Showing posts with label Buns. Show all posts
Showing posts with label Buns. Show all posts

Thursday, 3 November 2011

Pizza Mudah dari Bun Burger dan Sos Pizza di Jepun



Hari ini public holiday di Jepun. Cuti sempena Bunka Ni Hi or Culture Day. Nak tahu apa itu culture day klik kat sini dan di sini.

Hari cuti, E-na pun cuti masak untuk breakfast. Kasi peluang student yang bercuti dari lab menyediakan breakfast. Kat atas tu  breakfast yang di taja oleh insan kesayangan E-na pagi tadi...Pizza Mudah dari Bun Burger. Siap dengan Teh o panas. Oishii!!! thanks dear buatkan breakfast untuk kami...:) muaahhhs!!

Pizza mudah macam ni adalah menu favorite dan tak pernah jemu di Lovely Kitchen. Asalnya hubby yang ajar e-na buat pizza menggunakan roti. Ini makanan yang selalu hubby buat masa dia student undergrade dulu-dulu. Senang, cepat dan sedap di makan panas2. Stok sos pizza dan mozarella cheese mmg tak pernah putus dalam fridge. Senang bila-bila nak makan buat je. Kalau ada leftover lauk ayam, daging, sardin, tuna, salmon pun boleh di jadikan topping pizza. Resepi boleh tengok kat sini Pizza Roti Sardin.


Sos pizza di atas yang kami gunakan di sini. Susah juga nak dapat sos pizza yang boleh di makan di Jepun. Inilah satu-satunya yang kami jumpa. Ada di Tachiya dan beberapa supermarket. Jenis ini juga ada pack refill 100 gram dengan harga 105 yen. Biasanya sos pizza di jepun di masukkan ekstrak daging, itu yang tak boleh makan. 

Pizza Mudah untuk anak-anak cuma belah dua bun burger, sapu sos pizza dan tabur mozarella cheese, bakar dah cukup. Dan untuk mama dan papanya mesti campur sos cili sekali dengan sos pizza dan gaul rata kemudian tabur cheese dan bakar...Baru terasa pedas2 gitu. 

Wednesday, 2 November 2011

Ika Cheese Burger (Home made)





Menu breakfast kami last monday. Homemade Ika  Cheese Burger atau Squid Cheese Burger. 1st time mencuba Ika macam ni, goreng dan makan bersama nasi putih pun boleh. Buat burger sedap juga tapi lebih sedap ebi katsue yang biasa kami beli untuk buat Ebi Burger or Shrimp Burger. Beli yang dah siap cuma goreng sahaja tapi bun burger kenalah buat sendiri. Susah nak jumpa roti burger yang boleh di makan di Jepun. E-na letak slice cheese, timun, salad, sweet chilli sauce dan mayonis sebagai pelengkap Ika Cheese Burger ini.


Menjadi kebiasaan E-na akan wrap burger yang telah siap dengan plastic wrap seperti di atas. Tujuaanya untuk mengekalkan kelembutan roti dan memudahkan anak-anak (dan mak paknya sekali) untuk makan. Jika ada yang ingin menyediakan burger sebagai menu jamuan memang sesuai sangat di balut begini.


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry Spicy Tuna Mayo (inti) and new Lovely Messages. Thanks...



Tuesday, 1 November 2011

Spicy Tuna Mayo




Spicy Tuna Mayo ini resepi ringkas dan cepat. Senang sangat nak buat dan rasanya sedap. Inti spicy tuna mayo boleh di gunakan untuk sandwish, burger malaysia, tuna roll (sardin roll), roti, pau, bun, donut berinti, lempeng, cara berlauk atau apa sahaja yang sesuai dengan selera masing-masing.

Inti ini yang E-na guna dalam Spicy Tuna Mayo Bun (klik).  Maaf sebab lewat masukkan entry ini. Melayan kesibukan harian fulltime housewife di perantauan...:)


Gambar tuna flake yang e-na guna. Boleh di dapati di Tachiya, AEON/ JUSCO atau mana-mana supermarket. Ada macam-macam lagi brand dan saiz tuna flakes dalam tin, boleh pilih mana yang murah...;).


RESEPI SPICY TUNA MAYO

Bahan-bahan :
  • 80 gram tuna flakes (1 tin kecil seperti gambar di atas)
  • 1/2 labu bawang besar dipotong dadu
  • sedikit chilli powder (ikut kepedasan masing-masing/ xde pun xpe,lebihkan cili api)
  • 1/2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sweet chilli sos / sos chilli thai
  • 1 biji cili api di hiris halus dan nipis
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Masukkan bawang besar dan masak sehingga layu.
  3. Kemudian masukkan chilli powder dan sedikit air. Kacau sekejap dan masukkan sos tomato, sos cili dan sweet chilli sos, kacau rata.
  4. Masukkan tuna dan tekan-tekan dengan sudip supaya tuna yang besar-besar hancur.
  5. Masukkan mayo dan cili padi. Kacau sampai pekat sikit(jgn sampai kering) kemudian tutup api.
  6. Sedia untuk digunakan sebagai inti bun, inti karipap, sandwish, inti lempeng, inti pau, burger malaysia, tuna roll (sardin roll) atau apa sahaja yang sesuai.

