Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

Moist Pandan Muffin


Moist Pandan Muffin yang sedap! Sangat moist dan wangi bila di bakar.  Kalau guna air daun pandan lagi sedap muffin ni.  Bila banyak masa nanti boleh try dengan daun pandan pula. Buat muffin paling senang dan cepat. Gaul je semua bahan dan bakar. Tak sampai sejam dah siap kemas dapur, muffin dah masak boleh terus makan.


Muffin Pandan ini naik dengan cantik dan teksturnya memang gebu serta sangat lembab. Jika ingin menyediakan hidangan sarapan pagi atau minum petang yang cepat bolehlah mencuba resepi ini. Thanks to Aziekitchen 


E-na tabur gajus cincang diatasnya. Sebahagian dibiarkan kosong untuk memberi pilihan pada anak-anak yang tidak suka kekacang.



RESEPI MOIST PANDAN MUFFIN

Bahan-bahan:

  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder  (E-na letak 1 sudu kecil shj)
  • 1/2 sudu kecil bicarbonate soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 120gm gula kastor
  • 200ml santan - guna 100 ml santan kotak & 100 ml air
  • 100ml minyak jagung ( E-na guna minyak masak)
  • 2 biji telur
  • 1 sk pandan paste (E-na tak letak ) 
  • 1/2 sk pandan essence - (E-na letak pandan flavor bbrp titik)
  • Sedikit pewarna hijau 
  • Badam hiris atau apa yg disukai - tabur  (E-na letak gajus)

Cara cara:
1.  Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups. 
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau         rata. 
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga        sebati. 
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. 
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE : E-na bakar dengan suhu 180 selama 25 minit.


Thursday, 16 May 2013

Hari Guru...Terima Kasih Cikgu


Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Semoga semua guru diberi kesihatan yang baik untuk mendidik anak bangsa.

24 biji Chocolate Moist Cake untuk guru-guru Kakak Damia, Adik Shasya dan Abang Hafiy hari ini.







Chocolate Moist Cake sebelum proses pembungkusan.







Thursday, 10 November 2011

Chocolate Banana Cupcake dan Soubetsukai


Cupcake asal boleh je... dengan bahan-bahan untuk deco yang limited di dapur puas juga memikirkan camna nak buat supaya mencukupi. Whipped cream ada sikit, tak cukup untuk deco lebih-lebih dan tulis atas cupcake. At last wording E-na tulis di atas kertas yang dilekatkan dengan lidi sate...Letak potongan yellow peach dan chocolate syrup hershey's di atas cupcake. Kemudian tabur sedikit manik berwarna. Memang sempoi kejadian cupcake tu.


Bawa untuk soubetsukai / farewell party Dr. Mohd Fadzli  di Saizeriya semalam. Kedua-dua gambar ini dari kamera Dr. Fadzli...thanks! Tahniah atas kejayaan mendapatkan 'Doktor Falsafah' dan selamat kembali ke Malaysia hari ini.


Sebenarnya E-na guna resepi muffin untuk buat cupcake ini. Banana Chocolate Muffin pernah E-na pos kat sini dan resepi asal dari kak Am. Disebabkan E-na buat sedikit deco di atas muffin, jadi rasanya lebih sesuai di panggil cupcake. Memandai sendiri je mengubah nama muffin...Masa nak taip entry baru perasan yang nama cupcake terbalik. Sepatutnya Banana Chocolate tapi dah jadi Chocolate Banana....mengantuk ni dah malas nak betulkan semula... boleh lah ye.... ;p

E-na buat 2 adunan menghasilkan lebih kurang 36 biji cupcakes seperti saiz dalam gambar di atas. 


Banana Chocolate Muffin
(18 biji saiz cupcake di atas)

Bahan-bahannya:
  • 100g pisang (sebiji besar)
  • 100g tepung gandum (kali ini guna tepung kek)
  • 50g mentega dicairkan
  • 20g serbuk koko (E-na guna 35g utk 2 bancuhan)
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur -suhu bilik
  • 1 tsp baking powder (E-na tak letak sbb guna tepung kek)
  • 50ml fresh milk
  • chocolate chip/ almond/ walnut untuk di tabur di atas muffin (x buat sbb nak deco dengan whipped cream)
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan oven 180degree.
  2. Cairkan marjerin di dalm periuk dengan api perlahan.
  3. Tepung gandum, serbuk koko dan baking powder diayak.
  4. Masukkan gula ke dalam tepung tadi dan di gaul rata. Ketepikan.
  5. Masukkan pisang ke dalam magkuk dan lenyekkan dengan garfu.
  6. Kemudian masukkan fresh milk ke dalam pisang tadi dan kacau rata.
  7. Telur dipukul sedikit dengan garfu supaya bergaul kuning dan putihnya kemudian masukkan ke dalam pisang tadi. Kacau sebati.
  8. Kemudian masukkan tepung tadi dan kacau sebati.
  9. Akhir sekali masukkan marjerin yang telah dicairkan tadi dan kacau rata.
  10. Sendukkan ke dalam muffin cup sehingga 2/3 cup dan taburkan chocholate chip/ almond cincang di atasnya.
  11. Bakar dengan suhu 180 degree selama 25 minit. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen. (Sebab cupcakes saiz kecil jadi waktu membakarnya hanya 20 minit kali ini.)

