Showing posts with label Message. Show all posts
Showing posts with label Message. Show all posts

Friday, 31 August 2012

Merdeka Raya Anniversary Celebration


Hari ini 31hb Ogos 2012 bersamaan 13 Syawal 1433H seluruh rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 55 dengan tema Janji Ditepati. Selamat hari Merdeka. Masih di bulan Syawal dan belum terlewat rasanya untuk E-na ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pengunjung Lovely Kitchen yang beragama Islam. Ampun dan maaf untuk komen dan e-mail yang belum sempat E-na balas. Sekarang ni masa untuk mengadap blog begitu terbatas. 


Banyak perkara yang perlu di selesaikan apabila menjejakkan kaki ke Malaysia. Keadaan rumah yang sedang dibaiki dan ubahsuai memerlukan perhatian sepenuhnya. Tapi dalam keadaan dapur yang sedang direnovate E-na sempat juga buat 6 jenis biskut raya tetapi tak sempat untuk publish di Lovely Kitchen...:p


Hari ini juga merupakan hari Ulangtahun Perkahwinan E-na dan hubby yang ke 12. Semoga kasih sayang antara kami bertambah erat, terus cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup berumahtangga dan dipermudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat....Amin. For my dearest husband, I love U more than words can say...

Sedikit perkembangan renovation dapur. Pintu, tingkap, wayering dan syiling telah siap. Sekarang proses membuat tabletop untuk kitchen kabinet. Lepas ni tinggal lagi pasang tiles lantai dan dinding...jika tiada halangan next week boleh siap. Lepas tu bolehlah tempah kitchen kabinet pula. Tak sabar nak tunggu dapur siap....Petang tadi pergi beli exhaust fan dan untuk diletakkan di dapur. Harap lepas ni  kuranglah haba panas di dapur dan kerja-kerja memasak dapat dilakukan dengan lebih selesa dan nyaman. Hubby beli exhaust fan model KDK 12 inci. Klik di sini.


Monday, 28 November 2011

Ma'al Hijrah 1433





Hari ini 2 Muharram 1433H bersamaan dengan 28 November 2011. Masih belum terlewat untuk E-na ucapkan Selamat Tahun Baru Islam untuk semua pengunjung Lovely Kitchen yang beragama Islam. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindunganNya. Diberi kesihatan yang baik untuk beribadat kepadaNya dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Hindari hasad dengki sesama sendiri, sentiasa berfikiran positive dan berusaha untuk memajukan diri sendiri. Hijrah itu Pengorbanan, Hijrah itu Perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk Perpaduan. 

Sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan kali ini bertemakan 'PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH'. Tema Ma'al Hijrah untuk tahun2 sebelum ini tengok kat sini(klik). Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana di beri peluang untuk menikmati kehidupan di tahun baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Salam Ma'al Hijrah 1433 untuk semua.


Wednesday, 5 October 2011

Lovely Kitchen Berhenti Operasi...errrrrmmm





E-na ucapkan terima kasih pada semua pengunjung Lovely Kitchen yang sudi singgah. Pada kawan-kawan yang sempat tinggalkan komen million thanks dan E-na sangat-sangat  hargai. Maaf sebab tak sempat untuk buat kunjungan balas meninggalkan jejak di blog kawan-kawan.

Sejak dari E-na berblog selepas rehat panjang Jun 2011...Macam-macam cara E-na buat untuk membahagikan masa antara tanggungjawab di rumah sebagai isteri, ibu dan juga pada Lovely Kitchen. Tapi ternyata E-na tak mampu untuk melaksanakan semuanya dalam satu masa dengan sempurna. Kehidupan di rantauan memerlukan banyak masa di habiskan di dapur dan pembelajaran anak-anak di rumah. Kami memang tak hantar Shasya dan Hafiy ke yochien jadi E-na sendiri yang mengajar mereka di rumah.

Biasanya E-na buat kelas pagi 2 jam dan petang sejam atau 2 jam bergantung pada keperluan masa. Pada sebelah malamnya E-na akan cari material atau siapkan bahan bantu mengajar. Maklumkan untuk mengajar anak-anak tadika memerlukan BBM yang menarik supaya anak-anak enjoy dan tak sabar-sabar nak belajar lagi. Kalau masuk rumah E-na memang dah macam tadika.. Sejak dari penghujung puasa sampai sekarang 3Q Homeschool masih bercuti ...hihiii cikgunya yang bz sokmo ...shasya dan hafiy hari-hari dok tanya bila nak skul...

Ada juga terfikir untuk berhenti berblog...tapi sayang pula kat Lovely Kitchen ni walaupun bukan blog masakan popular. Sayang juga pada kawan-kawan  alam maya yang sentiasa berkunjung ke sini...semuanya sayaaaaang! Ni yang susah kan...

Bila buat n3 dan ada kawan-kawan yang komen E-na rasa terharu sangat. Walaupun E-na tak sempat untuk tinggal komen di blog kawan tapi ada yang masih setia singgah Lovely Kitchen dan tinggal komen. Tu yang buat touching sangat...Jadi sebagai menghargai dan tanda terima kasih,  E-na akan 'link' kan blog pengomen pada setiap entry yang E-na buat. Di bawah ini kawan-kawan yang tinggal jejak dalam n3 bulan Oktober Lovely Kitchen...TQVM...muaahhahhhhss!!
Bagi yang ada akaun Facebook, jika suka LOVELY KITCHEN boleh klik 'Like' pada banner LOVELY KITCHEN page sebelah kanan ini. E-na wujudkan page ini untuk memudahkan mencari resepi dan bertanya/ berkongsi apa sahaja di Facebook. Kadang-kadang bermasalah untuk mencari resepi di blog, walaupun ada Label tapi tak semua n3 akan keluar bila klik pada satu-satu label. 

