Showing posts with label Bread. Show all posts
Showing posts with label Bread. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Big Box Pizza Hut and FREE Pizza


Teruja dengan kecantikan Big Box Pizza Hut Delivery (PHD) ini. Jakun ke? Memang jakun sebab 1st time tengok depan mata. Walaupun kami adalah antara regular customer Pizza Hut Delivery tapi ini kali pertama try Big Box Pizza. Jom layan gambar order untuk dinner on 19 October lepas.




Yang bawah ni regular pizza FREE dari Pizza Hut sebab lambat sampai. Inilah kelebihan Delivery Service. Jika pizza tidak sampai dalam masa 30 minit dari masa order, kita akan dapat kupon untuk FREE PIZZA for next order. Untung kan...order 30 minit, dah sampai tak perlu susah payah keluar. Jimat minyak kereta,  order pun cepat sampai dan paling penting kurang risiko di luar rumah seperti kemalangan, ragut, dan save SKII...;p

Nak order telefon je no yang tertera di kotak tu ye..


Selepaas 30 minit order tak sampai, akan dapat 1 kupon regular pizza Free untu next order. Untung juga kalau selalu lewat kan...jimat order boleh top up dengan pizza free.


Tapi tak semua menu pizza hut boleh delivery. Ada masa kena juga pi lepak kat Pizza Hut.

Thursday, 3 November 2011

Pizza Mudah dari Bun Burger dan Sos Pizza di Jepun



Hari ini public holiday di Jepun. Cuti sempena Bunka Ni Hi or Culture Day. Nak tahu apa itu culture day klik kat sini dan di sini.

Hari cuti, E-na pun cuti masak untuk breakfast. Kasi peluang student yang bercuti dari lab menyediakan breakfast. Kat atas tu  breakfast yang di taja oleh insan kesayangan E-na pagi tadi...Pizza Mudah dari Bun Burger. Siap dengan Teh o panas. Oishii!!! thanks dear buatkan breakfast untuk kami...:) muaahhhs!!

Pizza mudah macam ni adalah menu favorite dan tak pernah jemu di Lovely Kitchen. Asalnya hubby yang ajar e-na buat pizza menggunakan roti. Ini makanan yang selalu hubby buat masa dia student undergrade dulu-dulu. Senang, cepat dan sedap di makan panas2. Stok sos pizza dan mozarella cheese mmg tak pernah putus dalam fridge. Senang bila-bila nak makan buat je. Kalau ada leftover lauk ayam, daging, sardin, tuna, salmon pun boleh di jadikan topping pizza. Resepi boleh tengok kat sini Pizza Roti Sardin.


Sos pizza di atas yang kami gunakan di sini. Susah juga nak dapat sos pizza yang boleh di makan di Jepun. Inilah satu-satunya yang kami jumpa. Ada di Tachiya dan beberapa supermarket. Jenis ini juga ada pack refill 100 gram dengan harga 105 yen. Biasanya sos pizza di jepun di masukkan ekstrak daging, itu yang tak boleh makan. 

Pizza Mudah untuk anak-anak cuma belah dua bun burger, sapu sos pizza dan tabur mozarella cheese, bakar dah cukup. Dan untuk mama dan papanya mesti campur sos cili sekali dengan sos pizza dan gaul rata kemudian tabur cheese dan bakar...Baru terasa pedas2 gitu. 

Wednesday, 2 November 2011

Ika Cheese Burger (Home made)





Menu breakfast kami last monday. Homemade Ika  Cheese Burger atau Squid Cheese Burger. 1st time mencuba Ika macam ni, goreng dan makan bersama nasi putih pun boleh. Buat burger sedap juga tapi lebih sedap ebi katsue yang biasa kami beli untuk buat Ebi Burger or Shrimp Burger. Beli yang dah siap cuma goreng sahaja tapi bun burger kenalah buat sendiri. Susah nak jumpa roti burger yang boleh di makan di Jepun. E-na letak slice cheese, timun, salad, sweet chilli sauce dan mayonis sebagai pelengkap Ika Cheese Burger ini.


Menjadi kebiasaan E-na akan wrap burger yang telah siap dengan plastic wrap seperti di atas. Tujuaanya untuk mengekalkan kelembutan roti dan memudahkan anak-anak (dan mak paknya sekali) untuk makan. Jika ada yang ingin menyediakan burger sebagai menu jamuan memang sesuai sangat di balut begini.


