Friday, 30 September 2011

:-> Kek Chocolate Cheese Comel


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Kek Chocolate Cheese Comel untuk hidangan penambah seri meja semasa open house kami 1 syawal lepas.  E-na buat kek ini sebagai teman Kek Lapis Kukus Masam Manis Kukus (hawflakes). Kesian kalau seketul je tak berteman, tentu sunyi kan.hiks!


Asalnya kek ini menggunakan tepung gandum tapi e-na buat guna tepung kek. Akibatnya kek naik cantik memenuhi loyang....huwaaaa macam mana nak letak cheese! E-na potong dan keluarkan separuh loyang kek chocolate kemudian baru masukkan adunan cheese. Dalam resepi asal juga tidak di tulis temperature dan tempoh membakar kek. Juga tiada saiz loyang dan sukatan yang di beri tidak sama....ada  metrik dan ada sukat dalam tin.

Resepi di bawah telah E-na simpulkan hasil dari ekperimen pertama ini. Kek ini menjadi pujaan hubby dan anak-anak. Resepi kek ini juga yang E-na guna untuk buat Lighning Mc Queen Cake untuk my little son.


RESEPI KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL
Loyang 18cm segiempat

Bahan-bahan untuk Coklat
  • 150 gram butter
  • 150 gram gula halus
  • 125 gram tepung gandum
  • 30 gram serbuk koko
  • 50 gram milo
  • 2 biji telur 
  • 70 gram susu pekat manis 
Cara-cara:
  1. Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.
  3. Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak, milo, serbuk koko dan susu, gaul rata.
  4. Panaskan oven 170 degree.
  5. Sapu dasar dan keliling loyang 18cm dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 degree sehingga masak.
  7. Setelah kek  hampir masak, sediakan pula bahan-bahan untuk adunan cheese.
Bahan-bahan untuk Cheese:
  • 400 gram cream cheese
  • 120 gram gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Pukul Cream Cheese dan gula sampai menjadi krim.
  2. Masukkan telur satu persatu, esen vanila pukul sebati.
  3. Ambil sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna merah dan hijau. Ketepikan.
  4. Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.
  5. Titikkan 1 titik adunan merah dan 2 titik adunan hijau selari denga titik merah tadi.
  6. Tarik pengcungkil gigi dari atas titik warna merah hingga  melepasi titik warna hijau untuk menghasilkan lorekan seperti setangkai bunga. Buat mengikut citarasa anda.
  7. Bakar menggunakan kaedah double boiler di dalam oven dengan suhu 170 degree. Bakar sehingga cheese tidak melekat di hujung jari apabila disentuh. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE : 

  • Double boiler untuk membakar kek ini adalah seperti berikut:
  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar. Atau...
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar.

Klik link link di bawah untuk melihat hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini:



Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/susu-pekat-manis-di-japan.html

Thursday, 29 September 2011

:-> Biskut Red Pearl


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.





Lagi Koleksi Biskut Raya 2011. Biskut mudah tidak memerlukan acuan. Sudukan adunan di atas tray pembakar letak ceri boleh terus bakar. E-na isi dalam papercup. Sedap rasa keranggupan bahan-bahan dalam biskut Red Pearl.

Resepi dari Noorma , antara biskut yang mendapat sambutan di Cendana Kasih. Sesuai juga dijadikan kudapan anak-anak. Nak buat pun senang. 



RESEPI BISKUT RED PEARL
(50biji)

Bahan-bahan:

  • 150 gram butter
  • 150 gram tepung gandum
  • 75 gram gula kastor
  • 60 gram cornflakes diramas sedikit
  • 50 gram coklat cip
  • 20 gram ceri kering merah dan hijau
  • 25 gram gajus / badam /hazelnut -bakar dulu dan cincang sedikit (E-na guna gajus sedap rasa lemak2, tak bakar sebab gajus dah ranggup)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil emplex (E-na tak letak, takde stok)
  Hiasan :
  • ceri merah, dihiris halus dan memanjang
  • sedikit kuning telur (E-na tak sapu pun)
Cara-cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati. Guna whisker pun boleh sekadar sebatika gula dan butter sahaja.
  2. Campurkan semua bahan-bahan kering. Kacau rata.
  3. Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga bulat-bulatkan seperti bola dan letak di atas tray. Bila bakar biskut akan leper sendiri.
  4. Sapukan kuning telur di atas biskut dan letak potongan ceri merah.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 160 degree selama 30 minit (bergantung pd oven masing-masing)

NOTE : EMPLEX digunakan untuk merangupkan biskut.


