Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

PUCUK JENERIH





Ulam ulaman yang di beli di Pasar Stadium Shah Alam pada ahad lalu. Petai, kacang botol / kacang botor / kacang kelisa, pucuk tere / pucuk gajus dan pucuk Jenerih. Inilah salah satu kelebihan tinggal di Shah Alam. Pelbagai jenis ulam mudah didapati. Selain Pasar Stadium Shah Alam, kami juga selalu membeli ulam di Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam. Pucuk Jenerih juga selalunya ada di jual di sana. Dan kadang-kadang ulam-ulam kampung juga boleh di dapati di pasar malam sekitar Shah Alam.

Ulam yang telah siap terhidang untuk di makan pada hari minggu yang lalu. Segarrrr dari ladang kan...kesegarannya teserlah seperti baru petik di keliling rumah je.

Berbalik ke pada Pucuk Jenerih, rasanya sedap lemak-lemak mungkin ada sedikit rasa kelat (x rasa pun bagi yg minat ulam). Pucuh jenerih muda bewarna kemerah-merahan. Jika disimpan lama di dalam peti pucuk ini akan sedikit keras / liat,  tidak rapuh seperti baru beli. Seakan ianya mengalami proses tumbesaran pula.

Menurut blogger yang pakar tentang pokok, En. Adry, pokok jenerih ada 2 jenis.  Satu jenis menjalar dan satu lagi jenis pokok balak. Menurut beliau pucuk dari pokok besar lebih sedap. Jenerih juga ada dua jenis satu pucuknya hijau dan satu lagi pucuknya hijau kemerahan.  

Antara khasiat pucuk jenerih ialah membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan. (kias Fansuri di fb tv3)

Ni ulam pucuk jenerih dan  pucuk gajus sebelum di cuci. Pucuk Jenerih satu ikat RM1 dan Pucuk Tere atau pucuk gajus behaga RM2 seikat. Pucuk Tere / Gajus ada 2 jenis. Nanti E-na cerita di lain masa.

Mari kita tengok rupa pokok Jenerih. Dibawah ini gambar pokok jenerih dari blog kasutVINCCI.




Ini pula gambar pokok Jenerih di taman Ajwadamzar. kredit utk kedua pemilik gambar pokok jenerih.



Ada satu Pokok Jenerih Keramat yang berusia 200 tahun.

Besar sungguh pokok jenerih ni.

Bahawasanya dipertuturkan dari mulut ke mulut sejak dahulu kala lagi ( Generasi ke generasi) dikatakan Pokok Jenerih Keramat ini dijadikan tempat pemujaan, jampi serapah dan tempat Pemasongan jin, iblis, syaitan serta hantu jembalang yang jahat dan khianat kepada manusia.


     Pemasongan makhlok halus ini dengan menggunakan paku panjang oleh bomoh-bomoh yang masyhur setelah sehari mengubati pesakit. Paku Panjang adalah senjata utama untuk Pemasongan.


     Kesan tikaman pada pokok ini telah membentuk bengkak-bengkak dan bonggol-bonggol dibatang pokok yang mana dapat dilihat sehingga sekarang.


Info ini dari blog My Home Town. Terima kasih atas perkongsian.




Inilah serba sedikit info tentang pucuk jenerih yang sedap di makan sebagai ulam mentah. Tapi awas basuh bersih-bersih sebelum makan ya!



Monday, 6 February 2012

Gulai Kuning 3 in 1


Salam Maulidur Rasul untuk semua  pelawat Lovely Kitchen. Terima Kasih kepada semua yang memberi ucapan tahniah dalam entry sebelum ini

Menu kali ini adalah menu biasa di Lovely Kitchen tapi belum pernah publish. Bila dah ramai dalam satu rumah citarasa pun macam-macam. Ada yang suka udang tak suka telur, suka telur tapi tak makan sayur. Jadinya untuk menyenangkan, E-na satukan udang, telur dan nangka dalam satu menu dan namakan Gulai Kuning 3 in 1. Gulai telur / nangka yang di campur udang sebegini akan lebih sedap dek kemanisan air udang. Kalau buat Gulai Kuning Telur pun biasanya E-na akan masukkan beberapa ekor udang untuk menyedapkan kuahnya. Asalnya permintaan hubby yang suruh masukkan Udang dalam gulai telur...nak tau kesedapannya kena cuba dulu ye...



