Showing posts with label DAPUR. Show all posts
Showing posts with label DAPUR. Show all posts

Monday, 23 December 2013

Lama Tak Tulis Entry Masak-masak...


Dah lama LK tak de buat entry main masak-masak. Lum berkesempatan nak pegang kamera sambil bersilat di dapur. Memasak sambil dukung baby je yang dok buat sekarang ni. 
Ni gambar alah satu menu simple tengahari semalam. Pucuk paku goreng laju2. Cili pun tak putus sebab nak laju sangat. hahaaa ;p...Bukan boleh dok dapur lama-lama skrg ni. Bodyguard akan bising menjerit-jerit panggil Mama. Main dengan kakak abangnya pun x boleh lama. Nak Mama juga. Penangan anak bongsu...hehe.


Ulam terung celur prepared by hubby...nampak selera la plak bila di belah kecil2 macam tu. Menu lain ikan singgang dan ikan goreng. No santan2 for that day...healthy menu...iyola tuh...huhuuu



Apapun moga anda yang membaca entry ini sentiasa sihat dan beroleh keberkatan dariNya. Amin.

Monday, 18 February 2013

Kenangan dari Cameron Highlands


E-na dan pokok-pokok memang tidak boleh dipisahkan...sangat suka hati + puas hati dapat beli pokok herba rosemary, oregano, basil dan stevia di Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands. RM7 sepasu. Pokok kaktus  RM10 untuk 6 pasu kecil. Kaktus bunga besar pink merah kuning dan orange tu pula RM5 satu pasu. Cactus stand (12 pasu) berharga RM14. Semuanya beli di Cactus Point. Pokok Periuk Kera gantung dan Periuk Kera berdiri (warna merah) RM20 sepasu dan bunga ros kering RM25  untuk 3 jambak di KEA FARM. E-na beli 4 jambak RM30. Kata amoi penjual bunga, Ros Kering ni bole tahan 2 tahun...betul ke tidak kita tengok nanti...




Pasu tulisan Welcome to Cameron Highland RM21.90, pasu putih berbunga hitam RM20 dan tanah kaktus RM3 satu pek, RM5 untuk 2 pek juga di Cactus Point.


Macam-macam sayur ada...murah tu taklah murah sangat cuma fresh from the farm. RM10 untuk 8 paket kecil dan RM 10 untuk 5 paket sedang. Kangkung Cameron dan Kacang buncis Cameron tu sedap!

Limau Madu yang manis hanya setahun sekali sahaja di Cameron, kata cina penjual buah ni...memang sedap manis rasanya..Buah Jambu Epal Hijau dan Jambu Epal Merah juga dari KEA FARM.

Walaupun  kami bukan peminat tegar BOH tapi beli juga 3 jenis tea boh di Ladang Boh Sungei Palas.

Menambah koleksi Fridge Magnet...RM10 untuk 5 keping...bila dah beli kedai sebelah tu bagi 6 RM10 lagi banyak pilihan gambar...xpela xde rezki.

Tujuan utama nak dtg CH adalah untuk makan fresh strawberry dan menikmati suasana sejuk seperti di negara 4 musim. Tapi agak kecewa sebab strawberrynya masam2....tak sesedap dan semanis yang kami pernah makan di Jepun semasa Ichigo Gari...beli juga 2 pack bawa balik nak makan dengan susu pekat manis macam di jepun.



Tuesday, 7 August 2012

Renovation Dapur



Kerja-kerja pengubahsuaian wet kitchen sedang di jalankan. Harap semuanya berjalan lancar dan Lovely Kitchen boleh bersiaran semula dengan menu-menu harian. Dah lama sangat rasanya tak baking dan main masak-masak macam di bumi sakura dulu...:))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...