Tuesday 27 October 2009

:-> Puding Caramel Lapis Coklat



Nak mempelbagaikan koleksi resepi caramel...so try buat puding caramel lapis coklat ni walaupun e-na ni x expert bab2 kuih muih yang guna kukus ni...errrm but not bad...walaupun x lah secantik tuan punya resepi tp rasanya tetap sedap..suke sgt...

Bahan:-
(A)

1 tin susu cair (e-na guna 325ml fresh milk)
5 sudu besar gula
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair (e-na guna 325ml fresh milk)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu besar gula
4 sudu besar air panas


Cara Membuat:-
1. Masukkan gula (bhn c) ke dalam periuk. Dengan api perlahan biarkan gula
hancur dan bewarna perang. Kacau dan masukkan air panas. Kacau sebati dan
tuangkan ke dalam loyang yang akan digunakan nanti.
2. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
3. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus ke dalam loyang 20cm.
4. Masukkan 1 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. 5. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. 6. Ulang A dan B 10minit atau hingga masak berselang seli hingga habis.
7. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

*Sedap di makan selepas beberapa jam di dlm fridge.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source:K.Ummi

3 comments:

Anonymous said...

Sedappnye lapis coklat gini... nak terai buat la... kena check bahan2 dulu ade ke tidak.heheh

E-na said...

Sedap2...buat jgn x buat Ijan..

Unknown said...

sdpnyer caramel....................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...