Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

PANCAKE BUTTERMILK PISANG DAN TIPS


Buttermilk Banana Pancake untuk sarapan pagi atau sebagai hidangan minum petang. Buttermilk Pancakes ini sangat lembut dan sedap di makan bersama Chocolate Hershey's Syrup, Madu, Pancake Syrup, Blueberry Syrup, Maple Syrup, butter, Caramel sauce, Jem, atau Ice-Cream. Kalau nak rasa kemelayuan boleh makan dengan sos cili. Rasa pedas-pedas sedap juga. Atau melayu + western boleh campur mayonaise dan sos cili makan bersama pancake. Pilihlah yang mana suka.


E-na buat mini pancake untuk minum petang anak-anak. Dengan hirisan pisang dan dimakan dengan susu pekat manis. Mama n papa makan pancake ddengan ice cream. Alhamdlillah. Hirisan pisang tulip, hirisan 6 keping dan hirisan 3 keping pisang untuk 3 orang kanak-kanak ribena di Lovely Kitchen. Shasya pilih hirisan 3 keping pisang, katanya ' Adik nak yg 3 ni  sebab pisang dia sikit'. Alahai anak semua tu sama banyak je pisangnnya. Mama letak sebiji pisang untuk sepiring pancake. Oklah tu secara tak langsung dia dah makan sebiji pisang..hihiii (depa ni dah jemu dgn pisang coz masa kat Jepun dulu boleh dikatakan hari-hari mesti makan pisang disamping buah-buah lain)


RESEPI BUTTERMILK PANCAKES

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 200 ml buttermilk (jika tiada guna alternatif di bawah)
  • 4 sudu besar susu segar/ susu cair
  • 2 sudu besar butter (dicairkan)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara Membuatnya:
  1. Kacau telur dengan whisk sekadar bergaul rata. Masukkan susu, butter cair, esen vanila, buttermilk, gula dan gara. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonate. Kacau rata.
  3. Panaskan pan. Sendukkan ke dalam pan. Tutup pan dengan tudung periuk.
  4. Masak sehingga ada buih-buih udara dan selepas buih-buih tu pecah terbalikkan pancake.
  5. Angkat dan hidangkan dengan syrup kegemaran anda. Selamat  Mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Jika tiada BUTTERMILK boleh buat begini : 200ml susu segar + 1 sudu besar cuka. Biarkan selama 10 minit atau sehingga susu menjadi agak pekat/ berketul.


TIPS PANCAKE GEBU CANTIK MENAWAN DARI LOVELY KITCHEN
  • Guna nonstick pan. Tidak perlu isi minyak masak. Pancake akan sekata warnanya tidak bertompok-tompok. 
  • Bancuhan dibiarkan sekejap sebelum di masak. Dalam 10 minit supaya ianya mesra gitu.
  • Masak dengan hati girang ceria penuh kasih sayang...jangan stress...baru masakan menjadi lebih sedappp!!! :-)

Monday, 26 September 2011

:-> Bread Butter Jam


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Menu biasa dan mudah untuk breakfast or sandwich. Rasa lemak butter dan masam manis blueberry jam menjadikannya tidak jemu untuk dinikmati selalu. Anak-anak suka, mamanya lagilah suka (senang dan cepat disediakan..hihiii)


RESEPI BREAD BUTTER JAM
(2 orang)

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • butter / marjerin
  • jem blueberry / strawberry atau apa sahaja jem kegemaran

Cara-cara:
  1. Sapu rata butter di atas sekeping roti.
  2. Sapu pula jem di atas sekeping roti lain.
  3. Lekatkan roti yang di sapu butter dengan roti yang disapu jem.
  4. Potong buang keliling roti yang keras.
  5. Belah dua membentuk segitiga.
  6. Ulang langkah 1-5 untuk roti seterusnya.
  7. Siap untuk dihidangkan atau sesuai juga untuk picnic dan birthday party.
  8. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Friday, 17 June 2011

:-> Nasi Lemak Hujan Panas



Biasanya selepas hujan panas akan keluar pelangi yang bewarna-warni. Sangat cantik! Nak-nak pula kalau ada pelangi kembar...sweet.

