Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Friday, 7 October 2011

Sambal Tempoyak


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Selama 2 tahun lebih tinggal di Jepun sudah 2 kali kami bawa tempoyak naik flight. Alhamdulillah lepas dan tempoyak juga selamat, tidak pecah atau terbuka bekasnya dan beg pakaian juga tiada bau tempoyak. Ada ke yang berminat untuk bawa tempoyak naik kapal terbang...nanti E-na bagi TIPs dan Cara Selamat Bawa Tempoyak Naik Kapal Terbang...

Tempoyak buat masak apa pun sedap...gulai, goreng, masak lemak atau di makan mentah, campur dalam budu...semua boleh. Yang pastinya bila menu tempoyak di Lovely Kitchen memang tak sempat nak photoshot...:p. Tempoyak E-na ni special homemade by MIL dari durian MIL sendiri. Isi durian terpilih dijadikan tempoyak itu yang buat rasanya berbeza dengan yang dijual di luar.

MIL rajin buat tempoyak dan menantunya yang ini la tukang angkut perabiskan tempoyak MIL...he he...sampai ke jepun bawa tempoyak! Kat atas gambar yang sempat di snap end of last month. Berulamkan peria yang di hiris dan bendi mentah. Bendi tidak perlu dihiris, terus je gigit makan macam tu untuk mengelakkan belendir. Peria pun rapuh dan tak pahit sangat buat ulam mentah. Memang makan tak hengat la dapat ulam dengan sambal tempoyak.

Ni resepi sambal tempoyak easy peasy...express punya!

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK

Bahan-bahan:

  • Tempoyak
  • Cili api 
  • Garam 
  • Sedikit kunyit serbuk
Cara-cara:
  1. Masukkan tempoyak ke dalam mangkuk kecil yang sesuai.
  2. Hiris halus cili api.
  3. Masukkan sedikit kunyit untuk mencantikkan warna tempoyak. Tak nak pun tak apa.
  4. Jika tempoyak tidak masin masukkan garam secukup rasa. Kacau semua sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama ulam atau di makan sahaja dengan nasi putih. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :

  • Lebih sedap jika ditumbuk ciliapi dan campur sekali tempoyak gaul dlm lesung batu...boleh tambah ikan bilis tumbuk sekali....tapi yang ini pesen instant, x perlu nak basuh lesung batu lagipun E-na guna lesung jepun kalau tumbuk pun tak hancur sangat...lebih senang hiris je...
  • Auto Publish Entry...backlink akan di update nanti.

UPDATE
Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Sweet Comments dalam entry 'Farmbrozen Kenari' dan Sweet Commnets terkini :


Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. 

Monday, 8 August 2011

:-> Tomato Cili Hiris




Menu simple dan cepat disediakan.  Nak kata sambal bukan, salad pun bukan, kerabu pun bukan. Ala-ala sambal dan salad. Masa tu nak makan, masa tu buat pun sempat. Bagi yang sukakan pedas boleh cuba Tomato Cili Hiris yang cukup simple tapi sedap!  



RESEPI TOMATO CILI HIRIS
Hidangan untuk 2-3 orang


Bahan-bahan:
  • 1 biji tomato
  • 2-3 biji cili api
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk Perasa (jika suka)

Cara-cara:
  1. Cuci tomato dan cili padi dan keringkan dengan kitchen tissue.
  2. Hiris tomato dan cili api.
  3. Masukkan ke dalam bekas.
  4. Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula secukup rasa.
  5. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...