RESEPI SPICY TUNA MAYO BUN
(12 biji)
Bahan-bahan:
- 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
- 250 gram tepung roti
- 50 gram tepung gandum
- 25 gram gula
- 25 gram shortening
- 25 gram butter / marjerin
- 1 1/2 sudu kecil dry yeast
- 1 sudu kecil bread softener
- 1 sudu kecil bread improver
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan untuk glis roti:
- 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
- 1 sudu kecil fresh milk
- sedikit butter / marjerin
Bahan sampingan :
- spray air untuk melembabkan roti
- Inti Spicy Tuna Mayo
Cara-cara:
- Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata, guna untuk glis permukaan roti nanti)
- Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
- Tuang ke dalam bread maker.
- Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
- Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
- Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Ambil sebiji doh, leperkan dan masukkan inti tuna pedas dan tutup roti dengan rapat dan kemas. Letakkan di atas tray oven yang telah di alas dengan cooking sheet. Jarakkan antara satu sama lain untuk roti mengembang nanti. Buat semua doh sehingga habis.
- Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven (TANPA ON OVEN) dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
- Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
- Spray permukaan roti dengan air.
- Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
- Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
- Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
- Keluarkan dari oven dan sejukkan roti di atas jaring.
- Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Selain tuna bun ini boleh diisi dengan inti kegemaran ada seperti sardin, chicken curry, inti kentang karipap atau lain-lain inti.
Resepi Inti Spicy Tuna Mayo akan E-na update esok pagi, Insyaallah. Tentang pertanyaan adakah roti akan turun jika di spray air? So far alhamdulillah roti tidak turun apabila di spray air sebelum di bakar. Malahan roti lebih lembab dan lembut di permukaannya apabila masak. Boleh guna berus untuk sapu air di permukaan roti? Sebaiknya guna spray supaya tidak menjejaskan permukaan roti dan doh tidak penyek. Permukaan doh yang begitu lembut mudah penyek jika tersetuh dengan berus yang keras. Moga sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang memerlukan.
- TIPS mengembangkan doh roti (klik)
Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry NASI DAGANG SPECIAL. Thanks...