Mari kita warnakan nasi lemak yang biasa di buat tu jadi seindah pelangi selepas hujan panas. Pasti anak-anak menggemarinya.

Dalam gambar tu ada kerabu udang. Biasanya di LK kalau masak nasi lemak untuk 2 kali makan, breakfast dan lunch. Untuk lunch biasanya E-na akan tambah lagi satu menu lauk. Untuk kali ini buat kerabu udang. Anak-anak E-na memang suka sangat nasi lemak dan mamanya boleh lah jadi cikgu dirumah lama sikit, tak terkejar-kejar nak masak untuk lunch (ayat cover je tu, sebenarnya pemalas...;p)

Resepi dan post kat sini dulu atau boleh juga refer di myresepi. Layan gambar nasi lemak hujan panas dengan kamera hp kat sini. Nak berkenalan dengan cik halba dating kat sini ye.

Di bawah E-na taip kan resepi yang menggunakan sukatan metrik.

Resepi Nasi Lemak Hujan Panas

Bahan-bahan :
  • 500g beras (e-na campur 1:1 beras jepun dan beras thai)
  • 200ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1/2 inci halia (di hiris 4)
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
  • 1 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau, merah dan kuning
Cara Memasaknya :
  1. Beras di bersihkan. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa.
  3. Kacau beras sebelum kering supaya santan sebati dengan nasi.
  4. Apabila nasi telah kering, 5 minit yang terakhir sebelum nasi masak buatkan 3 lubang.
  5. Titikkan 3 warna yang berbeza pada setiap lubang. Dalam 2-3 titik untuk setiap warna.
  6. Gaul warna di sekeling lubang sahaja. Jangan bercampur dengan warna lain nanti hasilnya tidak cantik. Tutup rice cooker dan biarkan nasi masak.
  7. Selepas 2 minit nasi masak baru gaul keseluruhan nasi. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENDAPATKAN WARNA NASI YANG SEKATA CANTIK.
  • Jangan gaul semua warna semasa nasi belum masak. Air yang belum betul2 kering akan menyebabkan warna bercampur.

Wednesday, 1 September 2010

:-> Popiah Basah



RESEPI POPIAH BASAH
Bahan-bahan Kulit Popiah:
  • 2 cawan tepung gandum (260g)
  • 3/4 cawan air (150g)
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu makan cuka (2 sudu besar)
  • secubit garam
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 1/2 jam.
Seterusnya boleh sediakan inti dan sambal.
Bahan-bahan Inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis diracik halus (1/4 biji)
  • 3 biji sederhana besar carrot disagat halus (1/2 batang)
  • Segenggam taugeh (E-na tambah)
  • 1 labu bawang besar (1/2 labu)
  • 3 ulas bawang putih ( 1 ulas)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar udang kering
  • garam
  • minyak untuk menumis
Cara menyediakan Inti :
  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi.
  3. Bila bawang sudah wangi / masak masukkan sos tiram dan garam
  4. Kemudian masukkan kobis dan carrot.
  5. Bila sayur sudah layu masukkan taugeh, kacau dan tutup api.
Bahan-bahan Sambal
  • 15 tangkai cili kering (1 sudu besar serbuk cili)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • garam dan perasa
  • minyak untuk menumis
Cara menyediakan sambal :
  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
  3. Masukkan kicap kicap, gula perang, garam dan perasa.
  4. Seimbangkan rasa pedas, masin dan manis.
Bahan Sampingan (Yang ini E-na tambah)
  • Kacang tanah (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
  • bawang goreng
  • Timun di potong halus sebesar batang mancis
  • bijan
Cara Membuat Popia
  1. Panaskan non stick pan dengan api sederhana.
  2. Ambil sejemput adunan tepung tadi dan lenserkan di atas non stick pan.
  3. Buat dari arah jam. Mualakan dari tepi dahulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata dan bulat biarkan sebentar sampai tepung masak. Boleh tengok demo disini. (KLIK)
  4. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh susun berlapis-lapis-tidak akan melekat.
  5. Ulang langkah 4 -6 sehingga selesai.
  6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  7. Letak satu sudu besar inti, timun dan taburkan kacang tanah, sedikit bijan dan bawang goreng.
  8. Lipat macam biasa dan gulung dengan kemas.
  9. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Source : Kak Umi_e (cara dan bahan telah di edit)