Nak biskut lagi? Klik di bawah...

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Wednesday, 28 September 2011

:-> Kek Chocolate Lightning Mc Queen


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


E-na adaptasi resepi Kek Marble Cheese dari Rabiah Amit. Asalnya Kek ini digandingkan dengan cheese yang di bakar di atasya tapi untuk membuat kek kereta E-na hanya menggunakan bahan-bahan untuk kek coklat yang telah di olah dari resepi tersebut dan gandingkan dengan cream cheese yang E-na buat topping sebagai cream menghiasi kereta. Jadi rasa coklat dan cheese, amat sesuai dan sedap bagi kami sekeluarga.


Memang licin habis kek Mc Queen dari lebihan yang dibuang untuk membentuk kereta sehinggalah ke potongan kek yang terakhir tidak membazir langsung. Bukan sekali hadap...makan untuk 2 hari. Resepi di bawah ini yang E-na gunakan untuk membuat Lightning Mc Queen Cake dalam entry sebelum ini.

RESEPI KEK CHOCOLATE MC QUEEN
Loyang 18cm segiempat

Bahan-bahan:
  • 300 gram butter
  • 300 gram gula halus
  • 250 gram tepung gandum
  • 60 gram serbuk koko
  • 100 gram milo
  • 4 biji telur (~250g)
  • 140 gram susu pekat manis
Cara-cara:
  1. Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.
  3. Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak, milo, serbuk koko dan susu, gaul rata.
  4. Panaskan oven 170 degree.
  5. Sapu dasar dan keliling loyang 18cm dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan di atas redai. Boleh sediakan kek sehari sebelum mendeco. 

RESEPI CREAM CHEESE TOPPING
Bahan-bahan:
  • 200 gram cream cheese philadephia
  • 50 gram butter
  • 120 gram gula icing diayak (e-na guna powdered sugar)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna pilihan anda (E-na guna starbrand je)
Cara-cara:
  1. Masukkan cream cheese dan butter ke dalam mangkuk pengadun. Putar hingga sebati.
  2. Masukkan gula icing dan esen vanila. Terus putar sehingga gebu dan halus menggunakan kelajuan sederhana.
  3. Boleh di sapu di atas kek dan di tambah pewarna yang dikehendaki.

    Note : Cream Cheese ini memang cukup2 untuk membuat sebiji kereta saiz di atas. 
Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

:-> Lightning Mc Queen Cake - The Making


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Request dari my little boy nakkan 'kek kete'. Selepas E-na buat Barbie Cake (yang ni pun belum publish dalam LK lagi) untuk Damia dan Shasya, setiap kali mama buat kek mesti dia tanya 'kek qaeed mama?' E-na tangguhkan bukan tak mahu buat tapi memikirkan bahan-bahan yang limited untuk buat buttercream. Selalu guna whipped cream, mudah cair jadi tak sesuai guna nozzle pelbagai bentuk. Di tambah pula mamanya tiada skill dalam mendeco kek. Yang jadi kat atas ni pun macam kartun je...1st time buat kek 3D kereta.

Untuk kek kereta E-na guna resepi Kek Coklat Cheese Comei. Asalnya kek ini moist tapi telah diovercook jadi macam brownies. Rasanya tetap mantain sedap! Resepi untuk buat Kek Lightning Mc Queen tengok disini.. Kek bersaiz 18cm loyang 4 segi. E-na Guna Cream cheese untuk cream kek kereta ini.

