Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

Moist Pandan Muffin


Moist Pandan Muffin yang sedap! Sangat moist dan wangi bila di bakar.  Kalau guna air daun pandan lagi sedap muffin ni.  Bila banyak masa nanti boleh try dengan daun pandan pula. Buat muffin paling senang dan cepat. Gaul je semua bahan dan bakar. Tak sampai sejam dah siap kemas dapur, muffin dah masak boleh terus makan.


Muffin Pandan ini naik dengan cantik dan teksturnya memang gebu serta sangat lembab. Jika ingin menyediakan hidangan sarapan pagi atau minum petang yang cepat bolehlah mencuba resepi ini. Thanks to Aziekitchen 


E-na tabur gajus cincang diatasnya. Sebahagian dibiarkan kosong untuk memberi pilihan pada anak-anak yang tidak suka kekacang.



RESEPI MOIST PANDAN MUFFIN

Bahan-bahan:

  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder  (E-na letak 1 sudu kecil shj)
  • 1/2 sudu kecil bicarbonate soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 120gm gula kastor
  • 200ml santan - guna 100 ml santan kotak & 100 ml air
  • 100ml minyak jagung ( E-na guna minyak masak)
  • 2 biji telur
  • 1 sk pandan paste (E-na tak letak ) 
  • 1/2 sk pandan essence - (E-na letak pandan flavor bbrp titik)
  • Sedikit pewarna hijau 
  • Badam hiris atau apa yg disukai - tabur  (E-na letak gajus)

Cara cara:
1.  Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups. 
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau         rata. 
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga        sebati. 
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. 
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE : E-na bakar dengan suhu 180 selama 25 minit.


Wednesday, 18 September 2013

Kenny Rogers Roasters Vanilla Muffin


Minum petang dengan Vanila Mufin ala-ala Kenny Rogers. Tapi kalau nak manis seperti Vanilla Muffin di Kenny Rogers kena lebihkan sukatan gula. Resepi di bawah ni ngam-ngam je rasa manisnya.


RESEPI VANILLA MUFFIN
8 - 12 biji bergantung kepada saiz papercup

 Bahan-bahan:
  • 125 gram buttercup (dicairkan)
  • 80 gram gula kastor
  • 50 ml whipping cream
  • 2 sudu besar susu segar
  • 2 biji telur saiz sederhana
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 125 gram tepung naik sendiri Blue Key (Blue Key Self Raising Flour)
  • Paper Cups secukupnya
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
  2. Cairkan butter di atas dapur. Biarkan sejuk.
  3. Satukan gula kastor dan semua bahan-bahan cair. Kacau sekadar sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul rata.
  5. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Wednesday, 26 October 2011

Chocolate Banana Oat Marble Muffin



3 rasa bergabung menjadi 1...macam 3 in 1...E-na try resepi the hazel bloom. Nama resepi E-na tambah 'oat' untuk membezakan dengan resepi lain di Lovely Kitchen. Pasti muffin Chocolate Banana Oat Marble akan menjadi pilihan selepas ini jika ada oat di dapur. Yummy...yummy...


RESEPI CHOCOLATE BANANA OAT MARBLE MUFFIN
(19 biji papercup saiz di atas)

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung serbaguna (200 gram tepung kek / SRF)
  • 1 cawan quick  cooking oat (70 gram Quaker Instant Oatmeal)
  • 2 sudu kecil baking powder (E-na tak letak sbb guna tepung kek)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (E-na tak letak)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan pisang yang di lenyek (230 gram - 3 biji)
  • 1 cawan buttermilk
  • 3/4 cawan gula (120 gram gula halus)
  • 1/2 cawan minyak sayur (100ml minyak masak)
  • 1 biji telur (E-na guna telur berat 65 gram)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu besar cocoa powder (E-na letak 2 sudu besar)

