Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Friday, 23 August 2013

MOIST PANDAN MARBLE CAKE


Kejadian Kek Pandan Marmar E-na tidak seindah namanya. Tak sempat nak layer bagai, tuang je semua adunan. Operasi di dapur perlu selesai dengan pantas sebelum baby terjaga untuk breastfeed. Tak pe tak cantik di mata asal sedap di tekak kan. Resepi asal dari Snappytreat, di olah oleh k.yatiKak Ita Masam Manis dan Mat Gebu juga telah mencuba kek Moist Pandan Marble ini. 


Resepi di bawah telah E-na edit mengikut bahan-bahan yang digunakan. Kalau nak buat separuh adunan guna sukatan warna hijau.

RESEPI  MOIST PANDAN MARBLE CAKE
Loyang 8 inci

Bahan-bahan:

  • 250 gram butter - cairkan dan biar sejuk (125g)
  • 250 gram gula kastor (125g)
  • 250 gram tepung gandum - di ayak (125g)
  • 8 biji telur gred A (4 biji)
  • 1 tbs ovalette (1/2 tbs)
  • 4 tbs susu pekat manis (2 tbs)
  • 2 tbs serbuk koko (1tbs)
  • 1 tbs chocolate emulco (1/2 tbs)
  • 1 tsp esen vanila (1/2 tsp)
  • 1/2 tsp esen pandan (1/4 tsp)
  • sedikit pewarna hijau
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser acuan dengan mentega, alas acuan dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis. Putar perlahan supaya semua sebati kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (lebih kurang 3 minit). Tuang mentega cair dan putar sebati.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu di masukkan esen pandan dan pewarna hijau, kacau rata. Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Masukkan 4 sudu besar adunan coklat di tengah-tengah acuan. Sudukan cara berselang seli dengan adunan pandan hingga siap.
  4. Bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak.  Biarkan dalam kek dalam oven dengan pintu oven terbuka beberapa minit sebelum dikeluarkan. Terbalikkan atas jaring, buang baking paper dan biarkan kek sejuk. Potong dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kelembapan kek. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



Thursday, 16 May 2013

Hari Guru...Terima Kasih Cikgu


Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Semoga semua guru diberi kesihatan yang baik untuk mendidik anak bangsa.

24 biji Chocolate Moist Cake untuk guru-guru Kakak Damia, Adik Shasya dan Abang Hafiy hari ini.







Chocolate Moist Cake sebelum proses pembungkusan.







Friday, 7 September 2012

Kek Lapis Sarawak


Malam tadi baru boleh tidur lena sebab hubby dah balik dari Kuching Sarawak. 3 malam lepas setiap jam mesti terjaga...tidur dalam ketakutan. Straight to the point... Ikan terubuk masin dan kek lapis sarawak antara buah tangan wajib yang di bawa pulang bila berkunjung ke Sarawak.

 En. Hubby beli 5 ekor ikan terubuk masin dan 3 jenis kek lapis sarawak.Perisa Cheese Coklat, Blueberry Cheese dan satu lagi tiada bernama...nampak macam lapis coklat cadburry ke coklat pe ye...


  Kek Lapis Blueberry Cheese.

Kek Lapis Coklat Cadburry (memandai sendiri bagi nama ni)



Kek Lapis Cheese Coklat.


Wednesday, 29 February 2012

His Big Big Day....






Setelah bertungkus lumus selama 2 tahun 9 bulan study and doing his research, hari ini merupakan a big day for my beloved husband. Tepat jam 10.30a.m nanti hubby akan present his research. Hanya doa yang dapat E-na iringkan semoga semuanya berjalan lancar. I know u can do it, dear....all the best, ganbatte ne.



'Ya Allah give him strength, smooth in his speech,  idea yang bernas untuk menjawab semua persoalan dari para panel, ketenangan dan permudahkan segala urusan suamiku pada hari ini dan hari-hari berikutnya, Amin Ya Rabbal A'lamin.'


Di bawah ini cerita ahad lepas ye...

26.02.1996....date yang amat bermakna untuk E-na and hubby, bukan date kawin ye...hihiii....E-na buatkan RVC dan kebetulan pula 26.02.2012 ada undangan house warming di Mie rumah Sohana tokey MyBotang, E-na bawa  kek ini untuk dinikmati bersama.



'True Love 
Never Dies
It only Gets Stronger with Time'

Moga hubungan ini berkekalan bahagia selamanya. Amin.



 Untuk Sue, Yus, Shidah, Kak sher, Aisha, Naza, Eliza dan azah thanks for the delicious food  and nice knowing you all...Moga kita berjumpa lagi.


