Air Cendol adalah antara menu wajib di bulan ramadhan semasa kecil-kecil tinggal dengan mak dulu. Mak E-na guna acuan cendol khas dari tempurung kelapa yang besar dan telah di tebuk lubang. Sayangnya acuan tersebut dah pecah...maklumlah dah lama sangat.
Cendol ni E-na buat untuk berbuka Sabtu lepas. Siap tepon mak tanya resepi cendol. Biasanya Mak E-na guna tepung beras. E-na buat guna tepung beras dan tepung jagung. Kualiti tepung beras kat sini tak sama mcm yang kat mesia tu (tepung beras thai)....cendolnya jadi lembut sangat dan mudah patah.
Resepi Cendol Tepung Beras
Bahan-Bahan:

- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan air
- 1 sudu kecil air kapur
- sedikit pewarna hijau
- sedikit perisa pandan
Cara Membuatnya :
- Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
- Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
- Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
- Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
- Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
- Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
- Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.
NOTE :
- Cendol Tepung Beras teksturnya lebih lembik dan mudah hancur tetapi rasanya sedap.
- Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.
- 1 cawan tepung Jagung
- 3 cawan air
- sedikit pewarna merah (apa-apa warna kesukaan anda)
Cara Membuatnya :
- Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
- Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
- Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
- Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
- Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
- Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
- Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.
NOTE :
- Cendol Tepung Jagung lebih pejal dan tidak mudah patah atau hancur. Rasanya juga sedap.
- Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.
- Tidak perlu masukkan air kapur jika menggunakan tepung jagung.
11 comments:
salam E-na..hari ni akak tengok resepi buat cendol aje..tak boleh jadi ni..harus akan dicuba..masa cuti nanti..
wah, mmg tak bleh jadi ni semua org bercendol-cendolan...hehehe. rajinnya e-na buat dua versi. nampaknya bleh la cuba yg guna tepung jagung tu memandangkan xde air kapur...hehe..masuk list dulu ;-)
salam e-na kak ilah pun buat cendol juga hari ni...tapi akak ikut resepi noreen..guna tepung beras tpg gandum dan jagung..mmg berbeza rasa setiap bahan tu kan...nanti kak nak try resepi e-na pula..tapi lenguh tgn kacauuu sampai pekat danberkilat..
bang...bang..bang..tembakan jeles dari kita....uwakkk..pinjam perisa pandan jap..nnt pulangkan balik...serius ni
salam e-na, ari ni akk rose try yang guna tepung jagung tu... sedapnya bila masuk ketekak masa bbuka tadi....
Assalamualaikumwbh e-na,
Thank u for the recipe. Ayu siap bookmark lagi page ni sbb nak cuba buat. BYk nyer entry e-na dalam sehari dua ni yer...rajin masak...:)
Sedap2 lak semua tu....
Selamat Berbuka Dear...;)
eh eh, tak pernah perasan yang cendol tu boleh pakai bahan yang beza..I tak pernah buat la..tapi suka makan la, ngan satan pekat...wah wah..
nak try yg tpaling mudah la..cendol tepung jagung ni x pyh gna kapur.hrap2 jadi la nnti ni cendol.hehehe..
tq sharing resepi kak..dah cuba cendol resepi guna tepung jagung ni memang terbaik..guna tepung beras yg beli kat kedai aseanic Finland ni pun tak menjadi juga maybe sebab tepung beras sini pun lain dari yg kat Malaysia.

Nk try buat jgk..
Post a Comment