Showing posts with label Menu Open House. Show all posts
Showing posts with label Menu Open House. Show all posts

Friday, 2 March 2012

High Tea / Hi-tea ala kadar di LK


Terima Kasih untuk ucapan dan doa dari kawan-kawan dalam entry 'His Big Big Day' dan komen-komen di facebook. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Tinggal lagi convocation day dan Insyaallah end of this month kami akan balik for good.
Pening kepala E-na dah kurang tinggal batuk n flu. Sambung pulak dengan hubby bad flu and badan tak berapa sihat. Alhamdulillah semalam di beri kesempatan masak sedikit juadah untuk tetamu. 

  • Bihun Goreng + Sambal Tumis ikan bilis
  • Ebi Burger Special 
  • Donut Choco
  • Kek Batik
  • Takoyaki
  • Biskut Chocolate Chip Famous Amos
  • Pizza Tuna 
  • Mango Juice
  • Earl Grey Tea Panas



Pizza Tuna makan panas-panas...


Selamat Kembali ke tanah air Mohamad Noor Azam dan Harmilia Arjan. Jangan lupa toilet jepun and lori sampah di jepun yang bersih dan tiada bau ye....:))
Thanks untuk tetamu dari Malaysia Dr. Hanafiah and lab mate hubby Kader Berceren for coming.


Ini pula tetamu malam....Azerai and Mysarah. Lain yang di plan lain plak yang jadi kan My....sorry guys xtvt jalan-jalan cari makan u all berakir di Lovely Kitchen....he he....Seronok lepak2 makan2 tak sedar sampai 10 malam. Thanks for coming...maaf yang mana terkurang.



Saturday, 8 October 2011

Rendang Tok Resepi 1


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.




Rendang Tok ini senang disediakan. Rasa yang sedap dan sangat sesuai untuk anak-anak makan kerana kurang pedas. Anak-anak E-na suka dan berselera sekali makan rendang ini bersama Pulut Kuning Kukus Mudah. Bagi yang suka pedas E-na cadangkan tambah cili kering atau sedikit cilipadi ke dalam bahan tumbuk.

Resepi dari Mas Duniaku. E-na buat 1/2 kilo daging sahaja tapi menggunakan sukatan bahan-bahan yang sama. Rendang Tok di atas tu E-na buat lembab untuk makan segera. Bagi yang suka rendang yang kering boleh keringkan lagi. Dibawah ini resepi yang telah di buat mengikut kesesuaian bahan di Lovely Kitchen.


RESEPI RENDANG TOK
(4-6 orang)

Bahan-bahan:
  • 500 gram daging dihiris nipis / cincang pun bole
  • 200 ml santan tin
  • 200ml air
  • 1 1/2 sudu besar kerisik
  • 1 1/2 sudu besar gula merah (kurosato)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging.
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga (pelaga hindi)
  • 2 bunga cengkih
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1/4 inci halia dicincang
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus
  • Garam dan perasa (~3/4 sk garam rasanya)

Bahan-bahan Tumbuk
  • 2cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit/ 1/4 inci kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 2 batang serai - dihiris ipis sebelum ditumbuk
  • tambah cili kering / cili powder/ cili api jika suka pedas.

Cara-cara:
  1. Gaul sebati daging,bahan-bahan hiris, bahan tumbuk, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, kerisik, gula merah, dan serbuk kari. Boleh juga perap sekejap dalam 1 jam. E-na tak perap.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air dan santan. Kacau rata.
  3. Dengan api perlahan masak sehingga mendidih, masukkan garam dan perasa dan masak sehingga kering.
  4. Semasa memasak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.Gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah. Jadi kena pandai seimbangkan.
  5. Masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
  6. Sesuai di makan dengan lemang, nasi impit, ketupat, nasi putih, nasi minyak, nasi tomato, roti atau pulut. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Rendang tok ini senang disediakan dan rasa pun sedap!


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Sweet Comments dalam entry 'Sambal Tempoyak'. Thanks... 


Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. 

Friday, 30 September 2011

:-> Kek Chocolate Cheese Comel


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Kek Chocolate Cheese Comel untuk hidangan penambah seri meja semasa open house kami 1 syawal lepas.  E-na buat kek ini sebagai teman Kek Lapis Kukus Masam Manis Kukus (hawflakes). Kesian kalau seketul je tak berteman, tentu sunyi kan.hiks!