CARA-CARA MEMBUAT KEK KERETA.
  1. Potong bahagian tepi kek setebal 2 inci (agak 1/3 kek, e-na tak ukur tepat masa buat tu) ketepikan kek kecil. Terbalikkan kek besar, bahagian bawah yang rata ke atas. Kek ini elok je naik tinggi di tengah. Jadi bila di terbalikkan seperti keliling kek tergantung. Potong bahagian depan kek untuk membentuk depan kereta. Potong sedikit di penjuru kek seperti gambar 1.
  2. Ambil bahagian kek kecil dan potong membentuk spoiler kereta seperti gambar 2.
  3. Potong lagi kek kecil membentuk roof kereta seperti gambar 3. Ketepikan.
  4. Sapu cream berwarna putih sebagai coating di permukaan atas dan keliling badan kereta. Bawah kereta tidak perlu di sapu cream.Kemudian sapukan pula pada sekeliling spoiler dan roof kereta dan lekatkan di atas badan kereta seperti gambar 4.
  5. Lukis cermin depan, cermin sisi, lampu depan dan belakang, mulut, mata kereta dengan menggunakan  pengcungkil gigi. Sekadar nampak bayang2  sahaja.Sapukan keseluruhan badan kereta dengan cream bewarna merah, tinggalkan bahagian cermin, lampu, mulut dan mata. Kemudian sapukan pula cream putih untuk cermin depan, mulut, lampu depan dan belakang. Diikuti dengan warna kuning untuk lampu signal depan dan belakang serta nombor 95.Sedikit warna biru untuk mata dan warna hitam untuk anak mata kereta. Boleh tulis nama di atas spoiler dan umur di bahagian depan kereta. Warnakan pula cermin sisi dan bahagian atas kereta dengan cream kelabu. Rujuk gambar no 5.
  6. Setelah kerja-kerja mengecat kereta siap, bolehlah di pasang tayar menggunakan biskut oreo seperti gambar 6.

 Gambar 7 : Pandangan depan 
Gambar 8 :  Sisi kiri kereta

Gambar 9 : Pandangan belakang kereta dengan no pendaftaran 5522 (special number...hiks!)
Gambar 10 : Sama tak? Semasa proses membuatnya ada teguran dari qaeed hafiy 'kete apa xde tayar'...'cantik sikit je, warna mata tak sama'...adeiiii hebat engineer 3 tahun ni, semua sudut ditelitinya...Nasib baik bila dah siap tuan punya kereta sangat berpuashati dengan kek birthdaynya....'Sama macam kete Qaeed'. Lega mama mendengarnya...hilang penat mengadap kek ni hampir sehari dari proses membakar kek sambil berhenti kejap2 buat keje umah dan masak makan. 

Sekarang mamanya boleh bernafas lega, tiada lagi pertanyaan 'kek kete qaeed mana?'

Lagi Cake Deco di Lovely Kitchen :
Black Forest Cake Step by Step
Kek Kucing Miaw Miaw
Kek Strawberry
Cheese Cake Deco
Triple Chilled Strawberry Cheese Cake
Hello Kitty Cake
Strawberry Mousse Cake

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!! 

Tuesday, 27 September 2011

:-> Pernah Tengok 'Lidah' Rama-rama?


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.




Dari ulat jadi kepompong
Duduk tidur dalam kelongsong
Cukup masa kepompong pecah
BOoom!!
Jadi rama-rama yang indah
Rama-rama terbang merata
Sungguh cantik di awangan
Hisap madu di pohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama....



Lagu Rama-Rama masa zaman kanak-kanak. Mesti ramai yang tahu menyanyikan lagu di atas kan. Kali ini E-na bukan nak ajar menyanyi tetapi nak share gambar rama-rama yang sedang menghisap madu bunga Pokok Kucai di Taman Mini Edible Garden Lovely Kitchen.

Ada 2 antennae / sesungut...

Mula mengeluarkan 'lidah' nya...

Semakin nampak 'lidah' rama-rama ini...

Lagiiii panjang...

Leka E-na dan anak-anak mengadap rama-rama pagi tadi...seronok tengok semasa dia mengeluarkan dan memasukkan 'lidahnya'. Satu ilmu baru bagi anak-anak hari ini.

Sedang asyik menghisap madu...

Ada sesiapa tahu istilah sebenar 'lidah' rama-rama ni?... E-na blurrr sikit subject sains....klu terror dah jadi doctor...hihiii...


UPDATE :
Nama sebenar 'Lidah' rama-rama ini ialah PROBOSCIS. Thanks to anak murid cemerlang yang rajin buat homework hari ini Lady Ayu.

Untuk info lanjut boleh baca disini.


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

:-> Kangkung Goreng Belacan Udang



Kangkung di Jepun biasanya di jual dalam musim panas / natsu sahaja. Satu pack plastik seperti dalam gambar di atas harganya 158yen untuk 100gram di JUSCO / AEON. Di Nagoya ada Tachiya yang menjual barang basah dan keperluan harian dengan harga lebih murah. Kangkung 2 plastik = 200gram baru 150 yen.