Note Lovely Kitchen :
  • Jika perlu boleh tambah garam dan gula. E-na tidak menggunakan garam dan gula dalam resepi ini kerana sos-sos yang digunakan telah mencukupkan semua rasa. 
  • Sukatan inti Spicy Tuna Mayo di atas boleh digunakan untuk 6 keping roti sandwish (3 pasang) atau
  • cukup untuk 12 biji bun ini (klik) 
  • Boleh tambah carrot, daun sup, hirisan cili besar, lada benggala hijau dan kuning yang di dadu halus.

Monday, 31 October 2011

Spicy Tuna Mayo Bun



RESEPI SPICY TUNA MAYO BUN
(12 biji)

Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 25 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti
  • Inti Spicy Tuna Mayo



Cara-cara:
  1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata, guna untuk glis permukaan roti nanti)
  2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
  5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Ambil sebiji doh, leperkan dan masukkan inti tuna pedas dan tutup roti dengan rapat dan kemas. Letakkan di atas tray oven yang telah di alas dengan cooking sheet. Jarakkan antara satu sama lain untuk roti mengembang nanti. Buat semua doh sehingga habis.
  7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven (TANPA ON OVEN)  dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
  9. Spray permukaan roti dengan air.
  10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
  12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
  13. Keluarkan dari oven dan sejukkan roti di atas jaring. 
  14. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Note : Selain tuna bun ini boleh diisi dengan inti kegemaran ada seperti sardin, chicken curry, inti kentang karipap atau lain-lain inti.

Resepi Inti Spicy Tuna Mayo akan E-na update esok pagi, Insyaallah. Tentang pertanyaan adakah roti akan turun jika di spray air? So far alhamdulillah roti  tidak turun apabila di spray air sebelum di bakar. Malahan roti lebih lembab dan lembut di permukaannya apabila masak. Boleh guna berus untuk sapu air di permukaan roti? Sebaiknya guna spray supaya tidak menjejaskan permukaan roti dan doh tidak penyek. Permukaan doh yang begitu lembut mudah penyek jika tersetuh dengan berus yang keras. Moga sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang memerlukan. 

  • TIPS mengembangkan doh roti (klik)

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry NASI DAGANG SPECIAL. Thanks...

Friday, 28 October 2011

Sweet Soft Bun dan TIPS


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Anak-anak E-na suka makan roti. Tak kisahlah roti apa pun kalau buat biasanya mesti habis. Bun Manis yang lembut ini antara roti yang selalu E-na buat. Anak-anak makan macam tu je. Sedap juga dicicah dengan air Milo. Ok kali ini baru berkesempatan share resepi Sweet Soft Bun di Lovely Kitchen. 


RESEPI SWEET SOFT BUN

Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti

Cara-cara:
  1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata guna untuk glis permukaan roti nanti)
  2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
  5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang 4 segi 18cm yang telah di alas dengan cooking sheet dan di sapu marjerin pada keliling loyang.
  7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
  9. Spray permukaan roti dengan air.
  10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
  12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
  13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan roti dari loyang. 
  14. Sejukkan roti di atas jaring. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.




TIPS MENGEMBANGKAN DOH DARI LOVELY KITCHEN

Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau apabila membuat roti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven. Dalam 25 - 30 minit doh sudah naik dan boleh digunakan untuk proses seterusnya
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.




Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry LALA GORENG SERAI PEDAS. Thanks...


UPDATE :
Rakan yang telah mencuba Resepi Sweet Soft Bun...Thank you.

Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. TQVM!!

Friday, 29 July 2011

:-> Bun Kacang Merah


Bun ini akan kekal lembut walaupun sudah sejuk.