Saturday, 28 August 2010

:-> Roti Jala dan Kari Daging Kentang



Resepi Roti Jala

Bahan-bahan
  • 220 gram tepung gandum
  • 200 gram fresh milk
  • 200 gram air
  • +-60 gram telur ( 1 biji)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Acuan roti jala

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan tepung gandum, garam, telur, fresh milk, air dan pewarna ke dalam mangkuk dan kacau.
  2. Kemudian masukkan adunan ke dalam blender dan blender sehingga sebati.
  3. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk.
  4. Biarkan 30 minit sebelum di masak.
  5. Panaskan non stick pan dengan api sederhana.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan mulalah menjala.
  7. Angkat bila adunan di bahagian atas sudah beku / bertukar warna lebih cerah.
  8. Kemudian jala lagi adunan ke dalam non stick pan. Lipat atau gulung roti jala yang sudah masak tadi dengan kemas. Ulang langkah 6 - 8 sehingga adunan habis.
  9. Sesuai di hidangkan dengan kari ayam atau daging atau kuah kesukaan anda. Selamat mencuba!

Monday, 23 August 2010

:-> Seafood Lasagna



Seafood Lasagna adalah antara menu favorite bila ke Pizza Hut. Dah setahun tak merasa keenakan dan kelembutan lasagna kat pizza hut tu....eerrrrmm rasanya yang creamy...yummy...yummy...


Resepi Seafood Lasagna


Bahan A
  • 4 keping kulit lasagna
  • 1 sudu kecil olive oil
  • Air secukupnya
  • Mozarella Cheese secukupnya (Untuk di tabur di atas susunan lasagna nanti)

Cara Membuatnya :
  1. Rebus kulit lasagna sehingga lembut. Masukkan olive oil ke dalam rebusan tersebut supaya tidak melekat.
  2. Angkat dan toskan.


Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 biji bawang putih (optional)- dicincang halus
  • 5 batang crab stik - potong kecil
  • 10 ekor udang - potong kecil
  • 1 1/2 sudu besar butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit oregano, basil / mix herbs
  • garam dan perasa

Cara Membuatnya:
  1. Cairkan/ panaskan butter.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan crab stik. Kacau
  4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa, kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan oregano dan basil, kacau sekejap dan angkat.

Bahan C (White sauce)
  • 400 ml fresh milk
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan C ke dalam periuk dan kacau sebati menggunakan hand whisker.
  2. Masak adunan sehingga mendidih dan pekat.
  3. Tutup api dan ketepikan.

Cara Menyediakan Lasagna :
  1. Susun 2 keping lasagna di dalam casserole 20cm. Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan.
  2. Kemudian curahkan separuh white sauce diatasnya. Ratakan.
  3. Susun lagi 2 keping lasagna diaatas white sauce. Masukkan baki bahan B dan ratakan.
  4. Curahkan semua baki white sauce dan ratakan.
  5. Taburkan mozarella cheese menutupi white sauce.
  6. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 30 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama chilli sauce atau tabasco atau di makan begitu sahaja.

Note : Boleh gunakan caserole bersaiz kecil untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak.

Tuesday, 17 August 2010

:-> Pau Lembut Gebus


Pau Lembut Gebus berinti kentang daging berwarna putih dan Pau inti kacang merah bewarna pink. E-na malas nak titik-titik warna atas pau untuk bezakan inti jadi E-na warnakan terus dengan warna merah.