Kangkung juga sedap dijadikan ulam mentah cicah budu, sambal belacan atau sambal kelapa.. Boleh juga di celur makan bersama nasi lemak atau sebagai ulam.


RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN UDANG

Bahan-bahan:
  • 200 gram kangkung
  • 7 ekor udang sederhana
  • 7 gram belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji cili api
  • 1 biji cili besar merah dihiris
  • garam dan perasa
  • sedikit air
Cara-cara:
  1. Kangkung dihiris asingkan batang dan daun bersama batang halus.
  2. Cuci bersih.
  3. Udang dibersihkan. 3 ekor udang di buang kulit dan dipotong kecil. 4 ekor lagi tinggalkan kulit dibahagian ekor udang sahaja.
  4. Bawang putih, bawang merah, cili api dan belacan di tumbuk.
  5. Panaskan sedikit minyak.
  6. Masukkan 2 sudu besar air ke dalam lesung batu dan kacau bahan tumbuk supaya bergaul dengan air.
  7. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  8. Masukkan udang, garam dan perasa, kacau rata.
  9. Kemudian masukkan batang kangkung, cili merah, kacau sekejap. Jika kering tambah sedikit air.
  10. Masukkan daun kangkung, kacau, cukup rasa tutup api.
  11. Hidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Monday, 26 September 2011

:-> Bread Butter Jam


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Menu biasa dan mudah untuk breakfast or sandwich. Rasa lemak butter dan masam manis blueberry jam menjadikannya tidak jemu untuk dinikmati selalu. Anak-anak suka, mamanya lagilah suka (senang dan cepat disediakan..hihiii)


RESEPI BREAD BUTTER JAM
(2 orang)

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • butter / marjerin
  • jem blueberry / strawberry atau apa sahaja jem kegemaran

Cara-cara:
  1. Sapu rata butter di atas sekeping roti.
  2. Sapu pula jem di atas sekeping roti lain.
  3. Lekatkan roti yang di sapu butter dengan roti yang disapu jem.
  4. Potong buang keliling roti yang keras.
  5. Belah dua membentuk segitiga.
  6. Ulang langkah 1-5 untuk roti seterusnya.
  7. Siap untuk dihidangkan atau sesuai juga untuk picnic dan birthday party.
  8. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Tuesday, 20 September 2011

:-> German Cookies SBS dan TIPS


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Biskut yang cair di mulut, menggunakan bahan-bahan yang simple tapi hasilnya sedap! E-na buat 3 adunan untuk raya. Buat Seminggu sebelum Hari Raya, tak sampai seminggu selepas raya tinggal balang kosong. Itupun sorok sikit untuk Hari Raya Pertama. Dah tau kalau display mesti licin sebelum raya lagi.



Penyediaan German Cookies juga mudah dan cepat. Tidak terhad untuk hidangan pada hari raya tetapi sesuai juga di jadikan kudapan sampingan hari-hari biasa. Resepi asal dari Hearty Bakes dan di kongsi oleh Rima. Thanks keduanya. E-na cuma tabur coloured chocolate rice di atas german cookies untuk menaikkan serinya.


Potato Starch yang E-na guna untuk buat German Cookies.

RESEPI GERMAN COOKIES
(~60 biji)


Bahan-bahan:

  • 125 gram butter
  • 125 potato starch / tepung kentang
  • 80 gram tepung gandum
  • 40 gram gula icing (E-na guna powdered sugar)

Cara-cara:
  1. Ayak tepung kentang bersama tepung gandum. Ketepikan.
  2. Putar butter dan gula icing sehingga putih dan kembang.
  3. Masukkan campuran tepung yang telah di ayak dan gaul rata menjdai doh yang lembut.
  4. Bulatkan menjadi sebiji doh besar. 
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Kemudian scoop adunan menggunakan 1/2 sudu besar. Rujuk gambar 1.
  7. Bulat-bulatkan dan susun di atas tray pembakar. Rujuk gambar 1.
  8. Celup garfu di dalam air dan tekan di atas bebola tadi sehingga membentuk corak. Rujuk gambar 2.
  9. Tabur chocolate rice coloured di atasnya. Rujuk gambar 3. Boleh juga dibiarkan kosong atau di tabur apa sahaja bahan yang anda suka.
  10. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 - 20 minit.
  11. Sejukkan di atas redai.
  12. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari LOVELY KITCHEN.