Bahan-bahan doh:
  • 200 ml cecair (fresh milk + 1 biji telur )
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 25 gram gula
  • 25 gram butter
  • 25 gram shortening
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan lain :
  • Inti kacang merah secukupnya
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit air untuk spray permukaan roti

Cara membuatnya:
  1. Masukkan telur ke dalam cawan metrik. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil untuk glis nanti.
  2. Campurkan fresh milk ke dalam cawan metrik yang mengandungi telur menjadikan 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung roti ke dalam plastik di atas penimbang. Diikuti dengan garam halus, butter, shortening dan gula.
  5. Kemudian masukkan ke dalam bread maker.
  6. Buatkan sedikit lubang di atas tepung, masukkan dry yeast.
  7. Letakkan bread improver dan bread softener di penjuru dalam bread maker.
  8. Pilih menu 'dough' dan tekan 'on'.
  9. Biarkan bread maker menguli sehingga selesai.
  10. Keluarkan doh dan tumbuk untuk mengeluarkan udara.
  11. Bahagikan doh kepada 12 bahagian seberat lebih kurang 49 gram sebiji. Bulat-bulatkan.
  12. Masukkan inti kacang merah ke dalan doh dan bulatkan supaya licin cantik.
  13. Susun di dalam loyang 4 segi.
  14. Panaskan oven 180 degree selama 3 minit.
  15. Masukkan doh yang telah siap TANPA ON kan oven.
  16. Set timer selama 30 minit. Biarkan doh mengembang.
  17. Masukkan 1 sudu kecil fresh milk ke dalam telur untuk glis. Kacau sebati.
  18. Sapukan pada permukaan doh yang telah naik.
  19. Spray sedikit air pada permukaan doh.
  20. Bakar dengan suhu 180 degree selama 18-20 minit.
  21. Biarkan di dalam oven selama 2 minit baru di keluarkan. Untuk dapatkan permukaan roti lebih perang/ gelap
  22. Sejukkan di atas redai atau boleh dinikmati ketika masih suam.
  23. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE
  • Gula dapat membantu mengaktifkan dry yeast. Seeloknya gula di masukkan last sekali bersama dry yeast. Dalam step diatas E-na letak awal sekali arung je dgn bhn2 lain sebab malas nak sukat daaa...;p
  • Loyang 4 segi 18cm boleh memuatkan 9 biji doh saiz diatas. Selebihnya bulat2kan letak atas tray tepi loyang.

  1. Untuk Mendapatkan Roti Yang Berkilat Cantik * Telur di campur dengan susu segar dan di sapukan di permukaan roti. * Boleh juga di tambah dengan sapuan marjerin / butter di permukaan roti selepas roti masak.
  2. Supaya Roti Tidak Kering * spray permukaan roti dengan sedikit air sebelum dibakar
  3. Supaya Roti Lembut Sepanjang Masa * Telur, bread softener, bread improver, dan water roux / thangzhong adalah agen pelembut roti. * Kualiti tepung roti juga mempengaruhi kelembutan roti. * Jangan biarkan roti terdedah ke pada udara terlalu lama. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Monday, 28 December 2009

:-> Bun Burger (2)


Kepada teman-teman yang datang bertandang ke Lovelykitchen jemputlah rasa Chicken Cheese Burger kat atas tu. Kalau nak lagi masuk je terus ke dapur dan pandai-pandailah buat sendiri ye...roti ada atas meja tu, kalau tercekik pandai2lah cari air apa yang ada...buat je mcm umah sndiri ye...
Resepi kedua Bun Burger yang E-na dah try buat. Resepi ni cuma menggunakan bahan-bahan asas sahaja. E-na edit sket sukatan telur dan air.

BUN BURGER (2)
Bahan-bahannya: (8 biji)
  • 200ml air (sebiji telur + air = 200ml)
  • 280g tepung roti
  • 16g gula
  • 5g garam
  • 3g dry yeast
  • Bijan secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan air+telur ke dalam BM diikuti dengan gula, garam. tepung dan dry yeast.
  2. Pilih menu 'doh' dan tunggu hinnga siap diuli.
  3. Keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk kelurkan angin.
  4. Bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat-bulatkan.
  5. Biarkan naik 2 kali ganda.
  6. Untuk mempercepatkan proses pengembangan doh, boleh masukkan doh tadi ke dalam oven yang tidak di on kan. Masukkan semangkuk air panas di bawah tray doh td.
  7. Bila dah naik, keluarkan dari oven dan sapu air suam td di ats roti dan taburkan bijan. Tekan sedikit bijan supaya lekat pada roti.
  8. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15 minit atau sehingga masak.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Sunday, 27 December 2009

:-> Bun Burger (1)




Resepi bun burger ni E-na cuma tambahkan Water Roux dan air. Resepi asal menggunakan susu sahaja.

BUN BURGER

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 250g tepung roti
  • 15g butter
  • 20g gula (2tbs)
  • 4g garam (1tsp)
  • 1 biji telur
  • 170ml air( 70ml air + 1 biji telur+ selebihnya susu)
  • 1 sudu kecil(3g) dry yeast
  • 80g water roux (E-na tambah, xde pun ok)
  • bijan secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker.Pilih untuk buat doh. On kan.
  2. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.


Inilah simple Chicken Burger hasil dari bun di atas...