Asalnya kek ini menggunakan tepung gandum tapi e-na buat guna tepung kek. Akibatnya kek naik cantik memenuhi loyang....huwaaaa macam mana nak letak cheese! E-na potong dan keluarkan separuh loyang kek chocolate kemudian baru masukkan adunan cheese. Dalam resepi asal juga tidak di tulis temperature dan tempoh membakar kek. Juga tiada saiz loyang dan sukatan yang di beri tidak sama....ada  metrik dan ada sukat dalam tin.

Resepi di bawah telah E-na simpulkan hasil dari ekperimen pertama ini. Kek ini menjadi pujaan hubby dan anak-anak. Resepi kek ini juga yang E-na guna untuk buat Lighning Mc Queen Cake untuk my little son.


RESEPI KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL
Loyang 18cm segiempat

Bahan-bahan untuk Coklat
  • 150 gram butter
  • 150 gram gula halus
  • 125 gram tepung gandum
  • 30 gram serbuk koko
  • 50 gram milo
  • 2 biji telur 
  • 70 gram susu pekat manis 
Cara-cara:
  1. Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.
  3. Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak, milo, serbuk koko dan susu, gaul rata.
  4. Panaskan oven 170 degree.
  5. Sapu dasar dan keliling loyang 18cm dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 degree sehingga masak.
  7. Setelah kek  hampir masak, sediakan pula bahan-bahan untuk adunan cheese.
Bahan-bahan untuk Cheese:
  • 400 gram cream cheese
  • 120 gram gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Pukul Cream Cheese dan gula sampai menjadi krim.
  2. Masukkan telur satu persatu, esen vanila pukul sebati.
  3. Ambil sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna merah dan hijau. Ketepikan.
  4. Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.
  5. Titikkan 1 titik adunan merah dan 2 titik adunan hijau selari denga titik merah tadi.
  6. Tarik pengcungkil gigi dari atas titik warna merah hingga  melepasi titik warna hijau untuk menghasilkan lorekan seperti setangkai bunga. Buat mengikut citarasa anda.
  7. Bakar menggunakan kaedah double boiler di dalam oven dengan suhu 170 degree. Bakar sehingga cheese tidak melekat di hujung jari apabila disentuh. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE : 

  • Double boiler untuk membakar kek ini adalah seperti berikut:
  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar. Atau...
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar.

Klik link link di bawah untuk melihat hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini:



Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/susu-pekat-manis-di-japan.html

Friday, 16 September 2011

:-> Black Forest Cake Step by Step


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Kek Black Forest yang E-na buat sebagai buah tangan untuk majlis rumah terbuka adik-adik bujang Nagoya Universiti bergabung dengan satu  family pada hari Ahad 6 Syawal.  . Hanya tinggal 5 orang adik-adik bujang yang beraya di Nagoya, yang lain semuanya balik berpuasa dan beraya di Malaysia.

Menu utama satay ayam dan daging, kuah kacang, mee bandung muar. Memang kenyang betul makan satay hari tu. Adik-adik teruna Meidai menyucuk satay sebanyak 6kg ayam dan 2 kg daging untuk menjamu warga Nagoya. Memang rajin kan...lain kali boleh buat lagi ye dik...sedap!!


Kek Black Forest yang sama E-na guna untuk Ucapan Raya kat sini. Hari ini E-na kongsikan cara E-na buat Kek Black Forest. Mula-mula sediakan Kek Sponge Chocolate. Boleh disediakan sehari sebelum deco kek. E-na minta maaf sebab tak tahu siapa empunya resepi Kek Sponge Chocolate  yang E-na guna ni. Minta di halalkan dan E-na share di Lovely Kitchen pula.

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
  • 3 biji kuning telur
  • 100 gram gula castor
  • 120 gram tepung kek
  • 50 ml minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B:
  • 30 gram serbuk koko Van Houtan
  • 120 ml air panas.
Cara-cara:
  1. Satukan bahan B.
  2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
  3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C:
  • 3 biji putih telur
  • 60 gram gula castor
  • 1/4 sudu kecil cream of tar tar
  • Loyang kek 18cm / 7inci
Cara-cara:
  1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
  5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
  6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
  9. Sejukkan di atas redai.

CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:

  • Whipped Cream (200ml)
  • 25 gram gula halus
  • Chocolate Syrup Hershey's
  • Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
  • Buah cherry bertangkai secukupnya (E-na guna 6 biji)
  • Chocolate parut
Cara-cara:
  1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis. Rujuk gambar 1.
  2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
  3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Rujuk gambar 2.
  4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas Chocolate Syrup Hershey's. Rujuk gambar 3. (Gambar ni di ambil semasa lapisan kedua, masa lapisan pertama lupa nak snap)
  5. Susun Dark Pitted Cherry. E-na guna peach dalam tin. Rujuk gambar 4.
  6. Tutup dengan satu lapisan kek. 
  7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
  8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek. Rujuk gambar 5.
  9. Tabur chocolate parut di tengah kek. Rujuk gambar 6. Letakkan juga di keliling kek (E-na tak buat).
  10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek. E-na buat 6 ketul. Rujuk gambar 7.
  11. Boleh tulis wording jika mahu.
  12. Susun buah ceri di atas krim putar rosset. Boleh lelehkan sedikit  Chocolate Syrup Hershey's di sekeliling kek.
  13. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



Cooking chocolate yang di parut menggunakan peeler atau pisau untuk ditabur di atas dan sisi kek.




NOTE : 
  • Whipped Cream 200ml cukup-cukup je dengan saiz kek ini. Jika mahu cream yang lebih tebal boleh tambah sukatan whipped cream.
  • Gambar kek selepas dipotong memang tak snap pun. Segan la kat rumah orang...sorry ye.

Rakan yang telah mencuba Resepi Black Forest Cake:



Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Friday, 9 September 2011

:-> Lemang Tanpa Buluh dan Lemang Pulut Kuning Special (Step by Step)


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Lemang Tanpa Buluh sesuai untuk hidangan tetamu di hari raya atau open house. Rasanya tidak terhad pada perantau tapi untuk yang tinggal di bandar atau di desa juga boleh menjadikannya sebagai salah satu juadah untuk tetamu. Senang tidak perlu bermain dengan buluh dan asap api. Tapi Lemang guna buluh tu lagi sedappppp....ada kepala lemang!!! lemak2 gitu...favorite E-na..


Lepas kukus laksam  tadi dapat mesej minta resepi lemang Tanpa Buluh. E-na usahakan untuk publish hari ini sebab empunya diri nak buat open house esok. Harap entry ini dapat membantu  ye. E-na sertakan disini cara E-na buat lemang langkah demi langkah. Semoga gambar dan cara membuatnya dapat di fahami dengan mudah. 

Di bawah ini gambar 'buluh' yang E-na gunakan untuk membuat lemang...hihii. Bekas rempah sebenarnya. Barangan Daiso 105 yen.  Saiz Acuan Lemang E-na ni 10cm x 5.5cm. Boleh guna gelas plastik / bekas plastik lain yang sesuai.


RESEPI LEMANG TANPA BULUH
menghasilkan 5 batang lemang bersaiz seperti gambar di atas.

Bahan-bahan:

  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (untuk lemang pulut kuning sahaja)
Bahan sampingan
  • Loyang / acuan kek 9 inci
  • Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap kemudian lap bersih)
  • Daun pisang frozen tak perlu di layur atau jemur kerana sudah lembut. Lap je dengan kain lembab supaya  bersih.

Cara Masak Pulut:
(Boleh tengok disini cara masak pulut STEP BY STEP)
  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Cuci beras pulut.
  3. Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. Jika inginkan Lemang pulut Kuning masukkan beberapa titik pewarna kuning telur starbrand.
  4. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. 
  5. Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
  6. Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan.
  7. Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika. 
  8. Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.


Cara Buat Lemang:
  1. Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
  2. Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
  3. Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
  4. Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
  5. Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
  6. Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
  7. Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
  8. Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
  9. Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
  10. Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
  11. Angkat dan sejukkan.
  12. Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


Lemang Pulut kuning dapat di jadikan penyeri hidangan. Ramai yang berminat dengan kelainan ini....Thanks my dear Hubby atas idea untuk buat lemang pulut kuning. Muaaahhhhs!! 
Boleh tengok gambar Lemang yang telah E-na hidangkan pada open house yang lepas dan open house tahun lepas di sini dan disini.