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry Spicy Tuna Mayo (inti) and new Lovely Messages. Thanks...



Tuesday, 1 November 2011

Spicy Tuna Mayo




Spicy Tuna Mayo ini resepi ringkas dan cepat. Senang sangat nak buat dan rasanya sedap. Inti spicy tuna mayo boleh di gunakan untuk sandwish, burger malaysia, tuna roll (sardin roll), roti, pau, bun, donut berinti, lempeng, cara berlauk atau apa sahaja yang sesuai dengan selera masing-masing.

Inti ini yang E-na guna dalam Spicy Tuna Mayo Bun (klik).  Maaf sebab lewat masukkan entry ini. Melayan kesibukan harian fulltime housewife di perantauan...:)


Gambar tuna flake yang e-na guna. Boleh di dapati di Tachiya, AEON/ JUSCO atau mana-mana supermarket. Ada macam-macam lagi brand dan saiz tuna flakes dalam tin, boleh pilih mana yang murah...;).


RESEPI SPICY TUNA MAYO

Bahan-bahan :
  • 80 gram tuna flakes (1 tin kecil seperti gambar di atas)
  • 1/2 labu bawang besar dipotong dadu
  • sedikit chilli powder (ikut kepedasan masing-masing/ xde pun xpe,lebihkan cili api)
  • 1/2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sweet chilli sos / sos chilli thai
  • 1 biji cili api di hiris halus dan nipis
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Masukkan bawang besar dan masak sehingga layu.
  3. Kemudian masukkan chilli powder dan sedikit air. Kacau sekejap dan masukkan sos tomato, sos cili dan sweet chilli sos, kacau rata.
  4. Masukkan tuna dan tekan-tekan dengan sudip supaya tuna yang besar-besar hancur.
  5. Masukkan mayo dan cili padi. Kacau sampai pekat sikit(jgn sampai kering) kemudian tutup api.
  6. Sedia untuk digunakan sebagai inti bun, inti karipap, sandwish, inti lempeng, inti pau, burger malaysia, tuna roll (sardin roll) atau apa sahaja yang sesuai.

Note Lovely Kitchen :
  • Jika perlu boleh tambah garam dan gula. E-na tidak menggunakan garam dan gula dalam resepi ini kerana sos-sos yang digunakan telah mencukupkan semua rasa. 
  • Sukatan inti Spicy Tuna Mayo di atas boleh digunakan untuk 6 keping roti sandwish (3 pasang) atau
  • cukup untuk 12 biji bun ini (klik) 
  • Boleh tambah carrot, daun sup, hirisan cili besar, lada benggala hijau dan kuning yang di dadu halus.

Monday, 31 October 2011

Spicy Tuna Mayo Bun



RESEPI SPICY TUNA MAYO BUN
(12 biji)

Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 25 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti
  • Inti Spicy Tuna Mayo



Cara-cara:
  1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata, guna untuk glis permukaan roti nanti)
  2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
  5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Ambil sebiji doh, leperkan dan masukkan inti tuna pedas dan tutup roti dengan rapat dan kemas. Letakkan di atas tray oven yang telah di alas dengan cooking sheet. Jarakkan antara satu sama lain untuk roti mengembang nanti. Buat semua doh sehingga habis.
  7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven (TANPA ON OVEN)  dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
  9. Spray permukaan roti dengan air.
  10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
  12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
  13. Keluarkan dari oven dan sejukkan roti di atas jaring. 
  14. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Note : Selain tuna bun ini boleh diisi dengan inti kegemaran ada seperti sardin, chicken curry, inti kentang karipap atau lain-lain inti.

Resepi Inti Spicy Tuna Mayo akan E-na update esok pagi, Insyaallah. Tentang pertanyaan adakah roti akan turun jika di spray air? So far alhamdulillah roti  tidak turun apabila di spray air sebelum di bakar. Malahan roti lebih lembab dan lembut di permukaannya apabila masak. Boleh guna berus untuk sapu air di permukaan roti? Sebaiknya guna spray supaya tidak menjejaskan permukaan roti dan doh tidak penyek. Permukaan doh yang begitu lembut mudah penyek jika tersetuh dengan berus yang keras. Moga sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang memerlukan. 

  • TIPS mengembangkan doh roti (klik)

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry NASI DAGANG SPECIAL. Thanks...