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Yani

Saturday, 26 December 2009

:-> Water Roux @ Thangzhong


Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem*

To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water. For example,

  • 50g bread flour
  • 250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C.(Xde cooking temp so E-na masak smpai pekat berkilat tu...lain kali kena ikut betul2 ni...Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Friday, 20 November 2009

:-> Chocolate Chips Bun


Chocolate Chips Bun
Bahan-bahannya :
  • 110ml air
  • 100ml fresh milk
  • 260g tepung roti
  • 20g tepung gandum
  • 16g gula (2 sudu besar)
  • 12g susu tepung (2 sudu besar)
  • 5g garam (1 sudu kecil)
  • 20g butter
  • 2 sudu besar choco powder
  • 3g dry yeast (1 sudu kecil)
  • Chocolate chips

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air dan susu ke dalam bread maker.
  2. Kemudian masukkan separuh dari tepung roti diikuti dengan garam, susutepung, butter, dan choco powder.
  3. Masukkan pula baki tepung roti tadi bersama dengan tepung gandum.
  4. Buatkan sedikit lubang pada tepung td dan masukkan dry yeast kedalamnya.
  5. Pilih menu doh dan tunggu hingga selesai.
  6. Bila dah siap keluarkan doh dan tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  7. Bahagikan doh kpd 12 bahagian, lebih kurang 48g setiap satu.
  8. Jika mahukan bun yang besar boleh bahagikan kpd 9 bhgn shj.
  9. Kemudian ambil satu bahagian dan masukkan chocolate chip (lagi byk lg sedap) secara berselerak supaya tidak berkumpul di satu tempat. Bentukkan menjadi bulat.
  10. Buat semua sehingga selesai.
  11. Masukkan ke dalam oven yang TIDAK di ONkan dan letakkan semangkuk air panas di bawah tray doh td dan tutup pintu oven.
  12. Langkah ini untuk mempercepatkan proses pengembangan roti.
  13. Bila dah kembang dua kali ganda, selepas 15-20minit gitu, bolehlah di bakar.
  14. Bakar dengan suhu 180 selama 15 minit.
  15. Bila dan masak sapukan sedikit marjerin dipermukaan roti untuk mengilatkan.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday, 4 November 2009

:-> Yaki Soba Pan




E-na x pernah tengok lagi Yaki Soba Pan secara realitinya apa tah lagi makan..tapi rasa nak buat sendiri roti ni.

Ini lah hasilnya Yaki Soba Pan atau pun Roti Mee Goreng. Tapi roti nya x lembut sangat mungkin e-na x masukkan bread improver kot. Apa2 pun tq pada tuan empunya resepi, Ros Tokyo. K.Ena cnp resepinya kat sini yer Ros, utk rujukan nanti.



Bahan-bahan ( dpt dalam 8 biji bun )

* 250 gram tepung roti
* 50 gram tepung gandum
* 1 sudu kecil yis
* 160ml susu segar
* 2 sudu besar marjerin
* 2 sudu besar gula
* 1/2 sudu garam
* 1 sudu kecil bread improver (xder)
* 2 sudu besar susu tepung
* *sedikit mee goreng sebagai inti bun*

Cara-cara

1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik.

2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 8-10 bahagian kecil dan bentukkan bujur, susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.

5. Masak mee goreng untuk dijadikan inti bun ni, kalau boleh jangan guna sayur sawi ye, guna sayur kobis , baru sedap, wrap kemas bun dengan plastic wrap supaya inti mee goreng tidak terkeluar. Selamat Mencuba.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Thursday, 22 October 2009

:-> Roti Sosej


Kali ni E-na nak share resepi roti yang E-na dah try buat...Yang ni 1st time buat roti...ha ha ha nasib baik menjadi...skrg kalau rasa rajin nak menguli roti tu buat la...



Roti Sosej

Bahan-bahan ( 12 biji )
• 120ml susu segar*
• 50g telur (1 biji)*
• 300g tepung roti* (E-na guna tepung gandum jer)
• 1 sudu kecil garam
• 3 sudu besar gula*
• 60g butter*
• 1 sudu kecil dry yeast*
• ******************
• 12 btg sosej
• sos tomato/cili
• mayonis
• telur untuk sapu

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan di atas bertanda (**) ke dalam breadmaker. On kan
tunggu siap
2. Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan
angin.
E-na uli dengan tangan je selama 15 minit. Bahagikan tepung kepada 2
bahagian. Satu bahagian masukkan semua bahan yang bertanda * dan di gaul
rata, kemudian satu bahagian tepung digaul bersama garam sahaja. Masukkan
tepung+garam td ke dalam adunan pertama td dan uli selama 10 - 15 minit.
3. Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit
4. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.
5. Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung
6. Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya
7. Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis.
8. Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur
9. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit (12 minit). Kalau roti belum nampak
perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa
keluar dr oven.
10. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan
mayonis.


Source : Myr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...