RESEPI GULAI KUNING 3 IN 1

Bahan-bahan:
  • 1 tin nangka
  • 8 ekor udang (dicuci) 
  • 2 biji telur
  • 3 hiris lengkuas *
  • 3 hiris halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • Sedikit cili padi (ikut kepedasan)*
  • 1 batang serai di titik
  • 1/2 keping asam gelugor/ asam keping
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 200 ml santan dalam tin
  • Air secukupnya
  • garam dan perasa
  • sedikit minyak masak.
Cara Membuatnya:
  1. Toskan nangka. Rebus sekejap dalam air mendidih. Angkat, tos dan buang empulurnya.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda *.
  3. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya bersama asam keping, serbuk kunyit,serai dan nangka.
  5. Kacau sehingga mendidih. Perasakan garam secukupnya.
  6. Perlahankan api, pecahkan 2 biji telur ke dalam kuah. Menggunakan api sederhana siram kuah ke atas telur perlahan2 supaya tidak pecah.
  7. Masukkan udang. Bila mendidih dan udang masak bolehlah angkat. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Gulai jangan terlalu cair ye...jgn pula terlalu pekat, baru terasa lemaknya.


TIPS LOVELY KITCHEN
  1. Rebus sebentar Nangka (dalam tin) sebelum digunakan dalam sebarang masakan untuk mengurangkan bau dan rasa masam Nangka.
  2. Rebus Nangka hingga empuk jika menggunakan nangka fresh.
  3. Jika menggunakan kunyit hidup, kisar bersama bahan kisar.
  4. Cuci buang tahi /kotoran udang tapi jangan buang kulit udang untuk mengekalkan kemanisannya.

Lagi entry Nangka klik di bawah:
  1. Gulai Nangka Muda dan Ayam
  2. Rendang Pedas Nangka 

Thursday, 3 November 2011

Takenoko aka Rebung di Jepun





Sebelum masak untuk lunch  semalam E-na sempat ambil gambar rebung kat atas ni. Tengah malam tengok n3 Ika Cheese Burger ada lovely mesage dari Ita Yokohama bertanya tentang rebung di jepun. Macam tahu-tahu je E-na ada ambil gambar rebung...ada sense ye ita...he he...

Rebung ni orang jepun panggil takenoko. Omputih kata Bamboo Shoot or Bamboo Sprout. Takenoko adalah antara sayur kegemaran mereka dan senang di dapati di mana-mana supermarket. Yang biasa ada di Tachiya 2 jenis pack. Yang besar seketul macam dalam gambar dan yang saiz kecil-kecil di pack 3 or 4 ketul dalam satu pack.  E-na biasa beli di Tachiya yang besar ni sebab murah sikit.

E-na masak lemak cili api ketam bersama rebung untuk menu lunch dan dinner semalam. Rebung ni sedap juga di goreng sambal, goreng dengan daging/ udang, kari, kerabu, atau buat ulam. Cara guna cuma belah 2 dan hiris nipis. Kalau nak lagi kecil boleh belah 4 kemudian hiris nipis. Kemudian basuh dengan air dan sejatkan / tos...dan boleh di masak macam biasa. Kalau nak buat ulam cicah budu, sambal belacan atau sambal kelapa pun sedap. Cuma didihkan air  dalam periuk kemudian masukkan rebung yang telah di potong dan dibersihkan tadi. Celur sehingga lembut tapi jangan sampai lembik tak sedap pula. 

