Monday, 30 August 2010

:-> Gulai Kuning Pedas Udang dan Nenas



Resepi Gulai Kuning Pedas Udang dan Nenas
Bahan-bahan:
  • 12 ekor udang
  • 1 keping nenas bulat (dipotong 8)
  • 6 ulas bawang merah / 1/2 labu bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 6 biji cili padi ( ikut tahap kepedasan masing2)
  • 300 ml santan tin
  • 200 ml air
  • 1 batang serai (dititik)
  • Sehelai daun kunyit
  • garam
  • gula /serbuk perasa

Cara Memasak :
  1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili padi dimesin.
  2. Masukkan santan, air dan serai ke dalam periuk bersama-sama bahan yang dimesin.
  3. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana.
  4. Masukkan nenas dan daun kunyit yang disiat.
  5. Bila nenas sudah lembut, masukkan udang, garam, gula dan perasa.
  6. Angkat bila udang telah masak. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

5 comments:

Ida Ddapur said...

slm e-na....tut2,kiriman yg kita order hari tu dah sampai semalam..mekacih banyak2 ya e-na dan suami kerna susah2 je..he..he,terima kasih daun keladi..emm sedap jugak kalau udang masak camgini,dah lama tak buat...bole buat nanti

Mas said...

salam e-na, sedapnya gulai udang ngan nenas.....terliur ni...hantar semangkuk boleh...

Ayu Safieza said...

Wa ena, pamdai macthkan udang dgn nenas kan? sedap tu....nasi panas2 lauk ni jer dah cukup kan....letak daun kunyit....besstttt mesti wangi kan.....

aidah said...

salam e-na,
masak lemak macam ni memang favourite akak. Puding laici tu nampak menyelerakan

maiyah said...

salam.. sudi le kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...