Note: E-na tak berapa sihat sejak dari malam isnin...fever, cough, headache n flu...pakej lengkap tu...gagahkan juga buat entry ini for my beloved hubby. Maaf tak dapat BW ke rumah kekawan maya...:(



Monday, 6 February 2012

Kek Coklat Moist - versi bakar



Kek Coklat lembab disirami coklat ganache yang sedap...rasa yang sungguh memikat. Resepi Kek Coklat Moist dari FB kak Ummi Zawiyah dan E-na gabungkan dengan resepi Coklat Ganache dari Nadz. Seperti biasa E-na suka menggunakan sukatan metrik jadi bila resepi menggunakan cawan, E-na akan timbang bahan-bahan yang perlu dan taip semula resepi untuk rujukan di masa depan. Bagi yang ingin menggunakan sukatan cawan boleh refer resepi asal nun di bawah.


RESEPI KEK COKLAT MOIST
Loyang 20cm

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur (+-130g)
  • 90 gram serbuk koko
  • 200 gram susu pekat manis  (lebihkan sedikit jika mahu manis)
  • 200 ml fresh milk / susu cair
  • 100 gram gula
  • 200 ml minyak jagung / minyak masak
  • 240 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila (optional)
  • 200 ml air panas
Cara Membuatnya:
  1. Sapu sedikit marjerin pada loyang. Alas loyang dengan baking sheet. Ketepikan.
  2. Ayak Tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula menggunakan whisker sehingga hancur.
  4. Masukkan esen vanila, fresh milk, susu pekat manis dan minyak. Kacau Sebati
  5. Kemudian masukan tepung yang telah di ayak tadi sambil di kacau hingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
  7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 60 minit atau sehingga kek masak.
  8. Sejukkan kek di atas redai.
  9. Siram dengan coklat ganache. Boleh hias mengikut citarasa anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

RESEPI COKLAT GANACHE

Bahan-bahan:
  • 200 gram coklat masakan 
  • 150 ml whipping cream
  • 1 sudu besar butter
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan Whipping cream secara double boiler dengan api sederhana.
  2. Bila hampir mendidih tutup api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil.
  3. Kacau sehingga cair sepenuhnya.
  4. Masukkan butter dan kacau sebati.
  5. Tuang ke atas kek dan boleh dihias mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : E-na guna Coklat Meiji.

_________________________________________________________________________________

Resepi Asal seperti berikut:

kek coklat moist.
(resepi Amy)

2 biji telur 
1 cwn serbok koko 
1 cwn susu pekat manis 
1 cwn susu rendah lemak
1 cwn gula 
1 cwn minyak jagung
2 cwn tepung gandum 
1 sudu kfc baking powder
1 sudu kfc soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
1 cwn air panas.

caranya:

Pukul telur dan gula ,hingga gula hancur+ vanila,kacau masuk susu cair ,kacau,masuk susu pekat manis,kacau masuk minyak,kacau sebati,masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.(tepung gandum,b.power.soda bikarbonat dan serbok koko diayak terlebih dahulu). Akhir sekali masukkan air panas dan kacau sebati.
Masukkan adunan dalam loyang yang telah dialas kertas dan disapu sedikit minyak/mentega. bakar dlm oven mengikut kepanasan oven masing-masing.ummi bakar selama 1 jam dengan suhu 150C.

Untuk Topping (E-NA TAK GUNA TOPPING NI UNTUK KEK DI ATAS )
Serbuk koko+ susu cair + susu pekat manis dan minyak
Kacau atas api bila pekat tutup api. tuang atas kek yang telah sejuk dan hias ikut suka hati masing-masing.



Lagi resepi Kek Coklat klik link di bawah:





Monday, 30 January 2012

Roll Cake Deco



Chocolate Roll Cake yang di hias dengan whipped cream dan chocolate di atasnya. Ditambah sedikit daun sup sebagai penyeri. Sesuai di jadikan kek birthday, hidangan open house atau sebarang jamuan. Kepada yang ingin mendeko roll cake atau swiss roll cake mungkin gambar-gambar di bawah  dapat memberi sedikit idea  dan mencetus idea baru yang lebih menarik.



Pandangan bahagian atas kek...


Lagi entry Roll Cake klik link di bawah...

Wednesday, 25 January 2012

Kek Batik





Antara resepi kek batik yang sedap dan menjadi kegemaran di Lovely Kitchen. Boleh adjust sukatan gula dan susu mengikut citarasa masing2. 