Friday, 28 October 2011

Sweet Soft Bun dan TIPS


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Anak-anak E-na suka makan roti. Tak kisahlah roti apa pun kalau buat biasanya mesti habis. Bun Manis yang lembut ini antara roti yang selalu E-na buat. Anak-anak makan macam tu je. Sedap juga dicicah dengan air Milo. Ok kali ini baru berkesempatan share resepi Sweet Soft Bun di Lovely Kitchen. 


RESEPI SWEET SOFT BUN

Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti

Cara-cara:
  1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata guna untuk glis permukaan roti nanti)
  2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
  5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang 4 segi 18cm yang telah di alas dengan cooking sheet dan di sapu marjerin pada keliling loyang.
  7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
  9. Spray permukaan roti dengan air.
  10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
  12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
  13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan roti dari loyang. 
  14. Sejukkan roti di atas jaring. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.




TIPS MENGEMBANGKAN DOH DARI LOVELY KITCHEN

Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau apabila membuat roti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven. Dalam 25 - 30 minit doh sudah naik dan boleh digunakan untuk proses seterusnya
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.




Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry LALA GORENG SERAI PEDAS. Thanks...


UPDATE :
Rakan yang telah mencuba Resepi Sweet Soft Bun...Thank you.

Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. TQVM!!

Monday, 26 September 2011

:-> Bread Butter Jam


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Menu biasa dan mudah untuk breakfast or sandwich. Rasa lemak butter dan masam manis blueberry jam menjadikannya tidak jemu untuk dinikmati selalu. Anak-anak suka, mamanya lagilah suka (senang dan cepat disediakan..hihiii)


RESEPI BREAD BUTTER JAM
(2 orang)

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • butter / marjerin
  • jem blueberry / strawberry atau apa sahaja jem kegemaran

Cara-cara:
  1. Sapu rata butter di atas sekeping roti.
  2. Sapu pula jem di atas sekeping roti lain.
  3. Lekatkan roti yang di sapu butter dengan roti yang disapu jem.
  4. Potong buang keliling roti yang keras.
  5. Belah dua membentuk segitiga.
  6. Ulang langkah 1-5 untuk roti seterusnya.
  7. Siap untuk dihidangkan atau sesuai juga untuk picnic dan birthday party.
  8. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Friday, 29 July 2011

:-> Bun Kacang Merah


Bun ini akan kekal lembut walaupun sudah sejuk.



Bahan-bahan doh:
  • 200 ml cecair (fresh milk + 1 biji telur )
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 25 gram gula
  • 25 gram butter
  • 25 gram shortening
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan lain :
  • Inti kacang merah secukupnya
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit air untuk spray permukaan roti

Cara membuatnya:
  1. Masukkan telur ke dalam cawan metrik. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil untuk glis nanti.
  2. Campurkan fresh milk ke dalam cawan metrik yang mengandungi telur menjadikan 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung roti ke dalam plastik di atas penimbang. Diikuti dengan garam halus, butter, shortening dan gula.
  5. Kemudian masukkan ke dalam bread maker.
  6. Buatkan sedikit lubang di atas tepung, masukkan dry yeast.
  7. Letakkan bread improver dan bread softener di penjuru dalam bread maker.
  8. Pilih menu 'dough' dan tekan 'on'.
  9. Biarkan bread maker menguli sehingga selesai.
  10. Keluarkan doh dan tumbuk untuk mengeluarkan udara.
  11. Bahagikan doh kepada 12 bahagian seberat lebih kurang 49 gram sebiji. Bulat-bulatkan.
  12. Masukkan inti kacang merah ke dalan doh dan bulatkan supaya licin cantik.
  13. Susun di dalam loyang 4 segi.
  14. Panaskan oven 180 degree selama 3 minit.
  15. Masukkan doh yang telah siap TANPA ON kan oven.
  16. Set timer selama 30 minit. Biarkan doh mengembang.
  17. Masukkan 1 sudu kecil fresh milk ke dalam telur untuk glis. Kacau sebati.
  18. Sapukan pada permukaan doh yang telah naik.
  19. Spray sedikit air pada permukaan doh.
  20. Bakar dengan suhu 180 degree selama 18-20 minit.
  21. Biarkan di dalam oven selama 2 minit baru di keluarkan. Untuk dapatkan permukaan roti lebih perang/ gelap
  22. Sejukkan di atas redai atau boleh dinikmati ketika masih suam.
  23. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE
  • Gula dapat membantu mengaktifkan dry yeast. Seeloknya gula di masukkan last sekali bersama dry yeast. Dalam step diatas E-na letak awal sekali arung je dgn bhn2 lain sebab malas nak sukat daaa...;p
  • Loyang 4 segi 18cm boleh memuatkan 9 biji doh saiz diatas. Selebihnya bulat2kan letak atas tray tepi loyang.

