Friday, 17 May 2013

HIG Double Grill Pan



Order Magic pan ni online kat sini masa bermalam di wad sebelum hari operation. Elok je discharge hari Jumaat 10 mei barang yang di order pun sampai. Boleh terus guna dalam pantang. Senang kan boleh shopping di hujung jari.

E-na order 2 biji saiz 28cm dan 32cm. Yang besar bagi mak untuk digunakan masa berkumpul ramai2. E-na ambil yang kecil cukup untuk kegunaan harian kami 6 beranak. Harga selepas diskaun RM90 saiz 28 dan RM100 saiz 32 dan RM10 kos pos. Pelbagai jenama magic grill pan di pasaran sekarang, pilih yang mana berkenan fungsinya hampir sama. Antara jenama yang biasa AreIkan Pemanggang Ajaib, Happy Call, Magic Made in Korea, Vantage Magic Pan, Happy Cook dan banyak lagi.

Macam-macam boleh buat dengan Magic Pan ni. Ianya sebagai pengganti oven untuk membakar kek, masak makaroni, membakar ikan ayam daging, menggoreng malah boleh juga membuat kek puding karamel(klik). Boleh rujuk blog kak Ita untuk penerangan yang lebih jelas.

Thursday, 16 May 2013

Hari Guru...Terima Kasih Cikgu


Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Semoga semua guru diberi kesihatan yang baik untuk mendidik anak bangsa.

24 biji Chocolate Moist Cake untuk guru-guru Kakak Damia, Adik Shasya dan Abang Hafiy hari ini.







Chocolate Moist Cake sebelum proses pembungkusan.







Wednesday, 15 May 2013

Jadual Pemakanan Semasa Berpantang



Setiap orang tidak sama dan jika anda berpantang bersalin anak sulung, anda harus mencuba makan makanan yang tidak boleh dimakan. Contohnya ada orang tidak boleh makan sayur bayam dan kubis semasa pantang sebab nanti bentan dan sejuk tetapi orang lain ada pula tidak apa-apa bila memakan sayur di ini. Jadilah cubalah semua dan baru anda tahu apa yang boleh dan tidak boleh bila berpantang anak kedua nanti.


Pengenalan


Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang



Source : http://hidayahmk.blogspot.com/2011/03/makanan-dilarang-semasa-pantang.html

Tuesday, 14 May 2013

Selamat Berpantang


Alhamdulillah syukur padamu ya Allah. E-na telah selamat melahirkan anak yang ke 4 secara Lower Segment Cesarian Section (LSCS) pada hari Rabu 08.05.2013 jam 8.53am di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Puteri kami ini seberat 3.3kg. Ini adalah pembedahan yang ke 4 bagi E-na. Alhamdulillah proses pembedahan berjalan lancar dan semuanya dipermudahkan. Masuk dewan bedah pada jam 8.35a.m,  baby selamat dikeluarkan pada jam 8.53a.m dan proses BTL dan menjahit selesai pada jam 9.40a.m.   

Berdasarkan previous scar E-na yang sembuh elok doktor memberi peluang kepada kami untuk mengandung lagi selepas ini. Namun begitu kami memilih untuk tidak mengambil risiko yang lebih tinggi dengan pembedahan kali ke 5. Atas faktor risiko yang lebih tinggi dan usia yang semakin meningkat kami setuju sign untuk Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau dengan kata lain mengikat tali peranakan. Cukuplah E-na di beri kekuatan menjalani 4 kali pembedahan untuk melahirkan anak, syukur sangat-sangat.

Doakan E-na dan baby sentiasa sihat sepanjang tempoh berpantang dan selepasnya serta dipermudahkan segala urusan, Amin.
2 hari

4 hari

 5 hari

5 hari

Salam rindu dari E-na Lovely Kitchen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...