Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, 21 March 2016

PUDING LAICI SELASIH



RESEPI PUDING LAICI SELASIH
(Acuan 2L)

Bahan A (Lapisan Pink)
10g agar-agar serbuk
600ml air 
1 tin susu pekat manis
300ml air
Sedikit pewarna pilihan

Cara membuatnya:
1. Larutkan susu pekat manis bersama 300ml air. Kacau rata dan ketepikan.
2. Masukkan agar-agar serbuk ke dalam 600ml air dan kacau rata.
3. Masak larutan agar-agar di atas dapur. Bila mendidih sedikit, masukkan larutan susu pekat manis 
    dan kacau rata. Kecilkan api.
4. Masukkan pewarna pilihan dan kacau rata.

Bahan B ( Lapisan Merah)
10g agar-agar serbuk
3/4 cawan gula pasir
600ml air
300ml sirap laici diambil dari 1 tin laici
Sedikit pewarna pilihan

Cara Membuatnya :
1. Masukkan agar-agar serbuk, gula pasir ke dalam 600ml air. 
2. Masak di atas dapur sehingga semua larut.
3. Masukkan sirap laici dan sedikit pewarna pilihan dan kacau rata.
4. Bila mendidih sedikit kecilkan api.

Bahan C
10g biji selasih di cuci dan di rendam
1 tin buah laici di potong-potong kecil (sirap laici  di guna dalam Bahan B)

Cara Melapis:
1. Ambil 200ml larutan A (larutan susu pekat manis), tapis dan campur  sedikit biji selasih. Kacau 
    rata dan tuang ke dalam acuan.
2. Masukkan dalam freezer lebih kurang 5 minit untuk keraskan lapisan permukaan agar-agar.
3. Bila lapisan pertama keras, ambil 200ml larutan B, tapis dan campurkan sedikit potongan buah 
    laici.
4. Masukkan ke dalam acuan perlahan-lahan. Keraskan di dalam freezer.
5. Ulang proses melapis sehingga habis. Sejukkan puding di dalam petiais sehingga keras. Keluarkan dari acuan dan potong. Sedap di makan seju-sejuk. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS LOVELY KITCHEN
1. Sediakan larutan untuk lapisan A dahulu dan bekukan 200ml dalam acuan ke dalam freezer. 
2. Larutan A selebihnya biar di atas dapur dengan api paling kecil.
3. Sementara menunggu Lapisan A mengeras, sediakan larutan B. 
4. Kacau selalu larutan sementara proses melapis siap.
5. Lebihkan 200ml air bagi bahan A dan Bahan B jika inginkan puding yang lembut dan tidak perlu
   di potong. Cantik disediakan di dalam bekas-bekas kecil seperti gambar di bawah.


Tuesday, 21 February 2012

Trifle Mango Pandan


Trifle adalah sejenis makanan pencuci mulut ataupun dessert yang diperbuat daripada kek span, kastard, buah-buahan, gelatin atau jus buah-buahan dan whipped cream. Bahan-bahan ini biasanya disusun dalam lapisan yang berselang seli.

Penyediaannya tidak sukar jika semua bahan yang diperlukan telah siap sedia ada di depan mata. Tetapi jika semua bahan perlu di buat sendiri ianya memerlukan masa yang agak panjang. Bermula dari penyediaan sponge cake atau jika lebih rajin lagi menggunakan swiss roll /roll cake sebagai lapisan dasar trifle, sehinggalah kepada lapisan paling atas iaitu whipped cream.

Nampaknya ini adalah entry trifle yang pertama di Lovely Kitchen walaupun dah banyak kali buat trifle sejak dari sebelum berblog lagi. Tapi tak apalah sekurang-kurangnya masih sempat untuk E-na kongsikan resepi trifle dengan semua pelawat Lovely Kitchen.

Trifle Mango Pandan gabungan dari kek span pandan, Mango Pudding Custard, Red Jelly, Peach dan taburan choc chip, coloured choc rice, hirisan yellow peach, hirisan ceri hijau dan hirisan fresh strawberry di atasnya pasti membuka selera sesiapa sahaja yang memandangnya.



