Thursday, 26 January 2012

Beef Lasagna





Menu favorite juga di Lovely Kitchen selain dari Seafood Lasagna. Kalau nak resepi Seafood Lasagna klik di sini.



RESEPI BEEF LASAGNA
Casserole 20cm x 20cm
(4-6 orang)

Bahan-bahan :

  • 6 keping lasagna sheet kering (rebus sehingga lembut dan tos kan. Masukkan sedikit olive oil kedalam air rebusan supaya kepingan lasagna tidak melekat)
  • Mozarella Cheese secukupnya
  • Oregano


Bahan-bahan sos daging
  • 1 cawan daging cincang
  • 2 sudu besar olive oil
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 labu bawang besar di dadu halus
  • 2 biji tomato didadu (-+350g)
  • 1/2 batang carrot didadu kecil
  • 8 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam (anggaran)
  • 1/2 cawan air
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara Membuat Sos Daging:
  1. Panaskan olive oil. Tumis bawang putih, bawang besar sehingga naik bau. 
  2. Masukkan sos tomato kacau sekejap kemudian masukkan daging cincang. Kacau rata dan masukkan  tomato dan carrot dan air. Biar mendidih.
  3. Masukkan sedikit serbuk lada hitam, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan masak sehingga agak kering. Tutup api dan ketepikan.


Bahan-bahan sos putih
  • 1 1/2 sudu besar butter
  • 1 atau 2 slice cheesedale
  • 600 ml fresh milk
  • 3 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar gula 
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
Cara Membuat Sos Putih:
  1. Cairkan butter di dalam pan.
  2. Masukkan fresh milk dan cheesedale, masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah di bancuh dengan air.
  5. Kacau sehingga sos pekat. Tutup api.


Cara Membuatnya Lasagna :

  1. Sapu dasar dan keliling casserole/ acuan  dengan marjerin.
  2. Susun 2 keping lasagna menutupi dasar acuan.
  3. Letakkan sos daging dan ratakan keseluruhan acuan.
  4. Masukkan pula sos putih, ratakan.
  5. Kemudian tabur mozarella cheese menutupi keseluruhan sos putih.
  6. Ulang langkah 2 hingga 5 sehingga habis. 
  7. Akhir sekali tabur oregano di atas mozarella cheese.
  8. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga permukaan cheese perang (bergantung pd oven masing2)
  9. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS LOVELY KITCHEN
  • Bahagikan sos daging dan sos putih kepada 3 bahagian untuk mendapatkan lapisan yang sama tebal.






10 comments:

HomeKreation said...

Salam Ena. Dah lama tak buat lasagna.... bebudak dok demand ni... mama byk excuse...hehe

~~zAnAfAhMi~~ said...

Assalammualaikum, apa khabar org jauh? kalau takde casserole tu, boleh guna loyang ke? ntah bila boleh dpt bekas mcm tu....

Ida,Japan said...

emmm.....sedapnyer lasagna, baru pernah sekali buat kut chicken lasagna...tapi lum pernah post kt HCT sbb utk majlis mkn2 group & snap pic gitu2 jer..alahai teringin la pulok.

Wanieyra said...

Salam..

Feberet hubby ira ni, dah lama tak buat

ady said...

as-salam
sungguh menyelerakan yummy..

anymz said...

salam Ena,nangis tgk cheese yang leleh2 tu..terliur akak di buatnya tapi bila mengenangkan lemak2 yang sudah degil takmo keluar ni terpaksa pandang je lah..tapi akak ambik resepi ya..:)

ijan said...

Salam Kak E-na,
Bestnya nampak creamy macam tu. Dah lama benar tak buat kat rumah ni. Terliur lah pulak :)

Tina Othman said...

salam kak e-na, sedapnya lasagna, dah lama teringin nak buat tapi tak terbuat2 pun lg =)

Nurul Hanis said...

emm, kulit lasagnia tu nk beli kat mne ye? hari tu pg hero die kate tk tkde. sy duk bahagian ampng

Anonymous said...

Salam fresh milk tu macam mana ye? Sorry btanya. Xda pengalam memasak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...