Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.
Udang Celup Tepung atau Udang Goreng Tepung, mana-mana pun boleh. Bagi yang suka menjamu selera di kedai masakan panas thailand mesti pernah merasai kenikmatan udang celup tepung. Boleh tahan juga harganya kan. Sepinggan dalam 5 atau 6 ekor berharga lebih kurang RM3.50. Kalau nak makan banyak kita buat sendiri.
Nak buat Udang Celup Tepung tak susah cuma perlukan masa agak lama untuk penyediaannya. Makan kejap je habis kan. Bagi E-na memang berbaloi masak udang celup tepung sebab anak-anak dan hubby memang suka sangat. Kalau nampak udang tersusun seperti dalam gambar di bawah, semua dah tau mama nak buat udang celup tepung. Memang excited nak makan dan tak sempat nak snap gambar.
Udang Celup Tepung ini sedap di hidangkan panas-panas baru terasa keranggupan tepung yang menyaluti udang. Boleh di goreng lurus seperti ebi tenpura (udang tempura) dan ebi fry (udang goreng breadcrumbs) atau boleh juga dibiarkan bengkok semulajadi seperti di sini (klik).
Resepi Udang Goreng Tepung Kedai Thai
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 20 - 30 ekor udang
- 80 gram tepung gandum
- 100 ml air
- 1 sudu kecil baking powder
- sedikit garam
- sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)
Cara Membuatnya :
- Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
- Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
- Biarkan selama 20-30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus. (Goreng terus pun boleh)
- Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
- Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan bahagian ekor udang benar-benar kering.
- Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
- Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
- Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
- Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
- Angkat dan toskan.
- Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.
Note :
- Sukatan resepi diatas cukup untuk 30 ekor udang bersaiz 3.5 inci hingga 4 inci panjang.
- Kali ini E-na terus goreng selepas 5 minit bancuh tepung. Ikut kesesuaian masa, rasa udang tetap sama. Cuma jika biarkan dlm 20 minit tepung lebih kembong.
- Hiris menyerong bahagian bawah udang untuk mendapatkan udang yang lurus. Buat dalam 3-5 hirisan ebrgantung kpd saiz udang(sikit je jgn sampai putus pulak).
- Pastikan bahagian ekor udang (yg tidak bersalut tepung) betul2 kering sebelum masak bagi mengelakkan dari minyak meletup.
- Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....
- Biarkan bancuhan tepung selama 20-30 minit sebelum digoreng untuk dapat salutan tepung yang kembung pada udang seperti disini (klik).
Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry Chocolate Banana Cupcake dan Soubetsukai and new Lovely Messages. Thanks...
- Kak Ctnaemah
- nonierahman
- Juwita Jamaludin
- Lady Ayu
- Kak Ct Delima
- Lieya
- Anna Qawina
- Ida Japan
- Alin Marlini
- Tina Othman
- Amie
- Soo Hae Daa
- Nieza
- Cik Cek
- Jassnani
- Ijan
- zura
- kak ilahjy