  1. Untuk Mendapatkan Roti Yang Berkilat Cantik * Telur di campur dengan susu segar dan di sapukan di permukaan roti. * Boleh juga di tambah dengan sapuan marjerin / butter di permukaan roti selepas roti masak.
  2. Supaya Roti Tidak Kering * spray permukaan roti dengan sedikit air sebelum dibakar
  3. Supaya Roti Lembut Sepanjang Masa * Telur, bread softener, bread improver, dan water roux / thangzhong adalah agen pelembut roti. * Kualiti tepung roti juga mempengaruhi kelembutan roti. * Jangan biarkan roti terdedah ke pada udara terlalu lama. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Wednesday, 21 July 2010

:-> Prosperity Burger



Breakfast dengan Prosperity Burger ala-ala Mc Donalds. Namanya pun ala-ala je so rasa burger ni tak delah sebijik macam yang kat Mc D tu.... Kalau dapat buat rasa sama macam Prosperity Burger Mc D tu mesti Lovely Kitchen dah boleh buka Kedai Burger kat Nagoya ni...;-p

Resepi boleh tengok di blog Kak Ina KL, E-na skrg banyak virus M. M---s nak taip resepi. Nanti pandai-pandailah adjust ikut citarasa masing-masing ye....Selamat Menjamu Selera...

Tuesday, 13 July 2010

:-> Roti Sosej Save Budget



Resepi ini tidak menggunakan Bread Maker dan juga tidak menggunakan tepung roti. Juga tanpa penggunaan telur, water roux, bread softener dan bread improver tetapi roti tetap lembut dan gebu walaupun sudah sejuk.

RESEPI ROTI SOSEJ MINI GEBU

Bahan-bahan :
  • 250 gram tepung gandum
  • 140 ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 - 2 sudu kecil dry yeast (Biasa E-na letak 2sk, ada masa dry yeast nak abis dpt 1 lebih sikit je, tapi jadi lembut gak)
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan sampingan:
  • 12 batang sosej direbus, toskan dan dipotong dua (24 batang)
  • Sedikit marjerin untuk di sapu pada roti (optional)

Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan garam dan uli sehingga doh menjadi licin elastik dan tidak melekat ditangan atau selama 15 minit *E-na uli 15 minit*. (Kadang-kadang 10 minit pun dah dapat doh yang cantik)
  3. Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling / wrapping atau kain lembab.
  4. Biarkan doh naik dan mengembang dua kali ganda lebih kurang 30 -45 minit.
  5. Seterusnya keluarkan udara di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 24 bahagian. Bulat-bulatkan.
  6. Ambil satu bahagian dan buatkan panjang kemudian lilit pada sosej. Selitkan kedua-dua hujung ke dalam dengan kemas supaya tidak terbuka semasa proses pengembangan doh. Tinggalkan sedikit ruang dihujung sosej dengan tidak berbalut dengan doh supaya bila doh mengembang doh tidak terkeluar dari sosej.
  7. Ulang langkah 6 sehingga selesai.
  8. Biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 30 minit.
  9. Bakar dengan suhu 180 degree sehingga masak selama 12-18 minit bergantung kepada jenis oven.
  10. Sapu marjerin di permukaan roti untuk mengilatkannya. Kalau tak sapu pun tak apa rasa tetap sama. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

NOTE :
  • Doh ini juga boleh di gunakan untuk membuat pizza atau bun berinti.

TIPS :
  • Elak dari mencampurkan dry yeast sekali dengan garam kerana garam boleh mengurangkan keaktifan dry yeast.
  • Jika menggunakan BM , garam di masukkan dahulu dan dry yeast di atas sekali (buat lubang atas tepung).
  • Simpan roti yang telah disejukkan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan dari menjadi keras kerana terkena udara.

