Showing posts with label Kitchen Gadget. Show all posts
Showing posts with label Kitchen Gadget. Show all posts

Monday, 23 December 2013

Lama Tak Tulis Entry Masak-masak...


Dah lama LK tak de buat entry main masak-masak. Lum berkesempatan nak pegang kamera sambil bersilat di dapur. Memasak sambil dukung baby je yang dok buat sekarang ni. 
Ni gambar alah satu menu simple tengahari semalam. Pucuk paku goreng laju2. Cili pun tak putus sebab nak laju sangat. hahaaa ;p...Bukan boleh dok dapur lama-lama skrg ni. Bodyguard akan bising menjerit-jerit panggil Mama. Main dengan kakak abangnya pun x boleh lama. Nak Mama juga. Penangan anak bongsu...hehe.


Ulam terung celur prepared by hubby...nampak selera la plak bila di belah kecil2 macam tu. Menu lain ikan singgang dan ikan goreng. No santan2 for that day...healthy menu...iyola tuh...huhuuu



Apapun moga anda yang membaca entry ini sentiasa sihat dan beroleh keberkatan dariNya. Amin.

Tuesday, 24 September 2013

Lamanya Bercuti


Pada saat dan ketika ini, bibik menguli sedang gigih menjalankan kerjanya di Lovely Kitchen. Setelah bercuti tanpa gaji (oppss selama ni dibayar gaji ke?) selama 1 tahun 6 bulan dan hanya menjadi pameran di wet kitchen.

Sejak balik ke Malaysia, belum pernah membuat roti sendiri. Bukan malas tapi takut Kilang Roti Gardenia tutup kalau E-na rajin sangat meroti. Tengok gambar di bawah menunjukkan BM ini siap menguli pada pukul 23:42. Masih lagi waktu di Jepun. Sepatutnya 22.42 waktu malaysia siaplah doh yang diuli oleh Mr. Bread Maker yang perkasa. Tunggu kemunculan roti pertama di Malaysia ye. Itupun kalau menjadi. Kalau senyap je tak jadilah tu...huehuehue


Monday, 16 September 2013

Dulu BUAYA sekarang ZEBRA


Cerek cap Buaya yang telah berkhidmat selama 13 tahun telah diberhentikan perkhidmatannya dengan rasmi petang semalam. Sebagai ganti Cerek Cap Zebra menyambung tugas di Lovely Kitchen. Ada 3 pilihan warna Dark Grey, Red and Maroon. Tapi colour merah dah sold out, hubby pilih2 yang ok colour dark grey. Maximum Capasity 3.5 liter. Harga RM89.90. Whistling Kettle untuk dapur gas ini kami beli kat AEON Bukit Raja, Klang. Moga Cerek Cap Zebra boleh berkhidmat dengan lebih lama lagi.


Inilah cerek Cap Buaya pemberian Mak E-na selepas kami kawin tahun 2000. Elok lagi cuma bocor di bahagian tepi penyambung antara badan dan bawah cerek. Bila masak air banyak yang keluar atas dapur. Jadi kenalah tukar cerek baru. Terima Kasih atas service yang tip top cerek cap buaya!


Wednesday, 31 July 2013

Acuan Shortbread



Acuan shortbread saiz 10 x 12 x 1 RM39 di Kedai Bakery Bagus Seksyen 13 Shah Alam.

Acuan Tart



Beli acuan tart di kedai bakery Bagus Seksyen 13 Shah Alam.  RM69.50 untuk 144 biji bersaiz 5cm. 

Tuesday, 30 July 2013

Laptop DELL Merah Pengganti COMPAQ


Best! Best! Best! Laptop berwarna merah idaman kalbu kini dalam genggaman. Tak kisahlah brand ape janji warna merah. Semua urusan memilih brand, specification dan pembelian diuruskan oleh yang pakar, Mr. Hubby. 

Dell Vostro 14inci yang sangat nipis dan ringan. Harga RM1549. Beli online kat sini. Selamat sampai pada 27.07.2013. Harap Mr Red Dell boleh berkhidmat dgn cemerlang dan tahan lama.

.

