Wednesday 25 January 2012

Kek Batik





Antara resepi kek batik yang sedap dan menjadi kegemaran di Lovely Kitchen. Boleh adjust sukatan gula dan susu mengikut citarasa masing2. 


RESEPI KEK BATIK 

Loyang 18cm x 18cm
Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 270 gram gula (bole kurangkan sikit)
  • 6 biji telur
  • 240 gram tepung gandum
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 1/2 cawan milo (E-na letak 77g sebab milo tak cukup)
  • 300 gram susu pekat manis 
  • Biskut Merie secukupnya
  • Chocolate rice untuk di tabur di atas (optional)
Cara Membuatnya:
  1. Alas loyang dengan aluminium foil.
  2. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung gandum, milo dan serbuk koko. Pukul sampai adunan sebati.
  6. Masukkan ke dalam pan dan masak sehingga adunan pekat bewarna lebih gelap. Kacau selalu lebih kurang 12 minit atau adunan betul2 masak. Tutup api.
  7. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian ( supaya lapisan sama tebal)
  8. Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Kemudian susun biskut merie diatas adunan.
  10. Masukkan adunan seterusnya dan susun biskut merie diatasnya.
  11. Ulang sehingga habis. Lapisan adunan, lapisan biskut merie, lapisan adunan, lapisan biskut merie, lapisan adunan, lapisan biskut merie dan akhir sekali lapisan adunan.
  12. Tabur chocolate rice di atas sekali untuk mencantikkannya.
  13. Sejukkan semalaman di dalam fridge sebelum dipotong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS LOVELY KITCHEN
  • Segera melapis adunan dan biskut merie semasa adunan masih panas untuk mendapatkan lapisan yang melekat cantik antara biskut dan adunan. Jika adunan sejuk, panaskan sekejap dan terus melapis. Hasilnya kek tidak pecah atau bercerai semasa memotong nanti.
  • Sejukkan di dalam fridge sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang licin cantik.

Nota LK:
Guna sukatan ini (milo 77/80g je) utk next project coz suka dgn rasa lemak2 coklat gitu...



Resepi asal dari  kak Diana . E-na sertakan di  bawah untuk rujukan. Tqvm sis...really like it!

Bhn2

6 biji telur
250 gm mentega

2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula _ Boleh d kurangkan sebab menggunakan 3 in 1 cereal tu kan )

1 1/2 cawan milo

4 bungkus ( 1 cawan ) Nestle nesvita original 3 in 1 nutritious cereal drink 
4 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
Biskut marie secukup kegunaan
Choc Rice secukupnya

Cara²

1.             Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
2.             Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.             Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
4.             Tambahkan tepung gandum, milo, serbuk koko dan nesvita... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
5.             Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat. 12minit
6.             Tutupkan api dan masukkan biskut marie dan gaul perlahan.

16 comments:

Tie HT said...

cantik nya kek ni..kemas je potongan nye :)

h f said...

kak ena, mase msk dlm pan tu xperlu double boil eh? -fatin

Kamalia said...

Akk,ke mana menghilang?cantik sungguh kek batik tuh,tergoda tengok potongan dia kemas je..
pssst..saya dahbuat black forest cake resipi akk tu..mmg sedap sponge cake dia n nak buat pun senang sebab ade rujukan step by step kat sini..tq kak for sharing the recipe..mintak halal ye..;))

EmbunRosaliza said...

Assalam Ena, lama tak nmpk. Cantiknya kek batik merie tu, tersusun indah

Jayanthy Kumaran said...

wow..sounds just divine..
excellent cliks..
proud following you..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite

Leeza said...

kek ni nampak, sangatttttttttt sedap

izahdaut said...

sangat cantikkkk..
terpegun melihat potonan yang lawaaa

HomeKreation said...

Nampak moist kek ni... nanti kalau berpeluang, nak cuba gak lah!

Acik Erna said...

Assalam ena..lamanya ena bercuti..sekali update terus tunjuk kek batik yang cantik ni..

Gee® said...

subhanallah....kenapa cantek sangat kek batik ni... kenapa k.gee buat tak jadi cam nih... mabeles!!

HALAMANKU said...

Salam kak ena wah memang canteq n kemas... sebelumni pernah gak buat.. taklah sekemas kek batik akak.. ni nak try resepi akak lak.. tq kak..

miss daya said...

ena.. means u tak campur adunan tu dengan biskut eh? so biskut tu u just layerkan time ltak dlm dulang.. huhu clever.. i follow u.. if u dun mind can follow me back.. thanks for sharing

Sheery Dream Cakes said...

Memang nampak cntik n kemas kek batik tu ena... N terima kasih link nya... :)

Anonymous said...

kalau kurangkan telur boleh ke?

kak tie said...

nampak cantik..pasti sedap

Unknown said...

Kek Batik
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/kek-batik.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...