TIPS MEMBUAT GERMAN COOKIES DARI LOVELY KITCHEN

  • Sejukkan adunan di dalam peti sejuk untuk memudahkan proses membentuk cookies.
  • Celup garfu di dalam air untuk mengelakkan doh terlekat pada garfu.
  • Untuk mendapatkan doh yang licin dan tidak pecah di keliling cookies, siap bulatkan sebiji terus tekan dengan garfu, siap lagi sebiji tekan terus dgn garfu. begitulah sehingga abis.Jika tunggu semua dibulatkan, doh akan sedikit kering, itu yang merekah bila ditekan dengan garfu. Better ikut tips ini jika buat lebih dari 1 adunan.(gambar di atas masa 1st time buat, belum tau lagi ragamnya).


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Monday, 19 September 2011

:-> Cara Mudah Kukus Pulut Kuning STEP BY STEP


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Ada pelbagai cara memasak Pulut Kuning dan Pulut Pagi. Antaranya pulut direndam dengan kunyit dan asam keping, dikukus dan digaul dengan santan kemudian dikukus semula. Mengukus pulut cara tradisional seperti ini akan menghasilkan pulut kuning yang cantik berkilat dan masak lembut sekata dan tidak lembik. Boleh tengok disini cara memasaknya.

Selain itu Pulut Kuning juga boleh di masak menggunakan rice cooker. Kaedah ini agak senang cuma memerlukan banyak kali percubaan  untuk mendapatkan sukatan air yang sesuai dengan beras pulut. Jika tidak kemungkinan pulut akan menjadi lembik dan tekstur beras pulut akan hancur. Tengok disini cara memasak pulut kuning menggunakan rice cooker.

Lagi satu cara menggunakan periuk dan di masak di atas dapur. Biasanya cara ini digunakan mak E-na untuk memasak pulut pagi untuk di makan bersama kelapa(agak muda) parut diagaul dengan sedikit garam dan di makan dengan ikan masin/kering. Sedap ni!. 

Kali ini E-na nak kongsikan cara paling mudah mengukus pulut kuning juga pulut pagi atau apa2 jenis pulut. Cara ini juga yang E-na guna untuk mengukus pulut untuk di buat Lemang Tanpa BuluhLemang Pulut Kuning Special dan Pulut Kuning Sambal Ikan Bilis



RESEPI PULUT KUNING KUKUS MUDAH
(6-8 orang)


Bahan-bahan:
  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1-2 sudu besar gula (2 sb gula pulut terasa manis2 sesuai untuk pulut semangat)
  • 5 inci daun pandan / sehelai
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (tidak perlu pewarna jika mahu pulut putih, boleh letak warna lain yang di sukai/ mengikut kesesuaian kuih)
  • Loyang 20cm / 8 inci

Cara-cara:
  1. Panaskan peiuk kukus yang telah diisi air.
  2. Cuci beras pulut seperti biasa.
  3. Masukkan ke dalam loyang. Rujuk gambar 1.
  4. Kemudian masukkan santan, air, pewarna kuning, garam, daun pandan dan minyak masak ke dalam loyang yang berisi pulut tadi. Kacau rata. Rujuk gambar 2 dan 3.
  5. Bila air di dalam periuk kukus telah mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukus lapisan atas. Tutup kukusan. Rujuk gambar 4.
  6. Set timer selama 30 minit.
  7. Kacau pulut setiap 10 minit. Rujuk gambar 5.
  8. Selepas 30 minit, juka pulut masih tidak masak masukkan 1-2 sudu besar air panas, kacau dan kukus semula 10 minit.
  9. Bila pulut sudah masak, masukkan ke dalam rice cooker dan warm kan sahaja. 
  10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama rendang, serunding, sambal tumis, dan apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Sukatan diatas untuk beras pulut jepun yang E-na guna. Klik di sini untuk gambar beras pulut Jepun.. Adjust sukatan cecair dengan beras pulut anda.


