Bagi yang suka jemput2 pisang ni boleh la try resepi sempoi e-na ni...anak-anak memang suka...sekejap jer bole tinggal pinggan ngan kitchen tissue jer atas dining table tu...
Ni jemput2 pisang posing sakan....kih kih kih...boleh juga tengok disini...

JEMPUT-JEMPUT PISANG (4 orang)
Bahan-bahan:-
• 1 cawan pisang yang dilenyek (2biji)
• 1 1/2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan gula
• 1 sudu kecil baking powder
• minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:-
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali minyak ke dalam bekas. Kacau biar
rata.
2. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambik 2 sudu dan ceduklah
sikit-sikit dan masukkan ke dalam minyak panas.
3. Selalu balik-balikkan supaya jemput2 ni bulat dan comel.
4. Goreng sampai perang. Alas jemput-jemput dengan kitchen tissue selepas di angkat
dari kuali.
5. Siap untuk dimakan sebagai hidangan minum petang atau untuk breakfast.
Source: E-nalovelykitchen
No comments:
Post a Comment