Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

PULUT KUNING SAMBAL TUMIS IKAN BILIS



Pulut Kuning Kukus di makan bersama Sambal Tumis Ikan Bilis, Telur Rebus dan hirisan timun untuk lunch anak-anak 11 September 2013. Ini sahaja menu yang sempat E-na sediakan. Itupun Baby Qischa dah berbunyi-bunyi memanggil nak mama. haissh tak boleh berenggang lama sikit anak mama ni...mulalah bising jerit-jerit.

Pulut kuning yang sedang di kukus. Cara kukus boleh tgk disini. Atau cara kukus traditional disini. Atau masak guna rice cooker di sini


Kalau ada rendang ayam lagi ummmph! Tapi kalau tak de orang tolong jaga baby memang tak boleh nak masak kat dapur lama-lama. 

Di bawah ini gambar2 semasa bulan puasa 2013. Yang mana sempat di snap.

Rendang Pedas Ayam Chef Wan.


Lemang biasa dan lemang pulut kuning bersama rendang untuk jiran.


Buah Melaka aka ondeh ondeh atau buah kekoh cha di klate.


Sekadar kenangan...

Monday, 19 September 2011

:-> Cara Mudah Kukus Pulut Kuning STEP BY STEP


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Ada pelbagai cara memasak Pulut Kuning dan Pulut Pagi. Antaranya pulut direndam dengan kunyit dan asam keping, dikukus dan digaul dengan santan kemudian dikukus semula. Mengukus pulut cara tradisional seperti ini akan menghasilkan pulut kuning yang cantik berkilat dan masak lembut sekata dan tidak lembik. Boleh tengok disini cara memasaknya.

Selain itu Pulut Kuning juga boleh di masak menggunakan rice cooker. Kaedah ini agak senang cuma memerlukan banyak kali percubaan  untuk mendapatkan sukatan air yang sesuai dengan beras pulut. Jika tidak kemungkinan pulut akan menjadi lembik dan tekstur beras pulut akan hancur. Tengok disini cara memasak pulut kuning menggunakan rice cooker.

Lagi satu cara menggunakan periuk dan di masak di atas dapur. Biasanya cara ini digunakan mak E-na untuk memasak pulut pagi untuk di makan bersama kelapa(agak muda) parut diagaul dengan sedikit garam dan di makan dengan ikan masin/kering. Sedap ni!. 

Kali ini E-na nak kongsikan cara paling mudah mengukus pulut kuning juga pulut pagi atau apa2 jenis pulut. Cara ini juga yang E-na guna untuk mengukus pulut untuk di buat Lemang Tanpa BuluhLemang Pulut Kuning Special dan Pulut Kuning Sambal Ikan Bilis



RESEPI PULUT KUNING KUKUS MUDAH
(6-8 orang)


Bahan-bahan:
  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1-2 sudu besar gula (2 sb gula pulut terasa manis2 sesuai untuk pulut semangat)
  • 5 inci daun pandan / sehelai
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (tidak perlu pewarna jika mahu pulut putih, boleh letak warna lain yang di sukai/ mengikut kesesuaian kuih)
  • Loyang 20cm / 8 inci

Cara-cara:
  1. Panaskan peiuk kukus yang telah diisi air.
  2. Cuci beras pulut seperti biasa.
  3. Masukkan ke dalam loyang. Rujuk gambar 1.
  4. Kemudian masukkan santan, air, pewarna kuning, garam, daun pandan dan minyak masak ke dalam loyang yang berisi pulut tadi. Kacau rata. Rujuk gambar 2 dan 3.
  5. Bila air di dalam periuk kukus telah mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukus lapisan atas. Tutup kukusan. Rujuk gambar 4.
  6. Set timer selama 30 minit.
  7. Kacau pulut setiap 10 minit. Rujuk gambar 5.
  8. Selepas 30 minit, juka pulut masih tidak masak masukkan 1-2 sudu besar air panas, kacau dan kukus semula 10 minit.
  9. Bila pulut sudah masak, masukkan ke dalam rice cooker dan warm kan sahaja. 
  10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama rendang, serunding, sambal tumis, dan apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Sukatan diatas untuk beras pulut jepun yang E-na guna. Klik di sini untuk gambar beras pulut Jepun.. Adjust sukatan cecair dengan beras pulut anda.