TIPS KUKUS PULUT MUDAH DARI LOVELY KITCHEN

  • Kacau pulut setiap 10 minit untuk mendapatkan pulut yang masak sekata.
  • Lebihkan santan, kurangkan air (tetapi jumlah cecair masih sama) jika mahu pulut lebih rasa lemak. 
  • Tambah sedikit air panas jika pulut masih belum masak sekata selepas 30 minit , kacau dan kukus lagi.
  • Masukkan pulut yang telah masak ke dalam rice cooker dengan function'warm' untuk kekalkan kepanasan pulut.
  • Boleh gunakan pewarna lain jika mahukan pulut bewarna merah / biru/ hijau dan sebagainya.
  • Cara ini juga sesuai untuk buat pulut panggang, lopes, pulut pagi, atau apa sahaja kuih yang mernggunakan pulut yang dikukus.

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Friday, 16 September 2011

:-> Black Forest Cake Step by Step


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Kek Black Forest yang E-na buat sebagai buah tangan untuk majlis rumah terbuka adik-adik bujang Nagoya Universiti bergabung dengan satu  family pada hari Ahad 6 Syawal.  . Hanya tinggal 5 orang adik-adik bujang yang beraya di Nagoya, yang lain semuanya balik berpuasa dan beraya di Malaysia.

Menu utama satay ayam dan daging, kuah kacang, mee bandung muar. Memang kenyang betul makan satay hari tu. Adik-adik teruna Meidai menyucuk satay sebanyak 6kg ayam dan 2 kg daging untuk menjamu warga Nagoya. Memang rajin kan...lain kali boleh buat lagi ye dik...sedap!!


Kek Black Forest yang sama E-na guna untuk Ucapan Raya kat sini. Hari ini E-na kongsikan cara E-na buat Kek Black Forest. Mula-mula sediakan Kek Sponge Chocolate. Boleh disediakan sehari sebelum deco kek. E-na minta maaf sebab tak tahu siapa empunya resepi Kek Sponge Chocolate  yang E-na guna ni. Minta di halalkan dan E-na share di Lovely Kitchen pula.

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
  • 3 biji kuning telur
  • 100 gram gula castor
  • 120 gram tepung kek
  • 50 ml minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B:
  • 30 gram serbuk koko Van Houtan
  • 120 ml air panas.
Cara-cara:
  1. Satukan bahan B.
  2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
  3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C:
  • 3 biji putih telur
  • 60 gram gula castor
  • 1/4 sudu kecil cream of tar tar
  • Loyang kek 18cm / 7inci
Cara-cara:
  1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
  5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
  6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
  9. Sejukkan di atas redai.

CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:

  • Whipped Cream (200ml)
  • 25 gram gula halus
  • Chocolate Syrup Hershey's
  • Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
  • Buah cherry bertangkai secukupnya (E-na guna 6 biji)
  • Chocolate parut
Cara-cara:
  1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis. Rujuk gambar 1.
  2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
  3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Rujuk gambar 2.
  4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas Chocolate Syrup Hershey's. Rujuk gambar 3. (Gambar ni di ambil semasa lapisan kedua, masa lapisan pertama lupa nak snap)
  5. Susun Dark Pitted Cherry. E-na guna peach dalam tin. Rujuk gambar 4.
  6. Tutup dengan satu lapisan kek. 
  7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
  8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek. Rujuk gambar 5.
  9. Tabur chocolate parut di tengah kek. Rujuk gambar 6. Letakkan juga di keliling kek (E-na tak buat).
  10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek. E-na buat 6 ketul. Rujuk gambar 7.
  11. Boleh tulis wording jika mahu.
  12. Susun buah ceri di atas krim putar rosset. Boleh lelehkan sedikit  Chocolate Syrup Hershey's di sekeliling kek.
  13. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



Cooking chocolate yang di parut menggunakan peeler atau pisau untuk ditabur di atas dan sisi kek.




NOTE : 
  • Whipped Cream 200ml cukup-cukup je dengan saiz kek ini. Jika mahu cream yang lebih tebal boleh tambah sukatan whipped cream.
  • Gambar kek selepas dipotong memang tak snap pun. Segan la kat rumah orang...sorry ye.

Rakan yang telah mencuba Resepi Black Forest Cake:



Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Thursday, 15 September 2011

:-> Raya Ketiga, 'Open House Lagi ke?'


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini bersama rakan-rakan anda di Facebook.. Sharing is Caring...TQVM.


1 September 2011 (Hari Raya Ketiga) rutin kami seperti biasa. Dua hari dah makan macam-macam dan hari raya ketiga mulalah nak makan nasi lauk sempoi berulam.

