Thursday, 26 September 2013

Moist Pandan Muffin


Moist Pandan Muffin yang sedap! Sangat moist dan wangi bila di bakar.  Kalau guna air daun pandan lagi sedap muffin ni.  Bila banyak masa nanti boleh try dengan daun pandan pula. Buat muffin paling senang dan cepat. Gaul je semua bahan dan bakar. Tak sampai sejam dah siap kemas dapur, muffin dah masak boleh terus makan.


Muffin Pandan ini naik dengan cantik dan teksturnya memang gebu serta sangat lembab. Jika ingin menyediakan hidangan sarapan pagi atau minum petang yang cepat bolehlah mencuba resepi ini. Thanks to Aziekitchen 


E-na tabur gajus cincang diatasnya. Sebahagian dibiarkan kosong untuk memberi pilihan pada anak-anak yang tidak suka kekacang.



RESEPI MOIST PANDAN MUFFIN

Bahan-bahan:

  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder  (E-na letak 1 sudu kecil shj)
  • 1/2 sudu kecil bicarbonate soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 120gm gula kastor
  • 200ml santan - guna 100 ml santan kotak & 100 ml air
  • 100ml minyak jagung ( E-na guna minyak masak)
  • 2 biji telur
  • 1 sk pandan paste (E-na tak letak ) 
  • 1/2 sk pandan essence - (E-na letak pandan flavor bbrp titik)
  • Sedikit pewarna hijau 
  • Badam hiris atau apa yg disukai - tabur  (E-na letak gajus)

Cara cara:
1.  Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups. 
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau         rata. 
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga        sebati. 
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. 
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE : E-na bakar dengan suhu 180 selama 25 minit.


8 comments:

Gee® said...

Ermmmm... aroma pandan sampai ke sini harumnya... terlior ai!

Cendana Kasih said...

sedapnyer...suka warna hijau

Tina Othman said...

sedapnya, saya lama craving nak makan yg ada pandan2 ni tapi tak terbuat2

Bbwana adienia said...

gebunya muffin pandan..

Rohah said...

Cantik merekah mufin dia..

Ct Ishikaishah said...

mcm senang je nak buat..nampak sedap jer ..

Rose Azadir said...

nampak sedap sgt...salam...sy blogwalking kat sini, jemput datang ke blog sy http://ibu2ahmad.blogspot.com. Sy follow sis kat sini n kalau sudi follow la sy blk yer...

fiza said...

Terima kasih tuan punya resepi.....sdap sgt...mjadi guna resepi ni...gebu je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...