Di FACEBOOK  LOVELY KITCHEN PAGE anda cuma perlu pilih pada ruangan 'Photo' dan klik link di bawah gambar untuk tengok resepi. Tapi banyak lagi gambar yang belum E-na upload di FB. Jadi jika mencari sesuatu resepi tapi tak jumpa nak selongkar boleh tinggal message di wall LK Page FB, kemudian E-na akan cari semula dan bagi link resepi di blog Lovely Kitchen. Senang kan...

Panjangnya n3 kali ini. Lovely Kitchen beroperasi seperti biasa cuma operasi meninggalkan komen di blog kawan-kawan sahaja yang tidak sempat di buat. E-na harap kawan-kawan tidak berkecil hati. E-na singgah di blog kawan-kawan yang tinggal jejak di LK cuma tidak sempat untuk lepak santai tinggalkan komen sahaja (Kalau sempat E-na akan tinggal jejak juga). Harap back link yang E-na buat ini dapat diterima sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas 'sweet comments' yang di tingglkan di Lovely Kitchen. Saaaaayanggg Semua...Muaaahhhss!!!




Friday, 9 September 2011

:-> Lovely Kitchen is 2...


Hari ini 9 September 2011 genap 2 tahun usia Lovely Kitchen. Alhamdulillah dengan sokongan my beloved hubby, kawan-kawan dan semua pengunjung sama ada yang meninggalkan jejak atau silent reader, Lovely Kitchen dapat bertahan sehingga ke hari ini. 

9 September juga adalah hari lahir E-na. Tepat jam 9.30 malam E-na lahir ke dunia di malam bulan purnama bersamaan 14 Ramadhan. Saja wujudkan blog ini pada tarikh birthday E-na supaya senang untuk diingati.

Entry pertama Lovely Kitchen adalah 'Agar-agar Trio Santan' pada 9 September 2009. Lovely Kitchen berkisar pada makanan, resepi, photograph, tips, edible garden dan apa sahaja yang berkaitan dengan dapur. Walaupun Lovely Kitchen tidak sepopular Blog Masakan lain, tapi E-na cukup berpuas hati dengan perkembangan positif yang di terima. 

Semoga segala usaha kita untuk berkongsi info dalam bidang masakan dan aktiviti di dapur di redhai Allah dan mendapat rahmat dariNya.....Ilmu yang dikongsi tidak akan berkurang malah akan digandakan lagi, Insyaallah. 

Sunday, 12 June 2011

:-> Berita Baik Untuk Semua Pemilik Blog Masakan!!!



Salam sayang untuk semua pengunjung Lovely Kitchen. Entry kali ini adalah untuk menjemput semua pemilik blog masakan berkongsi resepi di kongsiresepi.com. Bagi yang sudah join sila abaikan entry ini. Tidak perlu risau tentang bayaran kerana semuanya free. Apa yang perlu di buat ikut sahaja step di bawah ye...
  1. Masuk ke web kongsiresepi.com
  2. Isikan butiran yang dikehendaki
  3. Kongsiresepi.com akan hantar email 'Application Received'.
  4. Bila dah approved KR.com akan bagi PASSWORD.
  5. Dah ada PASSWORD boleh login kat sini
  6. Sekarang bolehlah post resepi di blog anda ke kongsi resepi.

KENAPA PERLU JOIN KONGSI RESEPI?
  • Dapat berkongsi resepi dengan lebih ramai peminat ilmu masakan.
  • Sangat membantu meningkatkan traffic blog anda.
  • Berkenalan dengan blogger lain
  • Membina backlinks
  • Bukan blogger juga berpeluang mengenali blog anda.

'SHARING IS CARING'

Sekian, Makluman untuk semua...



Saturday, 26 December 2009

:-> Welcome Back!


Salam bersua kembali..... dah lama tak update blog ni. Ada yang rindu ke? he he sebenarnya E-na x ke mana2 pun dan sihat alhamdulillah cuma masa amat mencemburui untuk mengupdate blog. Aktiviti memasak semakin padat maklumlah musim sejuk ni lapau memanjang tapi tak sempat nak publish gambar masakan. Kebetulan pulak my boy yang sorang ni makin nak berkepit pulak...Masa dia tido pun nak kena ada mama...haiiya memang x boleh nak mengulau tengah malam nak update blog.

Tapi bila lama tak berblog ni rasa miss sangat kat kawan semua! Rindu nak g jejalan umah kawan -kawan untuk menatap menu2 baru...
Terima kasih E-na ucapkan atas kunjungan rakan-rakan ke Lovelykitchen dan pada yang tinggalkan message bertanya khabar...maaf sebab menyepi sekejap dan Insyaallah akan menyusul photo2 masakan E-na selepas ini....

Apsal lak gambar Ichigo tu E-na????? Ni simbolik warna merah garang Ichigo tu untuk semangat yang membara nak mengupdate blog.....boleh gitu? Layan je la gambar Ichigo tu sebagai juadah untuk tetamu yang singgah ye...



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...