Saturday, 27 March 2010

:-> Marble Cupcake


Kek laaagi!!! Yang ini first time E-na deco cupcake....special for my son, Qaeed Hafiy sempena birthday yang ke 2 pada 7th March 2010. Deco pagi sebelum majlis, dalam Hafiy masa tu demam dan nak berdukung je...buat majlis kecil sambutan harijadi sekali dengan Kakak Damia last week. E-na masak nasi beriyani, ayam masak merah, rendang daging, acar mentah dan buah melaka je untuk hidangan makan tengahari kawan-kawan yang datang. Tapi gambar makanan lain x sempat nak snap...sibuk sgt masa tu....
Close up sikit cupcake tu...rupe ape pun E-na tak tau! he he jangan ketawakan tau...

Marble Cupcake
Bahan-bahannya :
  • 250g butter
  • 200g gula castor
  • 250g telur
  • 1tsp essence vanilla
  • 250g tepung gandum
  • 1tsp baking powder
  • 30g choc powder
  • 50ml air panas
  • 60g chocolate chips
Cara Membuatnya :
  1. Pukul butter denga gula castor sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan essen vanilla, kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah di ayak bersama dan kacau.
  4. Sendukkan 300g adunan ke dalam mangkuk lain dan masukkan chocolate powder dan air panas kemudian kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan chocolate ke dalam adunan tanpa warna tadi. Kacau sedikit supaya menjadi marble effect look.
  6. Sudukan adunan ke dalam paper cup dan tabur chocolate chips.
  7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan di atas redai.
  9. Bila dah sejuk bolehlah di hias mengikut citarasa masing-masing. Makan begitu pun boleh juga. Selamat mencuba!
Note : E-na buat 1/2 adunan sahaja menghasilkan 12 biji cupcakes.

Yang ini pula untuk Damia... plan nak buat deco lain tapi terlupa beli bahan so last minit letak je apa yang ada...inilah hasilnya, teruk betul rupa kek tu kan! eeeiiii sabar je la.....

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Suri Sarawak

15 comments:

ima said...

happy birthday to hafiy juga...

pandai betulah e-na bab deco2 ni...kalau kak ima memang keras tangan...hehe

zarin said...

cantiklah dear! paling suka tengok sebab banyaknya strawberries :-)

E-na Zarina said...

k.Ima : tq kak..baru nak cuba2 kak...keras jugak tu!hihi

Zarin : cantik ke zarin??? E-na tgk teruk sgt! malu jugak masa nak bawa keluar utk majlis ari tu...tp nk buat camna kan itu je yang sempat. Nasib baik ada strawberry masa tu..

Erna said...

Happy birtday tok anak2 E-na..dua2 bulan mac ye..anak akak yang bongsu pun bulan mac juga...
rajin ye ina masak sendiri..sambut birthday anak...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

E-Na !!!!...

lama betul menyepi. Aok pergi mana ?

Bezz betullar..saya tak pernah bakar kek lagi ..huhu..kukus jer berani. takut tak jadi..

cikmanggis said...

selamat hari jadi buat hafiy dari opah cikmanggis:)semoga besar nnt jadi anak yang baik:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ena..k.atie pon lama x mai umah Ena..sht?wah!cantiknya CC tuk besday anak2 Ena tuh...yg penting mamanya yg buat!mesti sedap sgtkan....."hepy besday" tuk anak Ena yer....

fzi said...

Salam E-na...
Lama tak dengar citer.. :)
Hepi befday to Hafiy.. :D
Woahh terer e-na buat cc ya...akak tak sampai2 lagi hajat nak pegi belajar, asyik miss je class yang ajar buat2 ni sume... :)

Leney said...

Happy belated birthday dari Cik Leney...
Ena nanti bolehlah business kek bila balik Malaysia.

♥LOVE2COOK♥ said...

Kak E-Na!!! miss U miss U!!! :)

Hru dearie??? I was worried coz no news from U! Though I knew U just recently...mcm dah lama kenal plak! hehe...take care ya! ;)

ika said...

cntik gak y nie..
sume cntikla..
tp xdpt rasa pon sdp x..:(

ika said...

eh jap..sume menu y ad side kanan ni long wt sndri k??

kew_chop said...

happy belated birthday kat anak2 e-na. lawa la cupcakes tu. kita buat comot yg amat. tak kreatif langsung, huhu

neena said...

I'm seeing the most beautiful cake, really...you r such creative person..Congratulations..

Anonymous said...

mcam mane nk buat coklat yang tas cake 2..yang pnjg dan berjaring 2???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...