Laptop Compaq 12 inci yang banyak berjasa (gambar ihsan mr google). Hanya mampu bertahan selama 4 tahun.  



Friday, 17 May 2013

HIG Double Grill Pan



Order Magic pan ni online kat sini masa bermalam di wad sebelum hari operation. Elok je discharge hari Jumaat 10 mei barang yang di order pun sampai. Boleh terus guna dalam pantang. Senang kan boleh shopping di hujung jari.

E-na order 2 biji saiz 28cm dan 32cm. Yang besar bagi mak untuk digunakan masa berkumpul ramai2. E-na ambil yang kecil cukup untuk kegunaan harian kami 6 beranak. Harga selepas diskaun RM90 saiz 28 dan RM100 saiz 32 dan RM10 kos pos. Pelbagai jenama magic grill pan di pasaran sekarang, pilih yang mana berkenan fungsinya hampir sama. Antara jenama yang biasa AreIkan Pemanggang Ajaib, Happy Call, Magic Made in Korea, Vantage Magic Pan, Happy Cook dan banyak lagi.

Macam-macam boleh buat dengan Magic Pan ni. Ianya sebagai pengganti oven untuk membakar kek, masak makaroni, membakar ikan ayam daging, menggoreng malah boleh juga membuat kek puding karamel(klik). Boleh rujuk blog kak Ita untuk penerangan yang lebih jelas.

Tuesday, 26 February 2013

Daiso Japan di Mid Valley Megamall


Daiso and Seria adalah tempat favourite E-na shopping di Nagoya dulu. Kalau pergi Daiso yang besar boleh habis 3k or 4k yen. Macam-macam barang  ada di sini, dari barangan keperluan dapur, toilet, gardening, stationaries, food,   penjagaan badan dan macam-macam lagi. Semuanya berharga 105yen dan 215yen.


Last Sunday kami terjah Daiso Mid Valley. Terletak di aras 3 dan 4 ( 2 tingkat). RM5 bagi setiap item. Objektif utama nak cari KITCHEN GARBAGE NET untuk sink tapi kehabisan stok di Daiso. Nampaknya kena kirim dengan member di Jepun juga ni. Betul-betul rasa tak bebas membasuh pinggan mangkuk bila ketiadaan MR Garbage net. 

Kitchen Garbage Net (shallow type)

Net ini di pasang untuk menapis sisa-sisa makanan yang kecil. Sink kurang bau yang tidak menyenangkan dan risiko untuk tersumbat dapat dikurangkan.

Paling berbaloi shopping kali ini adalah planter box putih. Saiz hampir sama dengan yang di jual di Malaysia tapi harga hanya RM5. Terus ambil 4 biji. Material lain sikit dengan keluaran Baba tapi boleh sangat dah untuk berkebun. Made in Japan lagi! 

Hasil rembatan di Daiso Mid Valley

Wednesday, 12 December 2012

Panasonic SR-MG 182 di tarikh yang indah 12.12.12



Kisah Harga Promosi TESCO tag berwarna merah. Dah tengok Rice Cooker Panasonic ni last week di TESCO dengan harga tag putih biasa RM399. Hari ni bila nak beli tag sudah tukar warna merah (Harga Promosi) RM429....Aikkkk apsal harga promosi lebih mahal dari harga biasa last week??? Nak jadikan rezeki tag warna putih RM399 juga masih ada kat situ. Bawa rice cooker jumpa staf TESCO bila scan harga dah jadi RM429. Isssh mana boleh macam ni harga ada dua dan harga promosi lebih mahal dari  harga biasa. Nasib baik manager decide terus bagi harga RM399 so okla. Pandai jaga hati pelanggan. Walaupun masih tak puas hati camna TESCO naikkan harga tapi letak tag PROMOSI kat situ. Moral of the story jangan terpedaya dengan Tag Harga Murah ok...

Monday, 20 February 2012

Magnet Tissue Holder untuk Penjimatan Ruang


Mungkin ada kawan-kawan kita yang memerlukan info ini. Klik button share FB di sebelah kanan untuk berkongsi dengan mereka di Facebook. 