Ok itu saja info tentang bahan masakan di jepun kali ini. Moga sedikit sebanyak memberi menfaat pada semua. Hari ini public holiday di Jepun...yehaaaa cuti!! Breakfast hari ni pun di taja oleh student yang cuti dari lab...Nanti E-na upload menu breakfast kami pagi ini special air tangan my beloved...he he....




Tuesday, 25 October 2011

Tofu Vege With Sweet Chilli Sauce


Menu sihat yang sedap di makan begitu sahaja atau dijadikan sayur dalam hidangan nasi putih. Sangat sesuai untuk dinner bagi mereka yang diet atau tidak mengambil nasi pada waktu dinner. Makan Tofu Vege with Sweet Chilli Sauce gerenti kenyang. Nak buat pun senang, lebih kurang macam TAUHU SUMBAT SEGERA cuma cara presentation sahaja yang berbeza. Bila dipotong2 begini lebih senang di makan. Biasanya E-na ratah je untuk minum petang, makan malam atau pun breakfast.

Gambar Sweet Chilli Sauce yang E-na guna disini. 100 yen sebotol di Tachiya. Rasanya seakan-akan Sos cili thai. 

RESEPI TOFU VEGE WITH SWEET CHILLI SAUCE
(2-3 orang)

Bahan-bahan:
  • 2 keping tauhu goreng (E-na guna yang dah siap goreng)
  • 1/2 batang timun
  • 1/2 batang carrot
  • 100 gram taugeh
  • Sweet Chilli Sauce / Sos Chilli Thai secukupnya
Cara-cara:
  1. Cuci timun, carrot dan taugeh.
  2. Didihkan air. Jika beli yang siap digoreng, celur sekejap supaya lebih lembut. Angkat dan toskan.
  3. Potong carrot sebesar batang mancis dan rebus sehingga lembut. Toskan.
  4. Kemudian tutup api dan masukkan taugeh ke dalam air rebusan tadi, kacau dan terus angkat. Jangan lama dalam air panas nanti lembik. Toskan.
  5. Potong timun dan tauhu seperti dalam gambar di atas.
  6. Hidangkan seperti dalam gambar di bawah. Bila hendak makan baru di curahkan sweet chilli sauce atau sos cili thai dan gaul rata. Sedia untuk di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen. 


TIPS DARI LOVELY KITCHEN
  • Gaul dengan sweet chilli sauce semasa hendak makan supaya tidak berair dan basah.
  • Rendam sekejap taugeh dalam air panas supaya lebih ranggup dan tidak lembik.

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry NASI KERABU BIRU DAN PENGIKUTNYA. Thanks... 

Tuesday, 27 September 2011

:-> Kangkung Goreng Belacan Udang



Kangkung di Jepun biasanya di jual dalam musim panas / natsu sahaja. Satu pack plastik seperti dalam gambar di atas harganya 158yen untuk 100gram di JUSCO / AEON. Di Nagoya ada Tachiya yang menjual barang basah dan keperluan harian dengan harga lebih murah. Kangkung 2 plastik = 200gram baru 150 yen.

Kangkung juga sedap dijadikan ulam mentah cicah budu, sambal belacan atau sambal kelapa.. Boleh juga di celur makan bersama nasi lemak atau sebagai ulam.


RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN UDANG

Bahan-bahan:
  • 200 gram kangkung
  • 7 ekor udang sederhana
  • 7 gram belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji cili api
  • 1 biji cili besar merah dihiris
  • garam dan perasa
  • sedikit air
Cara-cara:
  1. Kangkung dihiris asingkan batang dan daun bersama batang halus.
  2. Cuci bersih.
  3. Udang dibersihkan. 3 ekor udang di buang kulit dan dipotong kecil. 4 ekor lagi tinggalkan kulit dibahagian ekor udang sahaja.
  4. Bawang putih, bawang merah, cili api dan belacan di tumbuk.
  5. Panaskan sedikit minyak.
  6. Masukkan 2 sudu besar air ke dalam lesung batu dan kacau bahan tumbuk supaya bergaul dengan air.
  7. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  8. Masukkan udang, garam dan perasa, kacau rata.
  9. Kemudian masukkan batang kangkung, cili merah, kacau sekejap. Jika kering tambah sedikit air.
  10. Masukkan daun kangkung, kacau, cukup rasa tutup api.
  11. Hidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Friday, 24 June 2011

:-> Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang


Tu diaaa kerabu Pucuk paku jepun! Rupa nak sama, bau nak sama tapi rasa memang tak samaaa...Sedap Pucuk Paku yang kat Malaysia lagi! Pahit sikit rasa pucuk paku jepun ni...patutlah orang jepun kutip pucuk-pucuk sahaja untuk dimakan, daun muda yang dah kembang tak di ambil. Terjawablah sudah persoalan E-na dalam n3 sebelum ini.

Bahagian batang tu laaaagi pahit! Nasib baik E-na buat kerabu jadi rasanya oklah sikit sebab ada rasa masam2 dan pedas. Kalaulah di goreng kicap agaknya tak ter makan kami.... Habis juga 2 ikat pucuk paku yang e-na buat kerabu. Bahagian batang tu je buang sebab dah tak tahan sangat pahitnya. Pada E-na sedap lagi rasa pucuk mengkudu muda makan mentah buat ulam. Pahit-pahit tapi sedap.

Tapi tak apalah itu semua pengalaman. Kalau tak cuba tak tahu...Untuk as, ita, umie, dah terjawab rasa pucuk paku ni, kalau berani boleh try tapi kalau tak suka sayur-sayur pahit, lupakan saja...hihiii.

Kerabu di atas e-na buat guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja. Kerang kat sini saiznya besar-besar sangat, sampai takut nak beli buat makan... Insyaallah balik Malaysia nantilah makan pucuk paku kerang sedap!

Di bawah ini E-na masukkan resepi kerabu pucuk paku yang biasa di buat masa kat Malaysia dulu. Resepi dari bonda tercinta. Sedap tau! Rasanya dah tak de bahan yang terlupa taip. Sukatan tu E-na agak-agak je, biasalah masa masak main campak-campak, takde guna resepi bagai... Sesiapa yang nak mencuba pandai-pandailah ejas kesesuaian rasanya. Insyaallah jadi...

RESEPI PUCUK PAKU KERANG BONDA ZAINUN

Bahan A
  • 2 ikat pucuk paku
  • 300g kerang
  • 1 ekor ikan saiz sedang( kembong / selayang/ selar)
  • 2 keping asam gelugor/keping
  • Garam
  • Air untuk merebus ikan
Bahan B:
  • 4 ulas bawang merah
  • 4-6 biji cili api
  • 7-8 biji lada hitam @ 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
Bahan C :
  • 50ml pati santan
  • 30g kerisik
  • 1 biji lada besar merah dipotong nipis
  • Garam dan gula/perasa
  • Air asam jawa secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Ikan di rebus dengan garam dan asam gelugor. Tos dan sejukkan.
  2. Ikan di buang tulang dan di ambil isinya. Ketepikan.
  3. Kerang dicuci dan di rebus dengan sedikit garam.
  4. Ambil isi kerang. Ketepikan.
  5. Pucuk paku di ambil bahagian yang lembut sahaja (selagi boleh patahkan dgn tangan tu ok boleh diambil), cuci, celur sebentar.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Tumbuk semua bahan B, masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
  8. Satukan kerisik kedalam bahan isi ikan dan gaul rata.
  9. Pucuk paku di perah sedikit untuk mengeluarkan air rebusan. Masukkan pucuk paku, kerang, cili besar, semua bahan tumbuk, air asam jawa,santan, garam, sedikit gula/perasa dan gaul rata.
  10. Perasakan cukup masam, masin, pedas. Sedia untuk di hidangkan. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :
  • Jika ingin tahan lama kerabu pucuk paku ini tidak perlu letak santan.
  • Boleh gantikan air asam jawa dengan perahan limau nipis.

