Showing posts with label Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Vegetables. Show all posts

Thursday, 3 November 2011

Takenoko aka Rebung di Jepun





Sebelum masak untuk lunch  semalam E-na sempat ambil gambar rebung kat atas ni. Tengah malam tengok n3 Ika Cheese Burger ada lovely mesage dari Ita Yokohama bertanya tentang rebung di jepun. Macam tahu-tahu je E-na ada ambil gambar rebung...ada sense ye ita...he he...

Rebung ni orang jepun panggil takenoko. Omputih kata Bamboo Shoot or Bamboo Sprout. Takenoko adalah antara sayur kegemaran mereka dan senang di dapati di mana-mana supermarket. Yang biasa ada di Tachiya 2 jenis pack. Yang besar seketul macam dalam gambar dan yang saiz kecil-kecil di pack 3 or 4 ketul dalam satu pack.  E-na biasa beli di Tachiya yang besar ni sebab murah sikit.

E-na masak lemak cili api ketam bersama rebung untuk menu lunch dan dinner semalam. Rebung ni sedap juga di goreng sambal, goreng dengan daging/ udang, kari, kerabu, atau buat ulam. Cara guna cuma belah 2 dan hiris nipis. Kalau nak lagi kecil boleh belah 4 kemudian hiris nipis. Kemudian basuh dengan air dan sejatkan / tos...dan boleh di masak macam biasa. Kalau nak buat ulam cicah budu, sambal belacan atau sambal kelapa pun sedap. Cuma didihkan air  dalam periuk kemudian masukkan rebung yang telah di potong dan dibersihkan tadi. Celur sehingga lembut tapi jangan sampai lembik tak sedap pula. 

Ok itu saja info tentang bahan masakan di jepun kali ini. Moga sedikit sebanyak memberi menfaat pada semua. Hari ini public holiday di Jepun...yehaaaa cuti!! Breakfast hari ni pun di taja oleh student yang cuti dari lab...Nanti E-na upload menu breakfast kami pagi ini special air tangan my beloved...he he....




Tuesday, 25 October 2011

Tofu Vege With Sweet Chilli Sauce


Menu sihat yang sedap di makan begitu sahaja atau dijadikan sayur dalam hidangan nasi putih. Sangat sesuai untuk dinner bagi mereka yang diet atau tidak mengambil nasi pada waktu dinner. Makan Tofu Vege with Sweet Chilli Sauce gerenti kenyang. Nak buat pun senang, lebih kurang macam TAUHU SUMBAT SEGERA cuma cara presentation sahaja yang berbeza. Bila dipotong2 begini lebih senang di makan. Biasanya E-na ratah je untuk minum petang, makan malam atau pun breakfast.

Gambar Sweet Chilli Sauce yang E-na guna disini. 100 yen sebotol di Tachiya. Rasanya seakan-akan Sos cili thai. 

RESEPI TOFU VEGE WITH SWEET CHILLI SAUCE
(2-3 orang)

Bahan-bahan:
  • 2 keping tauhu goreng (E-na guna yang dah siap goreng)
  • 1/2 batang timun
  • 1/2 batang carrot
  • 100 gram taugeh
  • Sweet Chilli Sauce / Sos Chilli Thai secukupnya
Cara-cara:
  1. Cuci timun, carrot dan taugeh.
  2. Didihkan air. Jika beli yang siap digoreng, celur sekejap supaya lebih lembut. Angkat dan toskan.
  3. Potong carrot sebesar batang mancis dan rebus sehingga lembut. Toskan.
  4. Kemudian tutup api dan masukkan taugeh ke dalam air rebusan tadi, kacau dan terus angkat. Jangan lama dalam air panas nanti lembik. Toskan.
  5. Potong timun dan tauhu seperti dalam gambar di atas.
  6. Hidangkan seperti dalam gambar di bawah. Bila hendak makan baru di curahkan sweet chilli sauce atau sos cili thai dan gaul rata. Sedia untuk di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen. 


TIPS DARI LOVELY KITCHEN
  • Gaul dengan sweet chilli sauce semasa hendak makan supaya tidak berair dan basah.
  • Rendam sekejap taugeh dalam air panas supaya lebih ranggup dan tidak lembik.

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry NASI KERABU BIRU DAN PENGIKUTNYA. Thanks... 

Friday, 2 July 2010

:-> Kacang Buncis



Inilah hasil kutipan pertama pokok kacang buncis yang ada di taman mini E-na. Hi hiiii jangan ketawa tau dah namanya pun tanam main-main dalam pasu kat balkoni kecil so hasilnya pun tak seberapa. Bolehlah di goreng bersama sayur-sayur lain. Setakat ni baru 2 kali dapat merasa kacang buncis di balkoni....adalah sebanyak di atas sekali petik.