Friday, 4 November 2011

Easy Peasy Vanilla Cupcake and Simple Buttercream



Entry tertunggak lagi. Vanilla Cupcakes yang E-na buat on 15th July 2011. Vanilla cupcakes ini di bawa semasa program mandi sungai Family Nagoya di Gifu keesokan harinya. Bangun pepagi untuk deco cupcake dan masak nasi lemak sebagai bekal untuk picnic. Cupcakes pun tak sempat posing , snap di tepi sungai je ni.


Easy Peasy Vanilla Cupcake resepi dari Zarin ini telah beberapa kali e-na buat. Sedap dan senang disediakan sesuia dengan namanya 'easy peasy'. Pernah buat semasa kunjungan As Yamagata ke rumah (dah lama ni..hihii) tapi tak ambil gambar. Resepi vanilla cupcake telah E-na alih bahasa. Kalau taknak letak buttercream pun bole...siap masak bole makan terus sebagai hidangan breakfast , minum petang atau bekal berkelah.

Untuk Buttercream E-na guna resepi Kak Fida MyR. Kak Ita Masam Manis yang suggest resepi BC kak fida pada E-na.  Simple BC ini senang dan sesuai untuk deco cupcakes  atau cake yang simple. Thanks Zarin, Kak Fida and Kak Ita.


RESEPI EASY PEASY VANILLA CUPCAKE
(35 pcs saiz cupcake di atas)

Bahan-bahan:

  • 125 gram butter suhu bilik
  • 180 gram self raising flour
  • 170 gula castor (E-na letak 150g)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu (E-na letak 100ml fresh milk)
  • 3/4 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam
Cara-cara:
  1. Panaskan oven 180 degree.
  2. Satukan semua bahan di dalam mangkuk pengadun.
  3. Pukul dengan mixer sehingga lembut dan gebu.
  4. Masukkan ke dalam paper cupcakes menggunakan sudu sehingga 3/4 penuh.
  5. Bakar selama 15 - 20 minit. E-na bakar selama 16 minit.
  6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE DARI LOVELY KITCHEN:
  • Kurangkan sedikit adunan di dalam papercupcakes jika hendak deco.
  • Boleh deco setelah cupcakes sejuk atau di buat awal sehari sebelum deco.


RESEPI SIMPLE BUTTERCREAM
 (20 cupcakes kecil)

Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 100 gram susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna pilihan
Cara-cara:
  1. Pukul butter, susu pekat manis dan esen vanila sehingga berkrim.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk warna pilihan.
  3. Titikkan warna yang dikehendaki. Kacau rata.
  4. Hias ikut citarasa sendiri. Simpan lebihan butter cream di dalam peti sejuk untuk kekal cantik. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
E-na masukkan sekali Resepi simple Chocolate Buttercream di sini untuk rujukan. Senang nak refer bila perlu nanti. E-na belum try lagi resepi ini. 



RESEPI SIMPLE CHOCOLATE BUTTERCREAM

Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 200 gram gula icing (1 3/4 cawan) diayak
  • 170 gram air sejuk dari peti ais (3/4 cawan)
  • 1 sudu besar chocolate paste
  • 2 sudu besar serbuk koko di ayak
Cara-cara:
  1. Pukul butter sehingga putih. Masukkan gula dan terus pukul sehingga pekat.
  2. Perlahankan mixer dan masukkan air sejuk sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati dan tukarkan pada kelajuan tinggi dan terus pukul sehingga kembang.
  3. Akhir sekali masukkan chocolate paste dan serbuk koko dan pukul rata.
  4. Matikan mixer dan gaul lagi adunan buttercream dengan spatula atau senduk kayu hingga sebati.
  5. Chocolate buttercream siap untuk digunakan.


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry Pizza Mudah menggunakan Bun burger dan Sos Pizza di Jepun . Thanks...