TIPS MENCUCI PUCUK PAKU
  • Rendam Pucuk paku yang telah dipotong dalam bekas yang airnya tidak tenggelam pucuk paku. Selepas 5 minit boleh nampak ulat-ulat daun di daun/batang pucuk paku yg tidak tenggelam dengan air. Buang ulat-ulat tersebut. Tips ini berkesan untuk pucuk paku yang masih fresh (ulat-ulat pun masih hidup ;p). Elakkan dari mengisi garam di dalam air kerana ulat-ulat akan mati dan terperangkap di dalam pucuk paku.

TIPS SUPAYA PUCUK PAKU KEKAL WARNA HIJAU BERSERI
  • Masukkan ais ke dalam bekas pucuk paku yang baru diangkat dari periuk rebusan. Gaul dan kemudian baru perah buang airnya.

Wednesday, 22 June 2011

:-> Pucuk Paku Jepun


Teringin nak makan pucuk paku. Hubby nampak sayur ni di Tachiya terus beli 2 ikat. 100yen seikat. Ada rupa macam pucuk paku di Malaysia kan, tu yang bagi nama Pucuk Paku Jepun. Ada sesape tahu nama sebenar sayur kat atas?

Kalau pucuk paku di Malaysia, E-na suka buat kerabu, goreng kicap, atau celur buat ulam. Dapat pucuk paku jepun ni memang terus je rasa nak buat kerabu pucuk paku. Masa potong sayur ni terfikir juga kenapa hanya pucuk sahaja yang di ambil...apsal daun yang muda-muda baru nak kembang tak dikutip sekali ye.

Jadi ke kerabu pucuk paku jepun e-na? Sama ke rasa dengan pucuk paku di Malaysia? E-na pun suspen juga masa masak tu...tak sabar nak menikmati rasanya...Nanti E-na cerita dalam next n3 ok...

Wednesday, 1 June 2011

:-> Kerabu Taugeh Seri Rampai



Resepi Kerabu Taugeh Seri Rampai


Bahan-bahan :
  • 200g taugeh
  • 4 ekor udang sederhana besar
  • 4 batang kacang buncis / kacang panjang
  • 4 tangkai daun kesum (ambil 3/4 helai daun dari pucuk)
  • 1 biji cili besar merah
  • 1 biji cili api (ikut kepedasan masing2)
  • 2 sudu besar kelapa kering / kelapa parut
  • bawang besar dihiris nipis
  • sedikit serbuk lada hitam kasar
  • lemon / limau nipis
  • garam
  • gula dan perasa

Cara Menyediakannya :
  1. Taugeh di buang ekor/ akar dan dibersihkan.
  2. Udang dibuang kulit, tinggalkan kulit bahagian ekor kemudian dibersihkan.
  3. Didihkan air di dalam periuk.
  4. Masukkan udang dan bila udang agak masak tutup api dan masukkan taugeh. Kacau rata angkat dan toskan.
  5. Goreng kelapa kering tanpa minyak. Selalu balik-balikkan supaya tidak hangit. Bila dah perang coklat angkat dan tumbuk supaya hancur.
  6. Di dalam bekas masukkan taugeh, kacang buncis yang dihiris bulat setebal 2-3mm, daun kesum yang dihiris halus, udang yang di potong 4 atau 5, kelapa tumbuk, bawang besar, cili merah dan cili padi yang di hiris, serbuk lada hitam,garam, gula dan perasa.
  7. Perahkan lemon dan gaul rata.
  8. Rasakan cukup masin, masam, pedas dan hidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...