Goreng Kobis campur dengan kacang buncis bersama isi ayam sebagai rencah merangkap lauk untuk putera puteri E-na. Saja tak masukkan cili dalam sayur untuk anak-anak makan. Kakak Damia suka sangat makan kacang buncis goreng.

Tomato dalam gambar tu juga dari pokok yang E-na tanam.

Monday, 21 June 2010

:-> Rendang Pedas Nangka Muda



Selain dari Kari dan Gulai Nangka, Nangka Muda sedap juga di buat rendang. Sesuai untuk hidangan bersama nasi putih, nasi lemak, nasi beriyani, nasi lemak hujan panas, nasi tomato, nasi minyak atau di makan bersama nasi impit, ketupat dan lemang.


Rendang Pedas Nangka Muda

Bahan-bahan
  • 2 tin nangka (500g)
  • 200 gram daging - dihiris nipis
  • 1 tin santan (400ml)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai dain kunyit - dikoyak2kan
  • 1 cawan air
  • sedikit gula
  • garam dan perasa

Bahan-bahan kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 sudu kecil chilli powder
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)

Cara-cara :
  1. Keluarkan nangka dari tin, siram dgn air dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan daging dan air dan masak sehingga daging lembut.
  4. Kemudian masukkan santan, nangka, garam, gula dan perasa.
  5. Masak sehingga pekat dan nangka sebati dengan rasa rendang.
  6. Masukkan kerisik dan daun kunyit.
  7. Kacau sekali sekala sehingga agak kering / lembab sikit dan naik minyak.
  8. Sedia di hidangkan bersama nasi kesukaan anda. Selamat mencuba!

Note :
  • Jika menggunakan nangka fresh, rebus dahulu sehingga lembut/ empuk dan toskan airnya.



Thursday, 10 June 2010

:-> Kerabu Asari dengan Taugeh




Kerabu Asari dengan Taugeh

Bahan-bahan :
  • 1 bungkus taugeh (+-250 gram) - di buang ekor dan cuci
  • 400 gram asari - di rendam dalam air, kemudian di cuci
  • 4 sudu besar kelapa kering /parut
  • 1 1/2 sudu besar udang geragau /kering - di rendam sekejap
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji cili padi ( ikut kepedasan) - di hiris halus
  • Serbuk lada hitam
  • 4 helai daun kesum - di hiris nipis
  • Perahan limau nipis / lemon
  • Garam dan perasa
Cara-cara :
  1. Didihkan air anggaran tenggelam asari bersama sedikit garam.
  2. Masukkan asari dan kacau. Bila sudah terbuka kulitnya tutup api.
  3. Ambil asari dan buang kulitnya.
  4. Taugeh di celur sebentar sahaja. Kemudian toskan.
  5. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga keperangan.
  6. Tumbuk kelapa, bawang merah, bawang putih, udang geragau, sehingga hancur.
  7. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa. Kacau rata.
  8. Masukkan taugeh, asari, cili api, hirisan daun kesum dan bahan-bahan yang telah di tumbuk ke dalam mangkuk.
  9. Kacau sebati dan perahkan limau nipis dan kacau rata.
  10. Perasakan garam dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS
  1. Awas jangan celur taugeh terlalu lama. Cukup sekadar masukkan kedalam air mendidih, kacau dan terus angkat supaya lebih ranggup.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Wednesday, 12 May 2010

:-> Terung Goreng Cili Api



Terung Goreng Cili Api
Bahan-bahan :
  • 2 biji terung panjang
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • 3 - 10 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit air
  • garam
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
  1. Terung di cuci dan di potong serong.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng terung separuh masak atau sehingga layu.
  3. Tambah sedikt minyak jika agak kering.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Tumbuk bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili padi.
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi dan agak garing.
  7. Masukkan garam dan air asam jawa, kacau.
  8. Masukkan terung gaul rata dan perasakan garam.
  9. Tambah sedikit air jika kering.
  10. Angkat bila terung telah lembut.
  11. Sedia di hidangkan. Selamat mencuba.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Friday, 7 May 2010

:-> Gulai Nangka Muda dan Ayam



Gulai Nangka Muda dan Ayam
Bahan-bahan :
  • 350 gram nangka muda / 1 tin nangka muda dalam tin
  • 6 ketul ayam
  • 1 sudu kecil serbuk cili giling (nak pedas lebihkan cili)
  • 1 batang serai
  • 400ml santan tin
  • 200ml air
  • 1-2 keping asam gelugor / keping
  • sedikit gula
  • garam dan perasa
Bahan Tumis ( di tumbuk halus)
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 cm lengkuas
Cara Memasak :
  1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan sedikit garam.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan tumis dan srbuk cili yang di bancuh dengan sedikita air sehingga wangi.
  3. Masukkan serai dan ayam. Kacau rata dan masukkan air.
  4. Biarkan mendidih.
  5. Bila ayam separuh masak, masukkan santan, asam gelugor / keping dan nangka.
  6. Biarkan mendidih sehingga kuah surut sedikit. Perasakan garam dan gula. Keluarkan asam gelugor jika sudah terasa masamnya.
  7. Sedia untuk di hidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS :
  1. Jika menggunakan nangka fresh, rebus dahulu nangka sehingga lembut sedikit.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday, 28 April 2010