TIPS MEMBUAT LEMANG DARI LOVELY KITCHEN
  • Tambahkan air panas 1-3 sudu besar jika pulut masih lagi keras, kemudian kukus semula 5- 10 minit.
  • Mesti kacau 10 minit sekali supaya pulut masak sekata.
  • Lebihkan santan kurangkan air jika mahu lebih rasa lemak. Tapi jika terlalu lemak juga akan cepat muak, tambahan lagi nanti nak cicah rendang kan...lemak juga..
  • Tunggu pulut suam sedikit baru masuk dalam acuan...kalau nak buat juga masa panas tekan guna sudu.
  • Bagi yang suka lemang yang garing...lepas kukus boleh masukkan dalam oven dan bakar sekejap.
  • Tekan pulut padat ke dalam acuan supaya tidak berderai semasa memotong lemang nanti dan cantik potongannya.


NOTE : 

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

:-> Kek Lapis Masam Manis Kukus (Haw Flakes)



Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini bersama rakan-rakan anda di Facebook.. Sharing is Caring...TQVM.




Salah satu kek yang E-na buat untuk open house di rumah kami pada petang hari raya pertama. Operasi mengukus Kek Lapis Masam Manis Kukus (Haw Flakes) pada pagi 29 August. Lepas siap mengukus kek lapis sambung pula buat Kek Chocolate Cheese Comei. Nanti E-na akan kongsikan resepi Kek Chocolate Cheese Comei dan Rendang Pedas Ayam Chef Wan. Hari ni akan bz gilerrr...esok p budou gari (petik anggur dalam kebun)...errrmmm bila la nak buat 'bersih 2011'...banyak lagi gambar masakan tersimpan dalam lappy ni...

1st time buat Kek Lapis masa zaman sekolah dulu. Mak yang ajarkan. Tapi E-na memang failed melapis kek...tak cantik macam orang lain buat...Sebelum raya hari tu ada bertanyakan Kak Diana tentang Kek Lapis. Banyak ilmu yang Kak Diana kongsikan. Thanks ye sis...

Resepi Kek Lapis dari Puteri Manja. E-na dah olah cara membuat untuk memudahkan pemahaman dan bahan juga ada yang di tambah dan dikurangkan. Menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama. Sesuai untuk perantau terutama yang susah untuk dapatkan biskut marie. 


RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan A

  • 5 biji telur
  • 200 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovallette
  • secubit garam
Bahan B
  • 220 tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan C
  • 150 ml fresh milk / susu cair
  • 100 ml minyak masak
Bahan D
  • Pewarna kuning, hijau, purple
  • Haw Flakes secukupnya (15 ketul)
  • Loyang bulat 20cm 

Cara-cara:
  1. Masukkan semua Bahan A ke dalam bekas adunan.
  2. Pukul sehingga kembang dan gebu berkrim.
  3. Kemudian masukkan Bahan B dan Bahan C berselang-seli ke dalam Bahan A.
  4. Pukul sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Sapu sedikit marjerin di sekeliling loyang.
  7. Alas loyang dengan cooking sheet.
  8. Masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna kuning dan ratakan. Kukus sehingga masak.
  9. Kemudian angkat dan masukkan  1 senduk ++ adunan berwarna purple, ratakan dan kukus semula sehingga masak.
  10. Susun hawflakes , kemudian masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna hijau dan ratakan. Kukus lagi sehingga masak.
  11. Ulang langkah 8 sehingga adunan habis. 
  12. Hasilnya akan jadi begini lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau + lapisan kuning + lapisan hawflakes + lapisan purple + lapisan hijau + lapisan Hawflakes + lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau.

TIPS MEMBUAT KEK LAPIS DARI LOVELY KITCHEN
  • Terlalu lama masa mengukus setiap lapisan boleh menyebabkan lapisan kek lapis tidak melekat antara satu sama lain / tertanggal.
  • Pastikan kek sudah masak sebelum melapis lapisan seterusnya. Jika tidak adunan akan bercampur dan lapisan tidak cantik.
  • Sentuh sedikit dengan hujung jari untuk mengetahui lapisan kek sudah masak atau belum. Jika kering dan tidak melekat di hujung jari, bolehlah di lapiskan lapisan seterusnya.
  • Tempoh masa mengukus kek tidak sama antara lapisan pertama dgn lapisan seterusnya. Mesti selalu check. 
  • Seeloknya sebelum melapis tekan lembut lapisan kek dengan sudu plastik. Supaya kek padat dan tiada lubang udara (Kak Diana).  
  • Cara menyimpan kek lapis : balut dengan aluminium foil dan simpan di dalm peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama. (kak Diana)
  • Setiap kali memotong kek lapis, lap/ bersihkan pisau pemotong dengan kitchen tissue supaya hasilnya tidak comot.
NOTE : E-na try tekan lapisan pertama dengan sudu plastik untuk resepi ini tapi mcm tak mampat juga lapisan tu, pastu taklah tekan lagi dah......mungkin sbb menggunakan ovallate dan tepung gandum. Kalau yang guna biskut marie rasanya sesuai guna kaedah tekan dengan sudu plastik.


