Tuesday, 27 September 2011

:-> Kangkung Goreng Belacan Udang



Kangkung di Jepun biasanya di jual dalam musim panas / natsu sahaja. Satu pack plastik seperti dalam gambar di atas harganya 158yen untuk 100gram di JUSCO / AEON. Di Nagoya ada Tachiya yang menjual barang basah dan keperluan harian dengan harga lebih murah. Kangkung 2 plastik = 200gram baru 150 yen.

Kangkung juga sedap dijadikan ulam mentah cicah budu, sambal belacan atau sambal kelapa.. Boleh juga di celur makan bersama nasi lemak atau sebagai ulam.


RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN UDANG

Bahan-bahan:
  • 200 gram kangkung
  • 7 ekor udang sederhana
  • 7 gram belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji cili api
  • 1 biji cili besar merah dihiris
  • garam dan perasa
  • sedikit air
Cara-cara:
  1. Kangkung dihiris asingkan batang dan daun bersama batang halus.
  2. Cuci bersih.
  3. Udang dibersihkan. 3 ekor udang di buang kulit dan dipotong kecil. 4 ekor lagi tinggalkan kulit dibahagian ekor udang sahaja.
  4. Bawang putih, bawang merah, cili api dan belacan di tumbuk.
  5. Panaskan sedikit minyak.
  6. Masukkan 2 sudu besar air ke dalam lesung batu dan kacau bahan tumbuk supaya bergaul dengan air.
  7. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  8. Masukkan udang, garam dan perasa, kacau rata.
  9. Kemudian masukkan batang kangkung, cili merah, kacau sekejap. Jika kering tambah sedikit air.
  10. Masukkan daun kangkung, kacau, cukup rasa tutup api.
  11. Hidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

12 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

susah dah nak dpt kangkung lepas natsu ni...kena mkn next year plak ler

dedetea66 said...

wooww menggiurkan,,,,,yummy tuh

Yong Kamariah said...

Salam ziarah E-Na, wahh sedap2 masakan kt sini yek... buleh buat reference ni.

Umie said...

kak ena.. kangkung yg saya tanam tu dah lebih 5x saya tuai hasilnya..masih lg keluarkan hasil skrg ni... best sgt bercucuk tanam kat nihon nie..tanah dia subur sgt...;-)

ady said...

as-salam
udang tu nmpak sangat menggoda..sedap
kangkung belacan ni mkn dgn nasi panas2...

rahel said...

Hmmm..ni la sayur kesukaan my hubby...kangkung belachan..sedap tul.

nam@along said...

walaupun simple..tapi menarik je sayur kangkung ni..nak kena try masak nie..dah lama rasanye x masak kangkung nie..:)

AI said...

- kangkung pon nampak sedap...ape lagi udang tu...

IXORAROXI said...

cantiknya kangkung goreng belacan tu...udang buat kangkung tu nampak sexy!:)
cantik gambar, akak suka

elle said...

Salam perkenalan e-na...tengahari time lapar ni, memang sedap sungguh kangkung goreng belacan nih.. sampai ke sini baunya nih!

Acik Erna said...

E-na..tengok gambar pun dah berselera dah..akak suka ratah je kangkung goreng tu,.tak makan dengan nasi pun..sedap kan..

Rosita Vargas said...

Gracias por su comentario en mi blog,su blog es muy bueno no lo conocĂ­a,ha preparado una receta de espinacas absolutamente bella y exquisita con gambas,me encanta,abrazos pelukan hangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...