RESEPI TRIFLE MANGO PANDAN
Casserole 20cm

Bahan-bahan dan Cara-cara untuk Lapisan Pertama (bawah)

  • 1/2  bahagian kek span pandan (resepi di sini) / pandan swiss roll
  • Sedikit air peach/ cocktail / lychee dalam tin (tak nak letak pun tak pe)
  1. Kek Span Pandan di potong kiub dan disusun menutupi dasar acuan/ casserole.
  2. Renjis sedikit air buah. Jangan sampai basah. Ketepikan.
Bahan-bahan dan Cara untuk Lapisan Kedua
  • 5 sudu besar tepung kastard perisa mango 
  • 600ml fresh milk / susu cair
  • 3  sudu besar gula
  • 1 tin yellow peach/ cocktail/ lychee
  1. Masukkan semua bahan kecuali buah dalam tin di dalam periuk dan kacau sehingga pekat.
  2. Curahkan ke atas lapisan kek span tadi. Bila lapisan kastard separuh beku taburkan hirisan peach/ buah-buahan campuran/ laici di atasnya. Simpan sedikit untuk hiasan akhir nanti. Ketepikan.
Bahan-bahan dan Cara untuk Lapisan Ketiga (atas)
  • 1 pack serbuk agar-agar berperisa 7g
  • 950ml air
  • 120 gram gula
  • hirisan buah-buahan, choc chip, choc rice, ceri
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  2. Sejukkan sebentar. Bila agak suam-suam kuku barulah di tuang ke dalam loyang trifle tadi.
  3. Biar sejuk. Simpan di dalam fridge.
Bila nak hidang, tabur hirisan peach, strawberry, ceri hijau, choc chip dan choc rice untuk menaik seri trifle. Selamat mencubadari Lovely Kitchen.

Note :
  1. Selain kek span boleh juga guna kek marble, butter cake atau apa shj yang sesuai.
  2. Lapisan ketiga (atas) boleh di ganti dengan whipped cream atau fruit yogurt. 
  3. Boleh juga jadikan trifle ini 5 lapisan. Selepas lapisan jelly di tambah dengan lapisan whipped cream atau fruit yogurt sebelum di tabur dengan bahan-bahan hiasan.
  4. Boleh tabur badam cincang/ kepingan badam yang telah di panggang, gajus, kacang tanah atau apa sahaja yang sesuai sebagai hiasan.
  5. Nisbah air dan tepung kastard berbeza mengikut brand....anda mesti tahu sukatan yang sesuai untuk jenis tepung kastard yang anda gunakan. Bimbang nanti terlembik atau terlebih keras.

Thursday, 25 August 2011

:-> Bubur Pulut Hitam dan Gambar Beras Pulut Hitam Jepun



Bubur Pulut Hitam antara juadah berbuka 17 ramadhan. Baru sempat publish. Maaf untuk semua kawan-kawan dan pengunjung LK yang E-na tidak sempat buat kunjungan balas...Masa begitu mencemburui sekarang...E-na pos entry yang mana sempat dan akan kurang sikit kesibukan selepas raya ketiga, Insyaallah.


Resepi Bubur Pulut Hitam
(4 orang)

Bahan-bahan:
  • 100 gram  pulut hitam
  • 800 ml air 
  • 200 ml santan dalam tin (pekat)
  • 300 ml air
  •   40 gram gula pasir
  •   40 gram gula melaka
  • Secubit garam
  • Sehelai daun pandan (E-na guna sejengkal shj, jimat di perantauan..;p)
E-na guna Pulut Hitam dalam gambar ini. Ada di AEON / JUSCO...298yen tak silap harganya utk 100g. Ada satu jenis lagi Pulut Hitam yang ada di JUSCO. 'KUROMAI' 150g, harga lebih murah dari yang dalam gambar. 

Cara-cara:
  1. Basuh dan rendam beras pulut hitam selama 4 jam.
  2. Rebus beras pulut hitam bersama 800 ml air sehingga beras kembang dan air kering.
  3. Satukan 300ml air dan santan pekat. Masukkan ke dalam periuk beras bersama dengan daun pandan, gula pasir, gula melaka dan secubit garam.
  4. Kacau sehingga mendidih. Tutup api. Sedia di hidangkan sewaktu masih panas atau selepas disejukkan di dalam peti. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Kemanisan dan kepekatan kuah bergantung pada citarasa masing-masing.

