Showing posts with label Ala-ala Western. Show all posts
Showing posts with label Ala-ala Western. Show all posts

Thursday, 26 January 2012

Beef Lasagna





Menu favorite juga di Lovely Kitchen selain dari Seafood Lasagna. Kalau nak resepi Seafood Lasagna klik di sini.



RESEPI BEEF LASAGNA
Casserole 20cm x 20cm
(4-6 orang)

Bahan-bahan :

  • 6 keping lasagna sheet kering (rebus sehingga lembut dan tos kan. Masukkan sedikit olive oil kedalam air rebusan supaya kepingan lasagna tidak melekat)
  • Mozarella Cheese secukupnya
  • Oregano


Bahan-bahan sos daging
  • 1 cawan daging cincang
  • 2 sudu besar olive oil
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 labu bawang besar di dadu halus
  • 2 biji tomato didadu (-+350g)
  • 1/2 batang carrot didadu kecil
  • 8 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam (anggaran)
  • 1/2 cawan air
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara Membuat Sos Daging:
  1. Panaskan olive oil. Tumis bawang putih, bawang besar sehingga naik bau. 
  2. Masukkan sos tomato kacau sekejap kemudian masukkan daging cincang. Kacau rata dan masukkan  tomato dan carrot dan air. Biar mendidih.
  3. Masukkan sedikit serbuk lada hitam, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan masak sehingga agak kering. Tutup api dan ketepikan.


Bahan-bahan sos putih
  • 1 1/2 sudu besar butter
  • 1 atau 2 slice cheesedale
  • 600 ml fresh milk
  • 3 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar gula 
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
Cara Membuat Sos Putih:
  1. Cairkan butter di dalam pan.
  2. Masukkan fresh milk dan cheesedale, masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah di bancuh dengan air.
  5. Kacau sehingga sos pekat. Tutup api.


Cara Membuatnya Lasagna :

  1. Sapu dasar dan keliling casserole/ acuan  dengan marjerin.
  2. Susun 2 keping lasagna menutupi dasar acuan.
  3. Letakkan sos daging dan ratakan keseluruhan acuan.
  4. Masukkan pula sos putih, ratakan.
  5. Kemudian tabur mozarella cheese menutupi keseluruhan sos putih.
  6. Ulang langkah 2 hingga 5 sehingga habis. 
  7. Akhir sekali tabur oregano di atas mozarella cheese.
  8. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga permukaan cheese perang (bergantung pd oven masing2)
  9. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS LOVELY KITCHEN
  • Bahagikan sos daging dan sos putih kepada 3 bahagian untuk mendapatkan lapisan yang sama tebal.






Thursday, 6 May 2010

:-> Ayam Madu BBQ



Ayam Madu BBQ
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - di belah dua dan dikelar di bahagian isi / 12 ketul kepak @ peha ayam.
  • 4 sudu besar madu
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 labu bawang besar / 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk cili giling / boh (ikut selera masing2)
  • 1 1/4 sidi teh garam
Cara-cara :
  1. Kisar kering ketumbar, jintan manis dan putih.
  2. Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih.
  3. Sesuaikan rasa manis, pedas dan masinnya. Gaulkan dengan ayam.
  4. Perap di dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam supaya bahan-bahan meresap masuk ke dalam ayam.
  5. Titikkan minyak di atas ayam.
  6. Bakar di dalam oven dengan suhu 220 degree selama 30 minit.
  7. Kemudian balikkan ayam dan bakar selama 10-15 minit lagi.
  8. Sedap di makan dengan nasi putih, nasi minyak atau di ratah begitu sahaja. Selamat Mencuba!
TIPS :
  1. Suhu oven dan masa membakar bergantung kpd jenis oven masing-masing.
  2. Titikkan sedikit minyak di atas ayam sebelum di bakar supaya tidak terlalu kering.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Kak Zai

Friday, 8 January 2010

:-> Ayam Panggang Madu



Ayam Panggang Madu ni makan macam tu pun sedap. Bahan-bahan yang E-ena guna pun simple je...Biasanya E-na buat ayam panggang madu ni bila ada menu sup ayam di rumah ni. E-na akan gunakan ayam dari sup tersebut. Bila dah mendidih sup ayam tu, E-na keluarkan sebahagian ayam untuk di perap dengan bahan-bahan di bawah ini.

