Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.
Kek Black Forest yang E-na buat sebagai buah tangan untuk majlis rumah terbuka adik-adik bujang Nagoya Universiti bergabung dengan satu family pada hari Ahad 6 Syawal. . Hanya tinggal 5 orang adik-adik bujang yang beraya di Nagoya, yang lain semuanya balik berpuasa dan beraya di Malaysia.
Kek Black Forest yang E-na buat sebagai buah tangan untuk majlis rumah terbuka adik-adik bujang Nagoya Universiti bergabung dengan satu family pada hari Ahad 6 Syawal. . Hanya tinggal 5 orang adik-adik bujang yang beraya di Nagoya, yang lain semuanya balik berpuasa dan beraya di Malaysia.
Menu utama satay ayam dan daging, kuah kacang, mee bandung muar. Memang kenyang betul makan satay hari tu. Adik-adik teruna Meidai menyucuk satay sebanyak 6kg ayam dan 2 kg daging untuk menjamu warga Nagoya. Memang rajin kan...lain kali boleh buat lagi ye dik...sedap!!
Kek Black Forest yang sama E-na guna untuk Ucapan Raya kat sini. Hari ini E-na kongsikan cara E-na buat Kek Black Forest. Mula-mula sediakan Kek Sponge Chocolate. Boleh disediakan sehari sebelum deco kek. E-na minta maaf sebab tak tahu siapa empunya resepi Kek Sponge Chocolate yang E-na guna ni. Minta di halalkan dan E-na share di Lovely Kitchen pula.
RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)
BAHAN A:
- 3 biji kuning telur
- 100 gram gula castor
- 120 gram tepung kek
- 50 ml minyak masak
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
- Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
- Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.
BAHAN B:
- 30 gram serbuk koko Van Houtan
- 120 ml air panas.
Cara-cara:
- Satukan bahan B.
- Kacau sehingga serbuk koko hancur.
- Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
BAHAN C:
- 3 biji putih telur
- 60 gram gula castor
- 1/4 sudu kecil cream of tar tar
- Loyang kek 18cm / 7inci
Cara-cara:
- Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
- Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
- Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
- Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
- Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
- Masukkan adunan ke dalam loyang.
- Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
- Sejukkan di atas redai.
CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST
Bahan-bahan:
- Whipped Cream (200ml)
- 25 gram gula halus
- Chocolate Syrup Hershey's
- Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
- Buah cherry bertangkai secukupnya (E-na guna 6 biji)
- Chocolate parut
Cara-cara:
- Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis. Rujuk gambar 1.
- Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
- Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Rujuk gambar 2.
- Kemudian sapu rata whipped cream di atas Chocolate Syrup Hershey's. Rujuk gambar 3. (Gambar ni di ambil semasa lapisan kedua, masa lapisan pertama lupa nak snap)
- Susun Dark Pitted Cherry. E-na guna peach dalam tin. Rujuk gambar 4.
- Tutup dengan satu lapisan kek.
- Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
- Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek. Rujuk gambar 5.
- Tabur chocolate parut di tengah kek. Rujuk gambar 6. Letakkan juga di keliling kek (E-na tak buat).
- Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek. E-na buat 6 ketul. Rujuk gambar 7.
- Boleh tulis wording jika mahu.
- Susun buah ceri di atas krim putar rosset. Boleh lelehkan sedikit Chocolate Syrup Hershey's di sekeliling kek.
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Cooking chocolate yang di parut menggunakan peeler atau pisau untuk ditabur di atas dan sisi kek.
NOTE :
- Whipped Cream 200ml cukup-cukup je dengan saiz kek ini. Jika mahu cream yang lebih tebal boleh tambah sukatan whipped cream.
- Gambar kek selepas dipotong memang tak snap pun. Segan la kat rumah orang...sorry ye.
Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!
16 comments:
kagumnyer ayu tgk
dah macam kat SR ni ngeee
x sabaq nk tunggu kek car plak ni
ayu bab deco mmg fail la
x cantek la...kena try lg...plus bab potong 3 layer tue alamatnyer ke laut la ngeee
wow !! SR from Japan . hehe..
wahhh..cantik la ena kek tu..
menggoda....
wah sedapnyaaaa..adehh teringin nak makan kek la pulak malam2 ni.isk2
wow!!! cantik cake u...and rajin lagi tu sebab sempat buat step by step lagi...tq for sharing!...kalau I rajin, nak buat jugak la cake ni...kalau rajin la:-)
assalmualaikum kak..
boleh tau tak kek akak buat ni diameter loyang berapa inci ye?
tQ..
^^
Cantiknya kek tu..gambar memang cantik sangat2
wahhhhh seronok juga ya beraya di perantauan
Assalam E-na..memang betul2 kagum..pandainya E-na..akak ambil resepi ni ye..tq ena.
besh..beshh...thnx akak bg step by step..leh la sy blaja buat...xpnah lg buat kek siap deco2 ni..asek buat kek choc je without topping....hhahahah...
lawa kak. kemas je.. nak buat juga la.. tapi takut tak lawa macam akak punya
salam ena...cantik kek dah tentu sedap banget ni..
Nak try bila balik rumah..=D
salam,sy c0nfius about tpung kek tu, is it specialized f0r cake or b0leh guna tpung lain ke?? trima kasih,=)
That wAs i, N this Is mE :
tepung kek yang e-na guna tu mcm tepung naik sendiri (Self Raising Flour) kat Malaysia...boleh juga guna tepung gandum
kak..ape fungsi cream tar tar tu..klu tak letak ape jadi kt kek tu ye?
Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂
Post a Comment