Monday, 15 August 2011

:-> Puding Tembikai dan TIPS Melapis Puding


Kebanyakan blog masakan dah try buat Puding Tembikai. E-na baru sampai seru untuk melapis puding yang jelita ini. 'Better late than never'. Sedap puding ni, bagi yang belum mencuba bolehlah cepat-cepat buat puding yang menyerupai suika/ tembikai. 



E-na taip semula resepi di bawah mengikut apa yang E-na buat untuk memudahkan pemahaman bagi yang pertama kali mencuba puding ini. 


RESEPI PUDING TEMBIKAI
Bahan-bahan:
  • 7 gram agar-agar serbuk (E-na guna Swallow Globe Brand)
  • 800ml air
  • 100 gram gula
  • 2 keping roti sandwich
  • 200ml fresh milk/ susu cair
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat manis.*
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna hijau dan merah
  • bijan hitam sebagai biji tembikai
  • Loaf pan 24cm x 8 cm x 6cm tinggi


Cara-cara
  1. Koyak-koyakan roti dan rendam di dalam fresh milk/ susu cair.
  2. Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk dan masak sehingga gula hancur.
  3. Blend roti susu cair bersama susu pekat manis sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan bahan blend ke dalam periuk. 
  5. Masukkan juga butter dan esen vanila. Kacau sehingga mendidih.
  6. Tutup api.
  7. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau sebagai kulit tembikai.
  8. Biar kan adunan keras.
  9. Lorek sedikit permukaan warna hijau yang telah keras dengan pengcungkil gigi.
  10. Ambil sedikit adunan asal kurang dari warna hijau dan curahkan ke atas lapisan hijau. Jika adunan asal beku, panaskan semula di atas api sebelum melapis. Biarkan beku.
  11. Setelah lapisan warna asal beku, ambil adunan dan warnakan merah sebagai isi tembikai. Masukkan bijan dan kacau rata.
  12. Lorek sedikit lapisan putih dengan pengcungkil gigi dan curahkan separuh adunan merah ke atasnya. Biarkan beku sedikit.
  13. Kemudian curahkan baki adunan merah ke dalam loyang. Sejukkan dan simpan di dalam fridge sehingga sejuk. Sedia untuk di potong dan dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE :
  •  Adunan ini menghasilkan 1 loaf pan saiz di atas dan sebiji cup.
  • Sukatan diatas menghasilkan puding yang lembut dan cantik.
  • Sukatan susu pekat manis* itu anggaran sahaja. Masa E-na buat tu menghabiskan susu dalam tin jadi campur sedikit air dan tidak sukat dengan tepat.

TIPS LOVELY KITCHEN

  • Lorekkan/ cakar  lapisan yang telah beku dengan pengcungkil gigi sebelum melapis adunan seterusnya supaya puding melekat cantik antara setiap lapisaan dan tidak bercerai lapisannya apabila beku nanti.
  • Biasa guna garfu untuk cakar lapisan puding tapi untuk puding tembikai lebih sesuai guna pengcungkil gigi jika lapisan agak nipis...
  • Panaskan semula adunan di dalam periuk sebelum diwarnakan jika adunan sudah beku.

Resepi asal boleh tengok di blog Ika dan Ida.



Sunday, 26 June 2011

:-> Puding Balqis




Semasa proses mencampurkan kedua-dua adunan supaya sebati, adunan puding dan adunan telur yang di pukul tu macam tak mahu berbaik. Yang telur diatas dan adunan puding di bawah. Setelah di kacau lama baru mereka bersatu. Cuak juga takut tak menjadi.