Cara-cara :
  1. Panaskan oven 170 darjah celcius.
  2. Sediakan bancuhan buttermilk. Rujuk resepi di bawah, abaikan step ini jika ada buttermilk. 
  3. Di dalam mangkuk pengadun masukkan tepung, oat, baking powder, soda bikarbonat dan garam, gaul rata menggunakan whisker.
  4. Dalam mangkuk lain masukkan pisang yang telah di penyek, buttermilk, gula, minyak, telur dan esen vanila. Kacau rata menggunakan hand whisker.
  5. Masukkan adunan ini ke dalam adunan tepung. Kacau dengan whisker sehingga sebati.
  6. Keluarkan 1/3 dari adunan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
  7. Masukkan cocoa powder ke dalam mangkuk kecil dan kacau rata.
  8. Sudukan adunan putih ke dalam paper cup kemudian masukkan 1 sudu kecil adunan coklat ke atas adunan putih. Denga menggunakan chopstik pusingkan adunan coklat ke dalam aduan putih untuk membentuk marble. E-na buat macam ini sikit dan lapis selang seli sikit.
  9. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga muffin masak. Boleh dihidangkan panas-panas atau sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen. 



Jika tiada buttermilk, boleh guna resepi ini sebagai pengganti buttermilk. Resepi  dari frugalliving.

RESEPI BUTTERMILK SUBSTITUTE

Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar cuka atau jus lemon (E-na guna cuka)
  • susu - kurang dari 1 cawan (E-na guna fresh milk)

Cara-cara:
  1. Masukkan cuka ke dalam cawan penyukat.
  2. Tuang susu segar sehingga aras 200 ml.
  3. Biarkan selama 5 minit. Kemudian boleh digunakan mengikut sukatan resepi.

Tuesday, 11 May 2010

:-> Chocolate Sliced Cheese Muffin


Resepi ini nama asalnya Chocolate Cheese Muffin tapi E-na tambah perkataan 'sliced' sebab salah satu dari ingredientsnya menggunakan sliced cheese. Senang untuk E-na membezakan dengan satu lagi satu resepi muffin yang menggunakan nama yang sama tapi guna cream cheese...minta maaf pada tuan punye resepi, atas pengubahsuaian nama untuk E-na sendiri.... minta halal ye...tq...

CHOCOLATE SLICED CHEESE MUFFIN
Bahan-bahan :

  • 80 gm butter
  • 60 gm gula halus
  • 150 gm cooking chocolate
  • 5 keping slice cheese /cheddar cheese
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 2 sk baking powder
  • 100 gm tepung gandum
  • hirisan badam utk hiasan
Cara-cara :
  1. Panaskan oven 180 C.
  2. Masukkan butter, gula, cooking chocolate dan sliced cheese yang di koak-koyakkan ke dalam mangkuk tahan panas. Cairkan dengan menggunakan kaedah 'doule-boiler sehingga cair dan sebati. Angkat dan sejukan sebentar.
  3. Kacau telur dan esen vanila sekadar meratakan putih dan kuning sahaja.
  4. Masukkan bancuhan coklat tadi ke dalam telur dan kacau sebati dengan spatula atau senduk kayu.
  5. Masukkan tepung dan kacau secara kaup balik. Jangan kacau over sangat sekadar sebati sahaja.
  6. Masukkan adunan ke dalam paper cup dan hias dengan badam.
  7. Bakar selama 20 - 25 minit (bergantung kpd jenis oven masing-masing.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^



Source : kak Ummi

Saturday, 12 December 2009

:-> Blueberry Jam Muffin



Muffin ni sedap rasa manis manis dan masam blueberry jam. Buat satu adunan memang tak cukup. Lain kali mesti buat 2 adunan terus. Kalau makan panas-panas lagi sedap, kat atas ranggup sket dan bahagian dalamnya moist.


BLUEBERRY JAM MUFFIN (13 biji )
BAHAN-BAHANNYA:
  • 70g butter (suhu bilik)
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur (suhu bilik)
  • 1/2 tsp essen vanila
  • 4 sudu besar fresh milk
  • 100g tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • Jem Blueberry secukupnya
Cara Membuatnya:
  1. Tepung gandum dan baking powder di ayak. Ketepikan.
  2. Pukul butter dengan mixer. Masukkan gula dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan telur, vanilla essen dan fresh milk. Pukul hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul rata.
  5. Panaskan oven 180 degree.
  6. Sudukan adunan ke dalam paper cup separuh dan masukkan sedikit jem blueberry. Tutupkan semula dengan adunan sehingga 2/3 cup.
  7. Bakar dalam selama 20 minit.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source: Mamafami

