Showing posts with label Meat. Show all posts
Showing posts with label Meat. Show all posts

Saturday, 8 October 2011

Rendang Tok Resepi 1


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.




Rendang Tok ini senang disediakan. Rasa yang sedap dan sangat sesuai untuk anak-anak makan kerana kurang pedas. Anak-anak E-na suka dan berselera sekali makan rendang ini bersama Pulut Kuning Kukus Mudah. Bagi yang suka pedas E-na cadangkan tambah cili kering atau sedikit cilipadi ke dalam bahan tumbuk.

Resepi dari Mas Duniaku. E-na buat 1/2 kilo daging sahaja tapi menggunakan sukatan bahan-bahan yang sama. Rendang Tok di atas tu E-na buat lembab untuk makan segera. Bagi yang suka rendang yang kering boleh keringkan lagi. Dibawah ini resepi yang telah di buat mengikut kesesuaian bahan di Lovely Kitchen.


RESEPI RENDANG TOK
(4-6 orang)

Bahan-bahan:
  • 500 gram daging dihiris nipis / cincang pun bole
  • 200 ml santan tin
  • 200ml air
  • 1 1/2 sudu besar kerisik
  • 1 1/2 sudu besar gula merah (kurosato)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging.
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga (pelaga hindi)
  • 2 bunga cengkih
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1/4 inci halia dicincang
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus
  • Garam dan perasa (~3/4 sk garam rasanya)

Bahan-bahan Tumbuk
  • 2cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit/ 1/4 inci kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 2 batang serai - dihiris ipis sebelum ditumbuk
  • tambah cili kering / cili powder/ cili api jika suka pedas.

Cara-cara:
  1. Gaul sebati daging,bahan-bahan hiris, bahan tumbuk, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, kerisik, gula merah, dan serbuk kari. Boleh juga perap sekejap dalam 1 jam. E-na tak perap.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air dan santan. Kacau rata.
  3. Dengan api perlahan masak sehingga mendidih, masukkan garam dan perasa dan masak sehingga kering.
  4. Semasa memasak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.Gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah. Jadi kena pandai seimbangkan.
  5. Masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
  6. Sesuai di makan dengan lemang, nasi impit, ketupat, nasi putih, nasi minyak, nasi tomato, roti atau pulut. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Rendang tok ini senang disediakan dan rasa pun sedap!


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Sweet Comments dalam entry 'Sambal Tempoyak'. Thanks... 


Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. 

Monday, 28 June 2010

:-> Pulut Kuning Kukus @ Pulut Semangat


Pulut Kuning atau di kenali juga dengan Pulut Semangat adalah antara makanan kegemaran anak-anak E-na untuk breakfast. My kids boleh makan pulut kuning macam tu tanpa sebarang lauk. Biasanya E-na gorengkan telur dadar untuk anak-anak dan buat rendang atau sambal tumis / masak sambal untuk kami berdua.

Kali ni masak pulut baru sempat posing. Selalunya habis kena serang sejurus diangkat dari pengukus. Makan dengan Ikan Rebus Goreng Sambal dan timun.

Bagi yang tiada pengukus boleh juga masak pulut kuning guna rice cooker.


RESEPI PULUT KUNING KUKUS

  • 3 mug beras pulut (+-500 gram)
  • 250 ml santan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun pandan - di potong 2
  • Air untuk merendam pulut - sukatan air 1 - 1 1/2 inci melebihi paras pulut

Cara-cara
  1. Beras Pulut di cuci bersih.
  2. Masukkan air, serbuk kunyit dan asam gelugor ke dalam bekas dan kacau supaya serbuk kunyit larut.
  3. Kemudian masukkan beras pulut dan rendam semalaman.
  4. Keluarkan asam gelugor, cuci dan bilas beras dengan air paip untuk membuang sisa-sisa kunyit.
  5. Didihkan air dan masukkan beras dan separuh daun pandan ke dalam pengukus, ratakan.
  6. Kukus selama 15 minit atau sehingga 3 suku masak.
  7. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama baki daun pandan tadi.
  8. Tuangkan santan yang telah dicampur dengan garam gaul rata.
  9. Kemudian ratakan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus semula selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
  10. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama rendang, sambal tumis, masak berlada/ sambal. Selamat mencuba!