RESEPI PUDING BALQIS

Bahan-bahan:

  • 7 g agar-agar serbuk
  • 1200ml air
  • 200 ml fresh milk
  • 2 biji telur gred A
  • 150g gula
  • 100g butter
  • 1sk esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau.
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk, kacau kemudian masukkan gula dan didihkan di atas dapur.
  2. Kemudian masukkan butter dan fresh milk, kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan esen vanila, kacau tutup api.
  4. Biarkan seketika sehingga agar-agar suam-suam panas (20 minit).
  5. Telur di buang tali pusat dan dipukul sehingga betul-betul kembang.
  6. Masukkan adunan agar-agar ke dalam telur dengan perlahan-lahan dan di kacau sehingga sebati.
  7. Ambil 1 cawan adunan dan warnakan merah. Tuang ke dalam corak bunga ros. Biarkan sehingga adunan beku sedikit di bahagian atas.
  8. Ambil 1/2 cawan adunan dan warnakan dengan pewarna hijau. Tuang ke dalam corak daun. Biarkan adunan beku sedikit.
  9. Akhir sekali warnakan lebihan adunan dengan warna kuning dan tuang ke dalam acuan perlahan-lahan di bahagian tepi.
  10. Sejukkan di dalam peti ais. Terbalikkan acuan ke dalam pinggan. Hidangkan ketika puding masih sejuk. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


Note :

  • Sukatan di atas lembut sesuai untuk di isi di dalam acuan cawan-cawan plastik kecil untuk hidangan. Terus makan tanpa di potong.
  • Kurangkan sukatan air sebanyak 100-200ml jika menggunakan loyang besar supaya puding tidak terlalu lembik dan mudah untuk di potong.
  • Sukatan gula diatas 'just nice', boleh tambah sedikit lagi jika suka lebih manis.

E-na guna agar-agar serbuk di atas untuk buat puding balqis ini. Brand agar-agar yang berbeza selalunya menggunakan sukatan cecair yang berbeza. Gambar hanya sebagai ingatan sendiri dan rujukan pengunjung LK.


Resepi di bawah adalah versi asal Puding Balqis oleh Kak Nor. Letak juga di sini untuk rujukan. Thanks sis!

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air
  • 150ml susu cair
  • 2 biji telur gred A
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna mengikut citarasa masing2
Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

Tuesday, 21 June 2011

:-> Jagung Rebus Lemak Manis


Jagung kat belakang rumah dah boleh di petik...*mood happy* Lepas ni boleh makan jagung bakar panas2....uish sedap tu!

Apa yang tertulis di atas hanyalah angan-angan penulis sahaja. Jagung tu cuma ada 3 ketui. Beli dengan harga 150 yen seketui. Cukup lah, anak-anak kureng dengan jagung. Rebus 2 ketui untuk E-na dan hubby.

Resepi Jagung Rebus Lemak Manis

Bahan-bahan :
  • 2 tongkol jagung
  • 1/2 sudu kecil garam (atau lebih sikit, bergantung pada kuantiti air)
  • Air secukupnya
  • Sedikit marjerin

Cara Merebus
  1. Buang kulit luar jagung dalam 2 lapis. Tinggalkan beberapa lapisan kulit dalam / muda.
  2. Potong hujung dan pangkal Jagung.
  3. Masukkan jagung, garam dan air separas dengan jagung.
  4. Rebus selama 25 minit atau sehingga jagung masak.
  5. Keluarkan dari periuk, buang semua kulit jagung dan rambutnya.
  6. Sapukan marjerin di sekeliling isi jagung. Boleh di potong kecil atau di makan begitu sahaja.Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Tips untuk jagung manis dan montok licin berkilat isinya.
  • Tidak perlu rebus terlalu lama. Cukup sekadar 'ngam-ngam' masaknya.
  • Rupa paras jagung akan berkedut jika terlebih rebus. Tiada lagi kemontokan jagung, hilang seri gitu.
  • Garam sekadar rasa lemak-lemak masin baru sedap menghisap air rebusan dari batang jagung.
  • Sapuan marjerin akan memberi kilatan pada jagung dan menambah rasa lemak-lemak manis.


Thursday, 16 June 2011

:-> Agar-agar Santan Gula Kabung



Gula Kabung terkenal di daerah Lipis dan Jerantut di negeri Pahang. Biasanya gula kabung digunakan untuk membuat dodol, kuih koci, buah melaka, pengat, nasi manis dan inti kuih.