( My friend leen , sorry tak sempat nak publish resepi ni last night...;-)



Saturday, 19 June 2010

:-> Roti Sosej Pintal Mayo Cheese



Bahan-bahan untuk doh:
  • 130 gram (fresh milk + 1 biji telur)
  • 260 gram tepung roti
  • 60 gram water roux
  • 20 gram butter
  • 20 gram gula
  • 20 gram susu tepung
  • 3 gram garam
  • 5 gram dry yeast
Bahan-bahan lain :
  • 12 batang sosej
  • mozarella cheese
  • sos cili
  • mayonis
Cara-cara
  1. Masukkan bahan-bahan doh ke dalam bread maker dan pilih menu 'dough'. (boleh rujuk sini)
  2. Bila selesai keluarkan dari BM dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara.
  3. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bulatkan.
  4. Ambil satu bahagian dan canai. Balut doh pada sosej.
  5. Potong dengan pisau secara menegak sehingga sosej putus tetapi jangan sampai doh di bahagian bawah putus. Potong 8-10 potongan.
  6. Kemudian pintal dengan menarik ke kiri dan ke kanan potongan sosej tadi sehingga selesai.
  7. Ulang langkah 4 sehingga habis.
  8. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda atau selama 40 minit.
  9. Paipkan chili sause, mayonis dan tabur mozarella cheese di atas permukaan doh.
10. Bakar denga suhu 180°C selama 12 - 15 minit atau sehingga perang bergantung kepada

jenis oven.

11. Sejukkan roti dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!


Note : Doh ini lembut sedikit, boleh kurangkan sukatan susu menjadi 110 atau 120ml jika mahu sedikit keras untuk memudahkan proses memotong. E-na suka sukatan asal di atas.


Untuk Rujukan Klik di bawah :





Monday, 14 June 2010

:-> Bun Coklat berinti White Chocolate




Bun Coklat Berinti White Chocolate

Bahan-bahan :
  • 150 gram (fresh milk + 1 biji telur) - asingkan 2 sudu kecil telur untuk di glis pada permukaan roti nanti.
  • 250 gram tepung roti
  • 60 gram water roux / thangzhong
  • 15 gram cocoa powder
  • 20 gram susu tepung
  • 20 gram butter
  • 20 gram gula
  • 3 gram garam
  • 3 gram dry yeast
Bahan untuk inti :
  • 1 bar white chocolate (85 gram)
Bahan untuk glis permukaan roti :
  • 2 sudu kecil telur
  • sedikit fresh milk / air
  • 2 titik esen vanila
Cara-cara:
  1. Masukkan susu + telur ke dalam bread maker diikuti dengan butter, water roux, gula, susu tepung, cocoa powder, garam dan tepung.
  2. Buatkan sedikit lubang dia atas tepung dan masukkan dry yeast ke dalamnya.
  3. Pilih menu 'DOUGH' dan tekan buttn ON.
  4. Biarkan BM menyelesaikan tugasannya.
  5. Bila sudah siap keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara.
  6. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bulatkan.
  7. Ambil satu bahagian, leperkan dan masukkan white chocolate. Tutup doh dan bulatkan semula. Susun ke dalam loyang yang sesuai.
  8. Buat sehingga habis semua doh.
  9. Biarkan doh naik dua kali ganda atau selama lebih kurang 40 minit.
  10. Glis permukaan roti dengan telur yang telah di campur dengan fresh milk dan esen vanila.
  11. Bakar dengan suhu 180°C selama 15 minit (bergantung kpd jenis oven)
  12. Keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit butter dan biarkan beberapa minit.
  13. Kemudian baru keluarkan roti dari loyang / acuan.
  14. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!
Keratan rentas Bun Coklat... Inti White Chocolate yang sudah beku semula... lemak-lemak manis rasanya...


