan sampingan di atas mee.
  3. Tuangkan kuah kari ke atasnya dan tabur bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah dan hijau.
  4. Selamat mencuba!


^_^LovelyKitchen^_^

Thursday, 1 April 2010

:-> Laksam


Biasanya my mum and my MIL kukus laksam menggunakan tudung periuk. Tapi E-na guna loyang kek sebab tak ada tudung periuk yang sesuai untuk mengukus laksam.... Pusing juga cari di supermarket kalau2 ada jual...errmmm mmg tak ada!

Kalau nak tengok laksam yang menggunakan tepung beras sahaja klik kat sini.

Inilah wajah laksam sebelum dipotong...
Laksam (4 orang )
Bahan-bahannya:
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam (bergantung pd jenis tepung beras, kalau cubaan pertama keras tambahkan air dalam bancuhan)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 tudung periuk / loyang kek
  • Sedikit minyak masak untuk di sapu pada tudung periuk.

Cara membuatnya :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Sapukan sedikit minyak masak pada permukaan tudung periuk. Bila air kukusan telah mendidih, masukkan tudung periuk tadi dan tutup tudung periuk kukus.
  3. Didalam mangkuk masukkan air, tepung beras, tepung gandum dan garam. Kacau sebati.
  4. Jika berketul, tapis adunan sebelum di kukus.
  5. Masukkan 1 1/2 senduk adunan ke atas tudung periuk yang telah panas tadi.
  6. Kukus sehingga masak. Apabila laksam gelembung2 itu tandanya sudah masak.
  7. Angkat dan sandarkan tudung periuk dan dibiarkn sebentar sebelum di gulung supaya laksam licin dan kelihatan cantik.
  8. Sambil itu panaskan tudung periuk lain di dalam kukusan. Ulang langkah 5 sehingga habis.

Kuah Laksam
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan selayang/ kembong bersaiz besar direbus dgn garam dan asam keping. (Bg yg berada di Japan boleh guna ikan Aji)
  • 1cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit lada hitam/ serbuk lada hitam
  • 200ml santan pekat - anggaran shj
  • 500ml air-anggaran shj
  • Garam dan perasa

Cara Membuat Kuah :
  1. Ikan di buang tulang dan dikisar bersama dengan halia, bawang merah, bawang putih, dan lada hitam.
  2. Masukkan kedalam periuk bersam dengan bahan2 lain.
  3. Masak sehingga agak pekat.

Note : sukatan air dan santan bergantung kepada saiz ikan dan selera masing-masing. so pandai-pandailah adjust ye...


Bahan untuk Cili :
  • cili merah / cili kering
  • cili padi
  • sedikit belacan
  • garam
  • gula
  • limau nipis

Cara membuatnya :
  1. Blend semua bahan.
  2. Perasakan pedas, masin dan masam.
  3. Sedia di hidangkan.
  4. Buat sambal sehari lebih awal lagi sedap. Simpan dalam fridge.

Bahan-bahan ulam :
  • Taugeh di buang ekornya
  • Timun dipotong sebesar btg mancis
  • Kacang panjang dihiris halus
  • Daun kesum dihiris halus
  • Bunga kantan dihiris halus

Satukan semua jenis ulam yg di hiris tadi dan gaul rata. Boleh lah dihidangkan.

Cara Menghidang :
  1. Potong laksam di dalam mangkuk.
  2. Masukkan ulam-ulaman.
  3. Siram kuah di atasnya dan masukkan sambal.
  4. Gaul dulu sblm mkn...yummy yummy sedapnya. Selamat mencuba!

Tips : Untuk mendapatkan Laksam yang cantik dan tidak melekat
* Panaskan tudung periuk yang telah disapu dgn sedikit minyak masak di dalam periuk
kukus sebelum memasukkan adunan ke atas tudung periuk.
* Biarkan laksam yang baru di masak seketika dengan menyandarkan/ dirikan tudung
periuk sebelum di gulung.
* Sukatan air bergantung pada jenis tepung beras, jika kukusan pertama keras tambahkan air kedalam adunan.


UPDATE :
Rakan yang sudi berkongsi ilmu dengan Lovely Kitchen
1) k.ilah (23 april 2010)
2) kak am (28 April 2010)


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...