RESEPI KEK BATIK 

Loyang 18cm x 18cm
Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 270 gram gula (bole kurangkan sikit)
  • 6 biji telur
  • 240 gram tepung gandum
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 1/2 cawan milo (E-na letak 77g sebab milo tak cukup)
  • 300 gram susu pekat manis 
  • Biskut Merie secukupnya
  • Chocolate rice untuk di tabur di atas (optional)
Cara Membuatnya:
  1. Alas loyang dengan aluminium foil.
  2. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung gandum, milo dan serbuk koko. Pukul sampai adunan sebati.
  6. Masukkan ke dalam pan dan masak sehingga adunan pekat bewarna lebih gelap. Kacau selalu lebih kurang 12 minit atau adunan betul2 masak. Tutup api.
  7. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian ( supaya lapisan sama tebal)
  8. Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Kemudian susun biskut merie diatas adunan.
  10. Masukkan adunan seterusnya dan susun biskut merie diatasnya.
  11. Ulang sehingga habis. Lapisan adunan, lapisan biskut merie, lapisan adunan, lapisan biskut merie, lapisan adunan, lapisan biskut merie dan akhir sekali lapisan adunan.
  12. Tabur chocolate rice di atas sekali untuk mencantikkannya.
  13. Sejukkan semalaman di dalam fridge sebelum dipotong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS LOVELY KITCHEN
  • Segera melapis adunan dan biskut merie semasa adunan masih panas untuk mendapatkan lapisan yang melekat cantik antara biskut dan adunan. Jika adunan sejuk, panaskan sekejap dan terus melapis. Hasilnya kek tidak pecah atau bercerai semasa memotong nanti.
  • Sejukkan di dalam fridge sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang licin cantik.

Nota LK:
Guna sukatan ini (milo 77/80g je) utk next project coz suka dgn rasa lemak2 coklat gitu...



Resepi asal dari  kak Diana . E-na sertakan di  bawah untuk rujukan. Tqvm sis...really like it!

Bhn2

6 biji telur
250 gm mentega

2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula _ Boleh d kurangkan sebab menggunakan 3 in 1 cereal tu kan )

1 1/2 cawan milo

4 bungkus ( 1 cawan ) Nestle nesvita original 3 in 1 nutritious cereal drink 
4 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
Biskut marie secukup kegunaan
Choc Rice secukupnya

Cara²

1.             Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
2.             Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.             Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
4.             Tambahkan tepung gandum, milo, serbuk koko dan nesvita... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
5.             Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat. 12minit
6.             Tutupkan api dan masukkan biskut marie dan gaul perlahan.

Tuesday, 22 November 2011

Honda Lover Dan Insiden Deco RVC





Sekadar berkongsi pengalaman E-na menghias RVC. Mungkin boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk beginner macam E-na yang tidak pernah mengikuti mana-mana kelas membuat kek atau kelas mendeco kek. Pelbagai kemungkinan yang kita tidak jangkakan mungkin berlaku semasa proses menghias kek. So be prepared..;) 

Bangun 4.30a.m nak deco RVC. Bancuhan cream cheese yang pertama lembik tak boleh nak deco langsung. Simpan adunan cream dalam peti, kemudian putar lagi cream lain (Cream cheese yang tak jadi frosting ini E-na buat Tart-Klik). Nasib baik beli cream cheese and whipped cream banyak kalau tak mana nak cekau pepagi macam ni. Nak jadi cerita bancuhan yang kedua juga tak jadi sekental bancuhan yang E-na buat untuk RVC sebelum ini (klik kat sini). Padahal guna bahan-bahan dan cara yang sama, tak tahu di mana silapnya. 



Bila cream lembik nak buat deco memang tak menjadi. Deco simple tapi lebih mencabar sebab cream susah di bentuk. Masa nak buat frame keliling 'H' tangan terlari sikit dan cream merah jatuh setompok atas kek. Adoiiii nak kena buang cream merah berhati-hati supaya tidak menjejaskan kek. Walaupun frame hanya kotak segiempat tapi nak dapatkan straight line dan balance kedudukan 'H' is not easy as imagined..

Untuk lukis simbol 'H',  E-na trace, gunting pada cooking sheet dan letak atas kek. Lukis sikit dengan pengcungkil gigi dan angkat cooking sheet. Sekali lagi cream yang masih lembut tertarik bersama cooking sheet...tak nampak pun yang lukis tadi  dan coating dah jadi tak rata. Moral of the story kalau nak buat logo macam ni kena sejukkan dulu kek yang telah siap coating dalam fridge. Bila dah beku baru senang nak lukis. Ye ke? tak taulah boleh ke tak...tu my opinion shj.


E-na letak kek Red Velvet yang di hancurkan menghiasi sekeliling kek. Caranya potong cooking sheet lebih kurang 2 inci x 4 inci sebanyak 3 keping. Susun di keliling bawah kek. Tabur kek hancur dia atas cooking sheet dan tekapkan cooking sheet rapat ke tepi kek. Buat untuk ketiga2 kertas kemudian angkat cooking sheet dan letak pula di bahagian kek yang belum di lekatkan kek hancur. Buat di sekeliling kek.