Gambar kredit to Dr Bubbles

Sebuku gula kabung seperti gambar di atas harganya RM6.50. Ada 2 keping gula kabung di dalamnya. Macam mana rupanya gula kabung? Lebih kurang je dengan gula melaka atau gula kerek atau nise. Kalau nak lagi jelas boleh tengok Perusahaan Gula Kabung di Benta.

Dah kenal gula kabung bolehlah cuba resepi di bawah ye...


Resepi Agar-agar Santan Gula Kabung

Bahan-bahan:
  • 10g agar-agar tali
  • 80g gula kabung
  • 80g gula
  • 1100 ml air
  • 200ml santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1 helai daun pandan
  • secubit garam

Cara Membuatnya :
  1. Satukan santan pekat dan telur. Kacau sebati. Ketepikan
  2. Masak air dengan agar-agar sehingga hancur.
  3. Masukkan gula kabung, gula, garam.
  4. Setelah semuanya hancur, tapiskan adunan.
  5. Kemudian masukkan daun pandan, kecilkan api dan masukkan bancuhan santan dan telur tadi.
  6. Kacau sehingga mendidih. Angkat dan keluarkan daun pandan.
  7. Tuangkan ke dalam acuan yang sesuai.
  8. Sejukkan kemudian baru di dinginkan di dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Saturday, 4 June 2011

:-> Agar-agar Lumut



Resepi Agar-agar Lumut

Bahan-bahan
  • 10 g agar-agar tali / serbuk
  • 200g gula (kurangkan kalau x suka manis)
  • 1100ml air
  • 200ml santan pekat
  • 1 biji telur
  • Sehelai daun pandan / perisa pandan
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau
Cara Membuat
  1. Agar-agar tali di rendam sekejap. Perah dan masak dengan air sehingga hancur.
  2. Masukkan gula. Bila semuanya hancur tapiskan.
  3. Kecilkan api. Masukkan daun pandan, pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Kacau telur dengan santan.
  5. Masukkan ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
  6. Kacau sehingga mendidih.
  7. Tuang ke dalam acuan.
  8. Sejukkan dan dinginkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Kurangkan sukatan air untuk dapatkan agar-agar yang lebih keras.

Sunday, 29 August 2010

:-> Agar-agar Laici Susu



Resepi Agar-agar Laici Susu

Bahan-bahan
  • 20 gram solid agar-agar
  • 1000ml air + air laici dalam tin
  • 200 gram gula
  • 600 ml fresh milk
  • 1 tin laici
Cara-cara :
  1. Rendam sekejap agar-agar supaya lembut.
  2. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar hancur.
  3. Masukkan gula dan air laici. Kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan fresh milk dan laici yang telah di hiris halus. Kacau dan bila mendidih tutup api.
  5. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan beku.
  6. Sejukkan di dalam peti ais.
  7. Semasa menghidang letakkan beberapa biji laici yang bulat di atas agar-agar sebagai hiasan. Selamat Mencuba!

Wednesday, 25 August 2010

:-> Cendol Tepung Beras dan Cendol Tepung Jagung



Air Cendol adalah antara menu wajib di bulan ramadhan semasa kecil-kecil tinggal dengan mak dulu. Mak E-na guna acuan cendol khas dari tempurung kelapa yang besar dan telah di tebuk lubang. Sayangnya acuan tersebut dah pecah...maklumlah dah lama sangat.

Cendol ni E-na buat untuk berbuka Sabtu lepas. Siap tepon mak tanya resepi cendol. Biasanya Mak E-na guna tepung beras. E-na buat guna tepung beras dan tepung jagung. Kualiti tepung beras kat sini tak sama mcm yang kat mesia tu (tepung beras thai)....cendolnya jadi lembut sangat dan mudah patah.


Resepi Cendol Tepung Beras

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

NOTE :
  • Cendol Tepung Beras teksturnya lebih lembik dan mudah hancur tetapi rasanya sedap.
  • Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.






Resepi Cendol Tepung Jagung

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung Jagung
  • 3 cawan air
  • sedikit pewarna merah (apa-apa warna kesukaan anda)

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

NOTE :
  • Cendol Tepung Jagung lebih pejal dan tidak mudah patah atau hancur. Rasanya juga sedap.
  • Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.
  • Tidak perlu masukkan air kapur jika menggunakan tepung jagung.


