Showing posts with label Cooking Toys. Show all posts
Showing posts with label Cooking Toys. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

Lamanya Bercuti


Pada saat dan ketika ini, bibik menguli sedang gigih menjalankan kerjanya di Lovely Kitchen. Setelah bercuti tanpa gaji (oppss selama ni dibayar gaji ke?) selama 1 tahun 6 bulan dan hanya menjadi pameran di wet kitchen.

Sejak balik ke Malaysia, belum pernah membuat roti sendiri. Bukan malas tapi takut Kilang Roti Gardenia tutup kalau E-na rajin sangat meroti. Tengok gambar di bawah menunjukkan BM ini siap menguli pada pukul 23:42. Masih lagi waktu di Jepun. Sepatutnya 22.42 waktu malaysia siaplah doh yang diuli oleh Mr. Bread Maker yang perkasa. Tunggu kemunculan roti pertama di Malaysia ye. Itupun kalau menjadi. Kalau senyap je tak jadilah tu...huehuehue


Wednesday, 31 July 2013

Acuan Shortbread



Acuan shortbread saiz 10 x 12 x 1 RM39 di Kedai Bakery Bagus Seksyen 13 Shah Alam.

Thursday, 1 July 2010

:-> Bibik Menguli pun nak posing juga...



E-na posingkan bibik yang banyak membantu kerja-kerja menguli di Lovely Kitchen sejak 1st November 2009. Sebenarnya ini adalah permintaan dari seorang kawan yang berminat untuk mengetahui tentang Bread Maker aka Bread Machine atau panggilan manja BIBIK MENGULI. Jadi E-na publish kat sini untuk Ila dan pengunjung LK yang berminat nak tengok. Sorry ye Ila lambat sikit buat n3 ini...jangan marah ye...;-p

My friend ni sekarang sedang menjalankan bussines EMAS. Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli / menyimpan atau berniaga EMAS boleh contact Puan Fardila. Boleh layari blog beliau MY GOLD MY MONEY. Jom layan gambar-gambar Mr. BM yang gagah perkasa...

Bibik Menguli posing angkat tangan..;-p

Bibik Menguli aka Bread Maker E-na ni untuk muatan sebiji bread loaf. Jika keluarga besar rasanya lebih baik beli BM yang bersaiz besar sedikit. Hubby E-na beli Jenama Zojirushi. Selain dari membuat Loaf Bread, Bread Maker juga boleh menguli doh, membuat simple kek dan jam. Terdapat banyak jenis Home Bread Maker di pasaran pelbagai jenama dan saiz.


Ini dia perut Bibik Menguli. Di bahagian lid BM tu ada tempat letak kismis (atau apa2 bahan campuran kering) tapi E-na lupa nak pasangkan semasa snap gambar ni. Segala aktiviti menguli dan membakar hanya dilakukan di dalam perutku ini. Tak percaya???

jeng!









jeng!









jeng!









Itu dia Loaf Bread yang baru je masak...oppppss jangan pegang, panas tu!!! Kulitnya masih licin gitu...


Inilah rupa setelah di biarkan seketika.


E-na pun masih baru dalam dunia membuat roti. Budak baru belajar dan sedang mencuba pelbagai cara dan resepi untuk mendapatkan roti yang lembut dan sedap. Kalau boleh nak sangat buat roti yang rasanya dan teksturnya sama macam yang di jual di bakery kat Jepun ni. Roti-roti kat sini ada macam-macam jenis dan perisa serta bentuk yang sangat menarik bila di pandang. Teksturnya pula lembut dan gebu...

Boleh tengok antara bread loaf yang pernah E-na poskan di bawah ini...dah lembut tapi belum puashati lagi...;-)

*Roti Sandwish Mini Bewarna


*Mochi-mochi Bread

*Chocolate Raisin Soft Loaf

Harap Ila dan pengunjung Lovely Kitchen yang ingin mengetahui tentang BM mendapat sedikit gambaran dan idea tentang rupa paras Bread Machine dan cara ianya berfungsi. Boleh google dalam internet untuk info yang lebih jelas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...