Kemudian menggunakan Wilton round nozzle no. 12 untuk big dots keliling atas dan bawah. Tambah dengan small dots menggunakan Wilton round nozzle no. 4 bewarna merah di atas big dots sebagai penyeri. Boleh guna plastik piping yang di potong di dihujungnya jika tiada round nozzle. Siap Deco pukul 7.30a.m....Disebabkan frosting buat dua kali tu yang sampai 3 jam. Alhamdulillah berjaya juga siapkan...


Credit to Mohd. Rahmat and Siti Baidurah untuk gambar kek yang telah dipotong. Thanks so much...:)


Lagi Cerita Red Velvet Cake dan Resepi RVC klik di bawah:


Friday, 18 November 2011

Tempahan Khas Red Velvet Cake @ Kek Baldu Merah



Buat lagi Kek Baldu Merah untuk kali yang ke 3. 1st time buat Red Velvet Cake masa birthday Shasya dan 2nd time untuk di bawa masa jamuan Hari Raya Haji baru-baru ini. Yang ketiga ini di tempah khas oleh Mr. Hubby, peminat cheese cake dan segala jenis makanan yang berkaitan dengan cheese....;)  Yang ni kena bayar upah mahal ye papa...:)

Walaupun dah 2 kali buat kek Red Velvet tapi E-na belum menikmati rasa sebenar kek yang menjadi sebutan dan kegemaran ramai. Hanya cuit sikit-sikit masa buat untuk birthday Shasya dan untuk Jamuan Raya Haji baru-baru ini. Hari ni makan puas-puas...Kakak Damia belum makan lagi kek dah tinggal kurang dari separuh..;p. 

 
Ni close up sikit gambar RVC yang telah dipotong....ok buka mulut luas2....nyum...nyum...yummy!!


Yang dalam gambar ni je kekal takkan habis...he he...boleh buat kenangan...Bagi peminat cheese boleh cuba buat dan rasai kelainan rasa Red Velvet Cake....

Resepi Red Velvet Cake boleh tengok di sini(klik)

p/s : thanks utk semua kwn2 yang tinggalkan message dalam entry KEK KAREMEL ALUNAN KASIH...tak sempat nak buat backlink...Insyaallah dalam next entry ye....

Thursday, 17 November 2011

Kek Karemel Alunan Kasih


Gabungan Puding Karemel dan Kek yang lembut di pisah kan dengan lapisan coklat menjadikan Kek Karemel Alunan Kasih begitu menawan. Masih menggunakan resepi Kek Puding Karamel Pelangi(klik) cuma di tambah serbuk koko sebagai border antara warna-warna kek. Salah satu menu sampingan semasa makan nasi kerabu(klik) dalam entry lepas. E-na guna 3 perisa, perisa pandan dan pewarna hijau, perisa pisang dan pewarna kuning telur dan esen vanila pewarna biru....sebenarnya yang biru tu asalnya nak buat perisa coklat tapi nanti tak nampak pula line coklat.


RESEPI KEK PUDING KAREMEL ALUNAN KASIH
Loyang 8 inci / 20cm tinggi 3 inci

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding 
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini. Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek Bahan 1.
Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar


Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Rich Taste Choco (yg buat hot chocolate/air rasa manis2 sikit) / cocoa powder / Milo untuk di tapis pada setiap lapisan
  • Perisa pisang dan pewarna kuning telur
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • Esen vanila dan pewarna biru



UPDATE Gambar chocolate dan Milo pada 1.31pm 17 nov 2011.
Gambar Rich Taste Cocoa (yang guna buat air / hot chocolate) dan Milo untuk di tapis pada setiap lapisan kek. Rasanya lebih manis dan sedap...kalau serbok koko biasa terlebih banyak letak akan pahit sedikit...kdt to kak Anna Qawina mengingatkan E-na ttg ni...baru perasan yang e-na tak masukkan serbuk koko dalam bahan2 kek. sorry ye...


Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  8. Warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan anda.
  9. Masukkan semua 1 bahagian/ warna ke dalam loyang karemel. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding .
  10. Ayak milo/ serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek.
  11. Masukkan adunan warna ke 2 di atas serbuk koko perlahan-lahan supaya serbuk koko tidak bergerak.
  12. Kemudian ayak lagi milo / serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek.
  13. Masukkan adunan warna ke 3 di atas milo / serbuk koko dengan perlahan.
  14. Bakar dengan suhu 160 degree selama 50 minit atau sehingga cake masak dengan cara bain marie
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.



  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.
  3. Kalau dah cuba resepi ini boleh tinggalkan message untuk E-na backlink blog anda....



Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry CARA BERLAUK SPICY TUNA MAYO and new Lovely Messages. Thanks...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...