Pokok Ulam Raja yang E-na tanam kat sini dah boleh di petik. Ini kali ke 3 kami merasa makan Ulam Raja dari pokok yang di tanam di bumi nihon.. Suka sangat coz dah 2 tahun lebih tak makan ulam raja. Bagi peminat ulam dan budu mesti tertarik dengan ulam kat atas tu kan.




Di Malaysia pelbagai jenis ulam senang di dapati. Pucuk ubi, pucuk keledek, pucuk beko, pucuk gajus/ ketereh, petola, pucuk paku, jantung pisang, pucuk serai kayu, pucuk kaccang, ulam raja, sulur kunyit, pegaga, petai, bunga kunyit, pucuk jenerih, jering, kerdas, rebung, terung, daun sup, bendi, tenggek burung / cabang tiga dan macam2 lagi.

Kat Jepun antara sayur yang boleh dijadikan ulam seperti dalam gambar di atas daun sup jepun (kiri dalam gambar). Sekali tengok macam pegaga pun ada kan. Gambar daun sup Jepun tengok kat sini. Rasa dia adalah sipi2 rasa pegaga. Rebung mudah di dapati di sini.  Ulam lain hanyalah timun, terung, salad dan bendi serta ada salad jepun yang E-na tak tau nama pe. Tak banyak kan....


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Tuesday, 13 September 2011

:-> Raya Kedua, National Day and Our 11th Wedding Anniversary


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

31 August 2011 menjadi sejarah apabila kita semua merayakan Aidilfitri sekali dengan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 54. Bagi E-na dan hubby 31 August adalah tarikh yang begitu bermakna. Setelah 4 tahun bersulam cinta dan rindu kami disatukan dalam majlis akad nikah dan majlis perkahwinan pada hari yang sama 31 August 2000.

Sambutan Anniversary kami pada tahun ini cukup meriah dengan 3 undangan open house di Nagoya. Tahun-tahun sudah kami di Nagoya mengadakan open house pada hujung minggu tapi tahun ini ada sedikit kelainan yang mana raya kedua terus meriah dengan rumah terbuka. Sebenarnya nak meraikan anibesari kami la tu...hihiii....(perasan kejap)

Memang beraya sakan hari tu...dari tengahari sampai malam baru balik rumah. Perut memang penuh dengan aneka juadah. Menu rumah pertama : Mee bandung, Nasi impit kuah kacang dan serunding, pasta, beberapa jenis dessert dan kek buah. Menu rumah kedua : Nasi Ayam, Laksa Penang, beberapa jenis jelly, kek gula hangus, kek marble dan beberapa jenis biskut raya. Menu rumah ketiga : Nasi tomato, ayam masak merah, Lodeh, tempe grg sambal, nasi impit, kuah kacang, biskut raya.

Dan sebagai ingatan di hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 11, E-na buatkan Farbrozen Kenari sebelum ke Open house. Alhamdulillah hubby suka dengan rasa cookies ni. Itulah hadiah anniversary dari E-na...hihiii. Bagi E-na  Farmbrozen Kenari ni sangat sedap. Memang akan di buat lagi lepas ni. Buatnya senang cuma mengambil masa yang lama untuk masak lapisan atas. 

Terpikat dengan hasil di rumah Ita dan E-na terus buat ikut cara Ita cuma bagi kami lapisan atas masih lagi manis dan akan di kurangkan lagi selepas ini. Gandingan kacang gajus dan fresh blueberry menjadikan rasa  Farmbrozen Kenari sangat sedap! Thanks Ita...

Resepi di bawah telah di buat mengikut citarasa E-na dan hubby. Resepi asal boleh tengok disini dan disini.


RESEPI FARMBROZEN KENARI

Lapisan Base (cookies)
Bahan-bahan:
  • 140 gram tepung gandum di ayak.
  • 25 gram gula castor
  • 90gram butter
  • Loyang 4 segi 18cm

Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.
  4. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.
  5. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.(E-na bakar 20 minit).
  6. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan
  7. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu  cookies sejuk.

