Thursday, 28 February 2013

Mampukah Bertahan...


Pokok-pokok yang E-na  beli di Tanah Tinggi Cameron Highlands. Bimbang pokok-pokok ini stress dan terkejut dengan perubahan cuaca. E-na lepakkan mereka di corner tangga. Mampukah mereka bertahan dan menyesuaikan diri dengan cuaca panas belum pasti.

Ini percubaan pertama membeli kaktus dan pokok herba inggeris...Oregano, rosemary, basil dan stevia. Juga Pokok Periuk Kera gantung dan periuk kera di atas tanah.



Sekarang di letakkkan di tepi tingkap dapur....ada juga yang dah melecur lembik tu...:(



6 pokok kaktus dialihkan ke dalam pasu yang di beli di Cameron Highlands (klik) membentuk taman mini kaktus.


Tuesday, 26 February 2013

Daiso Japan di Mid Valley Megamall


Daiso and Seria adalah tempat favourite E-na shopping di Nagoya dulu. Kalau pergi Daiso yang besar boleh habis 3k or 4k yen. Macam-macam barang  ada di sini, dari barangan keperluan dapur, toilet, gardening, stationaries, food,   penjagaan badan dan macam-macam lagi. Semuanya berharga 105yen dan 215yen.


Last Sunday kami terjah Daiso Mid Valley. Terletak di aras 3 dan 4 ( 2 tingkat). RM5 bagi setiap item. Objektif utama nak cari KITCHEN GARBAGE NET untuk sink tapi kehabisan stok di Daiso. Nampaknya kena kirim dengan member di Jepun juga ni. Betul-betul rasa tak bebas membasuh pinggan mangkuk bila ketiadaan MR Garbage net. 

Kitchen Garbage Net (shallow type)

Net ini di pasang untuk menapis sisa-sisa makanan yang kecil. Sink kurang bau yang tidak menyenangkan dan risiko untuk tersumbat dapat dikurangkan.

Paling berbaloi shopping kali ini adalah planter box putih. Saiz hampir sama dengan yang di jual di Malaysia tapi harga hanya RM5. Terus ambil 4 biji. Material lain sikit dengan keluaran Baba tapi boleh sangat dah untuk berkebun. Made in Japan lagi! 

Hasil rembatan di Daiso Mid Valley

Monday, 25 February 2013

Window Garden


Klik button Share di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini dengan rakan-rakan di facebook...Sharing is Caring.

Projek pepagi ahad sebelum keluar ke Daiso Mid Valley Megamall. Menanam pokok-pokok bunga yang di beli di Nursery Sungai Buluh. Tak lupa million thanks to my hubby coz sudi temankan E-na ke Nursery Sungai Buluh. Ada masa lain kali temankan lagi ye...:-)  E-na letakkan hanging planter di tingkap dapur 2 daun. Tingkap 3 daun sebelahnya belum di hias kerana ada awning yang belum di pindahkan. Window Garden ini sebagai penyeri Taman Dapur di belakang rumah. Ada pokok bunga berwarna warni taklah hijau je semua kan. . Dibawahnya ada anak pokok Pak Choy yang baru berusia hampir 3 minggu.

Cantik tak? Sape suka taip  'I like' kat Comment box...ngeeee

Gambar di bawah adalah  tapak semaian untuk Taman Dapur. E-na semai biji benih Kacang panjang, bendi, terung, ketumbar, basil dan biji golden honey dew. Beli buah Golden Honey Dew di Tesco, manis sangat isinya terus semai biji...ingatkan tak tumbuh so letak banyak-banyak bijinya dalam satu polybag,,,tengok-tengok semua mencanak naik...tu kalau hidup semua nak pindah kan ke mana la pokoknya nanti....tanah tak mandang, jawabnya bawa balik kampung bagi mak dan mak mertua yang tanam.


