Friday, 23 August 2013

MOIST PANDAN MARBLE CAKE


Kejadian Kek Pandan Marmar E-na tidak seindah namanya. Tak sempat nak layer bagai, tuang je semua adunan. Operasi di dapur perlu selesai dengan pantas sebelum baby terjaga untuk breastfeed. Tak pe tak cantik di mata asal sedap di tekak kan. Resepi asal dari Snappytreat, di olah oleh k.yatiKak Ita Masam Manis dan Mat Gebu juga telah mencuba kek Moist Pandan Marble ini. 


Resepi di bawah telah E-na edit mengikut bahan-bahan yang digunakan. Kalau nak buat separuh adunan guna sukatan warna hijau.

RESEPI  MOIST PANDAN MARBLE CAKE
Loyang 8 inci

Bahan-bahan:

  • 250 gram butter - cairkan dan biar sejuk (125g)
  • 250 gram gula kastor (125g)
  • 250 gram tepung gandum - di ayak (125g)
  • 8 biji telur gred A (4 biji)
  • 1 tbs ovalette (1/2 tbs)
  • 4 tbs susu pekat manis (2 tbs)
  • 2 tbs serbuk koko (1tbs)
  • 1 tbs chocolate emulco (1/2 tbs)
  • 1 tsp esen vanila (1/2 tsp)
  • 1/2 tsp esen pandan (1/4 tsp)
  • sedikit pewarna hijau
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser acuan dengan mentega, alas acuan dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis. Putar perlahan supaya semua sebati kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (lebih kurang 3 minit). Tuang mentega cair dan putar sebati.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu di masukkan esen pandan dan pewarna hijau, kacau rata. Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Masukkan 4 sudu besar adunan coklat di tengah-tengah acuan. Sudukan cara berselang seli dengan adunan pandan hingga siap.
  4. Bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak.  Biarkan dalam kek dalam oven dengan pintu oven terbuka beberapa minit sebelum dikeluarkan. Terbalikkan atas jaring, buang baking paper dan biarkan kek sejuk. Potong dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kelembapan kek. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



4 comments:

Rohah said...

Menarik..boleh cuba nti

Amie said...

Lawalah kombinasi warnanya.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang cantik warnanya tu...

LM said...

Nmpk lembut sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...