Lapisan Topping
Bahan-bahan:
  • 60 gram putih telur (~ 2biji putih telur)
  • 40 gram gula aising (E-na guna powdered sugar)
  • 1 sudu kecil tepung jagung.
  • Blueberry jem / strawberry jem secukupnya.
  • 25-30 gram gajus
  • sedikit fresh blueberry / dried blueberry

Cara-cara:
  1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.
  2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi.
  3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan.
  4. Tabur kacang gajus dan fresh blueberry
  5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam. E-na bakar dengan suhu 110 degree selama 1 1/2 jam.
  6. Bila sentuh permukaan topping dah kering, tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.
  7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE :

  • Resepi Farmbrozen Kenari Step by Step Bergambar click disini.
  • Cookies ini agak rapuh dan gebu, berhati-hati semasa  memotong.
  • Gajus boleh diganti dengan badam cincang/ hazelnut / kacang tanah atau apa sahaja bahan yang sesuai.



Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Sunday, 11 September 2011

:-> Bunga Nasi Kerabu Dah Kembang tapiiiii....


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Inilah rupa bunga yang digunakan untuk buat nasi kerabu bewarna biru. Bunga Nasi Kerabu atau nama lainnya Bunga Telang.

Ada kejadian pelik bagi E-na mengenai pokok bunga telang ini. Begini ceritanya...E-na tanam benih yang mak kirim masa autumn tahun lepas. Tumbuh 3 pokok tapi belum sempat berbunga mati sebab winter. E-na biar je pasu tu kat luar rumah tanpa siram.

Bila ada hujan awal summer tahun ni, pokok bunga telang ni tumbuh semula. bukan 3 tapi 5 pokok! What a surprise!! Macam mana pokok2 ni boleh hidup sedangkan sudah mati sblm ni dan tanahnya  kering kontang  ...itu yang menghairankan E-na.

 Pokok Bunga Telang posing dalam rumah...kat luar panas sgt masa nak shot ni...


Pandangan sisi bunga nasi kerabu...Seronok tgk bunganya yang cantik tapi rasanya pokok ni pun tak boleh nak hidup lama...hama telah menyerang daun2nya...nampak kan dalam gambar kat atas ni daun bunga telang tidak cantik menghijau...colournya bertompok putih...huhuuuu....


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM.

Saturday, 10 September 2011

:-> Surprise Birthday Gift



Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini bersama rakan-rakan anda di Facebook.. Sharing is Caring...TQVM.




Ada surprise Birthday Pulut Kuning dan Birthday Curry Puff untuk E-na masa pergi Budou Gari (petik anggur) pagi tadi. Terharu rasanya bila ada kawan susah payah masak, deco dan bawa jauh2 something khas untuk kita. 

Tengok kat bawah ni cantik kan pulut kuning cake untuk birthday E-na. Thanks so much Yus! Dalam badan tak berapa sihat sempat juga Yus buatkan pulut kuning siap dengan rendang hitam daging lagi.


Dan di bawah ini surprise dari Dayah...

Cantik kan pink ribbon kotak2 tu...I like!! Yang ini 'Birthday Curry Puff' special  from Norhidayah. 

Sungguh E-na terharu and happy atas ingatan ini. Thanks so much atas susah payah kalian berdua. Love both of you, Yus and Dayah...really appreciate it!! Muaahhhss!!

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Friday, 9 September 2011

:-> Lovely Kitchen is 2...


Hari ini 9 September 2011 genap 2 tahun usia Lovely Kitchen. Alhamdulillah dengan sokongan my beloved hubby, kawan-kawan dan semua pengunjung sama ada yang meninggalkan jejak atau silent reader, Lovely Kitchen dapat bertahan sehingga ke hari ini. 

9 September juga adalah hari lahir E-na. Tepat jam 9.30 malam E-na lahir ke dunia di malam bulan purnama bersamaan 14 Ramadhan. Saja wujudkan blog ini pada tarikh birthday E-na supaya senang untuk diingati.

Entry pertama Lovely Kitchen adalah 'Agar-agar Trio Santan' pada 9 September 2009. Lovely Kitchen berkisar pada makanan, resepi, photograph, tips, edible garden dan apa sahaja yang berkaitan dengan dapur. Walaupun Lovely Kitchen tidak sepopular Blog Masakan lain, tapi E-na cukup berpuas hati dengan perkembangan positif yang di terima. 

Semoga segala usaha kita untuk berkongsi info dalam bidang masakan dan aktiviti di dapur di redhai Allah dan mendapat rahmat dariNya.....Ilmu yang dikongsi tidak akan berkurang malah akan digandakan lagi, Insyaallah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...