AYAM PANGGANG MADU
Bahan-bahannya:
  • 8 ketul ayam (chicken wings lagi sedap!)
  • 2 tbs madu
  • 1/3 tsp black pepper powder
  • 1-2 tbs kicap pekat manis
  • 1 tbs sos tiram
  • Sedikit garam dan perasa
Cara Membuatnya:
  1. Rebus sebentar ayam sekadar airnya mendidih sekejap. Biasanya E-na gunakan ayam dari sup ayam.
  2. Kelar sedikit ayam tadi supaya dapat menyerap sos.
  3. Perap ayam dengan semua bahan di atas selama 1 jam. Kalau perap lama lagi sedap rasanya.
  4. Bakar di dalam oven dengan suhu 230 degree selama 15 - 20 minit atau sehingga ayam kemerah-merahan warnanya.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Sunday, 3 January 2010

:-> Ayam Goreng Ala KFC


Crispy dan sedap rasanya ayam goreng ni..bolehlah lepaskan rindu anak-anak (mama n papa skali, kih kih) pd Atuk KFC. E-na perap ayam tu semalaman dan guna tepung jagung je, bhn2 lain tu x sukat pun main campak2 je nasib baik sedap!...next time nak try combine dgn tepung pulut dan follow betul2 resepi kt bawah ni...

AYAM GORENG ALA KFC

Bahan Untuk Perap Ayam

  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung:

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
Cara Memasaknya :
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Source : Ijan

Tuesday, 29 December 2009

:-> Ayam Bakar Rempah


Percubaan pertama membakar seekor ayam... E-na sebenarnya 'ngeri' sket nak bermain ngan ayam sekor2 gitu dalam sink semasa nak cuci...dok membayangkan ayam tu hidup jer tapi kuatkan juga semangat dan berjaya juga akhirnya...puashati!

Ayam tu x besar mana pun cuma 900g jer! Cukup untuk sekali hadap kami anak beranak....Sedap je meratah panas2....

AYAM BAKAR REMPAH

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam
  • 1 tsp jintan manis
  • 1 tsp dry oregano
  • 1 tsp ginger powder
  • 1/2 tsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk kari
  • 1/2 tsp paprika powder
  • 1/2 tsp serbuk halba
  • 1/2 tsp serbuk kunyit
  • 2 tbs madu
  • 2 tbs bawang besar blend
  • 1 tbs olive oil
  • Garam
Cara Membuatnya:
  1. Ayam di belah di bahagian dada dan di cuci bersih.
  2. Perapkan dengan semua bahan di atas semalaman.
  3. Bakar dengan suhu 200 degree selama sejam atau sehingga masak.
  4. Sedia di hidang bersama salad dan sos kegemaran.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Monday, 28 December 2009

:-> Bun Burger (2)


Kepada teman-teman yang datang bertandang ke Lovelykitchen jemputlah rasa Chicken Cheese Burger kat atas tu. Kalau nak lagi masuk je terus ke dapur dan pandai-pandailah buat sendiri ye...roti ada atas meja tu, kalau tercekik pandai2lah cari air apa yang ada...buat je mcm umah sndiri ye...
Resepi kedua Bun Burger yang E-na dah try buat. Resepi ni cuma menggunakan bahan-bahan asas sahaja. E-na edit sket sukatan telur dan air.

BUN BURGER (2)
Bahan-bahannya: (8 biji)
  • 200ml air (sebiji telur + air = 200ml)
  • 280g tepung roti
  • 16g gula
  • 5g garam
  • 3g dry yeast
  • Bijan secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan air+telur ke dalam BM diikuti dengan gula, garam. tepung dan dry yeast.
  2. Pilih menu 'doh' dan tunggu hinnga siap diuli.
  3. Keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk kelurkan angin.
  4. Bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat-bulatkan.
  5. Biarkan naik 2 kali ganda.
  6. Untuk mempercepatkan proses pengembangan doh, boleh masukkan doh tadi ke dalam oven yang tidak di on kan. Masukkan semangkuk air panas di bawah tray doh td.
  7. Bila dah naik, keluarkan dari oven dan sapu air suam td di ats roti dan taburkan bijan. Tekan sedikit bijan supaya lekat pada roti.
  8. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15 minit atau sehingga masak.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Sunday, 27 December 2009

:-> Bun Burger (1)




Resepi bun burger ni E-na cuma tambahkan Water Roux dan air. Resepi asal menggunakan susu sahaja.

BUN BURGER

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 250g tepung roti
  • 15g butter
  • 20g gula (2tbs)
  • 4g garam (1tsp)
  • 1 biji telur
  • 170ml air( 70ml air + 1 biji telur+ selebihnya susu)
  • 1 sudu kecil(3g) dry yeast
  • 80g water roux (E-na tambah, xde pun ok)
  • bijan secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker.Pilih untuk buat doh. On kan.
  2. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.


Inilah simple Chicken Burger hasil dari bun di atas...

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Yani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...