Kitchen Tissue holder dan Facial Tissue Holder bermagnet sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai ruang dapur yang agak kecil. Dengan melekatkan tissue holder pada dinding peti sejuk dapat menjimatkan ruang.Ada banyak lagi bentuk lain di pasaran. Di bawah ini Tissue holder yang digunakan di Lovely Kitchen. Boleh di dapati di Daiso, Seria atau mana-mana kedai 100yen di Jepun dengan harga 105 yen sahaja.

Kitchen Tissue Holder / Rolled Tissue Holder

Dibawah ini gambar sebelum diletakkan kitchen tissue.



Dan di bawah ini pula Facial tissue holder atau box tissue holder. Ia boleh di laraskan mengikut ketinggian /ketebalan kotak tissue.



Pasangkan holder pada kotak tisu dan laraskan mengikut saiz kotak. Kemudian lekatkan pada peti sejuk atau mana-mana tempat yang boleh memegang magnet.

Untuk Facial tissue holder juga ada banyak design dengan pelbagai cara kegunaan mengikut kesesuaian ruang di rumah anda. Semoga gambar-gambar ini dapat memberi ilham, idea dan inspirasi untuk yang memerlukan. Jom shopping di Daiso/ Seria / 100yen shop...memang berbaloi!

Thursday, 1 July 2010

:-> Bibik Menguli pun nak posing juga...



E-na posingkan bibik yang banyak membantu kerja-kerja menguli di Lovely Kitchen sejak 1st November 2009. Sebenarnya ini adalah permintaan dari seorang kawan yang berminat untuk mengetahui tentang Bread Maker aka Bread Machine atau panggilan manja BIBIK MENGULI. Jadi E-na publish kat sini untuk Ila dan pengunjung LK yang berminat nak tengok. Sorry ye Ila lambat sikit buat n3 ini...jangan marah ye...;-p

My friend ni sekarang sedang menjalankan bussines EMAS. Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli / menyimpan atau berniaga EMAS boleh contact Puan Fardila. Boleh layari blog beliau MY GOLD MY MONEY. Jom layan gambar-gambar Mr. BM yang gagah perkasa...

Bibik Menguli posing angkat tangan..;-p

Bibik Menguli aka Bread Maker E-na ni untuk muatan sebiji bread loaf. Jika keluarga besar rasanya lebih baik beli BM yang bersaiz besar sedikit. Hubby E-na beli Jenama Zojirushi. Selain dari membuat Loaf Bread, Bread Maker juga boleh menguli doh, membuat simple kek dan jam. Terdapat banyak jenis Home Bread Maker di pasaran pelbagai jenama dan saiz.


Ini dia perut Bibik Menguli. Di bahagian lid BM tu ada tempat letak kismis (atau apa2 bahan campuran kering) tapi E-na lupa nak pasangkan semasa snap gambar ni. Segala aktiviti menguli dan membakar hanya dilakukan di dalam perutku ini. Tak percaya???

jeng!









jeng!









jeng!









Itu dia Loaf Bread yang baru je masak...oppppss jangan pegang, panas tu!!! Kulitnya masih licin gitu...


Inilah rupa setelah di biarkan seketika.


E-na pun masih baru dalam dunia membuat roti. Budak baru belajar dan sedang mencuba pelbagai cara dan resepi untuk mendapatkan roti yang lembut dan sedap. Kalau boleh nak sangat buat roti yang rasanya dan teksturnya sama macam yang di jual di bakery kat Jepun ni. Roti-roti kat sini ada macam-macam jenis dan perisa serta bentuk yang sangat menarik bila di pandang. Teksturnya pula lembut dan gebu...

Boleh tengok antara bread loaf yang pernah E-na poskan di bawah ini...dah lembut tapi belum puashati lagi...;-)

*Roti Sandwish Mini Bewarna


*Mochi-mochi Bread

*Chocolate Raisin Soft Loaf

Harap Ila dan pengunjung Lovely Kitchen yang ingin mengetahui tentang BM mendapat sedikit gambaran dan idea tentang rupa paras Bread Machine dan cara ianya berfungsi. Boleh google dalam internet untuk info yang lebih jelas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...