TIPS
UUNTUK MENDAPATKAN WARNA PULUT KUNING YANG CANTIK SEKATA
  • Rendam beras pulut bersama asam gelugor atau asam keping supaya warna melekat pada beras.
  • Kacau beras 2 atau 3 kali selama proses merendam supaya sekata.
  • Tumbuk sedikit kunyit hidup dan masukkan ke dalam beras yang di rendam. ( warna lebih terang)

Saturday, 26 June 2010

:-> Kuah Kacang Daging



Kuah Kacang Daging terkenal di negeri Johor. E-na pernah makan tapi inilah first time cuba masak sendiri. Resepi asal dari rumah maya Kak Inahar, seorang doktor yang rajin memasak. Seperti kata kak Inahar kuah ini sedap bila ada rasa serai dan gula yang banyak dan di sesuaikan pula dengan tahap kepedasan masing-masing. Memang tidak rugi mencuba!

Makan satay ayam bersama kuah kacang daging...yummy...yummy

Resepi di bawah telah di edit untuk kesesuaian isi rumah Lovely Kitchen. Di makan bersama Satay Ayam Madu dan Nasi Impit. Mungkin boleh juga kalau daging diganti dengan ayam ke....Kuah kacang ayam...why not!


RESEPI KUAH KACANG DAGING

Bahan-bahan
  • 100 gram daging - dipotong kecil dan direbus sehingga lembut
  • 200 gram kacang - di goreng dan tumbuk / kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia (1/2 inci di kisar, 1/2 inci diketuk)
  • 3 batang serai - 2 dihiris, 1 diketuk
  • 1 sudu besar chilli powder
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 keping asam gelugor
  • 150- 200 ml santan
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 ketul gula melaka (agak2 lah ye)
  • 2 cawan air (agak2)
  • garam dan perasa
Cara-cara :
  1. Kisar serai, halia, lengkuas, bawang besar, dan serbuk cili.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  3. Masukkan santan, asam keping dan kacang. kacau.
  4. Kemudian masukkan garam, gula masak sampai mendidih.
  5. Tambah air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini.
  6. Biarkan mendidih dan rasa sebati.
  7. Perasakan masin, manis secukupnya barulah di tutup api.
  8. Sesuai di makan dengan satay, nasi impit, ketupat nasi, cucur udang atau di campur dengan kuah lodeh. Selamat mencuba!

Note :
  • Sukatan di atas untuk hidangan 3 ketul nasi impit adabi/nona.



Monday, 21 June 2010

:-> Rendang Pedas Nangka Muda



Selain dari Kari dan Gulai Nangka, Nangka Muda sedap juga di buat rendang. Sesuai untuk hidangan bersama nasi putih, nasi lemak, nasi beriyani, nasi lemak hujan panas, nasi tomato, nasi minyak atau di makan bersama nasi impit, ketupat dan lemang.


Rendang Pedas Nangka Muda

Bahan-bahan
  • 2 tin nangka (500g)
  • 200 gram daging - dihiris nipis
  • 1 tin santan (400ml)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai dain kunyit - dikoyak2kan
  • 1 cawan air
  • sedikit gula
  • garam dan perasa

Bahan-bahan kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 sudu kecil chilli powder
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)

Cara-cara :
  1. Keluarkan nangka dari tin, siram dgn air dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan daging dan air dan masak sehingga daging lembut.
  4. Kemudian masukkan santan, nangka, garam, gula dan perasa.
  5. Masak sehingga pekat dan nangka sebati dengan rasa rendang.
  6. Masukkan kerisik dan daun kunyit.
  7. Kacau sekali sekala sehingga agak kering / lembab sikit dan naik minyak.
  8. Sedia di hidangkan bersama nasi kesukaan anda. Selamat mencuba!

Note :
  • Jika menggunakan nangka fresh, rebus dahulu sehingga lembut/ empuk dan toskan airnya.



Wednesday, 16 June 2010

:-> Tomyam Tulang Ori



Original recipe TANPA pes tomyam...