TIPS
Untuk mendapatkan roti yang cantik berkilat :
  1. Sapu permukaan roti dgn teluryang telah di campur dengan sedikit fresh milk / air dan esen vanila sebelum di bakar.
  2. Setelah masak sapukan dengan sedikit butter / marjerin.
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Tuesday, 8 June 2010

:-> Fresh Cream Cornet Bread





FRESH CREAM CORNET BREAD

Bahan-bahan untuk roti:

  • 120 ml air + 1 biji telur (ketepikan 2 sudu kecil telur untuk di sapu pada roti nanti)
  • 260 gram tepung roti
  • 20 gram butter
  • 60 gram water roux / Thangzhong
  • 20 gram susu tepung
  • 30 gram gula
  • 3 gram soda bikarbonat
  • 3 gram garam
  • 3 gram dry yeast

Cara membuat cornet bread :
  1. Masukkan air + telur ke dalam bread maker diikuti dengan susu tepung, butter, water roux, gula , soda bikarbonat, garam dan tepung roti.
  2. Buatkan sedikit lubang di atas tepung dan masukkan dry yeast.
  3. Pilih menu 'DOUGH' dan on kan BM.
  4. Biarkan proses menguli selesai.
  5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  6. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bulatkan.
  7. Kemudian ambil satu bahagian dan buatkan bentuk panjang anggaran 25 - 30 cm.
  8. Kedua- dua bahagian hujung di kecikkan sedikit saiznya.
  9. Lilit pada cornet dengan menyelitkan bahagian hujung doh ke dalam supaya tidak terbuka.
  10. Mulakan 1 inci dari muncung cornet untuk memberi ruang doh mengembang nanti.
  11. Lilit sehingga habis dan selitkan hujung doh yang satu lagi ke dalam juga.
  12. Ulang lagkah 7 sehingga selesai.
  13. Biarkan doh mengembang dua kali ganda atau selama 40 minit
  14. Sapukan permukaan doh dengan telur.
  15. Bakar dengan suhu 180 degree selama 12 minit atau sehingga masak.
  16. Sapukan permukaan roti dengan butter untuk nampak berkilat
  17. Bila roti telah sejuk keluarkan cornet.
  18. Paipkan inti ke dalam lubang cornet.
  19. Sedia untuk dihidangkan.

Doh yang siap dililit pada cornet.

Fresh Cream Filling
  • 180ml / 200ml fresh cream
  • 20 gram gula
  • 15 gram choco powder (optional)

Cara buat Cream :
  1. Pukul fresh cream, gula, coco powder sehingga kembang dan ringan.
  2. Bila terbalikkan mangkuk fresh cream tak tumpah / pukul hingga bertanduk.
  3. Masukkan ke dalam piping bag atau bag plastik yang bersih.
  4. Paipkan ke dalam roti. Selamat Mencuba!

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Monday, 24 May 2010

:-> Roti Bunga Kacang Merah



Roti Bunga Kacang Merah

Bahan untuh doh :
  • 160 ml (air/ fresh milk + 1 biji telur) -asingkan 2 sudu kecil telur untuk di sapu pada roti nanti
  • 250 gram tepung roti
  • 30 gram gula
  • 30 gram butter
  • 20 gram susu tepung
  • 3 gram garam
  • 3 gram dry yeast

Bahan untuk inti :
  • inti kacang merah secukpnya

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM di mulai dengan fresh milk+telur ,separuh tepung roti, garam, butter, susu tepung, baki tepung roti dan di akhiri dengan dry yeast.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan BM.
  3. Apabila selesai keluarkan doh dari BM.
  4. Tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Bulat2 kan.
  6. Rehatkan doh dalam 10 - 15 minit.
  7. Kemudian leperkan doh dan masukkan satu sudu kecil inti kacang merah, tutup dan bulatkan semula.
  8. Tekan dengan tapak tangan bahagian atas doh tadi supaya menjadi sedikit leper.
  9. Dengan menggunakan doh cutter atau pisau potong 6 atau 8.
  10. Susun di atas tray dan biarkan doh naik sekali ganda lebih kurang 40 minit. Boleh rujuk tips di bawah.
  11. Gliskan permukaan roti dengan telur untuk nampak cantik berkilat. Tapi bagi yang tidak sukakan bau telur boleh spray kan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
  12. Bakar dengan suhu 180 degree selama 10 - 12 minit atau hingga keperangan.
  13. Angkat dan boleh sapukan sedikit marjerin di atas permukaan roti.
  14. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas yang bertutup.Selamat mencuba.

Cara Uli tangan
  1. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian.
  2. Satu bahagian tepung di gaul dengan garam dan satu bahagian lagi di masukkan semua bahan dan di gaul rata.
  3. Masukkan tepung yang bercampur garam tadi ke dalam adunan doh dan uli selama 10 - 15 minit.
  4. Ketepikan dan tutup dengan plastic cling supaya udara tidak keluar. Biarkan doh naik dua kali ganda atau selama 45 minit - 1 jam.
  5. Seterusnya ikut cara nombor 4 di atas. Selamat menguli!

