Saturday, 31 October 2009

:-> Fried Curry Prawn




Fried Curry Prawn (Lovelykitchen)

Bahan-bahan :-)
  • 8 ekor udang dibersihkan
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1/2 inchi halia (ditumbuk)
  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 10 ulas jintan putih
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan air)
  • 1 sudu besar chilli powder (dibancuh bersama serbuk kari)
  • Sedikit air asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • Bawang besar dihiris bulat atau sesuka hati
  • Sedikit gula, garam dan serbuk perasa
Cara menyediakannya:-)
  1. Tumis rempah 4 sekawan, jintan putih, bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari, kacau rata.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Bila agak garing masukkan air dan biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan gula, garam dan perasa.
  6. Masukkan bawang besar , kalau agak kering bole tambah sedikit air.
  7. Masukkan udang dan bila masak masukkan tomato dan tutup api.
  8. Kalau ada daun bawang boleh ditaburkan di atas hidangan.

Ni tomato dah abis so tak masukkan ler...

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

4 comments:

Azmiezas said...

Amboi sedapnya..kalau makan ngan nasi tomato ke..mesti best kan??..ermm..yummy2x..

blogresipi said...

Udang kite tak start makan lagik lepas pantang nie,..mak suruh pantang 100 hari..huhuhu.. rasanya cam tak sanggup je berpisah lame2 ngan udang.takut udang riindu ngan kite ler...hehhe

Watierman said...

Uish E-Na akak pantang betoi la tengok udang...huhuhu dah le tak beli stok udang tadi..hubby angkut sotong jer...minggu sotong agaknya!

E-na Zarina said...

Azmiezas : Haah mmg sesuai benar tu klu mkn ngan nasi tomato..

Ijan : yg mana berpantang tu jgn dekat2 kang terlangggar pantang susahhh


K.watie : sotong pun bole kakkkk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...