Friday, 4 December 2009

:-> Banana Crumbs Muffin


Banana Crumbs Muffin ni E-na buat sekali dengan Banana Chocholate Muffin untuk minum petang semalam dan sebagai kudap-kudapan anak-anak hari ini. Muffin ni sedap jugak lembut je dan manis2 kat atas tu...kalau tak suka manis letak sket je crumbs tu...E-na letak penuh je, anak-anak memang suke...lain kali kalau buat boleh masukkan adunan sket then letak crumbs sket dan tutup semula dengan adunan dan tabur crumbs kat atas pulak....sesuai untuk budak2 yang suka manis...mak budak pun suke ni....he he bapak budak je kureeeng benda manis so papanya layan le yang banana chocolate muffin tu...

Muffin ni masa panas-panas tu ranggup je crumbs tu tapi bila dah simpan semalaman crumbs tu lembut dan lembab sket, namun rasanya tetap sedap...Resepi asal guna cawan, yang ni E-na dan guna sukatan metrik...bolehlah pilih yang mana berkenan di hati ye...

Banana Crumbs Muffin (20biji)
Bahan-bahannya:

  • 150g tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 270-300g pisang di lenyek (3 biji pisang besar)
  • 70g gula (3/4 cawan)
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 50g butter- di cairkan (1/3 cawan)
Bahan Tabur:
  • 50g gula perang (1/3 cawan)
  • 2 tsb tepung gandum
  • secubit serbuk kayu manis
  • 1 tsb butter
Cara Membuanya:
  1. Cairkan butter di dalam periuk menggunakan api perlahan.
  2. Panaskan oven 190degree.
  3. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam ke dalam bekas besar. ketepikan.
  4. Di dalam bekas lain masukkan pisang yang dilenyek, gula, telur dan mentega cair dan kacau rata.
  5. Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati.
  6. Sudukan ke dalam acuan muffin sehingga 2/3 dari acuan.
  7. Di dalam mangkuk kecil, satukan gula perang tepung gandum dan serbuk kayu manis. Kacau sebati. Masukkan mentega. Gaulkan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  8. Taburkan di atas adunan di dalam acuan tadi.
  9. Bakar selama 18 minit atau sehingga masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Source : Mamafami
K.zai

:-> Banana Chocolate Muffin




Banana chocolate muffin ni sedap dan yang E-na suka sebab sukatannya guna metrik. For me klu guna sukatan metrik ni lebih accurate, so sesape pun buat kalau betul timbangannya dan bahan-bahannya insyaallah akan menjadi, walaupun 1st timer....

Mungkin boleh kurangkan sedikit sukatan chocolate powder untuk lain kali...apapun sukatan yang ini dah ok...
Yang atas tu E-na tabur almond cincang dan yang bawah ni chocolate chips.Banana Chocolate Muffin (10 biji )
Bahan-bahannya:
  • 100g pisang (sebiji besar)
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega dicairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur -suhu bilik
  • 1 tsp baking powder
  • 50ml fresh milk
  • chocolate chip/ almond/ walnut untuk di tabur di atas muffin
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan oven 180degree.
  2. Cairkan marjerin di dalm periuk dengan api perlahan.
  3. Tepung gandum, serbuk koko dan baking powder diayak.
  4. Masukkan gula ke dalam tepung tadi dan di gaul rata. Ketepikan.
  5. Masukkan pisang ke dalam magkuk dan lenyekkan dengan garfu.
  6. Kemudian masukkan fresh milk ke dalam pisang tadi dan kacau rata.
  7. Telur dipukul sedikit dengan garfu supaya bergaul kuning dan putihnya kemudian masukkan ke dalam pisang tadi. Kacau sebati.
  8. Kemudian masukkan tepung tadi dan kacau sebati.
  9. Akhir sekali masukkan marjerin yang telah dicairkan tadi dan kacau rata.
  10. Sendukkan ke dalam muffin cup sehingga 2/3 cup dan taburkan chocholate chip/ almond cincang di atasnya.
  11. Bakar dengan suhu 180 degree selama 25 minit. Selamat Mencuba...

UPDATE :

Rakan yang sudi berkongsi ilmu dengan Lovely Kitchen
1) Syamila - 29 april 2010

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Kak Am
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...