Biasanya bila mula berkebun setiap kali balik ke kampung akan ambik  benih-benih pokok di rumah mak. Kali ni dah pesan minta mak semaikan pokok kesum, pegaga kampung, benih ulam raja, cekur dan batang ubi kayu. Bebila balik nanti angkut bawa ke Shah Alam.

Sebelum ni dah subur elok pokok kesum di Taman Mini Edible(klik). Tapi mati akibat kerja-kerja renovation rumah. Subur menghijau daunnya boleh tengok di sini. Pokok Kesum juga boleh hidup subur di Jepun. E-na pernah tanam dalam pasu(klik) dan di atas tanah di balkoni rumah (klik). Pokok kesum juga mengeluarkan bunga. Sweet light purple warnanya. Boleh tengok di sini(klik)

Benih Kangkung belum jumpa lagi...Di Cameron Highlands hari tu ada tapi mahal sangat RM5 sepeket. Dah cari di Giant and Tesco tapi tiada stok benih kangkung. Antara pokok lain yang E-na sedang cari adalah pokok tenggek burung/ pokok cabang tiga, Pokok Jenerih, dan  pokok gajus / pokok ketereh. Kalau ada sesiapa tau di mana nak dapatkan pokok-pokok tersebut boleh tinggalkan comment ye...rasanya Pasar Tani Stadium Shah Alam mungkin ada tapi belum sempat pergi lagi.

Nursery Sungai Buluh





Sejak balik ke Malaysia, belum pernah e-na kongsi resepi di Lovely Kitchen. Bukan tak pernah masak tapi kekangan masa untuk potoshot gambar makanan. Di tambah pula dengan pelbagai urusan untuk 'menyiapkan' rumah jadi E-na perlu singkatkan masa di dapur. Bila semua kemas dan tersusun baru enjoy nak main masak-masak.

Sebenarnya sebelum ke Jepun E-na ada menanam di depan dan belakang rumah dengan pokok-pokok hijau dan tanaman untuk dapur. Bila tiba masa berhijrah ke Jepun pada tahun 2009, semua pokok-pokok dan pasu e-na hadiahkan pada kawan-kawan dan selebihnya bagi kat mak di kampung. Sekarang sedang giat berkebun semula setelah kerja-kerja renovation rumah selesai. Usaha menambah pasu dan menanam semula pokok-pokok yang biasa di gunakan di dapur dan pokok-pokok bebunga sebagai penyeri taman edible. Bermula dengan Taman Mini Edible, kemudian berhenti sekejap bila renovate bahagian depan rumah. Sekarang projek Window Garden dan Taman Dapur di belakang rumah pula. Untuk merealisasikan impian ini Sabtu 23 Februari ajak hubby ke Nursery di Sungai buluh. Hasilnya seperti di bawah....


Shopping di Nursery Sg. Buluh Sat 23 February 2013

1. Hanging Planters RM38 x 4 = RM152
2. Pokok bunga 6 polybag       = RM20
3. Tanah Merah Bakar 10 bag = RM12
4. Benih Celery                       = RM3
5. Pasu putih                           = RM18

TOTAL                                  = RM205

Friday, 22 February 2013

Pokok Betik


Pokok Betik di Taman Mini Edible sudah berbuah tapi tak lebat. Cukuplah tu kalau lebat sangat nanti tumbang pula pokoknya yang renek tu. Buahnya panjang-panjang cantik. Sekarang ada 4 biji dan semuanya E-na balut dengan suratkhabar....terlampau sayangkan buahnya risau serangan serangga perosak. Cik Tupai pun selalu jogging depan rumah. Jeling-jeling sudahlah ye Cik tupai, hasilnya nanti biarlah tuannya yang nikmati.





Tuesday, 19 February 2013

Kaktus di Cameron Highlands











Harga Kaktus di beberapa tempat.







'Cantiknya bunga kaktus ni!'

'Eeeeiiii ape yang panjang tepi adik tu??'