TIPS
Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau meroti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven.
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

UPDATE
Rakan yang telah mencuba resepi ini :
  1. Kamalia - 03/06/2010


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Monday, 17 May 2010

:-> Roti Sosej Mini


E-na buat Roti Sosej 'cute' untuk memudahkan anak-anak makan.

Roti Sosej Mini (24 biji yang comei2)

Bahan-bahan Doh :
  • 250 gram tepung roti
  • 150 ml fresh milk + 1 biji telur (asingkan 2 sudu kecil untuk di glis pada roti)
  • 20 gram gula (2 1/2 sudu besar)
  • 20 gram butter
  • 20 gram susu tepung (2 sudu besar)
  • 5 gram garam ( 1 sudu kecil)
  • 3 gram dry yeast (1 sudu kecil)

Bahan- bahan sampingan :
  • 12 batang sosej
  • sedikit marjerin untuk di sapu/ glis pada roti
  • 2 sudu kecil telur yang di asingkan tadi

Cara-cara :
  1. Didihkan air di dalam periuk dan rebus sosej.
  2. Angkat, toskan dan sosej dipotong 2.
  3. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM di mulai dengan fresh milk+telur dan di akhiri dengan dry yeast.
  4. Pilih menu 'dough' dan on kan BM.
  5. Apabila selesai keluarkan doh dari BM.
  6. Tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  7. Bahagikan doh kepada 24 bahagian. Bulat2 kan.
  8. Buatkan bentuk panjang dan lilit keliling sosej.
  9. Pastikan kedua-dua bahagian hujung doh ditindih di dalam lilitan untuk mengelakkannya dari terbuka semasa proses pengembangan nanti.
  10. Biarkan naik sekali ganda. (bergantung kepada suhu bilik, masa yang di ambil antara 15-30 minit)
  11. Setelah kembang glis telur pada permukaan doh.
  12. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 12 ke 15 minit atau sehingga masak bergantung kpd jenis oven.
  13. Keluarkan dari oven sapukan dengan marjerin untuk cantik berkilat.
  14. Sejukkan dan simpan di dalam bekas bertutup. Selamat mencuba!
Cara Uli tangan
  1. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian.
  2. Satu bahagian tepung di gaul dengan garam dan satu bahagian lagi di masukkan semua bahan dan di gaul rata.
  3. Masukkan tepung yang bercampur garam tadi ke dalam adunan doh dan uli selama 10 - 15 minit.
  4. Ketepikan dan tutup dengan kain lembab. Biarkan doh naik dua kali ganda atau selama 45 minit - 1 jam.
  5. Seterusnya ikut cara nombor 6 di atas. Selamat menguli!

Tips :
  1. Elakkan dry yeast bercampur secara terus dengan garam supaya tidak membantutkan proses pengembangan doh nanti.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Sunday, 9 May 2010

:-> Roti Sandwish Mini Berwarna



Roti Sandwish Mini Berwarna
Bahan-bahan:
  • 210 ml air
  • 290 gram tepung roti
  • 16 gram gula
  • 6 gram susu tepung
  • 5 gram garam
  • 15 gram butter
  • 3 gram dry yeast
  • Pewarna merah dan hijau
  • loaf pan 23cm x 6cm
Cara-cara :
  1. Masukkan air ke dalam bread maker diikuti dengan susu tepung, butter, gula, garam, dan tepung roti.
  2. Buatkan sedikit lubang di atas tepung dan masukkan dry yeast.
  3. Pilih menu "Dough" dan on bread maker.
  4. Biarkan BM menguli sehingga siap.
  5. Bila sudah siap keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  6. Bahagikan doh kepada 4 bahagian.
  7. Satu bahagian di warnakan hijau, satu bahagian diwarnakan merah dan biarkan 2 bahagian lagi tanpa warna.
  8. Leperkan doh yang berwarna putih dan masukkan ke dalam bread pan, diikuti dengan warna hijau diatasnya dan seterusnya merah. Akhir sekali masukkan doh yang berwarna putih.
  9. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  10. Sembur permukaan doh dengan sedikit air.
  11. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan di atas redai.
  13. Sedap di makan dengan milo panas atau di buat sandwish yang comel! Selamat mencuba..

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...