TIPS KUKUS PULUT MUDAH DARI LOVELY KITCHEN

  • Kacau pulut setiap 10 minit untuk mendapatkan pulut yang masak sekata.
  • Lebihkan santan, kurangkan air (tetapi jumlah cecair masih sama) jika mahu pulut lebih rasa lemak. 
  • Tambah sedikit air panas jika pulut masih belum masak sekata selepas 30 minit , kacau dan kukus lagi.
  • Masukkan pulut yang telah masak ke dalam rice cooker dengan function'warm' untuk kekalkan kepanasan pulut.
  • Boleh gunakan pewarna lain jika mahukan pulut bewarna merah / biru/ hijau dan sebagainya.
  • Cara ini juga sesuai untuk buat pulut panggang, lopes, pulut pagi, atau apa sahaja kuih yang mernggunakan pulut yang dikukus.

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Thursday, 10 December 2009

:-> Pulut Wif Serunding Kelapa



Serunding kelapa ni E-na je pepandai bagi nama. Ni adalah lebihan inti buat cucur badak petang semalam. Sebenarnya pulut dan serunding kelapa ni kalau di gulung dgn daun pisang dan di bakar jadilah dia 'Pulut Panggang'...tapi malas nak membazir beli daun pisang yang sgt mahal harganya untuk makan pulut panggang jadi E-na masak lah pulut dengan rice cooker aje, senang dan jimat, untuk breakfast pagi tadi. Rasa adalah ala2 pulut panggang...

Untuk Serunding Kelapa atau inti cucur badak tu boleh tengok di sini....Kalau nak buat Pulut kuning bole tengok kat sini pulak..


PULUT RICE COOKER

Bahan-bahan ( 4 org makan )
• 2 cawan beras pulut
• 2 1/4 cawan air panas (ikut jenis pulut, klu lembut lain kali kurangkan air)
• 1/2 sudu teh garam
• 5 inchi daun pandan(ni kes nak jimat daun pandan)
• 1 sudu besar minyak masak

Cara Membuatnya:
1. Cuci beras pulut hingga bersih dan masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
2. Setelah mendidih, gaul pulut supaya masak sekata.
3. Biarkan hingga masak.



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Sunday, 18 October 2009

:-> Pulut Kuning Rice Cooker


E-na masak pulut kuning ni untuk breakfast dan sebagai bento Damia ke sekolah. Senang dan cepat je nak sediakan. Ni kes nak cepat le malas nak kukus...he he he...tapi kalau kukus tu lagi cantik tekstur pulut tu kan...xpe la bila rajin boleh la kukus lak...Ni tgk mak e-na la masak pulut+santan kat atas dapur jer utk breakfast makan ngan ikan kering...ummmmphhh sedaaapppp.

Ni resepi segera untuk sape2 yang busy dan x sempat nak mengukus pulut. Sukatan air tu kena sesuaikan dengan jenis beras pulut. Yang dalam resepi ni untuk beras pulut yang e-na guna kat Jepun ni...so try test la yekkkk...E-na makan dgn rendang daging.



PULUT KUNING RICE COOKER

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
• 2 cawan beras pulut
• 3/4 cawan santan pekat
• 1 ½ cawan air panas
• 1/2 sudu teh garam
• 5 inchi daun pandan(ni kes nak jimat daun pandan)
• 1 sudu besar minyak masak
• Sedikit serbuk kunyit ( campur sdikit pewarna kuning)

Cara-cara
1. Cuci beras pulut hingga bersih dan masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
2. Setelah mendidih, gaul pulut supaya tidak berkerak dan warnanya sekata.
3. Biarkan hingga masak.


Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis. Selamat mencuba...Kalau dah try boleh la bg feedback kat E-na so we can share the knowledge.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...