UPDATE RAKAN YANG TELAH MENCUBA EASY PEASY VANILLA CUPCAKES

Saturday, 18 June 2011

:-> Chocolate Moist Cupcakes



Asalnya Chocolate Moist Cake kukus tapi E-na masukkan ke dalam cawan kertas dan di bakar dalam oven. Resepi dari Chef Zubaidah dan dikongsi oleh sis AlogRoz dalam myresepi.

Cara di bawah yang telah di edit oleh Lovely Kitchen.


RESEPI CHOCOLATE MOIST CUPCAKES

40 biji papercups (saiz disini)
6-9 biji papercups (seperti dalam gambar di atas)

Bahan-bahan :
  • 100g serbuk koko*
  • 250g gula halus/castor*
  • 300ml fresh milk*
  • 200ml minyak sayur*
  • 250g susu pekat manis*
  • 4 biji telur
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Papercups secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga gula hancur dan licin. Tidak perlu sampai menggelegak. Tutup api.
  2. Tepung gandum, baking soda dan soda bikaronat di ayak. Ketepikan.
  3. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan bahan yang di masak tadi dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam jug.
  6. Susun papercups di atas tray oven.
  7. Tuang adunan ke dalam papercups lebih kurang 2/3 papercups.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 minit atau sehingga masak.
  9. Hias mengikut kreativiti masaing-masing. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : E-na guna whipped cream, biskut koala dan chocolate kit kat untuk menghias cupcakes ini.





Friday, 2 April 2010

:-> Red Apple Cupcake



Senang dan mudah untuk menyediakannya... berbau harum ketika di bakar... moist dan sungguh enak di makan as a breakfast or minum petang...

RED APPLE CUPCAKE

Bahan-bahan:-
1 biji epal merah saiz besar
2 sudu besar gula
100 gm butter (dibiarkan pada suhu bilik)
70 gm gula halus
2 biji telur

100 ml fresh cream / whipping cream
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara Membuatnya :-
  1. Bersih dan kupas epal, potong kecil2 lebih kurang 1cm.
  2. Gaulkan dengan 2 sudu besar gula.
  3. Kemudian masukkan ke dalam microwave 600w selama 3 minit atau boleh di masakdi atas dapur sehingga epal jadi lembut.
  4. Kemudian dalam bekas lain, pukul gula dan mentega hingga putih.
  5. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  6. Kemudian masukkan fresh cream/whipping cream, kacau sebati.
  7. Masukkan epal bersama airnya (yang keluar dari epal dan gula). Kacau rata.
  8. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
  9. Sudukan ke dalam paper cup.
  10. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180 degree.
  11. Angkat dan sejukkan diatas redai.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^



Source : K.Ummi

Saturday, 27 March 2010

:-> Marble Cupcake


Kek laaagi!!! Yang ini first time E-na deco cupcake....special for my son, Qaeed Hafiy sempena birthday yang ke 2 pada 7th March 2010. Deco pagi sebelum majlis, dalam Hafiy masa tu demam dan nak berdukung je...buat majlis kecil sambutan harijadi sekali dengan Kakak Damia last week. E-na masak nasi beriyani, ayam masak merah, rendang daging, acar mentah dan buah melaka je untuk hidangan makan tengahari kawan-kawan yang datang. Tapi gambar makanan lain x sempat nak snap...sibuk sgt masa tu....
Close up sikit cupcake tu...rupe ape pun E-na tak tau! he he jangan ketawakan tau...

Marble Cupcake
Bahan-bahannya :
  • 250g butter
  • 200g gula castor
  • 250g telur
  • 1tsp essence vanilla
  • 250g tepung gandum
  • 1tsp baking powder
  • 30g choc powder
  • 50ml air panas
  • 60g chocolate chips
Cara Membuatnya :
  1. Pukul butter denga gula castor sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan essen vanilla, kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah di ayak bersama dan kacau.
  4. Sendukkan 300g adunan ke dalam mangkuk lain dan masukkan chocolate powder dan air panas kemudian kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan chocolate ke dalam adunan tanpa warna tadi. Kacau sedikit supaya menjadi marble effect look.
  6. Sudukan adunan ke dalam paper cup dan tabur chocolate chips.
  7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan di atas redai.
  9. Bila dah sejuk bolehlah di hias mengikut citarasa masing-masing. Makan begitu pun boleh juga. Selamat mencuba!
Note : E-na buat 1/2 adunan sahaja menghasilkan 12 biji cupcakes.

Yang ini pula untuk Damia... plan nak buat deco lain tapi terlupa beli bahan so last minit letak je apa yang ada...inilah hasilnya, teruk betul rupa kek tu kan! eeeiiii sabar je la.....

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Suri Sarawak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...