Thursday, 12 August 2010

:-> 1 Ramadhan 1431 / 11 August 2010


Menu berbuka untuk hari pertama :
  • Nasi Putih
  • Rosemarry Grilled Salmon
  • Gulai Nangka Muda
  • Macaroni Crab Gratin
  • Kuih Puteri Ayu
  • Air Laici

Hari pertama puasa buat kuih puteri ayu. E-na tambahkan baking soda dan tidak masukkan tepung ubi di dalam adunan kali ini. Kuihnya lebih lembut dan tetap moist. Resepi yang sebelum ni pun dah lembut dan moist. Boleh tengok disini atau disini.



RESEPI KUIH PUTERI AYU (Resepi 2)

BAHAN A:
  • 50 gram kelapa kering
  • 60 ml santan dalam tin
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 sudu teh garam halus ( jangan abiskan, rasa dulu)

Cara membuatnya:

  1. Gaul semua bahan A sehingga rata.
  2. Sapu acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan kelapa yang telah di campur dengan tepung jagung dan garam tadi. Tekan sampai padat dan ketepikan.


BAHAN B:
  • 1 biji telur (+- 60gram)
  • 80 gram gula halus
  • 80 ml santan dalam tin
  • 100 gram tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat (E-na tak abiskan)
  • 1/2 sudu kecil ovallate
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya:
  1. Ayak tepung bersama baking soda. Ketepikan.
  2. Putar telur, gula dan ovallate sehingga kembang(berwarna putih)
  3. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau. Pukul rata.
  4. Perlahan kan speed masukkan tepung berselang seli dengan santan sehingga habis. Putar sehingga habis.
  5. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi.
  6. Kukus di atas air mendidih selama 7 minit dengan api sederhana.
  7. Angkat dan sejukkan kemudian keluarkan dari acuan. Selamat mencuba!

4 comments:

Azmiezas said...

amboi..rajinnya..macam-macam ada..

MaDiHaA said...

salam E-na...
slmt berpuasa... byknyer juadah yg disediakan... akak berbuka ngan juadah beli kat bazar ramadhan aje.. pastu lepas buka barulah masak serba ringkas sbb cik abg nak mkn nasi gak.. (dia blk kerja dah lepas waktu berbuka.. dia berbuka kt tempat kerja). syok dok umah leh masak mcm2... hehe..

kak Erna said...

selamat berpuasa buat E-na dan keluarga..rajinnya e-na masak..macam macam ada..

Liza said...

wah, meriahnyer menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...