:-> Kerabu Taugeh Sempoi


Memang sempoi... nak clear kan last sayur dalam fridge sebelum di refill dgn sayur2 baru...

Kerabu Taugeh Sempoi

Bahan-bahannya :
  • 100g taugeh di buang ekor dan cuci
  • 3 sb kelapa kering / kelapa mesin
  • 1 sb udang kering - rendam dalam air
  • 2-3 ulas bawang merah
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji cili api (ikut kepedasan)
  • sedikit hirisan bawang besar
  • perahan lemon / limau nipis /limau kasturi
  • garam dan perasa/gula
Cara Membuatnya:
  1. Didihkan air. Celur taugeh lebih kurang 5 saat. Angkat dan toskan.
  2. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga keperangan.
  3. Tumbuk bawang dan masukkan udang kering, tumbuk sehingga hancur.
  4. Masukkan kelapa goreng tadi dan tumbuk sedikit.
  5. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
  6. Masukkan serbuk lada hitam, hirisan cili api dan bawang besar, garam dan pak aji(jika suka).
  7. Gaulkan dengan taugeh dan perahkan asam limau. Kacau rata.
  8. Bila dah cukup rasa boleh lah dihidangkan. Selamat mencuba!
TIPS : Celur sekejap saje taugeh untuk mendapatkan rasa yang ranggup (krup krap krup krap...bunyi taugeh dlm mulut, :-p)

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Monday, 26 April 2010

:-> Pajeri Nenas



PAJERI NENAS
Bahan-bahannya :
  • 3 keping nenas (yang di potong bulat)
  • 5 biji bawang merah - di tumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 sb serbuk kari - dibancuh dengan air
  • 1/2 sk serbuk cili giling - di bancuh dengan air
  • 1/2 sk gula
  • 150ml santan pekat
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • garam dan perasa
  • sedikit air
Cara membuatnya :
  1. Nenas di potong dua. (menghasilkan 6 keping)
  2. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan.
  3. Masukkan cili giling, kacau sehingga garing.
  4. Kemudian masukkan rempah kari.
  5. Bila sudah garing masukkan santan. Kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan nenas. Tambah air jika terlalu pekat.
  7. Perasakan garam dan gula.
  8. Masak sehingga nenas lembut, dan tutup api.
  9. Sedap di makan dengan nasi putih, nasi minyak dan nasi tomato.
  10. Selamat mencuba!

TIPS : Pajeri akan lebih sedap di makan selepas 4 jam di masak. Kalau nak makan utk
lunch bolehlah masak pajeri waktu pagi supaya rasa nenas dan kuahnya sebati
bersatu.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Tuesday, 6 April 2010

:-> Tauhu Sumbat Segera


Kenapa pula Tauhu sumbat segera ye??? E-na buat yang senang dan cepat je...Tauhu ni memang dah sedia di goreng dan sosnya pula E-na guna sweet Chilli Sauce. Kalau di Malaysia dulu E-na suka makan dengan sos chilli thai tu, for me rasanya dah sedap dan cepat boleh makan...he he

Tauhu Sumbat ni E-na makan untuk minum petang...dapat seketul dua dah kenyang dan berkhasiat kan! Kalau buat untuk lunch jawabnya E-na ratah tauhu sumbat je, nasi tak makan la...
Tauhu Sumbat Segera
Bahan-bahanya :
  • Tauhu dibelah segitiga dan digoreng sebentar
  • Taugeh di buang ekor dan dicuci
  • Carrot dihiris halus
  • Timun dihiris sebesar batang mancis
  • Sweet chilli Sauce / Sos Chilli Thai
Cara Membuatnya :
  1. Tauhu di belah untuk membentuk lubang.
  2. Celur sebentar taugeh dan carrot dan toskan airnya.
  3. Gaulkan sekali taugeh, carrot dan timun.
  4. Masukkan / Sumbatkan ke dalam tauhu tadi sehingga penuh.
  5. Siram dengan sos yang di sukai.
  6. Sesuai di makan dengan nasi putih atau sebagai hidangan minum petang. Selamat mencuba!
Tips : E-na rebus sebentar tauhu yang telah digoreng tadi supaya tauhu lebih lembut.

