Monday, 23 August 2010

:-> Seafood Lasagna



Seafood Lasagna adalah antara menu favorite bila ke Pizza Hut. Dah setahun tak merasa keenakan dan kelembutan lasagna kat pizza hut tu....eerrrrmm rasanya yang creamy...yummy...yummy...


Resepi Seafood Lasagna


Bahan A
  • 4 keping kulit lasagna
  • 1 sudu kecil olive oil
  • Air secukupnya
  • Mozarella Cheese secukupnya (Untuk di tabur di atas susunan lasagna nanti)

Cara Membuatnya :
  1. Rebus kulit lasagna sehingga lembut. Masukkan olive oil ke dalam rebusan tersebut supaya tidak melekat.
  2. Angkat dan toskan.


Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 biji bawang putih (optional)- dicincang halus
  • 5 batang crab stik - potong kecil
  • 10 ekor udang - potong kecil
  • 1 1/2 sudu besar butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit oregano, basil / mix herbs
  • garam dan perasa

Cara Membuatnya:
  1. Cairkan/ panaskan butter.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan crab stik. Kacau
  4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa, kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan oregano dan basil, kacau sekejap dan angkat.

Bahan C (White sauce)
  • 400 ml fresh milk
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan C ke dalam periuk dan kacau sebati menggunakan hand whisker.
  2. Masak adunan sehingga mendidih dan pekat.
  3. Tutup api dan ketepikan.

Cara Menyediakan Lasagna :
  1. Susun 2 keping lasagna di dalam casserole 20cm. Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan.
  2. Kemudian curahkan separuh white sauce diatasnya. Ratakan.
  3. Susun lagi 2 keping lasagna diaatas white sauce. Masukkan baki bahan B dan ratakan.
  4. Curahkan semua baki white sauce dan ratakan.
  5. Taburkan mozarella cheese menutupi white sauce.
  6. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 30 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama chilli sauce atau tabasco atau di makan begitu sahaja.

Note : Boleh gunakan caserole bersaiz kecil untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak.

16 comments:

Liza said...

lasagna was my favourite food until one time dah tak boleh makan cheese kalau tak migraine....

Chempaqa said...

salam kak ena..
my paberet tuh..kompem oder kalau g PH..selamat berpuasa & bsahur kak...

Amalblogbiz said...

Sedapnye...kmalpun dah lama tak kena lasagna ni kat pizzahut..selalu gak order ni... dah ada resepi..nnt boleh buat.

maz said...

salam ena..lemak brkrim lgsana ena tu..sdppppnyee...anak2 kita memang ske..cma smjak blik msia ni xprnah buat lgi..sbb ada kat pza hut..hehe..slmat brshur utk ena sklrga..

sop said...

wah.. sedapnya.. lapar terus..! huhuh

mas said...

sedapnya tengok...terliur dibuatnya....

Ida Ddapur said...

slm e-na..apa khabar,nmpk sedap sgt lasagna tu....lemak berkrim..mana beli kulit lasagna tu na..Baticrom mari ke?

ieda said...

salam .. lama tul x singgah sini .. :)
sedap kan lasagna dia pizza tuh .. nak buat x pandai .. takut lak x jadi , mcm2 hal .. kalau teringin memang layan yg pizza punyer lahhh :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ena..nampak sedap lasagna tue..k.atie lom pernah buat la.. ngeeee

anie,Nagoya said...

ena...kita copy resepi pau...mnta izin ^_^

E.d.Y said...

ya Allah..tergugat iman...hehe

salam ramadhan

Mak Su said...

sy mmg suka lasagna, tapi ayam or daging ler, sbb tak mkn seafood ;)

Norasikin said...

Tergodanya. tp kena kurangkan lemak dalam badan la pulak.

Pn.Gigi Bongsu said...

sedapnye.......nak buat malas.... g kat pizza je la...ngeh3..

Anonymous said...

Just wish to say your article is as amazing. The clarity on your
publish is just spectacular and that i can think you're a professional on this subject. Well along with your permission allow me to clutch your RSS feed to keep updated with coming near near post. Thank you one million and please keep up the gratifying work.

my site; click through the next web site

Ain Mastura said...

Saya nak cuba buatlah. Thanks for the recipe (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...