Buttermilk Banana Pancake untuk sarapan pagi atau sebagai hidangan minum petang. Buttermilk Pancakes ini sangat lembut dan sedap di makan bersama Chocolate Hershey's Syrup, Madu, Pancake Syrup, Blueberry Syrup, Maple Syrup, butter, Caramel sauce, Jem, atau Ice-Cream. Kalau nak rasa kemelayuan boleh makan dengan sos cili. Rasa pedas-pedas sedap juga. Atau melayu + western boleh campur mayonaise dan sos cili makan bersama pancake. Pilihlah yang mana suka.
E-na buat mini pancake untuk minum petang anak-anak. Dengan hirisan pisang dan dimakan dengan susu pekat manis. Mama n papa makan pancake ddengan ice cream. Alhamdlillah. Hirisan pisang tulip, hirisan 6 keping dan hirisan 3 keping pisang untuk 3 orang kanak-kanak ribena di Lovely Kitchen. Shasya pilih hirisan 3 keping pisang, katanya ' Adik nak yg 3 ni sebab pisang dia sikit'. Alahai anak semua tu sama banyak je pisangnnya. Mama letak sebiji pisang untuk sepiring pancake. Oklah tu secara tak langsung dia dah makan sebiji pisang..hihiii (depa ni dah jemu dgn pisang coz masa kat Jepun dulu boleh dikatakan hari-hari mesti makan pisang disamping buah-buah lain)
RESEPI BUTTERMILK PANCAKES
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
- 1/3 sudu kecil garam
- 200 ml buttermilk (jika tiada guna alternatif di bawah)
- 4 sudu besar susu segar/ susu cair
- 2 sudu besar butter (dicairkan)
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara Membuatnya:
- Kacau telur dengan whisk sekadar bergaul rata. Masukkan susu, butter cair, esen vanila, buttermilk, gula dan gara. Kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonate. Kacau rata.
- Panaskan pan. Sendukkan ke dalam pan. Tutup pan dengan tudung periuk.
- Masak sehingga ada buih-buih udara dan selepas buih-buih tu pecah terbalikkan pancake.
- Angkat dan hidangkan dengan syrup kegemaran anda. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Jika tiada BUTTERMILK boleh buat begini : 200ml susu segar + 1 sudu besar cuka. Biarkan selama 10 minit atau sehingga susu menjadi agak pekat/ berketul.
TIPS PANCAKE GEBU CANTIK MENAWAN DARI LOVELY KITCHEN
- Guna nonstick pan. Tidak perlu isi minyak masak. Pancake akan sekata warnanya tidak bertompok-tompok.
- Bancuhan dibiarkan sekejap sebelum di masak. Dalam 10 minit supaya ianya mesra gitu.
- Masak dengan hati girang ceria penuh kasih sayang...jangan stress...baru masakan menjadi lebih sedappp!!! :-)
No comments:
Post a Comment