Bagi yang tidak suka telur tetapi nak makan puding caramel rasanya resepi ni sesuai untuk anda...he he E-na makan jer tambah2 lagi jenis jelly2 ni memang suker... Caramel ni pn senang sebab x perlu kukus, masak mcm masak agar-agar biasa je... Buat makan sejuk2 errmmm segar rasa tekak kan...
Resepi ni E-na dah edit ikut sukatan yang e-na buat. Resepi asal guna sukatan cawan, bole rujuk kt sini.
PUDING CARAMEL TANPA TELUR
Bahan A
100g gula
4 sudu besar air panas
Bahan B
7g agar-agar serbuk
1000ml air
120g gula
Bahan C (dicampur sebati)
400ml susu cair (E-na guna fresh milk)
1 1/2 susu besar tepung kastard
1 sdt vanilla
Cara membuatnya:-
1.Dengan api perlahan hanguskan gula (bahan A) di atas dapur. Bila gula telah hancur masukkan air panas dengan berhati-hati. Kacau rata sekejap, angkat dan masukkan ke dalam acuan. Jangan lama sgt di atas dapur nanti rasanya pahit.
2.Dalam periuk didihkan bahan B. Pastikan betul2 masak agar2 dan gula dah hancur. Kecilkan api kemudian masukkan bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
3. Jika semua bancuhan masak dgn sempurna agar2 tidak akan bercampur dengan air gula td semasa kita tuangkn kedlm acuan tersebut.
3.Bekukan sebentar, dan hidang. Lebih sedap jika disejukkan di dalam fridge sebelum di makan.
Source : Myr
2 comments:
e-na...rasanya lebih kurang sama gak resepinya kan...
anak2 mas suka sangat puding ni..
berulang2 makan..he..he..
jalan2 sini cari resipi
Post a Comment