Tomyam Tulang Ori

Bahan-bahan
  • 400 gram tulang lembu
  • 3 batang serai - dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 1/2 biji tomato ( 1 biji di dadu kecil dan 1/2 biji lagi di belah 3)
  • 2 ulas bawang putih - di ketuk
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong panjang
  • 3 biji cili api siam - di ketuk (ikut kepedasan masing2)
  • air perahan limau nipis / lemon
  • Air secukupnya
  • garam dan perasa
  • daun ketumbar untuk di tabur di atas tomyam
Cara memasaknya :
  1. Tulang dicuci bersih dan di rebus sehingga dagingnya lembut.
  2. Di dalam pan/ kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang di ketuk.
  3. Masukkan 1 biji tomato yang telah di dadu kecil. Kacau sambil tekan tomato supaya hancur.
  4. Kemudian masukkan ke dalam periuk tulang yang sedang mendidih tadi.
  5. Masukkan serai, cili api, perahan limau, daun limau purut, garam dan perasa.
  6. Biarkan mendidih sehingga semua masam, pedas masin sebati.
  7. Bila sudah cukup rasa tutup api dan masukkan tomato yang di belah.
  8. Sedia untuk dihidangkan panas-panas. Tabur daun ketumbar yang dihiris. Selamat Mencuba!
Note : resipi ini untuk sukatan 5 atau 6 cawan air yang tinggal setelah daging empuk.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday, 12 May 2010

:-> Singgang Daging


Singgang Daging

Bahan-bahan:
  • 250 gram daging - dihiris nipis
  • 1 inci lengkuas - dihiris nipis dan dipotong 3
  • 1/2 inci halia - di hiris nipis dan di potong 3
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 1 sudu besar biji ketumbar - di cuci dan di tumbuk sekadar pecah2 sahaja
  • 1- 2 asam gelugor / asam keping
  • 3 - 5 biji cili padi di ketuk - ikut kepedasan masing-masing
  • 5 cawan air
  • garam dan perasa
Cara-cara :
  1. Daging di cuci dan toskan.
  2. Masukkan daging, ketumbar, lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, asam gelugor, dan air ke dalam periuk.
  3. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam, perasa, cili padi dan biarkan mendidih sehingga daging empuk.
  5. Bila air nampak sudah surut dan daging sudah empuk bolehlah di tutup api. Sedia dihidangkan.
Tips
  1. Biar mendidih lama sedikit sehingga air nampak surut sedikit baru sedap.
  2. Bila dah bermalam lagi sedap sebab makin sebati rasa rempah dan daging.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Saturday, 1 May 2010

:-> Daging Burger Black Pepper


Daging Burger Black Pepper
Bahan-bahan :
  • 2 keping daging burger
  • 1 sudu besar perencah daging black pepper maggie
  • 1 ulas bawang putih - di mayang
  • 2 ulas bawang merah - di mayang
  • Hirisan bawang besar
  • Daun bawang - di potong 1 inci ( masa buat ni xde stok)
Cara Memasak :
  1. Daging burger di potong kiub.
  2. Dengan menggunakan api yang besar dan sedikit minyak goreng daging burger.
  3. Balik-balikkan, angkat dan ketepikan.
  4. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
  5. Masukkan perencah black pepper yang telah dibancuh dengan air.
  6. Kemudian masukkan daging burger tadi dan kacau sebati.
  7. Masukkan bawang besar dan perasakan garam. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
  8. Bila bawang sudah layu, masukkan daun bawang, kacau dan tutup api.
  9. Sedap di hidangkan semasa panas. Selamat mencuba!

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Friday, 15 January 2010

:-> Rendang Daging Ummi


Rendang Daging dari rumah Ummi. Di bawah ini resepi yang E-na ubah sedikit mengikut bahan yang ada di dapur Lovelykitchen. Memang tak rugi mencuba rendang yang sedap ini!

RENDANG DAGING
Bahan-bahannya :
  • 500g daging - potong nipis dan kecil
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk rempah kari daging Adabi
  • 2sudu besar kerisik
  • 1 sb gula melaka/ kurosato
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 helai daun limau purut - dihiris nipis
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • garam dan perasa
Bahan tumbuk
  • 1/2 sk biji ketumbar (digoreng sekejap)
  • 1/2 sk jintan manis (digoreng sekejap)
  • 1/2 sk jintan putih (digoreng sekejap)
  • 2 biji buah keras
Bahan Kisar :
  • 1 1/2 sb cili giling
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas
  • 3 batang serai
Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan bahan tumbuk dan serai titik. Kacau sebentar.
  3. Perlahankan api dan masukkan daging dan kacau rata lebih kurang 3 minit.
  4. Masukkan santan, besarkan sedikit api dan kacau selalu.
  5. Bila hampir setengah pekat, masukkan gula melaka/kurosato, kerisik dan garam.
  6. Bila agak pekat masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sekejap dan boleh tutup api.
  7. Sedap di makan dengan pulut, nasi impit, lemang atau nasi putih.



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Ummi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...