Resepi Pau Lembut Gebus

Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram / ml air suam
  • 50 gram gula castor
  • 3 gram dry yeast (3/4 sudu kecil)
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu besar dough softener
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan sampingan :
  • Daun pisang / kertas A4/ cooking sheet dipotong sebesar 2 x 2 inci


Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread machine mengikut turutan, air suam, dry yeast, tepung gandum, baking powder, bread softener, gula castor, dough softener dan shortening.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan bread machine.
  3. Keluarkan doh dari Bread Machine setelah doh siap diuli dan direhatkan kali pertama lebih kurang selama 15 minit sahaja. Tidak perlu menunggu sehingga doh siap di uli sepenuhnya atau selama 1 1/2 jam.
  4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
  5. Masukkan inti kegemaran anda dan tutup kemas.
  6. Letakkan di atas daun pisang / kertas A4 / cooking sheet.
  7. Biarkan naik 2 kali ganda.
  8. Panaskan pengukus. Bila air telah mendidih, masukkan pau dan kukus selama 10 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!





Friday, 13 August 2010

:-> Eggless Butter Cookies


Antara cookies yang senang dan cepat dibuat. Hanya menggunakan bahan-bahan asas tetapi rasanya pasti memikat. Sesuai untuk kudapan anak-anak dan keluarga. Kalau nak jadikan biskut raya boleh di sapu dengan white cooking chocolate cair dan lorek dengan black cooking chocolate atau tabur dengan chocolate rice.


Resepi Eggless Butter Cookies

Bahan-bahan:
  • 130 gram butter
  • 60 gram gula castor
  • 150 tepung gandum
  • 40 gram tepung jagung
Cara Membuatnya :
  1. Ayak tepung gandum bersama dengan tepung jagung.
  2. Pukul Butter dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan.
  5. Kemudian tekan menggunakan garfu.
  6. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan.
  7. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!
Note : Boleh kurangkan 10gram tepung jagung supaya doh lebih lembut jika mahu menggunakan acuan SAWA atau acuan samperit atau acuan bunga dahlia.

Thursday, 12 August 2010

:-> 1 Ramadhan 1431 / 11 August 2010


Menu berbuka untuk hari pertama :
  • Nasi Putih
  • Rosemarry Grilled Salmon
  • Gulai Nangka Muda
  • Macaroni Crab Gratin
  • Kuih Puteri Ayu
  • Air Laici

Hari pertama puasa buat kuih puteri ayu. E-na tambahkan baking soda dan tidak masukkan tepung ubi di dalam adunan kali ini. Kuihnya lebih lembut dan tetap moist. Resepi yang sebelum ni pun dah lembut dan moist. Boleh tengok disini atau disini.



RESEPI KUIH PUTERI AYU (Resepi 2)

BAHAN A:
  • 50 gram kelapa kering
  • 60 ml santan dalam tin
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 sudu teh garam halus ( jangan abiskan, rasa dulu)

Cara membuatnya:

  1. Gaul semua bahan A sehingga rata.
  2. Sapu acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan kelapa yang telah di campur dengan tepung jagung dan garam tadi. Tekan sampai padat dan ketepikan.


BAHAN B:
  • 1 biji telur (+- 60gram)
  • 80 gram gula halus
  • 80 ml santan dalam tin
  • 100 gram tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat (E-na tak abiskan)
  • 1/2 sudu kecil ovallate
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya:
  1. Ayak tepung bersama baking soda. Ketepikan.
  2. Putar telur, gula dan ovallate sehingga kembang(berwarna putih)
  3. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau. Pukul rata.
  4. Perlahan kan speed masukkan tepung berselang seli dengan santan sehingga habis. Putar sehingga habis.
  5. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi.
  6. Kukus di atas air mendidih selama 7 minit dengan api sederhana.
  7. Angkat dan sejukkan kemudian keluarkan dari acuan. Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...