Monday 18 February 2013

Kenangan dari Cameron Highlands


E-na dan pokok-pokok memang tidak boleh dipisahkan...sangat suka hati + puas hati dapat beli pokok herba rosemary, oregano, basil dan stevia di Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands. RM7 sepasu. Pokok kaktus  RM10 untuk 6 pasu kecil. Kaktus bunga besar pink merah kuning dan orange tu pula RM5 satu pasu. Cactus stand (12 pasu) berharga RM14. Semuanya beli di Cactus Point. Pokok Periuk Kera gantung dan Periuk Kera berdiri (warna merah) RM20 sepasu dan bunga ros kering RM25  untuk 3 jambak di KEA FARM. E-na beli 4 jambak RM30. Kata amoi penjual bunga, Ros Kering ni bole tahan 2 tahun...betul ke tidak kita tengok nanti...




Pasu tulisan Welcome to Cameron Highland RM21.90, pasu putih berbunga hitam RM20 dan tanah kaktus RM3 satu pek, RM5 untuk 2 pek juga di Cactus Point.


Macam-macam sayur ada...murah tu taklah murah sangat cuma fresh from the farm. RM10 untuk 8 paket kecil dan RM 10 untuk 5 paket sedang. Kangkung Cameron dan Kacang buncis Cameron tu sedap!

Limau Madu yang manis hanya setahun sekali sahaja di Cameron, kata cina penjual buah ni...memang sedap manis rasanya..Buah Jambu Epal Hijau dan Jambu Epal Merah juga dari KEA FARM.

Walaupun  kami bukan peminat tegar BOH tapi beli juga 3 jenis tea boh di Ladang Boh Sungei Palas.

Menambah koleksi Fridge Magnet...RM10 untuk 5 keping...bila dah beli kedai sebelah tu bagi 6 RM10 lagi banyak pilihan gambar...xpela xde rezki.

Tujuan utama nak dtg CH adalah untuk makan fresh strawberry dan menikmati suasana sejuk seperti di negara 4 musim. Tapi agak kecewa sebab strawberrynya masam2....tak sesedap dan semanis yang kami pernah makan di Jepun semasa Ichigo Gari...beli juga 2 pack bawa balik nak makan dengan susu pekat manis macam di jepun.



4 comments:

Marsita Yahya said...

Raaanya, CH ni dah tak sesejuk dulu kan?

NinaAz said...

Benda wajib beli time g cameron. Sayut2 y segar dan murah ♥

FnF Simple Life said...

syok tu.. hope boleh smpi CH nnt ;)

Unknown said...

Bunga ros tu cantik lagi tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...