Lebih kurang sejam lebih juga E-na menulis dan menyiapkan 'kad-kad raya' di bawah tu. Teringat kembali zaman menulis kad raya dulu-dulu. Dan yang paling seronok waktu terima kad raya. Dapat pula posmen hantar 4/5 keping kad sehari...memang hati berbunga riang kan. Sekarang dah makin kurang budaya menulis kad raya.
Sebenarnya kad raya di atas adalah untuk blogger yang join aktiviti di
blog Deqlis. E-na tau pun sbb
Deqlis ada tinggalkan komen dalam n3 LK. Thanks untuk
Deqlis yang anjurkan xtvt seperti ini. Tujuan E-na join adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak budaya menulis, menerima dan nanti menggantung kad raya. Untuk bloggers yang join terimalah seadanya kad raya dari jepun...xdelah gambar ketupat, lemang, masjid sebagainya ye...
Sebelum jumpa blog Deqlis, E-na dan anak-anak dah buat 'Kad Raya untuk Nenek-nenek di kampung'. Enjoy sangat buat kad raya. Walaupun hanya 2 keping kad tapi 2 hari juga nak siapkan...maklumlah mamanya sibuk juga di dapur dan urusan seharian.
E-na buat aktiviti mencari letter dalam magazine bagi perkataan 'AIDILFITRI 2011'. Sesuai untuk Shasya (5yrs) dan Hafiy(3yrs) identify the alphabet. Menggunting dan menampal huruf-huruf tersebut bagus untuk fine motor skill anak-anak. Kakak Damia melukis dan menggunting flowers untuk decorate kad, juga menulis kad raya.
Kad Raya untuk Nenek Masitah....Tulisan Shasya 'Kami SayangNenek' untuk kedua-dua kad.
Kad Raya untuk Nenek Zainun.
2 versi...jawi dan rumi...tulisan kakak Damia.
Ni semua kad raya untuk di pos....7 keping untuk blogger dan 2 keping untuk nenek-nenek tersayang. Semua dah pos semalam... kos setem 220 yen each...