Saturday, 24 July 2010

:-> Agar-agar Laici




Resepi Agar-agar Laici

Bahan-bahan
  • 1 bungkus solid agar-agar (+- 20gram)
  • 170 gram gula
  • 1200 ml air + air laici
  • 1 tin laici
  • Sedikit Pewarna
Cara-cara :
  1. Rendam sekejap agar-agar supaya lembut.
  2. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar hancur.
  3. Masukkan gula, kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan laici yang telah di hiris halus. Kacau dan tutup api.
  5. Jika mahu warnakan boleh dibahagikan mengikut warna kesukaan.
  6. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.
  7. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!

Sunday, 4 July 2010

:-> Agar-agar Roti


Musim panas ni sedap makan dessert sejuk. Minggu ni tak putus agar-agar dalam fridge. Kali ini try resepi Mas Duniaku, menggunakan roti. Sebelum tu nampak kat umah Mamafami, bila mama mention resepi dari rumah Mas, terus terjah dapur Mas pula.

E-na terlepas pandang step yang ke 8 so dah jadi rainbow pulak agar-agar E-na. Sepatutnya tuang habis satu2 bahagian tapi E-na buat selang seli...minta ampun tuan resepi ye...he he

Resepi asal boleh tengok kat blog Mas dan blog Mamafami pun ada. Di bawah ni sukatan yang e-na buat untuk rujukan lain kali. Thanks Mas for the nice recipe. Thanks to MamaFami juga...wink! wink!


RESEPI AGAR-AGAR ROTI

(Loyang 4 segi 20cm)

Bahan :
  • 20 gram solid agar - agar ( 1 bungkus)
  • 1000 ml air
  • 200 gram gula
  • 200 ml fresh milk
  • 150 gram roti sandwish
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Di dalam mangkuk masukkan telur dan fresh milk, kacau rata.
  2. Masukkan roti yang di koyak-koyakkan, gaul rata.
  3. Apabila roti kembang, blender hingga halus.
  4. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan.
  5. Masak agar, agar dengan airsehingga hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  6. Masukkan gula, apabila gula telah hancur masukkan bahan - bahan yang diblender tadi dan esen vanila. Kacau sekejap dengan api perlahan.
  7. Bahagikan ke 3 bahagian dan masukkan warna setiap bahagian. Kacau rata.
  8. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras. ( E-na terlepas pandang, tu yang jadi rainbow pulak)
  9. Sejukkan di dalam peti sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Thursday, 17 June 2010

:-> Rainbow Marble Pudding



Pudding ni sedap makan sejuk-sejuk dari peti ais. Menggunakan resepi yang sama sebelum ini (klik di sini untuk resepi asal) cuma resepi di bawah telah di edit mengikut bahan di sini dan cara di olah sedikit mengikut design seperti di dalam gambar...

Rainbow Pudding Marble

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus solid agar-agar (20g)
  • 700ml air
  • 220 gram gula pasir
  • 70 gram butter
  • 4 biji telur saiz sederhana
  • 200 ml fresh milk
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna merah, kuning dan biru
  • Loyang 20cm 4 segi

Cara-cara
  1. Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga hancur dan mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telur dengan whisker, masukkan fresh milk dan tepung kastard, kacau sebati.
  3. Tapiskan ke dalam agar-agar tadi. Kacau rata.
  4. Masak semula sehingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata. Angkat.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  7. Masukkan serbuk koko yang telah di bancuh dgn sedikit air suam ke dalam satu mangkuk. Dan masukkan 1 mangkuk lain dengan warna kuning, mangkuk lain dengan warna merah dan mangkuk yang terakhir dengan warna biru.
  8. Salah satu hujung Loyang di sanggakan / di alas dengan kain/ buku untuk tinggikannya.
  9. Tuangkan satu senduk adunan merah diikuti dengan adunan biru dan kuning berselang seli sehingga abis.
  10. Letakkan semula loyang dalam kedudukan asal.
  11. Kemudian dengan berhati-hati tuangkan adunan coklat ke atas permukaan agar-agar tadi. Ratakan.
  12. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  13. Bila dah keras bolehlah dipotong dan dihidangkan. Selamat Mencuba!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...