Monday 20 February 2012

Magnet Tissue Holder untuk Penjimatan Ruang


Mungkin ada kawan-kawan kita yang memerlukan info ini. Klik button share FB di sebelah kanan untuk berkongsi dengan mereka di Facebook. 


Kitchen Tissue holder dan Facial Tissue Holder bermagnet sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai ruang dapur yang agak kecil. Dengan melekatkan tissue holder pada dinding peti sejuk dapat menjimatkan ruang.Ada banyak lagi bentuk lain di pasaran. Di bawah ini Tissue holder yang digunakan di Lovely Kitchen. Boleh di dapati di Daiso, Seria atau mana-mana kedai 100yen di Jepun dengan harga 105 yen sahaja.

Kitchen Tissue Holder / Rolled Tissue Holder

Dibawah ini gambar sebelum diletakkan kitchen tissue.



Dan di bawah ini pula Facial tissue holder atau box tissue holder. Ia boleh di laraskan mengikut ketinggian /ketebalan kotak tissue.



Pasangkan holder pada kotak tisu dan laraskan mengikut saiz kotak. Kemudian lekatkan pada peti sejuk atau mana-mana tempat yang boleh memegang magnet.

Untuk Facial tissue holder juga ada banyak design dengan pelbagai cara kegunaan mengikut kesesuaian ruang di rumah anda. Semoga gambar-gambar ini dapat memberi ilham, idea dan inspirasi untuk yang memerlukan. Jom shopping di Daiso/ Seria / 100yen shop...memang berbaloi!

6 comments:

Anonymous said...

nanti nak tgk kat daiso lah, dulu pernah beli kat ikea tapi bila dah lekatkan tu, tercabut lah pulak

Kak Sam said...

Selalu kalau pi daiso tengok alat masak je, tak pernah pun terfikir untuk cari benda2 gini. ermmm menarik ni. tq 4 sharing

jamilahamzah said...

br sekali jer pegi daiso tu.. x perasan plak ada bnda nih..maklum ler..byk sangat barang2 best kt dalam tu...

Kak Mahh said...

Kena cari satu juga...

Ann said...

saya suka betul benda2 mcmni sbb xpayah paku atau lekat kt dinding so xrosak dinding... suka3..

manna mania said...

salam ena... terima kasih kerana jenguk blog saya... saya dah jadi member dan follow away.. follow saya juga nanti ya.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...