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM.

Thursday, 8 September 2011

:-> Menu Open House Raya Pertama


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut Aidilfitri walaupun di perantauan. Seperti tahun-tahun sebelumnya Hari Raya kami di Nagoya sangat meriah dengan rumah terbuka. Biasanya bila syawal menjelma semua menu raya dapat kami nikmati di rumah2 terbuka Nagoya, terasa seperti berada di Malaysia. 

Bagi memeriahkan suasana pada hari raya pertama E-na dan hubby mengadakan majlis rumah terbuka pada jam 3 petang bertempat di Yamate Biru 601 (istana kami lah tu..hihi) bersamaan 30 August 2011 /1 Syawal 1432H.

Gambar kurang memuaskan...kamera buat hal pula ptg tu...byk gambar yang tak jadi...sayang betul...Hanya ni je yang dapat di paparkan...ada sekeping dua gambar dari kamera kawan. Thanks ya..

Antara menunya Kek Lebaran mesti ada. Sudah biasa masa dengan mak lagi setiap kali raya mesti buat kek sebagai penyeri hidangan. Kali ini E-na buat sebiji Kek Lapis Masam Manis Kukus(Hawflakes) dan sebiji Kek Chocolate Cheese Comei.


Menu utama kami, Lemang Tanpa Buluh...sejak dok jepun ni setiap kali raya mesti buat lemang. Kali ni ada special Lemang Pulut Kuning. Idea Hubby sebenarnya minta buatkan Lemang Pulut Kuning. Cantik juga kan, bila ada dua warna di atas meja.


Rendang Pedas Ayam Chef Wan sentiasa menjadi pilihan E-na. Sangat senang di sediakan. Biasanya akan ada yang memuji kesedapan Rendang Pedas Ayam Chef Wan. Tapi kali ni rendang daging lagi sedap dari ayam ...ni pendapat tukang rasa kesayangan E-na, sape lagi Mr. Hubby la...Biasalah bila dah ada 2 jenis mesti di banding2kan. Tapi lain orang lain citarasanya kan...



 E-na juga masak kuah kacang daging untuk di makan bersama dengan ketupat segera atau nasi impit.


 Ada juga bihun  bersama eksesorinya daun bwg, bawang goreng, sambal kicap, hirisan lemon dan hirisan daging. Masa gambar di ambil E-na sedang hiris daging dan lemon, tu yang xde hirisan daging dan lemon dalam gambar...



Dan juga pelengkap hidangan raya kami, beberapa jenis biskut raya yang sempat E-na buat. 


Itulah juadah open house kami di petang raya pertama. Penuh rumah petang tu dengan tetamu dan riuh rendah dengan suara kanak2 bermain...memang happening! Thanks pada semua tetamu yang hadir menceriakan suasana hari raya di perantauan.You all memang best!! Semuanya dari Nagoya dan ada 2 family dari Gifu...Moga Allah merahmati kalian semua. Amin.

Sebagai rujukan E-na sertakan sekali kuantiti juadah yang disediakan pada hari tersebut. Mungkin boleh di jadikan panduan untuk yang memerlukan. Sebenarnya untuk E-na sendiri juga nanti. Setiap kali nak buat makan-makan akan pening dok fikir berapa banyak nak masak. Risau tak cukup dan sayang juga kalau berlebihan banyak sangat. Membazir pula kan.

Hidangan Open House untuk 35 dewasa dan 20 kanak-kanak(anggaran) Lovely Kitchen.
  • 2kg Ayam untuk Rendang Pedas Ayam - 1kg seekor dan 1kg boneless
  • 1.5kg Daging untuk rendang daging
  • 1.5kg beras pulut untuk Lemang
  • 4 ketul besar ketupat Adabi
  • 200g kacang tanah untuk kuah kacang daging
  • 2 bungkus bihun
  • 1kg tulang untuk sup tulang
  • 1 biji kek Lapis Asam Hawflakes Kukus (20cm bulat)
  • 1 biji kek Chocolate Cheese Comei (18cm segiempat)

Klik 'LIKE' jika suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...