Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.
Biskut yang cair di mulut, menggunakan bahan-bahan yang simple tapi hasilnya sedap! E-na buat 3 adunan untuk raya. Buat Seminggu sebelum Hari Raya, tak sampai seminggu selepas raya tinggal balang kosong. Itupun sorok sikit untuk Hari Raya Pertama. Dah tau kalau display mesti licin sebelum raya lagi.
Penyediaan German Cookies juga mudah dan cepat. Tidak terhad untuk hidangan pada hari raya tetapi sesuai juga di jadikan kudapan sampingan hari-hari biasa. Resepi asal dari Hearty Bakes dan di kongsi oleh Rima. Thanks keduanya. E-na cuma tabur coloured chocolate rice di atas german cookies untuk menaikkan serinya.
Potato Starch yang E-na guna untuk buat German Cookies.
RESEPI GERMAN COOKIES
(~60 biji)
Bahan-bahan:
- 125 gram butter
- 125 potato starch / tepung kentang
- 80 gram tepung gandum
- 40 gram gula icing (E-na guna powdered sugar)
Cara-cara:
- Ayak tepung kentang bersama tepung gandum. Ketepikan.
- Putar butter dan gula icing sehingga putih dan kembang.
- Masukkan campuran tepung yang telah di ayak dan gaul rata menjdai doh yang lembut.
- Bulatkan menjadi sebiji doh besar.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Kemudian scoop adunan menggunakan 1/2 sudu besar. Rujuk gambar 1.
- Bulat-bulatkan dan susun di atas tray pembakar. Rujuk gambar 1.
- Celup garfu di dalam air dan tekan di atas bebola tadi sehingga membentuk corak. Rujuk gambar 2.
- Tabur chocolate rice coloured di atasnya. Rujuk gambar 3. Boleh juga dibiarkan kosong atau di tabur apa sahaja bahan yang anda suka.
- Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 - 20 minit.
- Sejukkan di atas redai.
- Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari LOVELY KITCHEN.
TIPS MEMBUAT GERMAN COOKIES DARI LOVELY KITCHEN
- Sejukkan adunan di dalam peti sejuk untuk memudahkan proses membentuk cookies.
- Celup garfu di dalam air untuk mengelakkan doh terlekat pada garfu.
- Untuk mendapatkan doh yang licin dan tidak pecah di keliling cookies, siap bulatkan sebiji terus tekan dengan garfu, siap lagi sebiji tekan terus dgn garfu. begitulah sehingga abis.Jika tunggu semua dibulatkan, doh akan sedikit kering, itu yang merekah bila ditekan dengan garfu. Better ikut tips ini jika buat lebih dari 1 adunan.(gambar di atas masa 1st time buat, belum tau lagi ragamnya).
Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!
23 comments:
dah lama tak buat ni...sebelum puasa hari tu ada buat...sedap...
akak yg terlepas bas tak terbuat lagi sekut ni :)
wah masih berbiskut raya. best ni buat kudapan petang2. hehe..
*eh akak ok ke kat sana, tengok tv nagoya banjir, Azmi n family x sampai lagi dah kat Toki katanya tapi jalan jammed. huhu.. sok taifu pulak.
mmg plan nk buat ms raya tetriba darl ckp cukup la 4 jenis ni buat byk2 sapa nak makan....uwaaa keciwa
akak cepat buat n3 yg kek car tue ketidaksabaran ni
wah biskut ni hari tu nak but pun tak terbuat tentu sedapkan..:)
cantik la sekut jerman ena tu...
mas gak tak buat2 lagi..
assalam ena..teringin nak buat ni..lepas raya pun tak pe kan..lapang2 nanti nak buat
Wow, nak2 yummy!
wahh..comelnye...
Assalamualaikum ena...
cookies nie memang sedap... ena letak choc rice tu lg ler sedap kan... cantik...
ena....comel2nya...tentu rasanya secomel rupanya..
- cantik je kejadian sekut tu...rase pon mesti seindah rupe...
nmpak sedap~
rasanya dah few bloggers buat ni.popular sungguh tapi yg Ena buat ni paling cantik..maybe bcoz pic memang superb!
woaa senang nye bahan bahan die. tak pakai telur langsung?
ni la resepi yang aku carik carik selama ini.
dah agak Hanie yg singgah blog ni sbb dia rajin masak!haha. aku rajin errr..makan. ada ms nak cuba la beb. mlm nanti aku cek blog ni lg, tgk resepi..psst: suka la blog nih!ada resepi!hihi
salam kenal kak ena (kak ke?? hihi).. cantik blog akak. tq sudi singgah dapur tun =)
bilalah aku nak rajin masak mende camnih haha
kenapa sy buat tak secantik tuh. tapi mmg sedap tak hengat
Grüß dich!Wie geht es Ihnen? sehr lecker Keks...
uiskhh, smeua benda senang je klu teror masak..
klu sya ni mahu jadi lempeng biskut tu...
tpi mmg cute betul!
comey loten sekuk e-na, cam saye nak make heheh
Comel sangat biskut yg e-na buat ni...
Post a Comment