Saturday 31 October 2009

:-> Roti Canai Nagoya





Mana nak cari roti canai kat nagoya ni...hu huuu...kenalah uli sendiri kalau nak makan...ni lah breakfast kami pagi td...



Guna tray ovenrenji utk membentang...sebab x pandai nak menebar guna lah istilah membentang..he he



Bahan-bahan ( 12 biji)

  • 500 gm tepung gandum
  • 250 ml air(buang/keluarkan 2 sudu besar air dari jumlah ini)
  • 1 sudu kecil garam (dibancuh bersama air)
  • *1 biji telur(lebih kurang berat 50gm)
  • *2 sudu besar fresh milk
  • *1 sudu kecil margerin
  • *1sudu kecil shortening
  • marjerin untuk menyalut doh
  • telur utk wat roti telur



Cara Membuatnya :-)
  1. Masukkan semua bahan yang bertanda * kedalam bekas dan di gaul rata.
  2. Masukkan bancuhan air kedalam tepung.
  3. Uli tepung hingga jadi doh.
  4. Rehatkan doh selama 10 minit.
  5. Kemudian uli lagi selama 5 minit.
  6. Ulang langkah 4 & 5 sebanyak 3 kali.
  7. Kemudian bahagikan doh kepada 12 biji dan bentukkan bulat2.
  8. Sapukan marjerin sekeliling doh biar bersalut.
  9. Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau satu malam.
  10. Cara nak bentang(x pandai nak tebar) seperti gambar yer...
  11. Bila dah bentang masukkan telur yang telah dikacau di atas roti canai dan dilipat.
  12. Panaskan pan dan masukkan sedikit minyak. Masukkan roti canai dah masak lah seperti biasa.
  13. Boleh di makan dengan kuah kari atau dhal.



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

2 comments:

Anonymous said...

Cedapnye roti canai.. kite pernah wat skali je pehtu keras pulak.. sekarang tunggu kot2 ade roti canai segera je iaitu adalah mustahil. heheheh

Watierman said...

Okay lah tu ada kerajinan nak buat..actually ada petua supaya maintain lembut dan tak payah perap lama sebelum ditebar..or bentang perhaps!Nanti lapang2 Akak tanya MIL akak nak keluar dari tadi dok kata sat..sat..kat hubby..hihbihiscrabips

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...