Di bawah ini gambar Sweet Chilli Sauce yang E-na gunakan.



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Monday, 28 December 2009

:-> Kacang Buncis Goreng Telur


Sesuai untuk menggalakkan anak-anak untuk mkn sayur. Kanak2 biasanya suka telur jadi bila dah bercampur cam ni kena lah telan...

Kacang Buncis Goreng Telur
Bahan-bahan:
  • Kacang Buncis
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
  • Garam dan perasa
  • sedikit minyak
Cara Memasaknya:
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk/ dimayang hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kunyit, sedikit garam (anggaran utk masinkn sebiji telur je) dan perasa.
  3. Pecahkan telur dan masukkan kacang buncis. Kacau rata.
  4. Perasakan garam, tambah garam angkat bila sudah masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Sunday, 15 November 2009

:-> Horenso Tumis Lada Hitam


E-na x tau nama ape sayur ni...rupa macam sawi tapi bila masak rasanya lembut sket dari sawi seakan2 rasa bayam... harganya pula mahal sket dari sawi yang biasa tu. E-na panggil je sawi lembut...rupanya yang belum di masak seperti gambar di bawah...

Kira adik beradik sawi lah yek...E-na masak tumis lada hitam...

Baru tau nama sayur ni 'Horenso' atau pun 'Bayam Jepun'. Ros Tokyo yang bagi info ni, tq Ros.

Horenso Tumis Lada Hitam
Bahan-bahannya :-)
  • Horenso @ Bayam Jepun
  • Sedikit daging ayam dihiris halus
  • Bawang putih dan bawang merah di mayang
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Air
  • Garam dan perasa
Cara Membuatnya:-)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, kacau rata.
  4. Masukkan air sebagai kuahnya.
  5. Biarkan mendidih, kemudian masukkan sayur dan garam serta perasa secukup rasa.
  6. Bila dah masak angkat dan hidangkan.
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Thursday, 5 November 2009

:-> Daikon Lada Hitam


Daikon atau Lobak Putih ni kawan yang bagi...apa la masakan yang sesuai bagi daikon ni pun E-na tak tau....memang x makan pun sayur ni sebenarnya tapi dah ada kat umah x kan nak buang camtu jer...sayang pulak...at last setelah di kaji rasa dan baunya tu E-na decide nak masak black pepper dengan daging...

Dan hasilnya memang memuaskan... bagi penggemar lobak putih ni bole try resepi ni...berjaya juga E-na dan hubby menghabiskan menu ni walaupun kami bukannya penggemar daikon...tapi kalau nak beli sendiri x lah kot...he he...

Daikon Black Pepper

Bahan-bahan
  • 200g daging dihiris nipis
  • 100g daikon dipotong kecil
  • 1 sudu besar oyster
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk black pepper
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
  • 2 ulas bawang merah dimayang
  • 1 ulas bawang putih dimayang
  • 1cm halia dihiris halus
  • Garam
Cara Membuatnya:
  1. Daging di perap dengan black pepper selama 30 minit.
  2. Tumis bawang sehingga wangi.
  3. Masukkan oyster dan kacau.
  4. Kecilkan api dan masukkan daging, kacau rata.
  5. Masukkan air, biarkan mendidih.
  6. Bila air hampir kering, masukkan garam dan daikon.
  7. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi untuk memekatkan kuah.
  8. Bila daikon sudah lembut bolehlah diangkat dan dihidangkan. Selamat Mencuba.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Saturday, 24 October 2009

:-> Brokoli Goreng Udang Pedas




Kali ni E-na nak n3 sayur pulak...sblm ada blog ni memang e-na suka ambik gambar masakan...wat collection. So sayur ni bukan lah yang masak ari ni...last 2 weeks punya menu ni...E-na share kat sini, mungkin ada yang kekeringan idea nak masak sayur boleh lah masak je cam ni...

Sukatannya pandailah adjust yer...ikut rasa sedap lidah sendiri...he he

BROKOLI GORENG UDANG PEDAS

Bahan-bahan:-
*Brokoli
*Carrot
*Udang
*Bawang besar
*Cili Padi
*Tepung Jagung
*Air
*Bawang putih
*Bawang Merah
*Garam & perasa

Cara Membuatnya:-
1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang di mayang halus sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan carrot.
3. Kemudian masukkan brokoli bersama hirisan bawang besar, kacau rata.
4. Masukkan garam, perasa dan cili api ikut selera anda.
5. Bancuh sedikit tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan ke dlm sayur td.
6. Bila sayur agak masak barulah masukkan udang, kacau dan angkat bila udang sudah
masak. Jgn lama sgt nnt hilang rasa manis udang tu yer...


Source : E-nalovelykitchen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...