'Alaaa tinggi dia lagi!'









Monday, 18 February 2013

Kenangan dari Cameron Highlands


E-na dan pokok-pokok memang tidak boleh dipisahkan...sangat suka hati + puas hati dapat beli pokok herba rosemary, oregano, basil dan stevia di Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands. RM7 sepasu. Pokok kaktus  RM10 untuk 6 pasu kecil. Kaktus bunga besar pink merah kuning dan orange tu pula RM5 satu pasu. Cactus stand (12 pasu) berharga RM14. Semuanya beli di Cactus Point. Pokok Periuk Kera gantung dan Periuk Kera berdiri (warna merah) RM20 sepasu dan bunga ros kering RM25  untuk 3 jambak di KEA FARM. E-na beli 4 jambak RM30. Kata amoi penjual bunga, Ros Kering ni bole tahan 2 tahun...betul ke tidak kita tengok nanti...




Pasu tulisan Welcome to Cameron Highland RM21.90, pasu putih berbunga hitam RM20 dan tanah kaktus RM3 satu pek, RM5 untuk 2 pek juga di Cactus Point.


Macam-macam sayur ada...murah tu taklah murah sangat cuma fresh from the farm. RM10 untuk 8 paket kecil dan RM 10 untuk 5 paket sedang. Kangkung Cameron dan Kacang buncis Cameron tu sedap!

Limau Madu yang manis hanya setahun sekali sahaja di Cameron, kata cina penjual buah ni...memang sedap manis rasanya..Buah Jambu Epal Hijau dan Jambu Epal Merah juga dari KEA FARM.

Walaupun  kami bukan peminat tegar BOH tapi beli juga 3 jenis tea boh di Ladang Boh Sungei Palas.

Menambah koleksi Fridge Magnet...RM10 untuk 5 keping...bila dah beli kedai sebelah tu bagi 6 RM10 lagi banyak pilihan gambar...xpela xde rezki.

Tujuan utama nak dtg CH adalah untuk makan fresh strawberry dan menikmati suasana sejuk seperti di negara 4 musim. Tapi agak kecewa sebab strawberrynya masam2....tak sesedap dan semanis yang kami pernah makan di Jepun semasa Ichigo Gari...beli juga 2 pack bawa balik nak makan dengan susu pekat manis macam di jepun.



Tuesday, 12 February 2013

Bunga Jasmine Penambah Seri Mini Edible Garden


2 polybag pokok bunga jasmine yang di beli pagi semalam (klik disini) terus tanam di taman mini villa5522. Sebelum ini ada pokok kesum, pokok kaduk dan pokok cili tetapi semuanya mati semasa kerja2 renovation depan rumah tempohari. Tinggal pokok betik, pandan, kari dan pokok kunyit hitam sahaja yang dapat bertahan hingga ke hari ini. 

Pokok betik sudah semakin besar dan E-na sekarang menghitung hari menunggu buah betik pertama untuk masak. Cantik betiknya berbentuk panjang. Harap-harap isinya juga cantik manis bila masak nanti. Taman mini ini akan E-na serikan lagi dengan pokok-pokok berbunga sebagai penyambut tetamu yang datang. Pokok-pokok berbunga  masih dalam proses penyemaian. Tunggu hasilnya nanti bersama Container Garden yang masih dalam proses penyelenggaraan. 


Sunday, 10 February 2013

SHOPPING AT NURSERY







1. Big planter box RM18    x 2       = RM36
2. Iron Stand        RM20    x 2       = RM40
3. Jasmine Flower RM5      x 2       = RM10
4. Tanah baja        RM2.50 x 6       = RM15
5. Tanah Hitam      RM1.70 x 9       = RM15.30
6. Tanah Merah     RM1      x 4       = RM4
7. Baja Tahi Ayam RM3      x 1kg   = RM3
8. Small Polybag     RM 4     x 1/2kg = RM4
TOTAL                                            = RM 127.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...